Fuh!~ 1st experience..


fuh!~
telah selesai sudah debat bahasa arab,,
pd 18 mac 2010..
juz dlm kelas je.. hu3
lawan antara kaum hawa dan adam..
menang dpt carry mark lebih.. kalah, kurang la..

hanya 4 wakil dr kaum adam,
dan 4 wakil dr kaum hawa..
jadi, if menang, secara automatiknya, smua dpt..
if laki menang, smua group laki bleh carry mark lebih..
if perempuan menang, perempuanlah..

memang prepare giler2 la.. ceh3,, ye la sgt!
siap ada mentor, sifu lg.. ha3
credit to nasikah atas bantuannya..
memang pertolongan yg amat besar jugaklah..
thanks ya ckah!
walaupun natijahnya... hehe

kami sebagai pihak pembangkang membangkang tajuk :
"keruntuhan akhlak anak2 tanggungjawab ibu bapa"

Raisul barlaman (Yang Dipertua)
-Amaludin (Amal)

Pihak kerajaan/hukumah :
Speaker 1 - Hazizi (Zack)
Speaker 2 - Zulkarnain (Zul)
Speaker 3 - Saifuddin (Din)
Speaker 4 - Baihaki (Bai)

Pihak Pembangkang/mu'arodhoh :
Speaker 1 - Juliati (Ju)
Speaker 2 - Fatimah (Tie)
Speaker 3 - Asmah
Speaker 4 - 'Alawiyah (Ala)

kalau debate betul2, hanya 3 org je kn..
tapi, nie juz dalam kelas.. saje2 ustazah nk buat..
adoih,, ksian kami.. hek3
jadi, kami bhgikan position debater ala2 debate btol la.. hik!~

Speaker 1 - menerangkan & pembangkang makna tajuk atau konsep yg ingin dibawakan (ta'rif)
Speaker 2 - isi (afkar)
Speaker 3 - bangkang je krja diorg.. (rafdh)
Speaker 4 - gulung (talkhis)

jadi, aku mewakili muslimat la.. di pihak pembangkang..
lawan kerajaan walaupun mereka semua nie,,
keempat2 pihak kerajaan adalah student lpsn tamhidi..
pihak pembangkang, sorang je tamhidi (speaker ke4),
yg lain2 semua lepasan stam..

ha3.. natijahnya blom gtau ea..?
sblm ustzh, selaku hakim, gtau keputusannya,,
ustzh komen dan bgtau blk ape ec pihak krjn dan pembangkang..
dgr ustzh komen,, cam ade hrpn utk menang.. kui3
ustzh byk gak membangkang pihak krjn..
mknanya,, ustzh byk stuju dgn point pihak pembangkang..
her3,, tp keputusannya..
pihak pembangkang kalah!~ huk3
beza mata agak byk jgklah,, beza 5 mrkh.. hu3
mgkn,, aku ckp lama sgt kot..
masa diberi 5 minit.. aku berhujah,, plus 5minit kot.. ha3
mgkn beza 5 mrkh tu,, 5minit yg bertambah.. hii.. agak je.. ngeh3
dh siap tulis, rugi la xbc smp abih.. ha3.. ke cmne?
nak tulis dlm arab bukan satu yg mudah gak.. hee~

xlah,, mgkn kami ada isi..
tp, cara penyampaian tu kurang..
diriku,, nada mungkin ada..
tp banyak tgk teks.. hehe
ha! satu lg,, entah knp..
slalu jek baca laju.. ha3
rasa cam dh slow,, laju lg ea? hu3..

ha3.. walau pape p0m..
ok, lah.. 1st experience berdebat.
bahasa arab plak tu..
on the spot lg..
huh!~
nak wak cmne, pihak krjn ade pndebat naib canselor sorang..
ade kekuatan di situ.. keh3

mabruk 'alaikum ayyuhal hukumah!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Day AMAL!~


Pada 7 Mac 2010, aku berpeluang ke Family Day Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL) yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah, sampai jugak la walaupun hajat di hati,, tak berapa nak pergi sebenarnya disebabkan kerja-kerja, assignment, yang bertambun banyaknya. Hu3.. Tapi, memandangkan aku telah berjanji dengan sahabatku untuk sama-sama ke sana, jadi sampailah juga aku di situ pada hari tersebut. Kalau tak janji, entah sampai, entah tak. he3..

Mujur gak dapat pergi, dapat jumpa sahabat2 seperjuangan di mmp dulu, kak2, and teman2 satu batch spm 2007.. walaupun sebatch dgnku taklah seramai mana pun,, tapi.. seronok jugaklah.. dapat explorace sama2.. hu3.. kawan2 batch spm 2007 yang datang hanyalah 7 org,, me, k.husna, fatin asma', hamizah ghazali, syahadah, fatihah dan najihah.. mijah n tihah sekarang berada di UKM KL manakala jihah study kat DQ.. yang lain2.. dari USIM lar.. hu3...



kalau nak diikutkan hati, nak citer semua yang kami lalui semasa di sana. tapi, sekarang lagi curi-curi masa layan blog.. so, xleh panjang2 sgt. ha3.. banyak sgt kerja yang nak kena settle. hu3..

ow,, tapi natijahnya dr explorace, kami dapat tempat ke3.. walaupun dalam perjalanan bergambar sakan. hak!~ memang banyak sangat bergambar. ha3.. semua checkpoint, asyik nak tangkap gmbr je.. sape kepala yg slalu ingtkan sal gmbr2 nie? hee~


satu lagi kisah, tandas kat taman tasik titiwangsa nie, canggih gak ye.. maaflah, org kuno kn.. hee
tandas die, tandas auto. kena masukkan syiling, pintu pun terbuka. cam lift. ha3..
20sen utk 15 minit.. cukup masa, pintu tnds terbuka sndr..
berjg2 lah if nak buang air besar yeq. hu3.. terlama, bahaya!
aku dh la x biasa.. lepas je pintu terbuka sbb kwn aku sorg nie kuar tandas, aku pun masuk lar tanpa memasukkan syiling. hehe.. nak try katakan.. what happen if xmasukkn duit.. hi3
pas2, lepas je masuk, cerah lagi.. tgk tandas tu, xde pun paip ke baldi ke..
lepas tu, tetiba, lampu pun padam.. hah! dah la paip tak jumpa, lampu plak padam sndr.
camne nak m'buang nie.. kena pastikan sumber air tu ade dl..
tgk sekeliling pun tak nmpk, lampu dh terpadam kan.
panggil diorg kat luar bukan dgr pun.. mujurlah aku nie bw hp.. eh, hp masuk tnds gak? hehe
lepas tu, diorg pun masukkan lah duit, pintu pun terbuka..
"mana paipnye?" ha3.. rupanya, tekan je button, air memancut kluar..
nak wak camne, dah tak biasa.. ha3.. jgn ketawakan pulak!~



student usim yang datang fd amal nie, 8 org..
fatimah, husna, fatin, syahadah, k.syahirah, k.na, k.ya, n k.bai..
sblm smp kat tasik titiwangsa, firstly, kami jumpa pak uda, presiden amal kat stesen LRT..
kira antara org first yg jmp ust la..


k, lah.. terpanjang jgk rupanya.. budget2 xnak merapu lama2..
ter'lama' jgk la.. ha3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputusan SPM 2009!~

"Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri" - Habibah Hanan Mat Yusof


--Harakah--

Tahniah… SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A


Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+. Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A). Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi. Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini. Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan. Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20). Sementara itu, Habibah Hanan yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan. Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu. “Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.


HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari SMU (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.

--Harian Metro--

Habibah Hanan Pelajar Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan 2009

KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.

Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam. Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperoleh 20A dalam SPM 2008 tahun lalu dijadikan idola serta pembakar semangat kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP). “Walaupun tidak sehebat pencapaian Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A, tetapi saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan terbaik bagi diri saya dalam SPM 2009. “Usaha gigih saya selama ini membuahkan hasil kerana dinobatkan sebagai pelajar cemerlang seperti kejayaan dikecapi Nur Madihah tahun lalu,” katanya, semalam. Habibah Hanan yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang MMP menerima keputusan slip peperiksaan SPM serta hadiah wang tunai RM500 yang disampaikan Pengarah YIK, Ahmad Robert Abd Rahim.

Habibah berkata, kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan mendapat dorongan daripada ibu bapanya, selain sokongan guru dan rakan membantunya merealisasikan impiannya. Katanya, kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagikan masa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semua tempat ade connection??

Semua kampung akan miliki akses Internet

JELEBU 5 Mac - Semua kampung dan pekan kecil di seluruh negara, termasuk di pedalaman akan mempunyai akses Internet berkelajuan tinggi menggunakan teknologi WiMax tidak lama lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kemudahan itu akan menjadi gandingan kepada penyediaan kemudahan Internet percuma yang akan dibekalkan kepada pejabat-pejabat Jabatan Penerangan di seluruh daerah yang diumumkan baru-baru ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dua hari lalu.

"Kita akan meneruskan pemasangan projek tersebut dan ini sekali gus akan merangkaikan kampung-kampung di pedalaman dengan kemudahan WiMax dan Wi-Fi.

"Bagi memanfaatkan lagi kemudahan itu, pihak SKMM akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membekalkan komputer berharga serendah RM1,000 untuk kegunaan pelajar di kawasan kampung," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Kampung Lakai di sini hari ini.

Menurut Rais, melalui projek itu, masyarakat kampung bakal menikmati capaian Internet jalur lebar dengan kelajuan di antara 1 Megabit sesaat (Mbps) hingga 2 Mbps.

Namun jelasnya, perkhidmatan yang disediakan itu tidak diberi secara percuma, sebaliknya penduduk kampung akan dikenakan kadar harga rendah yang akan diumumkan pada 24 Mac ini.

"Melalui perkhidmatan ini, rumah-rumah di kampung dijangka menikmati kemudahan Internet jalur lebar memandangkan teknologi WiMax mempunyai liputan seluas lapan hingga 12 kilometer," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan daerah yang bakal menerima kemudahan tersebut terlebih dahulu tetapi ia mungkin berjalan serentak dengan setiap negeri memilih satu gugusan kampung.

Menurutnya, ia bertujuan mengkaji keberkesanan projek dari aspek kelajuan, mutu, perkhidmatan dan kos capaian Internet yang bakal dinikmati.

Sumber: utusan online


//wah! bagus3~ harap2.. my village termsk. hik!~ lepas nie, klau dh ade connection kat umah, senang la. hu3.. biasenye bila balik kampung.. connection internet p0m terputus.. hua3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Day AMAL!~


maaf,, mungkin agak lewat post kan banner nie..
tapi, masih tak terlewat kn? hehe
ini kerana mggu nie, next week, mmg agak sibuk jgk la..
xde masa.. cuma, guna jap masa nak postkan jgk..
nak promote gak. ha3
sape2 yg berkelapangan bleh la datang yeq!
kalau nak ikutkan.. memang tak nak datang..
coz byk sgt kerja yang perlu diselesaikan. hu3
tapi, insya allah,
kalau ditakdirkan, sampai gak esok (7hb) kat sn..
kawan2,, jom sama2 memeriahkan family day AMAL!
ramai yang datang, baru rasa kemeriahan,, n baru rasa xrugi pergi..
*dah berkorban masa nih. ceh!~ hehe
okeyh?! JOM!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."