Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

"Manisnya Mujahadah"


"If you want to be a leader, you must have knowledge, be a visionary, carismatic personality, and keep strong relationship with Allah"

1- KNOWLEDGE (pengetahuan, ilmu)

"Jangan bawa imej Islam di tahap yang paling rendah"

Boleh bagi hujah yang baik.
Penguasaan bahasa itu penting, samada bahasa inggeris atau arab. Bila lemah penguasaan bahasa, personaliti jadi turun (down)

2- VISIONARY (berwawasan)

kena ada target, jangan hanya ikut arus

3- CARISMATIC PERSONALITY (Berkarisma)

Pelbagai, mungkin dari segi percakapan, perbuatan, tindakan, pakaian, riak wajah.

Contohnya, bila bercakap dengan orang, bercakap dengan yakin

4- GOOD RELATIONSHIP WITH ALLAH (Jaga Hubungan dengan Allah)

Bila hubungan dengan Allah baik, Allah akan jaga kita
Kalau tak dapat turun surau hari-hari, cuba buat jadual, mungkin dapat turun 2,3 kali dalam seminggu. Sembahyang jemaahlah yang dapat satukan hati-hati kita, salam, doa sama-sama. Dan bila solat berjemaah, kita akan rasa tenang.


Kalau kita bukan dari kalangan orang yang dapat dekan, pernah tak kita terfikir..

"Macam mana orang yang pernah dapat anugerah dekan?"

Of course Allah yang bagi. Tapi tengok usaha dia, mesti berlipat kali ganda. Kadang-kadang kita yang ambil nota mereka dan mereka baca buku lebih dari kita. Itu usaha dia.

Kalau target lebih kurang, lebih kurang lah kita dapat.


"Setiap apa yang kita buat, walau sebesar zarah, semua kena hisab.

"Setiap apa yang kita buat, pakaian kita, kita boleh berdakwah.

"Dakwah itu perlu dilaksanakan oleh semua, sebab kita memang kena sebarkan dakwah, sebarkan Islam. Mulalah dakwah dari personaliti diri. Nak tak nak, kita kena berdakwah."

***

++persoalan: apabila kita ditimpa kesibukan dalam organisasi, urusan dakwah, bagaimana nak atasi masalah kata-kata negatif orang?


"orang akan pandang kita dari pelbagai sudut, pandangan manusia berbeza-beza.

"Kita takkan boleh selesaikan benda tu A to Z. Kita tak dapat penuhi semua permintaan orang.

"Orang cakap apa-apa pun, kita kena lawan dengan positif, jangan hanya mengiyakan (kata-kata negatif), menunjukkan kita lagi lemah."


"Jadikan masalah sebagai peluang untuk kita. Sekurang-kurangnya kita sedar, kita perlu berubah (ke arah yang lebih baik).

"Kalau kita sentiasa dengar orang cakap (negatif), kita takkan berjaya.

Tak berjaya maksudnya kita takkan ada kemajuan, tak ada peningkatan.

"Bina (develop) personaliti yang unggul bukan tunggul."

Kita boleh buat sesuatu perkara, tapi istiqamah sangat susah. Tapi kenalah, kena paksa diri.


Kadang-kadang, orang agamawan ni, tak jaga kesihatan.

"Saya redha, tawakkaltu 'alallah"

"Kesihatan tak jaga, bagaimana nak bangun malam? Nak jaga anak, nak kongsi (share) ilmu, nak beribadah, nak guna tenaga, kena ada stamina."


"Cuba imarahkan sifat suka beri salam. Cuba bagi salam tak kira fakulti. Bagi salam pada sesiapa je. Jangan tunggu orang bagi salam. Kalau kita bagi salam, kita akan mengeratkan perpaduan umat Islam."


ولباس التقوى ذلك خير

"Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik" [Surah Al-Araf:26]

____________________________________________________________________

KULIAH MAGHRIB: "Manisnya Mujahadah" - 30 Mac 2012 @ KKSI
Disampaikan oleh: Ustazah Jaziratul Shiela, Pensyarah Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, USIM
Terjemahan bicara: fmn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awas! Teliti ungkapan itu

"Aman, bawa tak buku yang aku nak pinjam"

"La Ilah...., lupa. Nanti aku bawa esok, tolong ingatkan tau!"

Itu contoh situasi. Bukan ingin berbicara mengenai manusia yang lupa kerana itu memang kelemahan sifat yang ada pada manusia.

Sedarkah anda tentang satu ayat yang telah menjadi fenomena dalam masyarakat kita walhal jika diteliti ayat tersebut telah mengubah maksud asal dan sayangnya saya pasti kita langsung tidak berniat untuk memaksudkan lafaz tersebut.

Pernahkah kita sendiri menyebut atau mendengar masyarakat di sekeliling menyebut lafaz "LA ILAH" tidak kiralah dalam apa jua situasi? Baguslah jika kita berniat ingin memulakan kalam mengingati Allah. Akur kelemahan dan kesilapan diri, panjatkan kesyukuran, pujian, dan istighfar. Tetapi lafaz yang tidak lengkap merosak maksud asal. Lafaz "LA ILAH" bermaksud "Tiada Tuhan (yang disembah)" yang sepatutnya disambung dengan "ILLALLAH" iaitu kecuali atau melainkan Allah.

Saya terpanggil untuk menulis 'short notice' ini kerana lafaz yang tidak lengkap ini kerap kali digunakan, didengari dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat tanpa kita sedar ralat yang berlaku.

Ayuh sama-sama kita ingatkan dan tegurlah kesilapan tersebut apabila kita mendengar ada yang mengungkapkannya. Sebutlah lafaz tersebut sepenuhnya, "LA ILA HA ILLALLAH" - "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Moga lafaz mulia tersebut mampu memberi pahala bukan menambah dosa.


Muliakan lafaz kalam-Nya, Tingkatkan zikrullah, Agungkan Allah.

Allahu Akram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cahaya Ramadan

Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah PENAWARNYA.
Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADAN adalah PENYUCInya..


Salam Ramadan Al-Mubarak 1432H!

Sudah seminggu Ramadan bertandang datang. Menghiasi rahmatnya ke seluruh pelosok alam. Bulan Ramadan, bulan yang begitu diagungkan dalam Islam dan disambutkan dengan penuh kesyukuran oleh umat islam tambahan lagi yang diikat kukuh imannya dengan taqwa.

Sebagaimana firman Allah SWT:

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [Al-Baqarah : 183]


Penghujung ayatnya, taqwa. Puasa, Ramadan, sebenarnya mendekatkan kita kepada ketaqwaan. Kerana Allah memberi anugerah kepada hamba-hambaNya dengan hadiah yang berlebihan pada bulan ini sebagai galakan kepada kita untuk memperbanyakkan amalan, meningkatkan ibadah kerana itulah antara jalan-jalan dan wasilah untuk menuju tahap ketaqwaan. Sungguh tinggi tahap itu, tapi kita mesti berkejaran untuk mendapatkan nikmat yang begitu besar itu.

Allah, bantu aku. Aku masih jauh untuk sampai ke sana. Hidayah bukan hanya milik orang bukan islam atau orang yang terpesong jauh dari agama Islam. Hidayah mereka untuk kenal islam, menganut islam, kembali kepada islam. Tapi kita kena sedar. Kita juga perlukan hidayah Allah. Sebagai hamba Allah, kadangkala kita leka, alpa, tidak sedar akan kesalahan yang mungkin lari dari rahmat dan keberkatan-Nya atau mungkin perlakuan kita mengundang fitnah pada Islam walhal Islam tidak mengajar sebegitu. Sebab itulah pentingnya doa. Doa agar kita masih berada dalam ketaatan kepadaNya. Hati-hati manusia ini milik Allah. Hatta hati kita sekalipun. Bab yang paling umat Islam direndah-rendahkan adalah bab masa. Masa melibatkan banyak perkara. Solat. Membaca Al-Quran, mathurat. Tidur. Bangun Tidur. Bekerja. Berjanji. Kalau kita FAIL bab masa, tak sempurna amalan kita. Kenapa kita begitu ya..? Kenapa umat islam begitu? Kita kena usaha untuk berubah kan?

Ayuh kita mencari penawarnya. Tambah-tambah di bulan Ramadan. Kerana mujahadah kita adalah melawan hawa nafsu kita yang sudah sinonim menjadi tabiat yang buruk dalam diri. Lawan, lawan! Lebih memberi kekuatan adalah, kita melawan hawa nafsu sahaja tanpa hadirnya bisikan syaitan yang selalu menyuruh kepada keburukan dan kejahatan bergandingan dengan nafsu jahat.

Bukankah amalan yang diamalkan selama 40 hari akan menjadi tabiat..?

Jadi, eloklah kita sama-sama mendidik nafsu kita agar kembali kepada fitrah, tunduk pada yang Maha Esa. Penuhi 30 hari bulan Ramadan tambah paling kurang 10 hari bulan Syawal dengan amalan yang mendekatkan diri padaNya. Mudahan-mudahan selepas itu, ia menjadi amalan rutin yang istiqamah agar hati kita, iman kita, nafsu kita sentiasa terdidik dengan roh-roh iman dan taqwa kepada Allah.

Sama-sama kita mujahadah. Bukan untuk kalian sahaja. Tapi untuk orang yang menulis terutamanya. Peringatan untuk diri untuk diri sendiri. Change your bad habit now! Didik jiwa dengan roh tarbiah. Moga Allah bersama kita. Berubahlah! Berubah menjadi hamba Allah Taala yang taat di samping menjadi permata insan manusia dan seluruh isi alam.

إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa." [Al-Hujurat: 13]

Firman Allah:

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: "Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." [Al-Baqarah:148]

Salam Ramadan. Salam Muhasabah. Salam Mujahadah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peristiwa Agung "Isra' Mikraj"

Salam Isra' Mikraj 1432H.


Rejab sudah berlalu, Sya'ban berkunjung tiba. Namun, ada perkongsian yang mahu ku selitkan di sini. Pada 30 Jun 2011M/28 Rejab 1432H, sempat aku mengikuti Ceramah bersempena Isra' Mikraj di kampus USIM. ISRAK MIKRAJ TALK 2011 yang dianjurkan oleh MPP USIM membawa tajuk "Nota Cinta dari Illahi". Dr. Nisar Mohamad Ahmad dijemput sebagai penceramah jemputan juga merupakan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang2 di USIM. Dulu Dr Nisar ni YDP USIM, 2 tahun berturut2, 2002/2003 dan 2003/2004.


Antara ungkapan awal yang dilafazkan adalah,
" أول الدين معرفة الله "
Proses dakwah nabi bermula dengan memastikan manusia kenal cinta Allah dulu. Kenal Allah.

Kejadian Isra' Mikraj memang membawa ibrah dan pengajaran yang besar kepada umat manusia. Dan kejadian Isra' Mikraj ini ada mesej menguji akidah umat islam khususnya pada ketika itu. Di mana ini merupakan kejadian yang pelik berlaku. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh berjalan ke tempat yang jauh dalam hanya satu malam.

Kita tahu bahawa Isra' berlaku pada waktu malam. Antara hikmahnya, Allah nak uji kita tentang kebenaran kisah tersebut. Misal kata isra' berlaku pada dinihari atau siang hari, kemungkinan besar ada yang nampak, orang boleh lihat dan sudah tentu kisah ini akan dipercayai dengan lebih mudah. x challenging lar. hu3. Sebab itu pada saat ini, akidah umat islam teruji samada ingin percaya atau tidak akan kisah yang nabi sampaikan yang bentuknya memang agak sukar untuk dipercayai.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Isra' ayat 1:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ


Maknanya: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [Al-Isra':1]


Jika dilihat dalam aspek lughawi, asra (أَسْرَى) beerti diperjalankan atau memperjalankan. Nabi diperjalankan oleh Allah dan Allah memperjalankan Nabi. Bukan nabi berjalan sendiri. Jadi tak timbullah isu nabi berjalan seorang diri. Sebagaimana yang kita ketahui, nabi telah diperjalankan oleh Allah SWT pada sepertiga malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan seterusnya ke langit ketujuh dengan menaiki buraq dan diiringi oleh malaikat Jibril.

Istilah "دخل" yang diertikan sebagai 'masuk ke dalam', contohnya Ali yang masuk ke dalam kelas. Ali boleh masuk sendiri. Manakala "أدخل" diertikan sebagai dimasukkan. Misalnya barang, mesti kita yang masukkan barang ke dalam beg. Bukannya barang itu yang masuk sendiri ke dalam beg. Begitu jugalah istilah asra tadi. Nabi diperjalankan dan bukannya Nabi berjalan sendiri.

-Isra' membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
-Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Isra' Mikraj ini juga merupakan pengakhiran fasa akidah (pembentukan akidah yang kuat) dan bermulanya fasa ibadah (pensyari'atan ibadah).

Pengakhiran fasa akidah ini kita dapat lihat di mana peristiwa ini kemuncaknya adalah umat Islam dihidangkan dengan satu peristiwa yang ganjil, penuh dengan misteri dan keajaiban yang dialami oleh Nabi dan umat islam wajib mengimani dan mempercayai perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata sendiri. Mungkin inilah proses di mana umat islam wajib percaya kepada perkara ghaib yakni sam'iyyat seperti syurga, neraka, dosa, pahala dsb.

"Dalam Islam, tak boleh guna logik dalam semua perkara. Kadang2 boleh guna logik. Tapi logik bukanlah ukuran"

Peristiwa agung ini juga berlaku di waktu nabi masih lagi dalam kesedihan atas kewafatan isterinya, Saidatina Khadijah. Jadi, Allah menghiburkan Nabi dengan perjalanan ini.

Firman Allah,

ولاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (dajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" [Al-Imran:139]

Kalau perjuangan itu senang, bukan perjuangan. Perjuangan perlu susah. Hidup kita akan diwarnai dengan kesukaran. Dan kesedihan sesuatu yang lumrah (biasa).

"Sometimes we have to cry instead of smile"
"Life is challenging. Sour at time, sweet at time"

Allah nak uji hambaNya sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan hambaNya tapi Allah nak tingkatkan martabat dan darjat hambaNya ke tingkat yang lebih tinggi. Allahuakbar.

Dan cuba kita perhatikan lagi firman Allah Taala,

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

Maksudnya: "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' " [Al-Baqarah: 45]

Allah gabungkan sabar dan solat di dalam satu ayat. Ertinya, bila kita meminta kepada Allah, mintalah dengan sabar dan solat. Kalau nak minta pertolongan dengan Allah, kena dengan sabar dan kena juga solat. Tak boleh sabar sahaja, solat tak.

Hasil dari Isra' Mikraj nabi ialah solat itu sendiri. Solat simbolik kepada Isra' Mikraj.

"Islam is not 'cap' within ourself!"

Pepatah melayu 'jangan jaga tepi kain orang' sebenarnya tidak relevan dengan islam. Islam bukan hal persendirian. Bukan 'personal matter'. Kerana Islam rahmat ke sekalian dan seluruh alam. Jadi, perlu sampai kepada seluruh umat manusia.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." [Al-Anbiya : 107]

Islam meraikan 'freedom of religion'. Tapi masalahnya kadang-kadang ia tersilap diterjemahkan, silap pemahaman, silap digunakan atau bahkan menjadi hujah (missused) oleh sesetengah umat islam. Sedangkan maksudnya yang sebenar, non-muslim yang tidak dipaksa kepada islam (bukan menganut dengan paksaan). Tapi.. "when islam, we obligated to perform in islam".

Suruhan manusia supaya patuh kepada etika, itu pun kita tak pertikai. Peraturan yang ditetapkan manusia, bila pergi kerja kena pakai baju kemeja, siap ber'tie' dan pakai seluar slack contohnya. Kalaulah pergi ke 'conference' pakai pelikat, xikut etika pemakaian, apa jadi?

Hem, apatah lagi arahan Allah. Lagi tak perlu pertikai.

"Sometime we can judge book by its cover". Sometimes.

Bagaimana orang jahat yang solat? Macam mana boleh jadi jahat, sedangkan dia solat? Sebab solat dia tiada ihsan.

Ihsan sebagaimana diterangkan Nabi SAW ialah beribadah atau beramal seolah-olah kita melihat Allah SWT.
ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya: "Ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Dan jika kamu tidak bisa melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu." [Hadith sahih Riwayat Muslim]

"Banyak benda serius yang kena 'settle', tapi banyak pula benda yang kecil buat-buat serius."

Adakah kita ni ada sifat 'tak pedulisme'? Kita kena prihatin. Nabi pun dah bersabda:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka."

"Jangan jaga tepi kain orang", antara pepatah melayu yang tak releven menyebabkan kita dah tak ada perasaan 'concern'.

Begitu juga dengan disiplin umat islam. Non-muslim pula yang dah terlatih dengan disiplin. Sepatutnya orang islam lebih faham kerana islam sendiri telah mengajar kita untuk berdisiplin.

Ada di antara orang di negara barat pernah berkata:
"I not see a lot of muslim here but Islam is quitely practise here"

Akhirnya..

Pengajaran yang besar dapat ambil dari Isra' dan Mikraj berkenaan akidah. Akidah kena kuat. kena solid. walaupun ada ribut taufan melanda. Nak kekalkan akidah, kena suburkan dengan ibadah.

Contoh pasangan suami isteri. Kita buat benda yang dia tak suka bermakna kita tak kenal lagi dia. Jadi begitu juga dengan arahan Allah.

"Kita buat apa yang Allah tak suka, kita tak kenal lagi Allah!"

Kalau kita dapat perhatikan, dalam Al-Quran, ayat berkenaan ibadah, biasanya di penghujungnya adanya ayat taqwa. Contohnya ayat puasa dan dihujungnya diiringi dengan ayat taqwa. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183. Betapa pentingnya ibadah untuk menguatkan akidah dan iman kita ke arah insan yang bertaqwa.

Ultimately theme, kita nak wujudkan cinta pada Allah. Dan ingat, jangan letak logik akal dalam fikiran kita semata-mata.

Dan ingatlah Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" [Al-Baqarah: 186]

Berlainan dengan manusia. Makin diminta makin benci, makin menyampah. Aduyai~

"Ikutilah sahabat-sahabat nabi yang ampuh iman mereka, bukan macam Abu Jahal yang angkuh!"


Program: Isra' Mikraj Talk 2011
Disampaikan oleh: Dr. Nisar Mohamad Ahmad

p/s: Isi diambil dari ucapan ustaz tapi olahan dan gaya bahasa bukan keseluruhannya dari ustaz. Ada sedikit penambahan dari bahasa penulis untuk pemahaman semua. Ustaz mengambil pendekatan berlainan utk ceramah Isra' Mikraj kerana baginya kita sudah sedia maklum mengenai cerita sepanjang perjalanan nabi ketika Isra' Mikraj dan boleh didapati dengan mudah. Namun, pesanan ini merupakan pesanan buat penulis sendiri dan juga iktibar buat seluruhnya yang membaca dan mendengar isi ucapannya sempena Isra' Mikraj.

Salam Isra' Mikraj.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah itu Maha Pengampun

Kisah 1

[Kisah pada zaman Nabi Musa]

Masa tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan.. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang.. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2..
Bertanyalah Nabi Musa pada Allah, "Kenapa ya Allah?"

Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.."

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,"Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.." Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..

Tak semena-mena.. Hujan pun turun mencurah-curah.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah? Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat." Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.."

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata-kata Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."


Kisah 2

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasulullah saw menjawab, "Ya, akan ditulis."
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan dihapus."
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan ditulis."
Lelaki itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata, "Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?" Rasulullah saw menjawab, "Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun." - (HR Thabrani dan al-Hakim)


Ya Allah. Sesungguhnya aku begitu terharu. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun segala dosa hamba2Mu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No couple!

Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...

01. Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.

02. Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

03. Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.

04. Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

05. Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

06. Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semarakkan Syawal dengan Puasa Enam~

Selamat kembali ke sekolah! Selamat kembali ke kampus! Selamat kembali bekerja~

Em,, saat ini ramai yang sudah kembali ke tempat pengajian masing2 untuk meneruskan pembelajaran dan kembali memikirkan soal tugasan yang di 'pause' seketika apabila pulang ke kampung berhari raya Aidilfitri. Ramadhan telah pergi, tapi teruskanlah ia dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal yang amat2 dianjurkan kerana ia merupakan kesinambungan dari puasa dan amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Sabda nabi :

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Hadith riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 2 bulan”.


Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal :-


Pelengkap dari puasa Ramadhan

Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi :

“Dan sentiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Menyediakan sistem pencernaan

Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus

Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.


Namun, mungkin persoalan yang biasa timbul :

"Boleh tak gabung puasa qadha dengan puasa enam?"

Mengikut kebanyakan pandangan, menggabungkan puasa ganti dengan puasa enam tidak begitu digalakkan. Kerana puasa ganti adalah wajib dan ia merupakan hutang kita dengan Allah, dan puasa enam adalah sunat. Jadi sebaiknya2 digantikan dahulu puasa2 yang ditinggalkan dan disambung dengan puasa sunat Syawal.

Jika diteliti dari hadith di atas,,

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kita juga dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi :

“Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Dalam web ustaz Zaharuddin mengatakan, amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Ayuh semarakkan bulan Syawal ini dan bulan2 lain dengan kembali berpuasa. Mungkin selepas keluarnya dari madrasah Ramadhan, jiwa dan hati kita masih fresh dengan amalan, ibadah dan puasa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Dan beruntunglah orang-orang yang dapat menyucikan jiwanya, rohaninya untuk terus berada dalam ketaatan dan beribadat kepada Allah. Rugilah jika ia diputuskan dan membiarkan ia berlalu. Tempoh sebulan adalah tempoh yang hampir cukup untuk membuatkan setiap perbuatan itu menjadi tabiat. Jadi jangan sia2kan tabiat baik yang telah kita amalkan sepanjang Ramadhan. Moga2 ia menjadi amalan yang berterusan dan sentiasa istiqomah dalam meningkatkan ketaatan kepada Allah S.W.T.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tujuh kemungkinan jika terlalu bakhil


KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta miliknya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Surah al-Maidah: 2)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka."

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya:
Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hawa nafsu mesti dilawan


Ketika Allah menciptakan Adam dan memerintahkan malaikat sujud di hadapannya, mereka semua sujud kecuali iblis. Iblis kemudian dikutuk. Tanggapan iblis adalah meminta Allah menangguhkan hukuman sampai tiba hari dihidupkan kembali. Dengan demikian, ia memiliki kesempatan untuk membuat manusia berbuat dosa dan menyimpang dari batasan yang ada. Dengan penangguhan dari Allah, ia berjanji akan melakukan hal-hal yang dapat menggelincirkan umat manusia.

"Iblis menjawab, ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).’" (al-A’raaf: 16-17)

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang
ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya.’ Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (an-Nisaa': 119)

Siapa yang tidak berhati-hati terhadap tipu daya iblis dan tidak dapat melindungi dirinya dari pujuk rayu iblis, ia akan mudah dikalahkan oleh iblis. Karena itu, seorang mukmin harus mewaspadai keberadaan iblis, sebagaimana dijelaskan, "Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Faathir: 6)

Orang-orang beriman harus selalu berhati-hati terhadap keberadaan iblis kerana dialah yang menjadi sasaran utamanya. Syaitan tidak berkeinginan untuk membuat orang-orang kafir melampaui batas karena mereka sudah berpaling dan menjadi sekutunya. Dia berusaha keras membanting tulang untuk melemahkan orang-orang yang beriman sehingga menghalangi mereka untuk menyembah Allah. Itulah sebabnya mengapa orang-orang beriman diingatkan berulang-ulang untuk melawan syaitan yakni melawan hawa nafsu,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (an-Nuur: 21)

Sebagaimana yang Allah berfirman dalam Al-Quran, orang yang beriman dengan sebenar-benarnya itu tidak akan terpengaruh oleh pujuk rayu iblis. Akan tetapi, siapa yang lemah dan tidak berbuat kebaikan akan dengan mudah terpengaruh oleh bisikannya. Janganlah lupa bahawa iblis akan terus-menerus berusaha keras menyebarkan kejahatannya. Orang-orang beriman harus selalu bersama-sama saling mengingatkan untuk selalu mengingat Allah swt. di mana pun dan kapan pun kita berada.

Edit dari petikan ebook "Yakinlah Allah Dekat Bersama kita"

http://emo.huhiho.com Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan nafsu dan menangkanlah kami, jangan biarkan kami dikalahkan dengan musuh batin umat Islam, iblis la'natullah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapakah orang itu...?


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikankehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawaTuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah, lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkn harta.


Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua, ketika ia tidak siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Andai ia mengena pada diri kita sendiri.. teruskanlah, jika ia merupakan suatu kebaikan, namun jika ia keburukan, usahalah untuk menjauhkan perkara tersebut seterusnya meninggalkannya.. Astaghfirullahal 'azim..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 perkara yang elok disebut


salam peringatan buat diri dan teman2~

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang 5 perkara yang elok disebut iaitu:

• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maulidur Rasul


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang". (Surah Ali Imran : ayat 31)

عن انس رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال : ثلاث من كن وجد حلاوة الايمان ان يكون الله ورسوله احب اليه مما سواهما , وان يحب المرء لا يحبه الا الله , وان يكره ان يعود فى الكفر كما يكره ان يقذف فى النار
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w bersabda:
"Tiga perkara, barangsiapa yang terdapat padanya maka ia mendapat kemanisan iman iaitu ia mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada selain daripada keduanya. Dia mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka".

Dalam satu hadis yang lain Rasulullah saw menyatakan:
"Barangsiapa yang kasih akan daku, maka ia akan bersamaku di syurga kelak"


//moga2 kita tergolong dalam golongan yang mencintai nabi lebih dari yang lain setelah cinta Allah. Di akhirat kelak, kita amat2 memerlukan syafaat dari Nabi kita Muhammad S.A.W.. beruntunglah kita kerana menjadi ummat baginda. Moga2 kita bukan di antara penghancur, pemusnah, perosak Islam di muka bumi ini. Nabi amat mengasihi umat-umatnya, kenapa kita tidak mencurahkan cinta kita setinggi2nya pada nabi? tidakkah kita sedih apabila kisah yang seringkali diulang2.. bahawa di saat nabi menghembuskan nafas terakhir, di saat hampirnya roh dicabut, dipisahkan dari jasad, ape yang nabi ingat? umat dia kan? Ya Allah, tingginya harapan nabi untuk melihat umatnya sentiasa terpelihara dari dosa2 dan sentiasa dalam ketaatan kepada Allah dan rasulnya. hinanya kita jika kita menolak cinta nabi! kerana cinta pada nabi, akan membawa kepada cinta Allah.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Salam Maulidurrasul !~
Rasulullah, kami merinduimu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Luasnya & Dasyatnya Neraka Allah


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


//sebenarnya kedasyatan api neraka yang sebenar2nya tak boleh diungkap dengan kata-kata mahupun tulisan. tapi, kita masih diberi gambaran tentang dasyatnya neraka itu melalui al-quran, hadis2 Rasulullah dan gambaran sedikit sebanyak di dunia. namun, andai kata di dunia tidak wujudnya api, tidak wujudnya matahari,, maka dapat kita tahu bagaimana api? sifatnya macam mana? panas itu bagaimana? jadi gambaran tentang neraka sukar untuk digambarkan. jadi, macam mana manusia nak mengambil pengajaran sedangkan mereka tidak dapat menafsir sedikitpun keadaan balasan Allah yang amat dasyat lagi amat pedih. Tapi, sebaliknya. Allah Maha Hebat, Maha Mengetahui melampaui akal fikiran hambanya yang amat kerdil. Oleh itu, ambillah pengajaran dari dasyatnya api, panasnya matahari. namun ingatlah, api neraka lebih dasyat, amat2 dasyat dari api dan kepanasan di dunia berkali3 ganda..
Allahu Ta'ala a'lam. Siiru 'ala barakatillah!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kucing tak kenang jasa. Manusia?


Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya. Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali derhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan ingkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."

Bagaimana dengan kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi? Sama-sama kita renung kembali!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."