Cahaya Ramadan

Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah PENAWARNYA.
Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADAN adalah PENYUCInya..


Salam Ramadan Al-Mubarak 1432H!

Sudah seminggu Ramadan bertandang datang. Menghiasi rahmatnya ke seluruh pelosok alam. Bulan Ramadan, bulan yang begitu diagungkan dalam Islam dan disambutkan dengan penuh kesyukuran oleh umat islam tambahan lagi yang diikat kukuh imannya dengan taqwa.

Sebagaimana firman Allah SWT:

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [Al-Baqarah : 183]


Penghujung ayatnya, taqwa. Puasa, Ramadan, sebenarnya mendekatkan kita kepada ketaqwaan. Kerana Allah memberi anugerah kepada hamba-hambaNya dengan hadiah yang berlebihan pada bulan ini sebagai galakan kepada kita untuk memperbanyakkan amalan, meningkatkan ibadah kerana itulah antara jalan-jalan dan wasilah untuk menuju tahap ketaqwaan. Sungguh tinggi tahap itu, tapi kita mesti berkejaran untuk mendapatkan nikmat yang begitu besar itu.

Allah, bantu aku. Aku masih jauh untuk sampai ke sana. Hidayah bukan hanya milik orang bukan islam atau orang yang terpesong jauh dari agama Islam. Hidayah mereka untuk kenal islam, menganut islam, kembali kepada islam. Tapi kita kena sedar. Kita juga perlukan hidayah Allah. Sebagai hamba Allah, kadangkala kita leka, alpa, tidak sedar akan kesalahan yang mungkin lari dari rahmat dan keberkatan-Nya atau mungkin perlakuan kita mengundang fitnah pada Islam walhal Islam tidak mengajar sebegitu. Sebab itulah pentingnya doa. Doa agar kita masih berada dalam ketaatan kepadaNya. Hati-hati manusia ini milik Allah. Hatta hati kita sekalipun. Bab yang paling umat Islam direndah-rendahkan adalah bab masa. Masa melibatkan banyak perkara. Solat. Membaca Al-Quran, mathurat. Tidur. Bangun Tidur. Bekerja. Berjanji. Kalau kita FAIL bab masa, tak sempurna amalan kita. Kenapa kita begitu ya..? Kenapa umat islam begitu? Kita kena usaha untuk berubah kan?

Ayuh kita mencari penawarnya. Tambah-tambah di bulan Ramadan. Kerana mujahadah kita adalah melawan hawa nafsu kita yang sudah sinonim menjadi tabiat yang buruk dalam diri. Lawan, lawan! Lebih memberi kekuatan adalah, kita melawan hawa nafsu sahaja tanpa hadirnya bisikan syaitan yang selalu menyuruh kepada keburukan dan kejahatan bergandingan dengan nafsu jahat.

Bukankah amalan yang diamalkan selama 40 hari akan menjadi tabiat..?

Jadi, eloklah kita sama-sama mendidik nafsu kita agar kembali kepada fitrah, tunduk pada yang Maha Esa. Penuhi 30 hari bulan Ramadan tambah paling kurang 10 hari bulan Syawal dengan amalan yang mendekatkan diri padaNya. Mudahan-mudahan selepas itu, ia menjadi amalan rutin yang istiqamah agar hati kita, iman kita, nafsu kita sentiasa terdidik dengan roh-roh iman dan taqwa kepada Allah.

Sama-sama kita mujahadah. Bukan untuk kalian sahaja. Tapi untuk orang yang menulis terutamanya. Peringatan untuk diri untuk diri sendiri. Change your bad habit now! Didik jiwa dengan roh tarbiah. Moga Allah bersama kita. Berubahlah! Berubah menjadi hamba Allah Taala yang taat di samping menjadi permata insan manusia dan seluruh isi alam.

إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa." [Al-Hujurat: 13]

Firman Allah:

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: "Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." [Al-Baqarah:148]

Salam Ramadan. Salam Muhasabah. Salam Mujahadah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."