"Mama suh gi rumah siti slaluh! Cepatlah!"
Ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang tepat. Itulah antara kata-kata adikku apabila menerima panggilan dari bapa saudaraku.
Tapi, tak terdetik pula untuk bertanya sebabnya. kenapa. Mungkin kerana sudah terbiasa. (biasa terima arahan untuk segera pergi)
Adikku sudah siap. Menunggu adik-beradikku yang lain bersiap. Agak memakan masa juga untuk tunggu semua. Aku terus ke rumah siti bersama adikku dahulu menaiki motosikal.
Siti. Itu merupakan panggilan kami sekeluarga anak beranak kepada nenekku sebelah ibu. Teringat di Maahad dulu. Ustazah Khadijah selalu sebut kepada rakan sekelasku bahawa aku memanggil nenekku, siti. Mungkin lain dari yang lain. Kata mama, itu panggilan yang dipakai kepada wanita yang dah berusia di Mesir. (ow ya ka. sape start dengan nama siti..? hehe)
Setibanya di rumah siti, kami terus melulu masuk. Saat kami berada betul-betul di dalam rumah, ku lihat mamaku dan ibu serta bapa saudaraku sudah membetulkan tangan siti supaya berkeadaan ketika bacaan Al-Fatihah dalam solat dan melilitkan kain di kepala ke dagu dan kemudiannya menutupi jasad siti.
Siti menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 6.10 petang di rumah siti pada tanggal 15 Syaaban 1432H bersamaan 17/7/2011.
Sejuk hatiku bila mama menceritakan bagaimana saat terakhir siti. Alhamdulillah, siti sempat melafazkan kalimah "ALLAH" di akhir riwayatnya. Dengan siti yang agak lemah seluruh badan, kuat juga kalimah itu disebutnya. Alhamdulillah, moga matinya dalam iman dan dipermudahkan urusan di alam seterusnya serta rohnya dan jasadnya sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Terima kasih pada umat Islam yang turut sama mendoakan kesejahteraan beliau. Al-Fatihah.
Mama kata, hari itu adalah hari yang siti paling2 letih. Biasanya bila mengusungnya ke tandas, siti akan basuh sendiri apabila membuang air dan juga mengambil wudhu'. Tapi pada hari itu, langsung dia tidak berbuat sebagaimana biasa. Juga membisu seribu bahasa hanya anggukan sahaja jawapannya.
2 hari sebelum ketiadaannya, aku sempat bertemu siti. Jaga siti kerana ibu saudaraku ingin keluar sebentar bersama keluarnya dan ibuku pula ada urusan lain waktu itu. Tapi tak dapat berbual-bual kerana siti lena tidur sampailah ibu saudaraku pulang dan mengajakku ke rumah jiran yang ada membuat sedikit majlis. Sekembalinya aku ke rumah siti, ada tetamu yang datang menziarahi dan waktu itu siti sudah sedar.
Hari sudah hampir maghrib, aku terpaksa mengundurkan diri kerana perlu menyampaikan pesan pada mamaku dan bapa saudaraku di sebelah rumahku mengenai satu majlis yang perlu dihadiri malam nanti. Nak telefon, hp mati. Nak telefon rumahku, rosak pula linenya. Tapi kenapa pula tak terfikir nak telefon adik beradikku yang lain? A'a, xpula terfikir time tu. Diikutkan hati, mahu sahaja duduk dulu untuk berbual dengan siti. Aku segera bersalaman dengan tetamu dan siti sambil memperkenalkan diriku pada siti. Takut dia tidak menyedari kehadiranku. yelah, baru sahaja balik dari kampus ku dan jarang dapat bertemu siti. Dan itu jugalah salaman ku kali terakhir rupanya.
Setiap kali aku pulang ke kampung, mesti mama menyuruhku berjumpa siti. Katanya, siti selalu tanyakan aku di mana. Siti pun dah tua, sudah lupa walaupun banyak kali dah tanya. Bila ku sebut keberadaan pengajianku, cepat je dia minta maaf sebab tanya lagi. Aku hanya tersenyum memahami.
Satu family ku semua pulang saat mengebumikan jenazah siti. Yang duk kl dan juga yang berada di Sarawak. Rupanya abangku yang sarawak hanya plan naik flight ke kl je. Save budget la kot. Mungkin tiket mahal sangat. Lagipun dia pun baru menamatkan zaman bujangnya. Jadi dia tak lagi sendiri2. huhu. Lepas tu dia plan balik dengan kenderaan lain. Cepat betul dia bertindak. Anak sulung kan. Ligat je cari solusi bila dah hajatnya nak balik.
Jenazah siti dikebumikan di bersebelahan jasad ta' yoh (datuk) disemadikan pada jam 11.50 pagi 18/7/2011 bersama iringan sekali khatam Al-Quran. Itu pesanan siti saat pengebumiannya.
Apa yang membuatkan ku terharu sedih, aku tidak dapat membacakan ayat quran untuk siti pada saat itu kerana tidak diizinkan-Nya. Hanya doa yang dapat aku panjatkan buat arwah siti.
Sepupuku yang berumur hampi 2 tahun juga melihat jenazah siti. Ada yang bertanya, "Iqbal, siti tidur dok?" Jawabnya, "Dok, siti mati". Tahu pula dia kecil2 pun. Saat siap dikebumikan, masih ada yang bertanya, "Bal, siti mana?" "Siti dalam tanah," jawab si kecil itu sambil menunding jari ke tempat tersebut.
0 comments:
Post a Comment