Impian Dulu Nyata Kemudian

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ni teringat dekat blog dan rasa nak menulis pula.
Lawat myblog. Lawat blog sahabat rapat gila2 dulu time sekolah. Ya Allah, dia dah pindah blog. Dulu url dia cute-cute, sekarang dah jadi guru cemerlang, penulis buku, sebab tu dia dah tukar url kut. hihi. Memang lama tak lawat blog, tak buka facebook, tak tahu perkembangan. Entah. Rasa tak tahu nak update apa kan. Rasa life pun terabur je. Busy memanjang. Sekarang rasa macam relax cket. Lepas dapat series of bosses baru yang tak terlalu monitor kitorang. Rasa makin lama makin tenang dan aman hidup. Tapi bulan 4 ni bos baru lagi. Alamak. Bos yang ni risau tapi doakan yang baik-baik untuk kami nah.

Lawat2 ni baca balik artikel lama ni - Sekolah Sains, Universiti Akaun.

Beberapa perkara yang aku cerita dalam ni yang sudah berlaku pada ketika ini. Alhamdulillah.

#1 Impian kerja di bank

Dulu impian nak kerja bank. Sekarang dah berada dalam industri perbankan dan masih di bank yang sama. Paling tak sangka, frontliner, secara langsung berdepan dengan customer. Cabaran dia lain macam. Sampai ada dua ketika tu, guard dah berdiri kat depan kita, sebelah customer, sebab suara customer tengking jerit2 yang tinggi tu. Bila kita dah kerja sebagai customer service ni, faham lebih perasaan orang2 kaunter ni.

Nak kongsi la dengan korang, bila kita ada masalah, kita datang kaunter tu, orang tu first time tau kita jumpa, kita nak minta tolong selesai masalah, cakap la baik-baik. Masalah korang yang lama tu sebab dia ke? Dia perantara je, baru nak cuba faham cerita situasi korang, jangan la ingat datang jumpa pak nujum yang dah boleh baca otak kisah lampau korang. Talk nicely.


#2 Impian langsai PTPTN sekaligus

Seperti kisah aku sebelum ni, lepas je dapat JPA, aku stop PTPTN. Sempat la dapat wang pendahuluan dan pinjaman semester pertama. Amaun dia RM4k++. Dulu bila dah habis belajar, aku tengok balik ye macam mencecah RM7k untuk bayar balik. Tapi macam mana entah, PTPTN tu auto convert to ujrah. Aku rasa aku tak mohon pun. Tapi Alhamdulillah la. Mudah urusan aku. Amaun dia rasanya bawah RM5k kalau kira total semua. Rasanya la.

Masa kerja aku dah bayar sikit-sikit tapi tak konsisten. Kadang letak banyak terus pastu tinggal. Credit balance je. Sampai satu masa dah habis dah bayaran advance tu dah ada hutang bulanan kena bayar, tapi tak sedar pun, sebab bukan cek selalu pun. Pastu letak balik banyak2, tinggal lebih setengah tahun gitu. Aha. Sedikit sebanyak rekod CCRIS rosak la sebab tunggakan PTPTN ni.

Akhir tahun lepas, aku teringat diskaun PTPTN 2018 sebanyak 20% sekiranya bayar penuh. Aku  cepat-cepat cek website dan call PTPTN nak tau masih sah tak promo tu. Ketika tu beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2019. Time tu malam 27 Dis call PTPTN hotline lepas kerja, tengah berjalan keluar train balik rumah. Malam tu juga transfer payment lepas pegawai bagi amaun penuh. Surat Pengesahan Baki / Bayaran Penuh dikeluarkan malam tu juga. 7 Jan 2019 aku menerima Surat Penyelesaian Hutang (SPH). PTPTN aku tak banyak macam yang ambil penuh tu. Ada baiknya aku selesai cepat-cepat kan. Jangan la terkejut sangat. Amaun dia macam beli motorsikal second hand je. Simpanan ketika tu bukan banyak pun, tapi nak sangat kan selesai cepat, maka alhamdulillah selesai PTPTN yang mencalarkan CCRIS aku tu. Huhu.

Terima kasih Allah atas nikmat ini. Didoakan rezeki untuk impian kalian juga.

..

Sebenarnya aku semangat blog nak bercerita satu kisah gembira lain dalam kerjaya. Bila dah terbaca post lama lain pula cerita dia. Huhu. Setakat itu dulu pembuka tahun 2019. Blog ni pun dah terputus 4 tahun. Last post 2015. Ok guys. Bye. Jumpa lagi ye tahun ni! Doakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."