"Aman, bawa tak buku yang aku nak pinjam"
"La Ilah...., lupa. Nanti aku bawa esok, tolong ingatkan tau!"
Itu contoh situasi. Bukan ingin berbicara mengenai manusia yang lupa kerana itu memang kelemahan sifat yang ada pada manusia.
Sedarkah anda tentang satu ayat yang telah menjadi fenomena dalam masyarakat kita walhal jika diteliti ayat tersebut telah mengubah maksud asal dan sayangnya saya pasti kita langsung tidak berniat untuk memaksudkan lafaz tersebut.
Pernahkah kita sendiri menyebut atau mendengar masyarakat di sekeliling menyebut lafaz "LA ILAH" tidak kiralah dalam apa jua situasi? Baguslah jika kita berniat ingin memulakan kalam mengingati Allah. Akur kelemahan dan kesilapan diri, panjatkan kesyukuran, pujian, dan istighfar. Tetapi lafaz yang tidak lengkap merosak maksud asal. Lafaz "LA ILAH" bermaksud "Tiada Tuhan (yang disembah)" yang sepatutnya disambung dengan "ILLALLAH" iaitu kecuali atau melainkan Allah.
Saya terpanggil untuk menulis 'short notice' ini kerana lafaz yang tidak lengkap ini kerap kali digunakan, didengari dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat tanpa kita sedar ralat yang berlaku.
Ayuh sama-sama kita ingatkan dan tegurlah kesilapan tersebut apabila kita mendengar ada yang mengungkapkannya. Sebutlah lafaz tersebut sepenuhnya, "LA ILA HA ILLALLAH" - "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Moga lafaz mulia tersebut mampu memberi pahala bukan menambah dosa.
Muliakan lafaz kalam-Nya, Tingkatkan zikrullah, Agungkan Allah.
Allahu Akram.
0 comments:
Post a Comment