Non-stop talking?

Banyak cakap betul. Dalam talian telefon boleh la bertahan 2 jam, sebab ada komitmen kredit phone kan. Patut la kalau berdepan boleh lebih 4 jam. Bila dah bercakap, macam tak nak berhenti tu. Mujur kadang-kadang tu, sebab ada waktu solat. Kalau tak, entah bila nak berhenti. Uish. Kalau dalam talian telefon pula, kita dah habis kredit, orang yang kita bercakap pula yang call balik. Bila dia pun habis kredit, call pulak dengan telefon rumah. Haha. Sharing memang powerful betul. Dua-dua minat berkongsi dan mendengar. Belum habis topik yang dibualkan, terputus macam tu memang tak best. Bagus juga ada orang yang sambung balik talian. Haha. Maksudnya topik yang dikongsi, best, ya dak? Hehe. Bila best macam tu la, kalau boleh nak cakap je memanjang, tak nak berhenti. Keh3.

Kita boleh berbicara panjang lebar, bukan dengan semua orang. Tak semua. Contoh kalau aku sendiri, orang yang aku tak kenal, aku tak borak panjang, sebab aku tak faham dia, tak tahu apa topik yang dia suka. Tapi bonus cepat mesra, walau kita tak kenal orang tu, orang tu dari Kelantan, sama negeri, mudah mesra, fuh, memang boleh buat teman berborak. Kena line, memang panjang. Huhaha, itu aku la. First impression, yang selalu fasi2 buat test dalam program, aku selalu akan dapat result, pendiam, pemalu. Haha. Jangan tertipu sangat. Bukanlah, risau, kalau hajat nak berkawan dengan orang pendiam sangat-sangat, aku risau aku kurang sesuai, nanti kecewa plak. Heh3. Sekiranya kita sehaluan, susah aku nak berhenti bercakap nanti. Maksud aku sehaluan tu, ada benda atau topik atau subjek yang boleh diborak. Fuh,, kalau macam tu, susah nak letak full stop kat mana nanti.

Tadi baru lepas habis berborak. Berborak tak semestinya benda kosong-nothing. Tadi antara borak yang inspirasi, sama-sama memberi motivasi, kongsi idea, planning, impian, dan Alhamdulillah, ayat-ayat mengingati Allah juga sentiasa ada dalam perbincangan. Ya, bila kita rancang sesuatu benda, memang kita kena set, Allah Always The Great Planner. Kena kembali kepada Allah. Kena sentiasa buat relation, hadirkan Allah dalam sesuatu itu, supaya apa-apa yang kita buat atau nak buat, telah buat sekalipun, Allah mengatasi matlamat apa pun, Allah paling di depan. Hidup mati kita di tangan Allah. Baik buruk kita, di tangan Allah juga, tapi sebab pilihan kita, jangan set nasib selalu, seolah-olah salahkan Allah. Salahkan diri tu, jangan sesekali salahkan Allah. Nasihat untuk diri terutamanya.

Selalu sangat kita dengar doa+usaha. doa, usaha. usaha, doa. tawakal, doa. usaha. tawakkal. ya betul la tu. Kita pun ada belief tu kan. Kata guru aku, doa ni boleh mengawal apa yang kita tak boleh kawal. Itu antara kekuatannya. Kita memang tak akan boleh kawal sesuatu tu selama-lamanya. Memang tak akan. Percaya yang tu. Allah sahaja. Jadi, kita kena selalu interaksi dengan zat yang selalu kawal kita, supaya kita ni sentiasa dalam kawalan rapi. Allahu.

Aku ni kalau baru betul2 lepas habis program, memang banyak isi. Fresh. Senang nak tabur. Haha. Kalau dah beberapa hari kurang cket. Aku ni jarang nak ingat quote orang, itu kelemahan aku, melainkan aku dengar berkali-kali atau aku baca berkali-kali, atau tak kesah la cara macam mana pun deliver itu, yang penting kena berkali-kali, baru aku ada potensi ingat yang lama. Contohnya, aku menghafal zaman sekolah menengah dulu, sebab dah lama tak ulang, tak ingat la, tapi masih ada kemungkinan, orang bacakan, aku boleh sambung. The powerful of repeating. Haha. Pandai-pandai buat rule dan istilah sendiri.

Kenapa aku boleh tulis cerita ini, sebab aku ni macam ada simtom 'expressing' yang tinggi. Tak cukup dengan bercerita menggunakan suara, menaip pulak, alih kepada tulisan pula. Haha. Nak cater orang auditori, dan orang visual. Haha. Orait2, Saje je mengada tambah topik baru. Ok, we need to put full stop here(.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekolah Sains, Universiti Akaun

Aku pelajar aliran sains dulu masa di sekolah. PMR aku melayakkan aku untuk masuk kelas sains. Awalnya memang aku nak ambil akaun. Aku dah ada minat akaun pada masa tu. Ketika tu, aku minta pendapat abang aku, dan beliau pada masa itu berada di Mesir. Pendapat beliau, ambillah sains, kemudian tambah akaun. Bagi beliau sains juga bagus, ambil dua-dua lagi bagus, satu kelebihan dapat tahu dua2 bidang. Fikir-fikir aku pun masuklah kelas sains dengan hasrat akan tambah akaun sebagai pilihan lain. Bila dah masuk kelas sains, 3 sekali mata pelajaran sains iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia. Tiga pun dah berat bagi aku, ya, kerana ia lebih berat kepada fakta. Maka, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk tambah akaun sebagai subjek tambahan SPM aku. Waa, sedih jugak masa tu terkenangkan hasrat aku tu tak kesampaian.


Aku dah sangat-sangat minat dengan pengiraan masa tu. Sempat merasa skor A additional mathematics iaitu matematik tambahan semasa di Tingkatan 4 di mana tiada seorang pun yang dapat A time tu, gagal dan D ramai sangat ketika tu. Aku akui memang Add Math susah pun. Aku pulak paling happening buat add math, mencabar minda juga, tapi boleh jadi subjek favourite aku time tu. Best sangat! Cikgu takde juga buka buku add math, cikgu tak masuk je, add math, takde kerja je, add math, math, math. Maka, jadilah aku rujukan math dan add math dalam kelas. Haha.

Aku selalu ikut mymum ke bank, sebab aku kan satu sekolah dengan mymum, cuma aku ni pelajar, mymum cikgu. Aku suka sangat tengok kakak dan abang yang ada di kaunter bank, urusan keluar masuk duit, kira duit. Bestnya.. Aku katakan pada mymum, aku nak kerja macam tu la, best je tengok. Senang je kerja. Ahaha. Maka, lagi minat aku pada dunia akauntan, dengan sebab itu ja. Haha, walaupun aku tahu kerja tu balik paling lewat, kalau duit shock, kena tanggung. Lepas masuk u, baru aku tahu, yang kat depan kaunter tu, bukan orang lepasan ijazah, orang lepasan SPM atau Diploma je. Bila dah kerja baru aku tahu yang jawatan itu namanya teller. Dan tak sangka, bos aku yang lulusan akaun tu pun ada fikiran sama macam aku jugak. Eh, silap, aku lah yang sama fikiran macam beliau (ehehe), ambil akaun sebab suka tengok orang yang jaga kaunter bank tu dan nak kerja macam tu. Haha. Ingatkan tu la kerja akauntan. Lawak lawak pun ada jugak orang yang sama fikiran kan. Sampai sekarang pun aku belum dapat masuk dalam industri perbankan, sebab tak pernah apply pun lagi. Huhu. Mungkin satu hari nanti. In Syaa Allah. Nak jugak merasa. Kalau urusan kat kaunter ni, orang ijazah kat belakang orang yang duk di kaunter tu, supervise kerja. Supervisor la, pemerhati. Woah, best tak? Aku nak kerja best-best dan senang je. Haha. Best bagi aku la, because of the calculation.

Ya, itulah kisah akademik aku di sekolah. So, nak tahu macam mana aku ubah haluan? Ia bermula lepas aku kecewa dengan result SPM aku, semua subjek sains aku dapat C. Biologi, Fizik, Kimia termasuklah English For Science And Technology (EST) semuanya la yang kaitan dengan sains ni, aku dapat 5C. Sains dah rosakkan sijil SPM aku. Uh. Walau ada yang kata, ok lagi C, tapi bagi aku, nampak sangat aku memang tak minat sains, tak sesuai, dan tak layak untuk sambung bidang sains. C tu hint yang jelas dah bagi aku. Maka, aku tolak tawaran ke matrik dalam bidang sains. Aku takkan ambil sains. Nekad.

Maka, aku sambung belajar Tingkatan 6 Bawah dan ambil STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia. Bila aku dah nekad tolak sains, minat pada akaun membuak-buak, aku nak jugak akaun. Maka aku buat keputusan, aku akan ambil SPM bagi subjek akaun pada tahun tu jugak, sebab aku baca pendapat susah jugak akaun di universiti bila tak pernah ada basic akaun. Aku takut juga nak ambil risiko kesukaran tu. Nak, tapi takut juga aku tak dapat hadapi. Masa tu pulak, mak aku dah suruh aku isi maktab, masuk pula bab kewangan, yalah, maktab kan dapat elaun. Nampak la mak aku nak aku masuk maktab sebab meringankan tanggungan pengajian nanti. Isi tu semestinya la ikut perintah, tapi aku masa tu punya la berat hati, takut aku dapat maktab. Habis cita-cita aku. Aku nak jugak bidang akaun, dan dalam masa yang sama aku akan usaha dan doa takkan membebankan mak ayah aku dalam urusan pengajian aku. Punyalah doa, aku mengadu pada Allah, sebab aku dah mula ada cita-cita nak jadi akauntan. Risau sangat. Seingat aku, aku ada catat diari peristiwa aku sedih dan pilu dengar mak aku punya harapan tu. Lepas tu aku semak biasiswa, nak dapat JPA ada minimum A yang kena capai. Jadi aku ambillah SPM persendirian hanya 3 subjek: Perakaunan, Ekonomi Asas, dan Add Math. Sebab aku nak baiki add math aku, bagi dapat A, supaya aku dapat capai kelayakan untuk dapat JPA. Masa SPM dulu aku dapat B je, Tingkatan 5 busy skit nak banding Tingkatan 4, aku tak sempat catch up tapi aku still minat add math. Tapi aku still risau, sebab pelik dari orang, boleh ke tidak aku dapat bidang akaun dengan cara macam ni, dan dapat biasiswa JPA sedangkan aku lepasan STAM. Tak pernah dibuat orang, sebab aku tak pernah dengar. Situasi aku betul-betul merisaukan aku. Dapat ke tidak aku teruskan pengajian dalam bidang akaun+JPA taja.

Dalam tahun yang sama, aku ambil STAM dan SPM Tambahan. Lepas daftar SPM di JPN, aku tak sempat study langsung sehinggalah selesai STAM. Risau tetap risau, sebab gap dalam masa kurang lebih sebulan sahaja. Aku dulu student yang selalu datang sekolah, rekod tak pernah ponteng, tak sihat sikit pun, aku mesti datang sekolah. Lagipun, dulu aku jarang tak sihat, kalau demam pun aku tak bagitahu parents pun. Sebab tu aku geram betul orang manja-manja terlebih time sakit. Heh3. Tak pernah merasa dimanjakan, jeles tu biasa la. Haha. Bukan nak kata rajin, tapi pelik jugak aku ni, nak kekalkan rekod bersih tak pernah tak datang sekolah, bukan dapat award pun. Haha.

Last-last aku calarkan jugak rekod tu. Aku study SPM akaun, benda yang aku tak pernah belajar tu, lepas STAM. Lepas je STAM, aku tak datang dah sekolah, walaupun time tu, belum lagi cuti sekolah. Sayang jugak nak tinggalkan rekod kehadiran aku yang cantik tu, tapi time tu memang terpaksa, aku dah terkejar-kejar tak cukup masa nak study. Nak datang tuisyen pun tak sempat dah. Bermula la aku belajar akaun tanpa guru, hanya rujuk buku sahaja. Fuh, tebal betul nak habis silibus Tingkatan 4 satu buku, Tingkatan 5 satu buku. Aku dah buat jadual, satu hari kena habiskan berapa bab. Time ni la betul2 aku amalkan 3K - Katil (Tidur), Kafe (Makan), Kuliah (Study). Haha. Terperuk dalam bilik, hadap buku memanjang, rehat pun 15 minit macam tu je. Tak pernah seteruk ni, ni study paling teruk, kalah study masa kat u. Sampai aku pening kepala, pening pun paksa study. Sebab aku dah set kena capai juga target habiskan bab2, takde masa dah. Lagi-lagi baca kulit ke kulit, takde skip bab seingat aku. Semua aku study. Bukan akaun je nak kena habiskan, ekonomi asas lagi untuk 2 tingkatan (2 buku). Akaun ok la mengira, ekonomi tu dah la fakta. Cuma bestnya subjek fakta ni, kalau hafal ingat, memang straight right la. Resultnya memang ranking fakta paling tinggi aku skor. Itu kekuatan bila memorise facts. Ekonomi 1A, Akaun 2A, Add Math.. Fuh. Add math aku repeat je, sekurang-kurang aku dah pernah belajar, cuma kurang ingat formula. Sebab aku sangat fokus akaun dan ekonomi yalah sebab tak pernah study, memang terabai la add math, buat sekian kalinya, aku kecewa pada result Add Math sebab jatuh gred dari yang asal, bukannya naik. 

Akhirnya, Alhamdulillah, aku berjaya dapat tawaran USIM dalam bidang perakaunan. Awalnya aku dapat PTPTN, sebab masa tu biasiswa JPA belum dibuka. PTPTN aku sempat terima wang pendahuluan RM1,500 dan pinjaman 1 semester. Bila dapat JPA, aku terus stop PTPTN. Tapi itupun, lepas grad, 4 tahun kemudian, jumlah dalam surat yang aku terima hampir RM7,000, sedangkan aku pinjam RM5,000 pun tak sampai. Bila enntah nak ada duit setongkol, nak langsai habis, bayar lump sump terus, baru lega hidup. Rrasa mujur dan syukur pulak ambil STAM dan masuk bidang akaun dengan STAM sebabnya kurang persaingan, berapa sangat la yang ambil STAM nak banding dengan SPM kan. Less compete. Nak tunggu dapat CGPA ok, memang lagi lagi lagi la susah.

STAM dapat mumtaz pun risau jugak awalnya, takut kena paksa mydad pi timur tengah. Kalau pi timur tengah, memang bidang agama la jawabnya. Mujurlah mydad tak sentuh pasal tu. Aku tak nafikan, memang aku minat bahasa arab, nahu soraf tu, memang aku minat tersangat la, pensyarah baca baris terabur pun aku dapat detect (cuma aku senyap ja, aku kan budak akaun), tapi aku nak keluar juga dari kepompong kerjaya family, nak cari bidang pengajian lain dan kerjaya lain, bukan guru semata, walaupun ada jugak secebis rasa nak mengajar. Hewhew. Bahasa Arab jugaklah yang mencantikkan CGPA aku. Nasib baik di USIM ada arab. Heh3. Result akaun sebenarnya sama je dengan sains dulu-dulu dapat C, D jugak. Cuma bezanya, akaun aku minat, sains aku tak minat. Hee.

After all, aku gembira sangat sebab aku dapat belajar sains dan akaun sekali, walaupun caranya sedikit berbeza dari perancangan awal aku. Mengena jugak pendapat abang aku tu. Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Allah. Allah Always The Great Planner!

UPSR - PMRU - PMR - SMU - SPM (Sc) - STAM - SPM (Acc) - DEGREE (Acc)

*Panjang jugak kisah ni. Asal pemula topik entri kali ni, perenggan 3 je. Huahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Just try

Dapat tawaran sebagai wedding videographer! Lama dah impikan nak usha videografi tapi yela, kita takde pengalaman, takdenye nak tawarkan diri, jadi sebaliknya kan, salah menyalah pulak. Tapi bila orang dah offer pada kita, ya, will try the best! Selalu je suka-suka buat videografi untuk sepupu kahwin, shoot video, tapi buat sendiri2, simpan sendiri2, tunjuk pun tak, sebab tak siap pun, tak publish pun as video. Haha.

Offer offer jugak, kena bagitau terus, aku ni takde dslr ye. Minat je lelebih. Huahaha. Beliau tak pulak kata apa-apa, terus ajak discuss. Wuwah.. Ok, ok. Gembira sesaat, sebab dapat peluang ni. Jadi ke tak tak tahu lagi kan. Hehe. Sementara ni kita suka suki jap.

Actually beliau tawarkan aku jadi designer n videographer wedding beliau. Designer tu aku kurang berkenan, dah tawar hati nak main dengan design. Huaha. Orang yang selalu berhubung dengan aku bincang bab2 ni, aku pun awal-awal lagi dah agak ada kaitan jugak dengan benda ni. Takdenye orang kebanyakan nak cari aku bincang hal lain. Heh3. First mesej lagi aku dah siap gtau aku dah lama tak buat design, supaya aku dapat melepaskan diri dari buat design. Hoho. Rupanya, terjerat jugak. Pandai btoi.

Terus set meeting. Tahniah kawan dah nak kahwin, orang famous memang kahwin awal. Heheh.

Aku tak mention sesape kan. Ok, selamat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selesai! Tak cekap langsung

Alhamdulillah, selesai menjawab exam PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik M41) harapan mak ni.. Yang beria sangat always mymum. Aku biasa2 ja. Tapi dengar semangat mak, aku yang biasa pun boleh semangat tetiba. Haha. So, aku pun jawab dengan ceria la kan. hehe. First time jawab online. Server SPA kali ni sangat baik, smooth je perjalanan exam secara online malam ni, 1 November 2014 dari jam 8.00 malam hingga 10.10 malam. Ini kali kedua exam SPA atas talian selepas exam pegawai kastam. Exam online kastam dengarnya banyak masalah, aku tak seat for the exam, sebab aku tak letak kastam dalam choice, haha xminat.



Kalau nak diikutkan, exam SPA yang aku duduki, dah masuk kali ketiga.
1. Exam PTD Apr 2013
2. Exam Akauntan Mei 2014
3. Exam PTD Nov 2014

[Next.. Exam Pendaftaran kut *nampak dalam sistem lepas syarat* hui3]


Tak rasa pun dapat, sebab masih tak cekap mengira, pengetahuan am pun banyak yang tak tahu. Tapi bab matematik2 ni memang menyeronokkan. Cuma bab kejar masa, aku selalu tewas. Macam ni la kalau asyik tarik kalkulator. haha.

Tapi kan,, yang paling best.. dah tak perlu buat esei, BM dan BI tu.. part pembaharuan ni aku paling suka bila buat exam online ni. soalan aneka pilihan sentiasa menjadi pilihan. no more essay. yess!

Hem.. Sekurang-kurangnya aku bukan nothing tak tahu apa-apa masa seat all the exams. Study jugak. Huhu. Mymum always inspired me. Amik inspirasi tu je jawab exam. Myhousemate pun dapat juga exam PTD, tapi tak seat kut, malas dah katanya. Takpa la dia, dah mampu beli rumah (kalau nak beli la), walaupun kerja semi-government je. Orang programming katakan..

Mengikut info dari SPA, seramai 44,908 calon yang duduki exam PTD kali ni. Giler ramai. Mungkin yang dapat full mark pun dah ramai, diorang ja la yang lulus kut. huhu.


Haha. Cepat sangat mengalah. Yalah, bila tengok angka yang ramai tu,, tipis ja nampak. huhu. Okai lah, kita tunggu result nanti. Buat guna sistem, result pun cepat. 1 hari setengah lagi keluar result, 3 November 2014 bermula jam 12 tengahari.

Hik3.. Enjoy2. Math always my favourite subject. Apa kata mengajar math dan add math lak. Haha. Dream. Tapi selalu fikir anak murid paling depan pun tak dengar suara cikgu dia nanti. Haha.

Minat akauntan lagi dari PTD walaupun PTD ni gaji mahal katanya. Ya lah, mahal otak tu nak fikir macam2. Aku tak sesuai jadi pemikir dan tak minat sangat kut. Aku nak kerja mengira jugak! Haha. Kalau kerja PTD, bagi aku kerja dekat bahagian IT best jugak, nampak macam ada soklan IT tadi. Hihi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima tapi ragu

Dilamar untuk kerja design bagi satu program. 3 kali berturut-turut. Tak berpeluanglah aku nak tengok gaya persembahan dari orang lain. Mudah betul terima, bila dah terima terfikir pula kenapa terima job tersebut.

1. Aku dah jarang buat design. (Teramat)
2. Aku dah lama tak buka photoshop untuk buat full design. (Kerap buka Ai, penangan nak study Ai)
3. Streorotype (eja salah barangkali) orang pada hasil terdahulu. (Kalau style tak macam dulu macam mana)
4. Asyik kena kejar hingga event tamat
5. Kena ammend banyak kali, paling tak suka. (Stress, hold beberapa hari)
6. Terkacau time office hour. (Bawa laptop, tak buat kerja ofis)
7. Sambung konsep design orang lain (Kang habis kena alter)
.
.
.
.
.   8. Bil api, broadband tetap kena bayar
.
.
.
.
Bila sambung kerja orang, apa yang aku pegang, hormat dan raikan hasil orang lain atau orang terdahulu. Tapi bukan mudah nak kekalkan identiti orang lain yang lain dari citarasa diri sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
Risau. Macam mana nak buat?
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
Menghilang lama-lama. Aku nak jemput ko balik sini semula. Mari sini mood design. Mari balik ya minat, hang nak pi mana lama-lama. Mai balik kita jenguk photoshop ya.. Pintu dah buka. Tunggu hang, kita masuk sama-sama ya... *huk3*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Finish Two

Alhamdulillah... Hepi,, gembira.. Dapat siapkan dua akaun dalam masa yang singkat. Full set of account. Dari journal entry hinggalah ke balance sheet. Manual. Bukan main makan masa buat akaun dengan software, last-last manual jugak yang  lebih menjadi. Yelah, nak guna software tapi tiada sample yang full, memandai sendiri la. Bila study balik, buat manual, baru detect ada yang tersalah rekod dalam software. Chart of account pun dah salah. Haha. Opening balance pun salah. Tak pasal2 duk pening pasal financial period. Haish, mula-mula dah salah. Dulu study lain, tak pandai nak apply dengan jenis perniagaan yang dijalankan. Adakah patut cost of good sold kosong. Hehe. Alam kerja pun tempat study. Tempat study aku sekarang mengkaji seorang diri. No asisstant, no guider. Sedih kan?

Bukak audit report lepas, study angka2 tu. Kemudian, buat la akaun untuk tahun kewangan yang belum diaudit ni.. First kaji lambat sikit. Lepas tu ambil masa sikit buat layout semua dokumen akaun dalam excel. Buat trial balance tak balance. Bos, tak balance la.. Buat bank recon, kata beliau mudah. Walaupun aku memang belum buat bank recon, aku dah kira amaun yang belum clear siap-siap, tetap tak balance. Bank recon kena buat sebelum ke selepas trial balance, tanya aku sebab lupa. Buat dulu bank recon, jawab bos seringkas mungkin. Tapi magic pula, bila mengadu, cepat pulak dapat solusi. Balance! hah, lega..

Siap je, terus bagi pada bos. Nak la bagi beliau cek dulu, betul ke tidak aku buat kerja sorang2 ni. Alih2 beliau suruh call auditor, nak jumpa esok, eh, lusa (sebab time tu dah pukul 5!).. Eh, tuan tak nak cek dulu ke, entah betul entah tak saya rekod. Betul ke tak, takpe, kita bincang dulu. O.o

Esoknya call auditor, auditor ke singapura untuk masa yang diset pada awalnya. Tukar masa, lagi 3 hari dari masa call. Ok, set. Lepas tu cepat2 buat satu lagi akaun. Siap hari yang sama. Yeah! Lagi senang bila layout dah ada, tukar butiran dan amaun aja. Lagi satu, inilah rasanya bila tidak disibukkan dengan kerja admin, dan bulan yang sedikit lengang dari aktiviti. Biasa aku target nak buat kerja2 cenggini bulan puasa, tapi bulan puasa ni kalah pulak dengan kerja admin. Time ni admin punya plan marketing kuat jugak, tak dapat lepaskan diri jugakla. Jawabnya, kerja yang aku plan tak beres, tertangguh lagi.

Baru siap dua, dah hepi. Mujurlah, dua akaun ni tahap paling senang lagi kut. Yang banyak sangat transaksi, aku akan buat last, sebab nak alter software dulu,, kita belajar buat auto pulak.. Takut tak larat nak rekod manual. Haha.

Ok, another 4. Empat akaun lagi.. Set untuk siapkan bulan ni jugak. Bulan depan dijangka bizi, bila orang lain bizi, aku kena tempias juga. Kena betul2 ambil peluang bulan ni. Bila kurang aktiviti, takde la bizi dengan kerja semasa akaun. Admin pun tak kacau, lagi cepat, terima kasih admin... Nak habiskan all my outstanding ni cepat2,, dah tak tahan dah tangguh lama2.

Sebenarnya, percayalah, Allah yang atur segalanya. Kita mengadu pada Allah, kita doa sungguh2 pada Allah bagi kemudahan untuk urusan kita. Benda senang pun, kalau Allah tak izin, dua tahun tak siap. Bila Allah izin 1 hari dah siap. Kekuatan ada antaranya dalam solat dan doa. In Syaa Allah. Yakin. Allah sahaja boleh bantu kita, sebab Dia sahaja yang nampak kita susah senang setiap detik. No one else. Dia tahu segala-galanya. Berharaplah padaNya. Yakin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beri tekanan kewangan dengan berkira

Banyak betul aku belanja bulan ni... Apa kes entah. Itulah,, kadang-kadang apa yang ditahan meletus jugak. Bila meletus, nak mengalir je selalu. Bahaya betul.


Banyak bagiku, mungkin sedikit bagi orang lain. Cuba untuk membiasakan diri mengira perbelanjaan..

Broadband = RM165 (asal 5GB + kena tambah 10GB masa raya + 1GB bila sampai KL)
Baju, Sogo = RM48
Tudung dan yang berkaitan, Jalan Tar = RM100
Makanan/Minuman, Jalan Tar = RM15
Pembaharuan Lesen Memandu, JPJ = RM30
Daftar Perniagaan, SSM = RM70
Cop perniagaan, Diamond Square = RM16
Yuran Bengkel E-Commerce, Puchong = RM297
Barang keperluan rumah, KL Festival City = RM15
Kasut Sandle, Econsave = RM15
Makan Minum = Puasa (Makan nasi dengan ikan bilis, serunding jer)

JUMLAH = RM771

Adik aku pulak baru cakap nak ke Indonesia, lawatan antarabangsa universiti beliau. Akhir bulan ni pulak tu. Bila lawatan antarabangsa syarat nak grad, susah la bagi pelajar level sara diri biasa-biasa je... Nak kena bagi berapa ye pada mysis ni... Duit dalam bank pun kiok.. boleh bayar duit sewa rumah 3 bulan je. Tapi kalau kakak tak bagi kan macam kejam pulak.

Berkira-kira nak bagi RM300-RM400. Macam sikit ja,, tapi tak mampu lak nak bagi banyak-banyak. Itu pun fikir In Syaa Allah, gaji masuk la tu akhir bulan ni, untuk topup balik. Huk3.

JUMLAH (2) = RM771 + RM400 = RM1,171

Duit hutang PTPTN pun tak dapat bayar lagi. Itu baru pinjam 1 semester. Haih.

Aku berkira-kira nak invest tak untuk bengkel website e-commerce tu ataupun nama lainnya shopping cart. Sebabnya bengkel tu bertembung dengan meeting konvensyen as video editor. Fikir-fikir aku bayar jugak, sebab bukan main susah nak jumpa bengkel yang mengajar e-commerce. Tambah2 murah. Tak sampai RM300 pun untuk 2 hari penuh belajar. Kalau nak kira yuran semasa atas pada RM900 baru dapat aku rasa. Pengajar pulak yang memang aku kenal sebagai tenaga pengajar website di banyak organisasi, kenal dari segi kajian aku di internet berkenaan kelas website. Murah sebab MYNIC sponsor. MYNIC ni syarikat penyedia website terutamanya domain di Malaysia. Dengan bayaran tu jugak, dapat makan 3x sehari, ada sijil, domain dan hosting percuma, dan boleh masuk pertandingan lagi. 1st prise RM5000, itu untung la kalau sape yang menang. Lagi satu, sorang kawan yang baru kenal (student e-commerce) ni kata, tahun depan, mungkin pasaran e-commerce ni meningkat. Why not i grab this opportunity. Tengok sekarang, kebanyakan website, meniaga online banyak dah guna web yang ada cart kan. Sebab bagi aku, memang memudahkan pengguna. Harga pasaran buat web e-commerce pun antara RM3000-RM5000. Kalau aku tak hadir meeting konvensyen, aku kena kick-out, aku dah sedia.

Kisah Raya

Duit raya aku bagi pada adik-adik aku yang belajar je. Orang lain aku tak bagi. Sorang belajar Negeri Sembilan, sorang Sarawak, sorang lagi di kampung. Itupun lagi sikit dari duit yang aku bagi kat diorang setiap kali balik kampung atau jumpa diorang. Guna duit raya aku ja. Sanak saudara kan bagi lagi duit raya, aku kan muka childish lagi. Hehe. Kakak ipar aku plak kata, selagi tak kahwin, dapat lagi duit raya. Hepi giler. haha. Nak bagi banyak sikit pun, aku tak pergi bank pun dan tak keluar bandar pun raya hari tu.

Dah tak rajin macam budak sekolah dulu, raya je buat biskut raya, buat kek la bagai. Semua barang dah mahal, kena jimat la kan. Hoho. Aku rajin tebar roti jala ja sekarang. Bahan yang biasanya tak diminta pun, ada stok di rumah. Huhu. Tak cantik pun takpa, aku ja nak makan. Haha. Walaupun akhirnya makan roti jala rumah jiran, rumah sendiri habis awai lak. (Sebenarnya buat sikit ja, tak sampai 1kg pun. Pasai tu la habis).

Sebab aku minat satay, maka aku sponsor satay 100 cucuk untuk kami-kami makan ajer. Last-last aku dapat makan sikit ja, sebab banyak sangat keluar time raya, ikut mak ayah. Saudara ada kenduri pun sampai 3 hari pi rumah beliau. Biasa la mak orang yang kuat hubungan kekeluargaan dan ringan tulang. Doanya aku pun nanti dapat jadi macam mak aku yang super3 segala macam. Kakak ipar aku pun sampai kata mak aku ni orang penting, asyik ke sana ke mari, tak lekat di rumah. Maka, aku yang follow pun, kena tempias.. Doanya aku rajin la memanjang ya. Sanak saudara pun bertambah, aku pulak, bukan semua aku kenal. Ini la antara masa nak kenal saudara mara dan orang kampung. Risau juga terputus hubungan. Kalau diizinkan, aku nak buat salasilah keluarga. Dari dulu lagi abang aku sebut, sehinggalah kedua-dua nenek aku dah tiada, belum lagi wujud salasilah tu. Mak aku tu pun antara orang penting juga untuk rujukan salasilah ni, sebab mak aku anak sulung dan kuat hubungan silaturrahim kekeluargaan, kejiranan, mahupun seisi kampung. Sepanjang aku ikut mak aku tu pun, bukan main ramai yang tak kenal aku anak mak. Sadis betul.

Ok, dah. Setiap kali raya ada penggambaran. Tapi raya tahun ni takde. Aku pun dah tak minat nak bergambar sangat. Takde la nak bersungguh. Tema raya kaler purple muda. Aku pulak pakai ja apa yang ada kat rumah tu.

Okeh. Raya dah habis. Kita mula fikir macam mana nak jana income lebih plak ye. Daif sangat plak rasa. Tak tahannya, nak plak hidup di kotaraya KL ni. Ngee. Mujur la aku ni taste gaya jimat. Contohnya, masuk kedai kasut mahal, kebanyakan tak berkenan, citarasa tak macam orang KL. Tengok kasut berkenan, murah lak tu, bawah RM30. Itulah aku. Cari biasa-biasa jer, yang penting minat dan murah. Walaupun housemate aku ni asyik singgah tempat yang mahal. Taste menyelamatkan aku. Kui3

Orang TV kata, perkataan jimat ni orang paling tak suka dengar (menyampah). Diorang pun nasihatkan tak guna perkataan tu, nak2 time bicara pasal kewangan. Persoalannya ada tak aku guna perkataan jimat? Haha. Jumpa? Kalau tak mencari, jumpa, maksudnya yang membaca entri aku ni memang peka. Kalau cari baru jumpa, ataupun kalau tak mencari, dan memang tak jumpa, hehe... Kita kategori biasa-biasa ja kan. Tak la sampai nak menyampah kan. Hehe. Tapi yang peka dengan perkataan tu pun tak semestinya menyampahkan. Ok, enjoy life, remember Allah. Hidup terasa susah pun, Allah jua yang mencukupkan segalanya. Doanya Allah sentiasa memelihara kita.

p/s: Celebrate birthday sorang2. Hide tarikh lahir di fb, mysis sorang je ingat. Hidup takda kawan macam ni la. Hoho. Lonely betul hidup. Cukup la ada Allah. Ada surat Allah. Ada mak. Ada ayah. Ada keluarga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jemputan video contest ISCA 2014

Eh, dapat letter la dari Japan melalui mesej di vimeo. Vimeo salah satu channel video aku selain youtube. Vimeo aku tak kacau macam youtube. Ingat nak buat stok video yang ada potensi diniagakan. Ahak..




Hi,

I would like to introduce you to the following award for film students.

Best,
Tong

Calling for entries: INTERNATIONAL STUDENTS CREATIVE Award 2014,
Organized by Knowledge Capital, Osaka, Japan

The International Students Creative Award is an international award contest for both Japanese and foreign university, graduate school, and vocational school students in the fields of art and information media.

Selected films and the film makers will be invited to attend the award ceremony, and pre-event party in Osaka in November 2014, with free air tickets and accommodation.

Winners of the award could win prize money up to US$3000 plus other prizes. Your creative work would also gain great exposure at the event and in Japanese media, and media industry.

Last year, winners from Korea, Indonesia, Singapore, Hong Kong, France, and Spain had joined us for a wonderful award event together with other Japanese student creators.

We are now calling for entries for this year’s INTERNATIONAL STUDENTS CREATIVE Award. Kindly download the application form and send it to hi@wasabicreation.com, together with any questions you may have by 
AUG 19th 2014.

• ISCA Official Website: wasabicreation.com/#!isca2014/cmqf
• Application form download: bit.ly/We2z49 
• Facebook facebook.com/ISCA2014
• Corresponding contact for overseas applicant: hi@wasabicreation.com

NOTE: 
• For applicants outside Japan, please include a URL to your video when you fill in the Title. No DVD submission is needed at this stage.
• You may also submit as an individual instead of a school, kindly fill in the school portion to your best knowledge.

We look forward to seeing your creative works.

Yours,
Tong
Overseas application correspondent
hi@wasabicreation.com






Sesiapa yang berminat, boleh la join pertandingan ni. Hantar cepat-cepat pendaftaran sebelum 19 Ogos 2014 ke email. Angka dia,, wow... USD3000x3=RM9000 (lebih kurang). Pertandingan pelajar, aku dah kerja tak dapat la yoo (graduasi 2014 masih layak). Mungkin sebab profile vimeo aku gambar kartun, macam kanak-kanak ribena lagi gitu... Tapi umur aku ni, kalau sambung mengaji, kira student jugak kan.. Haha.

*Tengah hadam. Tak paham lagi video apa yang nak dipertandingkan sebenarnya. Uhuhu... Excited nak kongsi sebab rasanya tak dapat join pun. Kelayakan tak lepas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tulis Catat

Dunia bisnes adalah dunia yang ingin aku ceburi suatu hari nanti. Idea bisnes yang aku ingin kendali, terlampau banyak pula. Huhu. Dulu, aku hanya fikir dan simpan dalam minda. Bila aku beritahu pada seseorang begitu, beliau terus sergah aku. Tak boleh! Mesti kena tulis. Bukan tak pernah tahu dan dengar tentang nasihat menulis impian kita sebelum itu, tapi aku yang ambil acuh tak acuh sebab aku tak suka tulis.


Sebab itu, kewangan aku juga, sejak di kampus lagi, aku tak mengamalkan sistem menulis termasuk perbelanjaanku. Bagi aku, menulis segala perbelanjaan, keluar masuk duit boleh membuatkan aku stress. Aku belanja ja ikut suka hati, lebih rileks. Hiks. Cuma yang mengawal aku dari terlebih berbelanja semasa di kampus adalah aku mulai risau bila duit dalam bank setiap sem menghampiri angka RM2,000 sehinggalah akhir-akhir sem, aku consider jugala kalau dah makin kurang tu. Sebab bila tak berjarak sangat dengan nak masuk sem baru, ok la sikit, duit sem baru nak masuk pula tak lama lepas tu kan..

Sewaktu di kampus, takde la aku stress pasal duit walaupun biasiswa setiap 6 bulan sekali (setiap permulaan semester).

Tajaan : RM4000 / 6 bulan = RM666 sebulan
Yuran Sem : RM1800 / 6 bulan = RM300 sebulan
Sara diri : RM666 - RM300 = RM366 sebulan sahaja

Bila dah kerja, aku tak boleh nafikan, aku memang stress pasal duit. Sobs. Rasa macam lebih kurang je expenses aku masa di kampus. Kenapa ya...?

Elaun : RM800 sebulan
Sewa Rumah : RM250 sebulan
Sara diri 1 : RM800 - RM250 = RM550
Broadband : RM100 sebulan
Makan Minum : RM200 sebulan
Petrol Motor : RM50 sebulan
Sara diri 2 : RM550 - RM100 - RM200 - RM50 = RM200
Mak Ayah : RM ??

Wohaha. Jarang aku detailkan komitmen bulanan aku. Anggaran. Tapi lebih kurang la, ada yang kos tetap. Tu kos jimat habis la tu. Patut la aku shopping 2 bulan sekali. Itu pun desakan barang harian dah betul2 habis. Aku akan cuba pastikan belanja aku lower than RM100. Beli apa yang patut sahaja, then chow~

Aku pun pelik, macam mana aku urus wang masa di kampus, kenapa tak stress macam sekarang ya? Broadband masa di kampus lagi aku beli, komitmen wajib RM50 sebulan. Makan minum masa di kampus pun seingat aku lagi mewah. Makan plak 2 kali sehari, sekarang ni makan sekali je sehari. Shopping plak lagi banyak dari sekarang.

Pernah dengar ustaz dalam tv sebut, "Antara tanda berkat, sedikit mencukupkan, banyak menyenangkan."

Doanya rezeki aku berkat. Tapi mungkin juga certain keadaan yang menyebabkan berkat terhakis. Aku sedang counter balik hal tu. Contohnya, aku selalu balik kerja lewat, sedangkan, majikan selalu tekankan bab penggunaan elektrik. Nampak la di situ beliau sangat concern dengan hal tersebut, aku pulak buat kerja tak ingat nak balik walaupun aku stress balik lambat. Bukan apa, yang peliknya aku rasa (syok sendiri) makin produktif dari petang hingga ke malam. Kadangkala banyak hal yang aku dapat settle bila buat kerja malam. Mungkin sebab semua dah balik, kerja lagi berfokus, tiada gangguan. Maklumlah, orang introvert kan, suka buat kerja sorang2. Rasa macam nak request kerja 3 hari dalam weekdays, 2 hari weekend jer. Dan rasa macam nak bawak balik kerja buat kat rumah ja. Penat, tidur.. Hahaha.. Utiliti sendiri bayar, nak lebih masa pun aku tak kesah. Haha. Tapi housemate aku kisah lak dengan elektrik. Supaya bil elektrik sentiasa bawah RM20, jimat, tak perlu la kami keluarkan duit bayar bil elektrik tu, kerajaan akan support sepenuhnya. =='. Maka, kena la aku jarang2 buka laptop. Masa di kampus, lebih 72 jam laptop buka je memanjang. Kita hidup dengan orang, kena hormat orang sekeliling kita ya!

Bercakap bab introvert ni, masa di kampus dulu aku memang lagi suka study sorang2. Aku pergi mana-mana pun aku tak suka bawa buku. Aku tak leh la baca buku ada orang memerhati, tak fokus. Memang aku memilih membaca time berseorangan, lagi fokus, tiada gangguan mata liar. Satu mentaliti aku, aku tak suka orang pandang aku rajin, nak2 time baca buku. Sebab habit orang kita, baca buku jer.. "Rajinnya...." "Fuyyo,, rajinnya study. Orang pandai kan.." Memang takda apa dengan perkataan singkat tu "rajin".. Nothing.. Tapi bagi aku, aku rasa ayat tu lebih kepada ayat perli tau. Memang ikut keadaan, tengok gaya penyampaian, nada suara, raut wajah, perlakuan, boleh cam apa yang ingin di 'express' kan. Aku memang suka elak ayat perli dari berlaku, sebab aku orang yang sangat sensitif dengan ayat macam tu. Kemas rumah pun sama. Ayat famous,, "Rajinnya,, anak sapa la tu.. Nak buat menantu la." Eceh. Puji konon. Aku tak perlu pujian tu. Pujian macam tu bukan betul pun. Buat aku hangin ada. Tapi takkan aku nak tunjukkan, smiley ja la bagi, nantikan terjejas silaturrahim pulak. Dan lepas tu, aku maafkan semua orang. Buat apa nak simpan kecil hati. Mati terbawa sama, bersoal jawab di akhirat. Maka aku lepaskan semua. Bila dah lepaskan moment tu pun kadang2 aku tak ingat dah. Begitu kan lebih baik.

Kalau bab study, aku lebih prefer study sorang juga. Cara aku faham dan simpan maklumat dalam minda lain, aku suka interpret sendiri2. Aku olah data nak faham dan mengingat ni makan masa. Iyelah, biasanya aku hanya baca sekali je sebelum exam, jadi kena faham dan ingat time tu jugak. Kalau study group pula, xingat xpa, janji faham, dan cepat khatam. Huh~ Penat aku study cara rushing ni, sebab aku kena study 2x itupun kalau sempat. Sebab aku tak sempat ingat point.. Kalau aku belum faham dan study sendiri, aku jarang boleh contribute dalam discussion. Tapi kalau aku dah study sorang2 sebelum tu, aku boleh kongsi kefahaman aku. Tapi biasanya tak sempat kongsi la sebab aku self study dah musim exam. Huhu. Musim exam takpa nampak rajin, sebab semua orang dah jadi rajin...

Uh. Satu lagi kelemahan aku,, aku suka lari topik. Aku nak cerita benda lain. Aku heret kisah lain. Aku nak borak2 bisnes la... Adeh. Point aku nak sebut sebenarnya, tulislah impian kita, bukan sekadar di minda. Walaupun impian kita besar, walaupun idea kita banyak, tulis.... Bila kita dapat lihat dengan jelas apa yang kita ingin capai, lagi mudah impian itu bertukar kepada realiti.

Kini aku mula mencatat.. In Syaa Allah, kalau tiada halangan, aku akan mulakan langkah awal dunia bisnes sehari selepas usia aku masuk 24 tahun. (Aku dah hide tarikh lahir aku di fb.. kiki...) Kenapa sehari selepas? Kerana aku lebih yakin untuk mulakan sesuatu dengan hari yang dimuliakan dalam Islam. Pesan seseorang pada ku, elakkan untuk mulakan sesuatu pada 'hari itu' (sama pula dengan tarikh ulangtahun aku tahun 2014 ni), kerana  banyak bala yang Allah turunkan (umat terdahulu) adalah 'hari itu'. Aku mohon maaf tak dapat berkongsi hari yang dimaksudkan, kerana aku risau jadi isu, tak fasal2 tanya aku dalil, sedangkan aku tak tahu, dan aku tak kaji pun semua bala yang pernah berlaku di dunia ni, hari apa, cuma aku percaya pada orang yang memberi pesanan. Cukuplah ia menjadi pedoman aku. Tak salah jika aku elak, sebab kita masih ada hari yang Islam muliakan (Isnin, Khamis, Jumaat).

Satu lagi sentiasa mengikuti post orang bisnes. Aku banyak follow orang bisnes di facebook. Serius aku kata, sangat membantu memberikan inspirasi dan banyak tip yang boleh dikutip. Kita kan nak lalui jalan berjaya mereka dan skip jalan kegagalan yang pernah mereka lalui. Quote yang terkesan sampai aku menulis entri ini dan mengetuk aku mengambil langkah awal segera adalah ...

Dari ABS: Macam Mana Mahu Mula Meniaga?
Banyak orang menulis kepada saya. Mereka memberitahu mereka ingin berniaga tetapi tidak tahu macam mana mahu memulakannya.
Persoalan:
+ Mungkinkah ada orang yang sangat ingin menjadi pelukis, tetapi dia tidak tahu apa yang hendak dilukisnya?
+ Mungkinkah ada orang yang sangat ingin membela kucing tetapi tidak tahu bagaimana dia hendak mula membela kucing?
-Puan Ainon Mohd-

Otak aku olah, kalau aku nak mula bisnes, takkan aku tak tahu nak mula macam mana. Kalau tahu, mulakan ja la...!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benarkah dirimu terluka?

Semalam ke walimah sahabat. Dan terjumpa sahabat lain yang turut hadir. Dulu sangat kamcing, sekarang sangat jauh. Dari gaya dia sambut salamku, aku agak beliau ada terasa hati dengan aku. Aku nak ucap kata maaf, tapi risau beliau belum sedia memaafkan aku tambahan dalam keadaan dikelilingi ramai sahabiah. Kalau ikutkan, masa nampak beliau lagi, aku dah nak lambai dan say hai, macam dulu-dulu. Tapi, aku tak mampu, sebab aku takut aku yang kecewa dan segan sendiri, aku risau aku buat tindakan tersebut, beliau tidak berikan respon apa-apa atau paling kurang lambat memberikan respon kerana masih ada insan-insan lain di sekeliling. Pernah terjadi dulu ketika aku sudah mengesan keadaan dingin itu, tapi aku gagahi untuk mulakan pertemuan dengan salam, beliau sambut tapi lambat, beliau layan sekitar beliau, seolah aku belum kelihatan di hadapannya. Tidak mengapalah. Salah aku juga, lama menyepi.

Aku balik dari walimah, itu je perkara yang bermain dalam fikiran aku. Seorang sahabat. Tidak mengapa la kalau aku sahaja yang mengiktiraf beliau sahabat aku, beliau tidak. Yang penting, bagi aku, beliau sangat berjasa pada aku, banyak memotivasi aku, banyak membimbing aku, menasihati aku dan menjadi rakan yang baik untuk agamaku. Aku mengalirkan air mata bila teringatkan beliau. Benarkah beliau terasa denganku?

Aku sudah teramat jarang bertemu beliau dan sahabat lain disebabkan sudah lama tidak ke program bersama mereka. Aku sedar aku jarang respon mesej sahabat yang rapat dengan beliau kini, walaupun bukan dengan beliau sendiri tambahan urusan kebersamaan. Entah la, aku pun satu, malam baru nak cari hp. Hp dan aku bukan bestfriend sangat pun. Main-main je tinggal di rumah ketika pergi kerja kalau dah bateri takde, takdenya nak bawa cas ke ofis. Malam pulak baru balik rumah.

Entah la. Duk fikir-fikir. Sekiranya pekerjaan aku sekarang banyak menyebabkan aku makin jauh dengan sahabat, aku sedang berfikir untuk berhenti dan tukar kerja. Aku pun dah bertahun dah bertahan. Betul atau tidak tindakan yang aku akan ambil, kena mohon petunjuk Allah dengan istikharah. Aku tahu majikan sekarang baik, tapi aku pula tak mampu kawal keadaan itu (office hour yang tidak menentu). Mungkin aku juga perlu tolak tawaran beliau menjaga kewangan koperasi hartanah yang beliau baru tubuhkan.

Sebentar tadi, aku buka profile facebookmu, kenapa kebanyakan postmu tiada dalam news feed ku.. Banyak perkara yang aku baru tahu. Maafkan aku juga kerana lama tidak mengikuti perkembanganmu. Tapi bila keadaan dingin begini, aku orang yang paling lemah untuk menghangatkan kembali kerana aku sebenarnya paling tak suka pujuk orang. Jadi aku biarkan keadaan begitu tanpa sentuhan.

Mohon maaf sahabat sekiranya buatmu terluka. Aku kini bersedih. Dan aku kembali segan untuk bertemu lagi...


Update 04/08/2014
Tengah layan facebook tetiba terjumpa kisah ini...

"Teringat satu cerita, bahawa pada zaman Nabi dulu, ada 2-3 orang sahabat yang lari daripada peperangan. Maka umat Islam ketika itu diperintahkan utk memulaukan 2-3 orang ini atas perbuatan mereka yang lari daripada perang. Memang selepas mereka lari, mereka menyesal, tapi mereka tetap bersalah dalam hal tersebut. Umat Islam memulaukan mereka, termasuklah Nabi SAW yg diutuskan sebagai rahmatan alamin.. Sahabat2 ini dipulaukan oleh serapat2 kenalan, termasuk Nabi. Sekiranya mereka pergi ke pasar, orang buat2 tak nampak mereka ni. Bagi salam pun mereka tak nak jawab, sampai tahap macam tu sekali. Jiran pun tak nak melayan walau dipanggil berkali2, sehinggakan 2-3 orang sahabat ini berasa sangat berkecil hati. Bayangkan, kawan yang dikenali sejak dari kecil pun memulaukan mereka.
"Tapi umat Islam memulaukn bukan kerana benci kepada batang tubuh sahabat2 mereka ni, sebaliknya mereka melakukan semua itu atas dasar mentaati perintah.
"Sehinggalah satu hari perintah pulaukan sahabat Nabi ini ditamatkan. Berderu-deru sahabat baik kepada sahabat yang dipulaukan ini datang kepadanya memberitahu bahawa perintah pulau-memulau sudah ditamatkan! Maka betapa gembiranya umat Islam pada masa itu, kerana kasih sayang mereka sesama sahabat begitu tinggi, mereka menangis kegembiraan dan menyambut 2-3 orang sahabat yang dipulaukan beberapa hari sebelum ini dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Nabi lah yg paling gembira sekali!"

Adakah aku termasuk dalam orang yang sedang dipulaukan? Sobs3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kawal shopping

Makin lama aku rasa makin suka shopping online. Hewhew..

Window shopping di rumah sahaja, tak penat, tak berpanasan. Lalala.

Tapi, tapi...

Nilai duit makin rendah rasanya bila online. Kalau offline, susah giler nak keluarkan duit, nak berbelanja.. sebab duit kat tangan biasanya ada bawah RM100. Semua benda rasa mahal. Huahaha. Kalau offline, tudung, shawl yang RM30+ dah mahal. Baju kurung, jubah RM100+ dah rasa mahal. Online, semua rasa biasa je rate tu. Transfer itu kan mudah. Nak pergi bank susah. Duit sikit-sikit ja la kat tangan kan. Sekali pergi bank, keluarkan pun dalam RM50-RM100 jew. Haha. Tapi online2 tak kesah pun, In Syaa Allah masih dalam kawalan.

Puasa ni pun sekali je pernah ke bazar. Kalau kawan tak ajak, agaknya memang aku tak pergi langsung la kut bazar tahun ni. Tapi takpe la, pergi bazar pun tak leh beli banyak-banyak pun, duit ada RM5 jew. Itu pun mujur ada, kalau tak kecewa orang, ajak keluar, tak membeli walau satu. Uhuhu. Ajak aku shopping, biasanya semata-mata teman ja la, jarang aku minat nak membeli. Tiga empat kali shopping dengan kawan, aku tak beli satu pun.. Keluar duit pun sebab makan. Kalau takde duit sangat, kawan la bayar, bertambahlah hutang aku dengan kawan aku nie. Bukan ingat sangat pun harga, tambah2 yang ada sen2, kebanyakannya aku genapkan ja. Senang.

Bagi sesetengah orang, biasa je skirt labuh RM100+, owh,, bagi aku mahal sangat dah tu.. Kalau aku, memang tak berminat la nak beli. Aku percaya dan yakin ada yang lagi rendah dan murah.. Dah lama tak mencari, jumpa jugak aku dengan skirt labuh RM25. Dah beli terjumpa lagi yang lebih rendah, RM20... Asal suka, brand dah no. 3,4. Kualiti aku tak pandai tengok sangat. haha. Aku beli kat jalan tar hari tu masa teman kawan shopping raya. Aku pulak beli yang tiada kaitan dengan raya. Haha. Suka hati la. Yang penting jimat. Time raya ni banyak yang buat sale, jimat la terutama yang beli pakaian setahun sekali. Dah la beli setahun sekali, beli time murah-murah pulak tu. Kan untung tu... ngee.


Kedekut betul berbelanja. Kita gaji sikit buat cara sikit kan. Sebenarnya rasa sedih tak leh menyimpan banyak-banyak. Ada ilmu sikit-sikit pasal rumah, tak dapat apply lagi, sebab duit takde. Memang boleh buat loan, tapi kelayakan buat loan pun takde lagi. Otak ni tak berhenti berfikir selagi simpanan lambat naik dan tak mampu bagi gaji kat mak ayah. Uh uh.. Bila nak kaya ni... Nak bayar hutang sendiri dan hutang orang 'tu'.. Orang 'tu' hutang terlampau banyak, kata ibu, "hidup lagi takpa la, dah mati, sapa nak tanggung hutang tu.." Aku dah lama berniat nak langsaikan hutang orang 'tu', tapi kalau aku kaya la. huhu. Hasrat ja sebab aku tak nak orang disekeliling aku ada hutang dan tak mau hutang salah satu sebab terputusnya silaturrahim. Nak kaya dengan makan gaji, entah umur berapa. Kena terjun dalam bisnes dulu mungkin baru senang nak bayar hutang 'itu', beli tanah dan rumah.

Kebanyakan orang berkerjaya nak ada kad kredit, intipati pensyarah kata la,, dulu-dulu time belajar. Sekarang ni kebanyakan bank pun dah tawarkan kad debit. Usah-usah la kita memiliki kad kredit. Tamatkan habit suka berhutang. Suka swap pun, guna la kad debit. Tak suka pegang duit banyak-banyak di tangan pun, bawa la kad debit, hentikanlah penggunaan kad kredit ya. Nak selamat lagi, aktif kad debit yang bukan akaun gaji kita, kira wujudkan akaun khas untuk urusan belanja guna kad.

Siapa yang pernah ada kat kredit, nak hentikan, nak langsaikan hutang kad kredit, boleh try cuba dapatkan ebook di bawah ni, sebab penulis ebook tersebut lebih berpengalaman handle orang yang pernah berhutang, masalah hidup sebab hutang. Beliau kongsikan tip bagaimana mahu bebas dari hutang kad kredit.

Ebook Langsai Hutang Kad Kredit - SK

Sama-sama kita shopping cara sihat dan terkawal.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak menarik! =='

Fasa berubah. Aku dah jarang sentuh design. Entah kenapa kurang mood.

Jadi time ni aku berjinak-jinak design menggunakan Adobe Illustrator (Ai). Aku tinggalkan terus Adobe Photoshop (Ps) untuk  buat design, buka pun untuk buat editing sedikit part.

Ya, design aku turut berubah. Sebagai orang yang baru dalam Ai, design aku memang lebih simple. Corporate memang suka gaya simple kan. Bila banyak guna Ai, aku banyak guna vector. Jadi design sharp total. Hah3.

Bila orang suruh design, aku keraskan hati untuk gunakan Ai juga. Aku rasa mesti ada yang tak puas hati dengan design aku sekarang. Kiki. Dan... Inilah pertama kali aku terima pengakuan jujur yang menyatakan design aku tak menarik, beliau tak suka. Dush. Aku terus tolak, tak nak buat dah. Takut kecewa kali kedua. Lagi pun tak sempat dah, aku kerja esok, balik-balik dah penat, malas buka laptop lagi buat kerja. Lusanya aku dah siap sedia balik kampung untuk raya. Apply cuti lama-lama sikit, tension duk ofis.

Inilah design yang buruk itu. Senyap-senyap ya, ini rahsia kita je tau. ^_~

Tentang design ni.. Aku tak kesah lah. Aku memang fasa belajar pun, tambah-tambah guna Ai. Bukan buat bisnes pun, ingat nak tolak je job ni sebenarnya. Memandangkan aku kesian sebab mereka tak jumpa designer dari pagi, malam baru aku contact balik mereka tak dapat-dapat lagi. Huh... Tapi aku puas,, makin hari, berganti bulan, makin banyak aku belajar guna Ai.. Alhamdulillah. Harap skil aku dalam Ps juga tak hilang. Risau juga.

Lepas dah kena pelempang ni, rasa nak main dengan Ps balik dah. Sob3. Citarasa aku dah tak sama la kut. Tak semua pandang indah. Aku pulak suka vector imej  macam ni, ala-ala kartun.

Lagi satu, meeting konvensyen petang tadi di Shah Alam pun aku tak jadi pergi sebab menyiapkan job urgent ini. Sedih tak dapat turut serta. Takpa la, tak dapat join, maksudnya aku tak cukup rajin la tu nak buat kerja konvensyen ni. Baru ingat nak bersosial, cari geng untuk buat kerja minat.

Pengakuan itu... First time. Terkedu. Akuilah ketidakmenarikan itu... Sobs3

p/s: design tu kira iklan sekali la. huhu. siapa berminat nak masuk atau nak daftar anak, adik boleh la. huhu. design free, iklan pun free. mana nak cari... hahak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fooling around

My blog more to be a diary entry~ eh? Permisi ya.. heh3

Since semua orang kebanyakan layan facebook, twitter, instagram... Aku layan blog je la ye. Nampak sikit hilir,, eh hulu pun boleh la.

Sedar tak, lately entri aku dah la tulis panjang-panjang, semua text, dan tak letak gambar pun kan. Boring dan serabut tak? Ha.. Itu namanya meluah.. Tulisan meluah perasaan ni, tak bermanfaat sangat, atau memang tak bermanfaat pun. Tapi lepas luah, lepas tulis melegakan, layan je la ye. Haa.. Kenapa entri pasal luahan ni atau lebih tepat entri yang cerita pasal diri aku ni aku tak letak gambar2? Maksud gambar tu bukan maksudnya gambar aku, tapi apa sahaja gambar, imej, quote ke..

Sebab bila entri yang letak gambar, trafik post tersebut lagi tinggi. Buat apa nak bagi trafik tinggi untuk benda yang tidak bermanfaat kan.. That's why tiada imej dalam entri sebegitu. Orait? Haa,, bila scroll nampak sangat aku banyak meluah kan.. Takde geng la nak cerita all my stories everyday. Cerita by phone ada la, yang banyaknya to my sis.. So, by call ni.. takkan nak topup RM10 setiap hari kan.. Aku pulak bila dah bercerita macam tak nak berhenti, dan taknak bagi laluan pada orang lain bercerita sama. Just let me talk. kikiki. Boleh cerita je, kredit phone pun dah tak sayang. Nanti topup la balik, maybank2u kan ada. haha. Dan serius aku tak suka taip mesej. Cakap lagi cepat dari tulis. Uhu.

Bagi sesiapa yang menulis benda yang bermanfaat, boleh la gunakan tip letak gambar tu ye. Kenapa bila letak gambar trafik lagi tinggi? Antaranya sebab entri tersebut masuk dalam search engine google bukan sahaja by web tapi juga by images. Ramai jugak kan suka search2 images ni kan. Ha,,, begitu.. Bukan ada kajian tau, buat statistik bagai,, aku punya view ja ok. Tak percaya pun boleh... Aku saja nak cerita. kehkeh

Ok ok ... Bye bye nite..

p/s: Fooling around tu bahasa mudahnya merapu. kamus tnet ada yang terjemah waste time. hah3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahagia impi kecil

Kebanyakan orang ingin memiliki paling tidak sebuah kereta. Ketika belum kaya, mengimpikan untuk memiliki kereta mewah seperti Alphard, BMW, ataupun Merz. Ketika duit sudah ada walaupun tak mencapai harga kereta mewah tersebut, berhutang untuk membeli kereta mewah yang diimpikan. Nampak seakan-akan tidak merasa kos yang sangat besar mengalir apabila membeli secara ansuran. Benarkah kebanyakan begitu?

Kalau ya, nampaknya aku bukan dalam kategori itu pada waktu sekarang. Alhamdulillah sangat-sangat. Harapnya aku tak termasuk dalam kategori tu sampai bila-bila pun takpa. Aku bahagia. Tak kesah la aku ni kuno pun kan. Tambah-tambah aku tak kenal sangat pun jenis-jenis kereta. Contoh kereta yang aku sebut di atas pun aku tak kenal kecuali BMW je aku kenal sebab jenis tu dah lama dalam pasaran. Kereta baru lepas dari zaman sekolah aku, jangan tanya aku, fail rasanya aku nak menjawab soalan tu sebab aku kurang kenal jenis model kereta pelbagai tu. haha.

Saat orang lain nak pakai kereta besar-besar, aku hanya mengimpikan kereta kecil. Nampak kiut gitu kan. haha. Dulu aku minat kereta kancil je. Bila kereta kancil dah stop, keluar model baru, aku minat viva. Dari viva dengan myvi pun aku boleh minat viva sebab pattern. haha. Aku ni jenis tengok appearance jugak la. Appearance sebelum fungsi. Kiki.

Sebab tu, bila abang aku pesan berkenaan kereta ni, aku boleh angguk laju2 (bukan angguk sangat pun, mengiyakan ja la). Beliau pesan, perempuan.. kalau nak beli kereta, beli yang kecil, sedang-sedang tak terlalu besar, sebab lelaki suka kereta besar. Bila dah kahwin, kereta tu (kecil) kita punya, lelaki jarang nak pakai kereta kecil. Kalau dah awal-awal beli kereta besar, kereta tu jugak yang kena rembat dengan suami (ayat ni aku tambah, konklusi sendiri. haha). Tak da la zalim macam tu, isteri yang baik dia serahkan harta yang dia ada untuk suami dia sebagai orang yang akan mengetuai ketua keluarga (dulu-dulu ustaz pernah pesan). Tapi, zaman sekarang ni, mungkin berbeza sedikit approach dia. Nak serah harta (sebelum kahwin) pada suami pun (untuk memudahkan urusan rumah tangga), kena kenal dulu suami tu macam mana. Nilai segala aspek.

Aku kurang minat nak menghafal model2 kereta ni. Tapi aku kenal jugak la perkakas dalam kereta tu. Sekurang-kurang aku pergi servis kereta sorang-sorang pun, aku berhati-hati supaya tak kena tipu. Haha. Aku memang pelik pun, benda teknikal pulak yang aku lebih2 ingat. Haha. Aku tak de kereta walau satu pun. Pernah servis dulu pun kereta yang pakai 3 hari je lepas aku bayarkan insurans dan roadtax kereta yang tidak diguna hampir setahun. Aku bayar pun supaya tak mahu kereta tu masuk puspakom, nanti banyak hal plak. Aku pun excited giler, pergi servis kereta bajet boleh guna lama, hingga kena bayar RM1,000 (lepas diskaun on demand. haha). Dah bayar semua, kereta dah cuci, wangi, takdenye nak melekat kat aku. Awal-awal memang aku tak cakap harga servis tu, lama-lama mak aku tahu, mak aku bayar la RM600 kat aku walaupun aku tak minta dengan sesiapa pun dan bukan kereta mak aku pun. Syukur jugak. Thanks mum. Lagipun time tu aku masih ada hutang dengan universiti hampir RM4,000.

Hutang tu dah settle pun. Kini tinggal PTPTN ja lagi. Impi nak bayar semua sekaligus. Amin.. Aku wajibkan bayar hutang dulu sebelum beli benda lain. Impi jugak nak kereta. Yang kecil-kecil sudah. Kerana cun dan comel. haha.

P/S: Eh, dah nak kena keluar. Kawan ajak pergi jalan tar plak awal-awal pagi ni. Shopping raya la kan. Aku duit ada berapa sen je. Nak ikutkan hati, malas pergi, sebab aku tahu aku akan penat jalan2, walhal takde tujuan untuk membeli. Takpa la.. Demi silaturrahim..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkhabaran tentang Allah & RasulNya


Semalam, teman sepejabat berkongsi cerita tentang Nouman Ali Khan dan Robert Davila.

Hampir atau lebih dari 500 video dari Nouman Ali Khan yang telah diupload di youtube dan beliau banyak syarahan tentang keajaiban dan bahasa Al-Quran. Subhanallah.

Robert Davila pula merupakan orang Kristian yang tinggal di hospital dikelilingi salib-salib dan beliau merupakan orang yang sangat lemah, tiada upaya fizikal seperti manusia lain, hanya terbaring dan perlukan sokongan pada badan-badan. Beliau tidak pernah langsung tahu tentang Islam, beliau bermimpi seseorang yang bernama Muhammad, sedangkan beliau tidak kenal siapa Muhammad. Dengan menggunakan internet sahaja, beliau mencari siapa Muhammad, dengan sokongan teknologi hanya menggunakan suara, kerana beliau tidak mampu menggunakan anggota badan yang lain.

Akhirnya beliau memeluk Islam dalam kalangan tiada masyarakat Islam dan lemah fizikal. Beliau belajar membaca Al-Quran melalui medium yang sama, mengenali Nouman Ali Khan dan sangat ingin bertemu dengannya. Seorang kawan baik Robert Davila mendengar seolah-olah beliau membaca Al-Quran. Kawan beliau terkejut Robert Davila boleh menganut Islam dengan keadaan dan persekitaran beliau sedemikian. Nouman Ali Khan kemudiaannya dibawa bertemu dengan Robert Davila.





Apabila kisah ini diceritakan, saya teringat satu ayat dari Al-Quran yang bermaksud:

{{ Orang-orang kafir digiring ke neraka Jahanam secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka,"Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan (dengan) harimu ini?" Mereka menjawab, "Benar, ada." tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir. }}
-Surah Az-Zumar, ayat 71-

Ayat ini memberi suatu keyakinan paling kurang pada diri sendiri bahawa setiap manusia akan diperkenalkan kepada Islam (atau ayat-ayat Allah) dan RasulNya sebelum bertemu ajal dengan apa cara sekalipun. Bezanya samada beriman atau mengingkarinya.

Astaghfirullahal azim. Allahuakbar. Subhanallah.
Aku memohon ampunan kepadaMu yang Maha Agung. Allah Maha Besar. Segala Puji BagiMu Ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Serangan virus script *.VBS


2 minggu lepas, virus shortcut terkena pada pendrive. Delete pun timbul balik. 2 jam juga cari solusi, kalau tak jumpa agaknya aku tak tutup pc. haha. Takut la tetiba problem buka windows. Haih. Bila virus menyerang~

Solusi pertama, format pendrive (bukan quick format). Alhamdulillah, clean.

Disebabkan pindahan file dibuat ke pendrive lain sebelum format (risau pc kena jangkitan) , termove pula sekali dengan virus tersebut yang berformat *.VBS ketika pindahan file tersebut. Asalnya ingatkan file yang ada kaitan dengan Microsoft Excel yang telah dimasukkan script atau macro (coding), jadi move la sekali, rupanya virus script! Akibatnya pendrive fresh tadi juga terkena jangkitan. Delete, timbul, delete, tetap juga timbul. Nak format pendrive, nak pindah ke mana file banyak-banyak yang bersaiz GB. Pindah ke pc, lebih cepat merebak satu pc ni nanti. Pindah ke hardisk, hardisk pun banyak file, risau rosak file atau HD.

Solusi kedua, buka task manager (Ctrl+Shift+Esc) , pada tab processes, cari 'wscript.exe' dan tekan end process. Setelah selesai, delete segera file shortcut yang masih timbul dan file virus tersebut. Pastikan delete permanently (Shift+Del). In Syaa Allah, tak timbul balik dah.

Lepas tu, macam biasa, gunalah cara masing-masing untuk timbulkan balik folder yang dah kena sembunyi (hidden) sebab virus shortcut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laju, cepat, pantas. Ini kisah, bukan kamus.

Wah, naik flight dah sekarang! Seronok tak?

Hahaha..

Mentang-mentang jarang naik flight balik Kelantan, soalan pun boleh tahan.

Uish. Siap duk tepi Dato' tu. Dato' pun naik flight kelas ekonomi.

Boleh berbahasa arab lagi. Pernah ke Kuwait. Katanya General Manager Kuwait Finance House di Kuwait, orang Kelantan.

Loan jutaan ringgit pun boleh lulus dalam masa 21 hari je tu. Cepat sangat tu, juta kut. Jupo so ppalo senei sikit nok ngejah kkiro bakali.

Maybank pun katanya, tolak CEO, atasan yang lain pun orang Kelantan. Aha, fakta ni aku tak tau la. Dato' yang kata. huhu.

Bagus la Dato' ni. Rileks jap, istighfar. Sekurang-kurangnya mengingatkan kita yang duduk di sebelah beliau untuk turut sama ingat Allah. Alhamdulillah. Syukur ada orang kaya yang ingatannya pada Allah.

Kiraannya lepas turun LCCT, naik bas ja kut ke KL Sentral. Alhamdulillah, ditakdirkan jumpa lagi hamba Allah yang lain tawarkan untuk tumpang sampai ke LRT Bandar Tasik Selatan.

Kita bantu orang lain, orang pula bantu kita. Bantu sedikit sahaja, Allah dah bantu mudahkan perjalanan kita. Subhanallah. Alhamdulillah.

3 jam juga rupanya nak sampai rumah di KL. Penat betul. Itu baru kategori perjalanan pantas. Kalau tambah masa kena tunggu bas dan lain-lain, huh~

Balik kampung naik bas jugak paling dekat dengan rumah. Lagi cepat sampai.

***

Seronoknya cuti. Dah lama tak cuti time orang lain bekerja. Fuh~ Release. Memang seronok la lepak kat rumah je. Rasa nak sambung cuti je terus.

Rajin pulak aku study untuk exam akauntan W41 sesi Mei 6hb lalu. Ibu yang terlalu bersemangat, anak pun boleh jadi semangat lebih. Baca GTP la, GST la. Kui. Sekali keluar, banyak pula tanya soalan am akaun ni. 50 soalan, 40 minit. Sempat juga baca semua soalan. Masa cukup-cukup makan ja pun, ok la tu.

Tapi tak syok la jawab exam selalu tak cukup masa. Selalu time exam matematik. Aku minat giler math. Tapi, itulah, asyik tak sempat habis jawab, masa dah tamat. Nampak sangat congak lembab. Aduh. Ke mengira teliti sangat. Bila nak pantas mengira ni. Asyik kena tembak je soalan last-last. 40 soalan, 45 minit. Nak mengira lagi, nak baca soalan, nak faham, soalan pusing sikit ikut logik nak kena cari trick lagi. Geram pun ada. Soalan bukan susah sangat pun, aku mengira ambil masa sikit. Akhirnya, pening tetiba menyengat kepala, akibat terlalu fikir nak kejar masa, nak kena cepat mengira yang dah tak mampu nak laju mana dah. Pening kepala menyengat yang sudah lama tak datang pun boleh mai sekelip mata.

Bab mengarang esei BM dan BI, ok la sempat buat ayat penutup. Haha. Cukup-cukup. Rasa senang sikit mengarang rasanya, agaknya celoteh banyak dalam blog ni, membantu juga la kut mengarang esei. Kui.

Ada pula orang yang mula berbicara pasal makhluk halus tengah-tengah malam. Aku kena la respon, bila beliau kata ada 'something' yang follow. Kena la cerita surrounding and environment aku di KL, entah puncanya dari mana aku pun tak tahu. Terus tidur tak lena, berjaga sorang-sorang diri. Dah la esoknye exam, kena la aku ulik dengan jawab soalan2 math, harapnya lena. Lelap-bangun-lelap-bangun juga hingga ke pagi. Itu effect biasa pada aku bila fikiran aku dah diracuni dengan benda ni di malam hari. Kalau masuk hutan sehingga perlu bermalam, penat macam mana pun, jarang aku mampu lena. Kalau tidur awal pula, terbangun pula di awal pagi saat tiada orang yang berjaga. Ada kisah, tapi usah la dipanjangkan cerita, kena ganggu dengan bunyi je pun, aku bukannya kuat sangat. *tetiba bulu roma naik, siang hari lagi. Harap nyenyak je malam ni* Doanya Allah lindungi diri dan kita semua setiap masa dari kejahatan makhluk-makhluk ciptaanNya. Amin..

Apa-apa pun, 10 Jun 2014 result keluar. Doa baik-baik ya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbelanja memang seronok!

Kali ini aku masukkan gaji ke akaun Maybank. Biasa la mesti ada akaun online. Awal-awal dulu aku masukkan ke akaun bank yang tidak dibuat akaun online. Safe sikit. Bulan lepas ke akaun yang kurang cawangan tapi kad debit. Ingat nak transfer untuk pelaburan, tetapi ada satu incident yang kena guna kad debit. Pertama kali juga menggunakan kad debit minggu lepas. Wah, makin mudah, seronoknyer berbelanja tanpa bawa wang!


Tapi..

Uh uh.. Makin terasa sangat mudah untuk berbelanja terutamanya bila ada akaun online. Makin mudah nak beli tiket flight, makin mudah nak beli ebook, makin mudah nak beli pakaian, makin mudah la segala bagai. Aha, contoh yang diberi telah berlaku dalam minggu ni sahaja yang mengakibatkan aku telah berbelanja lingkungan RM200. Kalau aku tak cut lagi, minggu ni sahaja aku bakal berbelanja hampir RM400 termasuk barang kehendak, tidak termasuk belanja wajib seperti sewa rumah. Itu pun masih ada yang teringin.. Berbelanja memang seronok! Dush dush. @,+

Ish. Jap lagi aku kena tukar strategi. Kena masukkan ke akaun lain. Bahaya betul amaun terbanyak sikit dalam akaun. Biasa aku topup-topup je akaun online ni. Memang perlu dan memudahkan urusan. Sebab aku banyak bayar bil guna online je macam bil broadband dan elektrik. Tapi memudahkan urusan pun tidak boleh sampai terlalu mudah berbelanja. Lain la bila kewangan dah stabil.

Teringat dulu-dulu. Semasa awal-awal pertukaran dari buku bank ke kad bank, ibuku tidak mahu menukarnya kepada kad. Bila ada kad, bila-bila masa boleh keluarkan duit. Uhu. Iyelah, kalau guna buku, kena lalui rintangan dan ada limitation la kan. Kena pergi time office hour, kena menunggu giliran, terlewat bank dah tutup, tidak boleh berurusan time cuti,,,,. Dan sampai sekarang beliau masih mengekalkan penggunaan buku bank. Si anak muda, of course la tukar kad dan buku bank pulak entah ke mana. Haha.

Sekiranya tengok benda offline, pakaian RM30 pun dah rasa mahal dan teragak-agak nak beli, dan kebanyakannya tidak membeli. Jalan-jalan terjumpa barang berkenan dalam talian/online, RM80 pun boleh rasa biasa, dan mudah sangat nak buat bayaran segera. Pantas lagi membayar dari alam realiti. Alam realiti, normal rutin, duit bawa tak sampai RM100. Ada controller di situ. Huhi.

Bab berbelanja ni, rasa macam penangan 'tahan' pun ada ni. Lama-lama control pun tertarik jugak. uhuk. Duit masuk satu sumber je, itupun bukannya banyak. Okey, diam diam sudah.

Haii, belum berjaya impian untuk berikan sebahagian dari hasil kerja kepada ibu ayah. KPI belum tercapai. Bukan satu KPI, ada lah beberapa dalam senarai. Termasuk KPI jangka panjang. (KPI : Key Performance Indicator ; Indek Prestasi Utama)

Yang penting, kena ingat hutang yang masih tertunda. Surat PTPTN pun dah sampai rumah. Grad belum sampai 6 bulan, kos pengurusan dah mencecah RM700+ . Itu belum masuk setahun. Aduh~ Walaupun amaun dia kurang sedikit dari individu lain disebabkan hanya sempat mengambil wang pendahuluan dan semester 1, tiada lagi amaun tersebut untuk langsaikan sekaligus. Penat la kos tambahan tinggi-tinggi ni. Penat nak kena bayar kos tambahan. Bayar hutang takpa la dah memang wajib bayar sebab berhutang.

Bak kata orang-orang kewangan, berbelanja di bawah kemampuan, bukan mengikut kemampuan, apatah lagi di luar kemampuan. Mampu untuk berbelanja lebih, tetapi hutang keliling pinggang. Itu gaya hidup tidak sihat, jauhi dari diamalkan. Jika dibanding antara dua, lebih baik ada kad debit dari ada kad kredit. Mujur aku kenal orang kewangan dulu, selamat aku dari bayang kad kredit yang indah khabarnya. Sama-sama kita ingat, hutang yang belum selesai antara perkara yang tergantung sehinggalah ia diselesaikan. Orang yang syahid pun tidak lepas jika masih ada hutang. Inikan pula diri kita yang belum tentu kesudahan hidup yang bagaimana.

Haih.. Ok la, sambung study. Ada rezeki, lulus dan next step will come. Bagi peluang pada diri. Berusahalah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiada title

Minggu ni balik kampung!

Uhuhu.. Saje nak update. Kiki.

Facebook tak update hampir 4 bulan. Tak tahu nak update apa. haha

Dah beli tiket flight kembali ke KL.

Belum beli apa-apa tiket balik kampung. hoho.

Tengah berkira-berkira.

Ni sebab ada public event company hari nak balik.

Teragak-agak nak balik.

Tapi dah apply cuti 3 hari.

Ada exam di Kelantan.

Siap mimpi nak exam malam tadi, woho siap nangis lagi bila bangun. haha

Bye. Doa baik-baik ya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu Beli Rumah

Dalam masa seminggu ni sahaja, lima buah rumah telah dilihat untuk dibeli. Rumah di KL ni memang sangat-sangat tinggi. Tapi tak pernah pula tahu harga rumah dan tanah di negeri sendiri. haha. Rasanya jauh lebih rendah. Dah duk di KL, view rumah di KL je la kan. huhu.

Gambar hiasan. Verge32 Melawati

Diri sendiri baru grad tak sampai setahun, tak mampu lagi sampai nak beli rumah. Haha. Teman housemate je tengok-tengok rumah untuk tinggal dan dibeli. Dapat la tahu sedikit sebanyak ilmu hartanah dan vocab. huhu. Minggu ni beliau balik kampung, jadi sambung pencarian dan lawatan sambil belajar minggu hadapan pula yer.

Kami hanya cari rumah antara RM250,000 dan ke bawah sahaja. Itu pun pinjaman balik kepada bank lingkungan RM1,000 sebulan selama  20  tahun 30 tahun. Hampir terlupa compounding bank. Beli satu rumah dengan bank, macam harga beli dua buah rumah. Nak buat macam mana, duit kurang, kena guna jugak khidmat bank kan. Untungnya rumah aset, kereta liabiliti (bukan dari segi akaun secara asas).

Antara rumah yang kami dah pergi tengok sendiri di sekitar KL selama seminggu ini :

1. Riverdale Park, Bukit Antarabangsa (RM200,000) - concern : landslide, bank value, bank loan, dibiarkan kosong setahun lebih, penghuni sebelum adalah india.

2. Spring Ville, Ukay Perdana (RM206,000) - concern : landslide, bank value, bank loan

3. Impian XX, Setapak (RM210,000) - concern : ramai foreigner, lingkaran bangunan yang kurang menarik dan kurang selamat. (Lupa nama apartment ni. haha)

4. Persona Villa, Kemensah, Ampang (RM200,000) - concern : walk up, tingkat 3.

5. Residensi Bistaria, Ukay Perdana (RM260,000) - tingkat 6, rumah totally baru siap. Tiada wiring, lampu, kipas semua tiada. Tapi dekat dengan MRR2. Ada surau, swimming pool. Maintenance cost tinggi juga, dalam RM150 sebulan. Pemilik dato'.. Anak dato' je datang bawa kunci, tak berpeluang jumpa dato'. huhu. Paling rendah dato' boleh bagi sampai RM255,000 je. Dah berkenan dah, tapi melebihi bajet, tambahan rumah tak siap renovate. Kos beribu jugak nak kena pasang lampu, kipas, grill, glass door dsb.

Eh, buat numbering baru sedar rupanya dah enam rumah yang kami tengok sebenarnya bukan lima. Spring Ville ada dua unit yang kami deal dengan agent untuk view. Satu lagi jumpa borak dengan agent je sebab tenant (penyewa) tak sempat balik, tiada di rumah ketika kami tiba masa yang dijanjikan. Takpe la sebab structure sama je, kami dah lihat unit sebelum.

Ha, mai nak kongsi sket vocab hartanah, pasal rumah2 ni. huhu. Ni ikut kefahaman je tau, bukan rujuk kamus dewan. haha. Kalau salah perbetulkan. Budak-budak baru belajar, tak sabar nak kongsi, seronok dapat ilmu baru, macam ni la..

Subsale : Rumah siap yang dijual dari selain developer (bukan dalam pembinaan / bukan dijual oleh pemaju)

Walk-up : Bertangga, tiada lif. Biasanya flat.

Bank value : Nilai atau harga rumah mengikut bank

Market value : Nilai atau harga pasaran rumah tersebut. Lokasi juga memainkan peranan.

Low cost : Rumah kos rendah. Rumah low cost biasanya hanya boleh dibeli oleh individu yang bergaji bawah RM3k sebulan atau bawah lagi dari kadar ini.

Owner / Landlord : Pemilik unit atau rumah

Tenant : Penyewa unit atau rumah. Kadangkala rumah yang ingin dibeli masih ada penyewa. Biasanya penyewa akan diberi notis 3 bulan untuk keluar apabila rumah tersebut akan dijual.

Bumi : Singkatan kepada bumiputera.

Non-bumi : Singkatan kepada non-bumiputera iaitu bukan bumiputera.

Square feet : Unit ukuran (measurement unit) keluasan rumah. Singkatannya sf. / sqft. ; Per square feet : psf.

Square meter : Unit ukuran (measurement unit) keluasan tanah. Singkatannya sqm.

Freehold : Bangunan dan unit milik kekal (In Syaa Allah).

Leasehold : Bangunan dan unit bukan milik kekal. Biasanya ada kontrak berapa tahun, contohnya 99 tahun. Kerajaan boleh ambil balik tanah tersebut untuk buat pembinaan contohnya. Pampasan mungkin akan dapat, tapi lepas tu dah hilangla aset ni. .

Landed : Satu unit rumah atas tanah seperti rumah banglo dan teres. Apartment, condo, flat tidak tergolong. Sebab tanah tu berkongsi dan bukan milik kita.

Corner lot : Rumah di bucu atau hujung. Biasanya rumah teres ada corner lot. Corner lot permintaan tinggi sebab ada tanah dan keluasan tambahan berbanding rumah-rumah di tengah.

Auction : Rumah lelong. Antara sebab di lelong - peminjam tak mampu bayar pinjaman bank, lokasi yang pernah berlaku kejadian alam seperti tanah runtuh, pernah ada sejarah penghuni bunuh diri dsb.

Shop lot : Bangunan / deretan kedai-kedai

Shop apartment : Rumah atas kedai. Tingkat bawah adalah kedai, tingkat atas pula rumah-rumah.

Fully-furnished : Unit atau rumah yang lengkap dengan perabot dan perkakasan.

Semi-furnished : Unit atau rumah yang ada perabot dan perkakasan tetapi sesetengah sahaja.

Unfurnished : Unit atau rumah yang kosong, tanpa apa-apa perabot.

Renovated : Unit yang sudah diubah suai.

Maintenance fee : Bayaran penyelanggaraan. Rumah apartment atau condo memang ada fee ini secara bulanan untuk tanggung servis lif, security, swimming pool, gym, playground etc.

Guard security : Ada pegawai keselamatan yang kawal keluar masuk kenderaan dan kawal keselamatan.

Layout : Struktur rumah. Berapa bilik tidur, tandas, bagaimana dapur. Bedroom yang ditulis 3.1 atau 3+1 adalah bermaksud 3 bilik tidur tambah 1 bilik kecil (kecil je, macam stor).

S&P / SnP : Sale and Purchase Agreement. Perjanjian jual beli rumah.

DoA : Deed of Assignment. (Terjumpa je istilah. Yang ni aku tak tahu. hehe.  Rujuk sini.)

PoA : Power of Attorney. (Terjumpa je istilah. Yang ni pun aku tak tahu. hehe.  Rujuk sini.)

CF / CFO : Certificate of Fitness Occupation. Sijil Layak Menduduki. Kata setengah orang CF ni title. Pastikan setiap rumah yang ingin dibeli ada CF. Biasanya rumah yang ada CF tiada masalah untuk mohon pinjaman bank (sekiranya tiada sebab lain). Selepas rumah siap,  pihak pemaju akan mohon dapatkan CF. Selepas diluluskan, pemaju perlu tanggung warranty selama 2 tahun. Selepas 2 tahun dari tarikh CF diluluskan, pemaju sudah tiada kena mengena. Kalau belum ada CF, perlu minta dari developer, minta lawyer buatkan. Segala urusan jual beli rumah perlu dapatkan pengesahan pihak pemaju. Syarat untuk dapat CF, rumah akan disahkan sempurna, selamat dan selesa untuk diduduki oleh badan berwajib seperti TNB, TELEKOM, BOMBA dan beberapa lagi agensi.

Okeh. Itu sahaja yang keluar dari kotak minda ketika ini.

Kawan sendiri yang rapat takde la segan nak tanya walau benda paling kecik. Yang penting, beliau jawab soalan aku directly, tak perkecilkan dan tak rendahkan pun. Orang macam ni senang kita nak dapat ilmu, sebab kita boleh bertanya apa sahaja. Bila tak segan, banyak soalan akan ditanya, banyak la benda baru kita tahu dan benda lama yang baru tahu. Tahu tak, perkara yang semua orang tahu, aku je yang tak tahu sebelum ni, baru tahu. Jangan gelak ok. Aku baru tahu bumiputera ni orang melayu dan beberapa bangsa di Sabah dan Sarawak. Bukan bumiputera ni orang cina dan india. haha. Aku gelak takpa, hangpa jangan gelak sampai aku dengar. haha. Senyum takpa, senaman baik untuk otot. haha. Sebelum ni aku ingatkan bukan bumiputera ni foreigner. Lupa lak yang foreigner2 ni soal warganegara, bukan bumiputera atau tak. heh3.

Bila bertanya pasal rumah2 ni dengan penjual (termasuk agent), kawan aku mesti tanya pemilik rumah tu bumi atau non-bumi. Beliau kongsikan, rumah yang dimiliki oleh bukan bumiputera boleh dibeli oleh bumiputera atau bukan bumiputera. Rumah yang dimiliki oleh bumiputera hanya boleh dibeli oleh bumiputera. Tapi ada je yang berlaku sebaliknya, itu atas budi bicara pemilik rumah tanpa melibatkan mana-mana pihak luar.

Semangat berkongsi mengenai jual beli rumah. Selain untuk manfaat orang lain, aku kena catit juga untuk manfaat diri sendiri di kemudian hari. Aku mungkin perlukan balik maklumat ni bila dah mampu beli rumah nanti. Hew2.

Kebiasaannya, deposit membeli sebuah rumah adalah 10% daripada harga rumah. Kalau harga rumah RM200,000 jadi deposit yang perlu didahulukan RM20,000. Maksudnya, sebelum beli rumah, dah kena standby RM20,000 di tangan (bukan pegang di tangan, tapi duit sendiri ke, contohnya dalam bank akaun simpanan, akaun semasa, KWSP, atau duit mak bapak atau orang lain, etc). Sekiranya tiada masalah, maksimum bank akan bagi pinjam 90% daripada harga rumah, bukan 100%. Maksudnya, kalau lulus pinjaman bank penuh, dapatlah pinjam RM180,000. Tuan rumah dapat la RM194,000 (RM180,000 + RM20,000 - RM6,000). Eh, RM6,000 ke mana? Normal, 3% lagi agent punya bahagian. ye kan? Wow, banyak kan. Kalau deal rumah jutaan ringgit,, wawaw,, patut la kerja agent rumah ni boleh jadikan kerjaya..

Antara faktor peratus pinjaman bank menurun adalah lokasi rumah tersebut. Contohnya, rumah yang pertama kami view adalah di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Lokasi ini pernah ada sejarah tanah runtuh (landslide), jadi bank menurunkan peratusan pinjaman untuk mengurangkan risiko. Walaupun tempat ini tidak berlaku kejadian tersebut, tetapi hampir dengan tempat kejadian dan alamat penuh rumah tersebut juga tertera Bukit Antarabangsa. Asasnya, bank akan bagi pinjam 90%, tetapi bila wujud masalah seperti ini, kalau bank luluskan pun, tak penuh, mungkin 60% atau lebih rendah. Yang pasti bawah 90%, itu pun kalau bank luluskan pinjaman tersebut.

Jadi, bila bank value lebih rendah dari harga jual, pembeli kena suffer sendiri lebihan yang tidak ditanggung oleh pihak bank. Contohnya, harga owner jual RM200,000 tetapi nilaian bank, harga rumah tu RM180,000. Lebihan RM20,000 (RM200k-RM180k) + RM18,000 (10% x RM180,000) tu tanggung sendiri. Bank hanya akan bagi pinjam RM162,000 (90% x RM180,000) atau bawah dari kadar tersebut.

Pinjaman bank juga bergantung kepada kelayakan peminjam sendiri. Jawatan, gred, gaji bersih, komitmen dan pelbagai lagi akan dikira untuk menentukan berapa pinjaman yang layak bagi seseorang individu. Nak tahu kelayakan kita, kena tanya pegawai bank tersebut. Pergi la banding-banding dulu, tanya beberapa bank, contohnya Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Affin Bank etc. Lain bank, lain jumlah pinjaman yang layak. Secara draf, pinjaman yang kawan aku mungkin dapat, Maybank paling tinggi, Bank Islam paling rendah. Itu setakat beberapa bank yang beliau dah tanya sahaja. Draf je, kiraan kasar bukan lagi kiraan yang lebih dihalusi. Mungkin lebih atau kurang lagi dari kiraan kasar tersebut. Komitmen semua kena kira. Contohnya bayaran ansuran kereta, kad kredit, pinjaman peribadi (personal loan) dan macam2 lagi. Kawan aku hanya ada komitmen kereta, jadi pinjaman bank lagi tinggi.

Masa bayar deposit, time tu dah start tandatangan agreement / dokumen perjanjian jual beli rumah. Time ni kena hati-hati. Bila melibatkan angka-angka yang besar, lagi-lagi kena ambil serius soal terma dan syarat perjanjian. Baca dan fahami. Lebih selamat bila ada pulangan wang sekiranya tak jadi beli atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, wujud terma "subject to loan", maknanya bergantung pada pinjaman bank. Sekiranya pinjaman tak dapat atau bank tak luluskan atau mungkin kita tidak bersetuju jumlah pinjaman bank, wang deposit akan dikembalikan. Contoh lain, "subject to bank value" iaitu bergantung pada nilai bank pada rumah tersebut. Sekiranya bank value rendah dari harga jual, kita tak jadi beli, kita berhak dapat balik pulangan deposit. Deposit bukan sedikit. Kalau harga rumah RM200,000, deposit dah RM20,000. Banyak tu..

Kalau pinjaman bank rendah dari 90%, jawabnya kena tanggung sendiri, kena topup lebihan tu. Fuh, bukan sikit main dengan ratus puluh ribu ringgit. Orang kaya, orang bisnes berjaya lain la, kacang jer kan. Aku yang baru kenal dunia kerja ni, fuh.. nilai ribu pun dah banyak. hoho. Ok, baik, sekarang belum turn aku yang beli rumah, my friend ok. haha. mengigau jugak nak beli rumah. Umur tengah muda ni, baik jugak beli rumah, bukan untuk tinggal, tapi untuk melabur. Haa, ni kena belajar lebih, duit nak bayar PTPTN satu sem + pendahuluan pun tak lepas lagi. haha.

Tapi memang betul pun, harga rumah boleh naik lebih RM30k dalam masa 2-3 bulan, sebulan pun ada la. Bukan semua, tapi memang wujud, tambah-tambah di ibu kota, bandar2, nilai cepat naik. Nampak tak beza simpan harta dalam bentuk wang ringgit sahaja dengan simpan aset termasuk rumah? Haih, macam nak buat hotel la plak. ahah.

Semangat membara nak cepat-cepat buat pelaburan hartanah! Langkah awal, melabur dalam emas. Bulan lepas baru buka akaun simpanan bank Kuwait Finance House (KFH). In Syaa Allah, ada rezeki, bulan ni buka akaun emas pula di KFH. Pembukaan akaun emas, minimum 10g emas. Ok, yang ni, kisah lain plak.

Antara pelaburan menguntungkan, pelaburan ilmu, pelaburan emas dan pelaburan hartanah.

Sama-sama merancang kehidupan. Baik dunia, baik akhirat. In Syaa Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pain

Apabila Allah timpakan sedikit sakit kepada kita, terasa dosa yang banyak telah dilakukan. Dosa kepada Allah dan dosa sesama manusia.

Adakah sakit benar-benar menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu? Atau kita sekadar mendapat sakit sahaja?

Walau hanya sedikit jentikan, sakit yang cuma sedikit jika nak dibandingkan orang yang lain yang lebih perit, tetap ia tetap suatu ketidakselesaan dan keadaan yang kita tidak inginkan.

Sakit ini seusia dengan krisis MH370. Ku doakan ia kembali baik dengan diampun dosaku yang lalu serta hubunganku dengan Allah juga semakin dekat.

Ya Allah, aku hambaMu. Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mood Disorder

Design. Sudah lama aku menyepi dari dunia seni ini. Entah, aku keliru. Aku seolah-olah sedang bermusuh dengan dunia seni ini. Haha. Okeh, ayat kasar.

Aku rasa disebabkan aku tidak mampu urus masa aku dengan baik untuk diselarikan dengan kerja pejabatku. Terasa seolah tidak mampu. Semasa di institusi pengajian, masa belajar lebih flexible. Dalam seminggu, ada satu, dua hari penuh waktu belajar yang dikira sebagai waktu wajib. Waktu lain memang disibukkan dengan aktiviti lain seperti persatuan dan sebagainya tetapi masanya masih boleh diatur kerana ia adalah masa kita sendiri. Ketika di alam persekolahan, masa wajib hanya separuh hari, yang lain masa sendiri. Apabila bekerja, masa wajib adalah sehari sehingga petang, hanya malam sahaja yang lapang. Itupun sekiranya benar-benar mampu pulang awal (petang). Sekiranya pulang lewat, jawabnya penat bersambung ke hari esok.

Faktor kerja sebegini sedikit sebanyak agak menyebabkan aku terkejar-kejar memenuhi permintaan individu yang memohon design. Sudahlah pulang lewat, tengah malam buat pula kerja luar pejabat. Esok pagi kerja lagi waktu yang sama. Sehinggalah ada design yang aku tidak berjaya memenuhi citarasa aku sendiri pun, aku perlu hantar, dan aku tidak mampu mengedit perubahan berikutnya. Rasa macam kerja pertama aku buat half-way. Aku kesal juga. Sudahlah rakan antara yang rapat ketika di universiti. Dah jadi begini, segan sangat, kuranglah sedikit komunikasi apatah lagi nak minta pendapat atau bantuan. Baru-baru ini ada lagi sorang yang jadi begini. Entah, tak tahulah, yang terjadi pula pada rakan sekelas kedua-duanya.

Buat masa ini, aku terpaksa menolak kebanyakan design. Tidak mahu memberi harapan. Beri harapan, tidak berjaya disiapkan, lagi bahaya. Terutamanya design yang bersifat urgent. Tolak terus biasanya. Melainkan ada rasa simpati yang berjaya diurut. Haha. Design logo memang tiada harapanlah, sebab tiada kepakaran dalam bab idea, pantas sahaja reject.

Sudahlah berkejar-kejar, bukan ada bayaran pun kebanyakannya. Zaman universiti, tak rasa sangat, JPA dan tanggung segala kos hidup, tambah-tambah memang style budak mengaji macam tu la. Orang tanya bayaran pun serba salah terutamanya student. Basic RM50 sudah angka sangat besar buat pelajar. Pernah sekali dua je aku cuba beranikan diri sebut harga setelah didesak. Aku pun letaklah harga RM10 bagi design cover majalah, beliau inginkan RM5. Ha, sebab tu aku tidak pandai letak harga pada student, aku memang tak tahu tahap kemampuan individu. Tak kesah la, sebab aku bukan berkira sangat soal nak bayar ke tak, sebab aku memang sudah biasa hidup tanpa bayaran dan sudah lama diajar sebegitu. Terus ku katakan, ikutlah nak bayar berapa pun, tak bayar pun takpe. Zaman pengajian tidaklah terlalu kesah, sebab aku sangat enjoy buat kerja-kerja IT dan seni apatah lagi explore benda-benda IT yang orang tak suruh, syok sangat.

Zaman kerja, dah lain sebab sara hidup sendiri. Tak rasa enjoy sekarang buat design. Kalau faktor bayaran, orang tanya bayaran, memang tidak berjawab la soalan tu. Bukan minda bisnes lagi kan.  Lebih kepada faktor masa rasanya, tertekan dan pernah buat klien kecewa. Aku agak orang kecewa dengan kerja aku (terutama apabila aku sendiri tidak puas hati dengan kerja aku, eg. design yang belum berjaya tambat hati aku sendiri atau proses memakan masa (edit yang terlampau dari klien yang akhirnya terlalu dekat dengan tarikh event), lambat submit dsb, maka aku dengan rela hatinya menyatakan tidak perlu dibayar langsung kos design walaupun mereka pernah menyatakan ada bahagian untukku. Dua keadaan yang berlaku demikian, satu memang tidak dibayar (kecewa sangat mungkin. --') . Satu lagi tetap dibayar. Yang itu bukan design tetapi video. Bayaran yang paling tinggi setakat ini, video berdurasi 1 minit 55 saat (final) dengan 4 revision dibayar RM500. Untunglah berurusan dengan orang bisnes, lain gaya orang bisnes ni. Huhu.

Mungkin juga demotivated bila tengok design yang makin menarik kini. (hehe. ada juga orang macam ni) Rasa macam idea mereka ni banyak jer, aku pula rasa idea aku makin kurang dan lemah, tidak setangkas mereka. Termotivasi untuk belajar dari design mereka tetap ada, cuma bukan untuk menerima permohonan design. Explore sendiri tiada keperluan (saja-saja) lagi rileks, tidak perlu terkejar-kejar.

Maka, aku berehat seketika dari dunia design (grafik). Kalau nak tawarkan buat video dengan harga semacam di atas, boleh juga, aku pertimbangkan. hahak. Mujur video aku ada mood sedikit berbanding design. Entah masih bersisa selama mana. Banyak sangat pula isu design ni, patut menghilang kan. krik krik.

Walaupun beberapa kali kawan rapatku dalam dunia bisnes juga rakan ketika di institusi pengajian, tawarkan untuk marketkan servis aku, aku masih merasakan tidak mampu. Pernah juga satu team dalam satu program dulu dengan beliau. Asasnya beliau ketua, tapi aku pula macam ketua. haha. Alhamdulillah aku mampu bagi arahan juga pada pihak atasan. haha. sebab aku sorang yang asyik tunjuk hasil kerja. Hee. Beliau pernah bercerita bahawa beliau pernah rugi puluhan ribu, tetapi alhamdulillah bisnes semasa beliau makin maju. Orang luar hanya nampak bisnes beliau yang terus naik, tapi beliau rupanya pernah rugi angka yang sangat besar pada usia beliau yang masih muda dan tengah cover balik. In Syaa Allah, gaya pun dah nampak macam cepat je nak capai jutawan. Siap boleh buka syarikat sendiri (Sdn Bhd) walau masih dalam latihan industri ketika itu (sebelum grad). Katanya nak buat bisnes bersifat antarabangsa pula. Memang laju orang bisnes ni. Walau beberapa kali aku katakan belum mampu, beliau tetap sokong aku, bagi semangat. Aku kata tidak boleh, beliau tetap katakan aku boleh dan mampu. Beliau pun nak bantu aku pasarkan servis dan bersedia beri khidmat konsultan sekiranya aku perlukan (eg. untuk buka bisnes). Terima kasih banyak-banyak buat beliau. Aku bersedia nanti, aku isytihar.

Okey, minat aku yang lain adalah explore benda baru dalam dunia seni dan IT. Sekarang aku tengah self-explore Microsoft Office Access (database), Adobe Illustrator (design - rugi pandai guna Photoshop je), Joomla! (website), Wordpress (website - belum explore lagi, baru dalam list) dan satu lagi aplikasi website yang kurang femes, tapi sepertinya sangat mudah dikendalikan kerana boleh design ikut suka tanpa coding tetapi lebih bersifat tetap bukan jenis entri, post atau artikel. Seronok. Sangat seronok, bila dibuat tanpa sebarang arahan. Enjoy. Ya, kerja paling enjoy ketika ini! Aku sangat suka sehingga aku berfikir untuk tidak bekerja, hanya explore dan buat sesuatu tanpa menerima arahan dan permintaan. Haha.

Saat keliru dengan minat. Gangguan mood sahaja. Mungkin.

28.03.2014
1.30 AM
TMA, KL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minda ligat berfikir .. Oh kerja!

Aku kini bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota Kuala Lumpur.

Ibuku antara insan paling berminat mencari pekerjaan buat anak-anak termasuk diriku. Ibuku sangat menginginkan anaknya bekerja kerajaan. Sekiranya mendapat tawaran kerja kerajaan dengan kelulusan SPM sahaja pun, pasti beliau suka anaknya untuk menerima, yang penting kerajaan.

Tetapi aku tidak terlalu bersungguh dalam memilih pekerjaan pada ketika ini samada kerajaan atau swasta. Mungkin aku amat memikirkan soal kerja di ofis sekarang yang masih banyak urusan belum selesai disebabkan aku perlu membuat kerja semasa dan kerja lampau (sebelum aku mula bekerja di syarikat tersebut) dalam waktu semasa. Ia ternyata bukan kerja yang mudah. Hanya diriku seorang yang membuat urusan kewangan yang memerlukan ilmu perakaunan, kerana hanya diriku seorang pekerja yang mempunyai sijil akademik dalam bidang perakaunan. Oleh itu, aku bukan diberi tunjuk ajar dan latihan secara terus dalam menguruskan hal-hal kewangan terutamanya dalam melengkapkan data kewangan, proses dan urusan audit syarikat. Aku perlu banyak terokai sendiri. Sebelum aku cekap, aku sebenarnya lebih suka ada individu yang mengajar aku terlebih dahulu, kerana bagiku itu satu proses pembelajaran yang lebih pantas dan lebih singkat dalam menguasai sesuatu.

Panggilan dari ibuku banyak berlegar urusan iklan kerja kerajaan. Aku akan menyantuni kebanyakan permintaan beliau, cuma tidak terlalu bersungguh. Kadangkala online sahaja yang diisi, dokumen yang perlu dipos agak sukar untuk dilaksanakan. Aku tidak menyediakan dan menyusun dokumen dengan baik, itulah antara kesukaran untuk memenuhi permintaan ibu secara terbaik. Sekiranya aku dipanggil oleh JPA untuk berkhidmat, mungkin akan ku pergi jua. Redha ibu perlu didahulukan, risau keberkatan hilang. Sesetengah tempat aku berhujah, sesetengah tempat aku menurut terutama apabila melibatkan cerita disebalik.

Sekiranya aku stay di pejabat kini atas faktor gaji, rasanya agak jauh sekali. Kerja di negeri sendiri jauh lebih menguntungkan mengikut kadar semasa. Bahkan tidak perlu memikirkan soal belanja sewa rumah. Kalau nak diikutkan selepas tolak sewa rumah, elaun yang aku pernah terima sewaktu kerja sebelum masuk ke universiti, lagi tinggi. Kerja tersebut lagi rileks, langsung tidak perlu memikirkan soal kerja selepas pulang, kerana ia hanya urusan pada ketika itu sahaja. Otak sangat rileks, serius. Aku sangat impikan kerja sebegitu. Aha. Tetapi kerja akaun memang susah untuk bertemu kerja yang tidak berkait pada hari esok dan hari kemudian.

Melainkan.. aku mampu majukan bisnes sendiri. Seronok, punya waktu sendiri, ikut suka. Aku masih memikirkan soal ini. Aku masih lagi menilai samada perlu membuka milikan tunggal (sole-proprietorship / enterprise) atau syarikat sdn bhd untuk orang yang baru ingin memulakan bisnes sendiri. Dalam masa yang sama aku tidak suka menukar status entiti. Dua kali kerja. Beberapa urusan yang perlu diambil kira termasuk pendaftaran SSM, akaun semasa bank (cek), sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dll. Sekiranya ingin libatkan dalam dunia latihan, urusan pendaftaran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) juga akan menjadi isu kerana milikan tunggal selepas ini tidak lagi diterima untuk didaftarkan. Ada masa nanti aku akan kaji lebih lanjut. Semasa di universiti, aku memang belajar soal kategori perniagaan ini, tetapi tidak cukup dengan itu kerana aku kurang mampu untuk padankan dengan bisnes yang sedang aku fikirkan (In Syaa Allah).

Apa yang aku tengah fikirkan, sekiranya aku membuka perniagaan sdn bhd terus, aku perlu bijak menguruskan kewangan kerana setiap tahun audit perlu dibuat ke atas transaksi syarikat dan perlu mempunyai company secretary yang bertanggungjawab menjaga dokumen syarikat dan mengeluarkan surat kuasa bagi beberapa urusan syarikat. Syarikat memang menelan lebih belanja berbanding milikan tunggal. Sekiranya aku memilih milikan tunggal, aku tidak tahu apa lagi yang disekat dan halangan sebagai milikan tunggal ini, yang seronoknya milikan tunggal sudah terlepas dari urusan audit penyata kewangan, cuma cukai tetap dikenakan. Sekiranya memilih PLT, sebuah entiti baru yang diperkenalkan, audit juga terlepas, tetapi ada pula masalah bank yang tidak menerima pembukaan akaun syarikat berjenama PLT ini seperti Maybank. Dan entah apa lagi halangan yang belum diketahui. Entiti baru yang belum stabil ditolak ke tepi. Dilema sekarang hanya antara dua, enterprise atau sdn bhd.

Apa yang aku rasa kini, aku perlu bekerja lagi di pelbagai agensi sebelum benar-benar terjun dalam bidang bisnes. Sekiranya aku diberi peluang, aku teringin untuk bekerja dalam pelbagai organisasi yang berbeza saiz operasi syarikat (kecil, sederhana, besar). Hasrat diri, aku perlu terlebih dahulu menguasai beberapa ilmu penting seperti kewangan, pengurusan, operasi yang berkait dengan bisnes yang ingin diceburi etc. Kata salah seorang mentor bisnes, ilmu yang betul mampu mengelakkan diri ditipu (In Syaa Allah). Menjalani hidup dengan cara bagaimana, itu pilihan, bukan nasib, bukan takdir (iaitu menyalahkan Allah semata). Paling penting, mesti letak Allah paling utama dalam setiap sesuatu.

Mindaku tidak berhenti berfikir. Terasa seperti ingin 'bebas' segera.

Optimis. Allah sedang memberi ilmu pada diriku walau di mana pun aku berada.

27.03.2014
11.27 PM
TMA, KL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."