Berbelanja memang seronok!

Kali ini aku masukkan gaji ke akaun Maybank. Biasa la mesti ada akaun online. Awal-awal dulu aku masukkan ke akaun bank yang tidak dibuat akaun online. Safe sikit. Bulan lepas ke akaun yang kurang cawangan tapi kad debit. Ingat nak transfer untuk pelaburan, tetapi ada satu incident yang kena guna kad debit. Pertama kali juga menggunakan kad debit minggu lepas. Wah, makin mudah, seronoknyer berbelanja tanpa bawa wang!


Tapi..

Uh uh.. Makin terasa sangat mudah untuk berbelanja terutamanya bila ada akaun online. Makin mudah nak beli tiket flight, makin mudah nak beli ebook, makin mudah nak beli pakaian, makin mudah la segala bagai. Aha, contoh yang diberi telah berlaku dalam minggu ni sahaja yang mengakibatkan aku telah berbelanja lingkungan RM200. Kalau aku tak cut lagi, minggu ni sahaja aku bakal berbelanja hampir RM400 termasuk barang kehendak, tidak termasuk belanja wajib seperti sewa rumah. Itu pun masih ada yang teringin.. Berbelanja memang seronok! Dush dush. @,+

Ish. Jap lagi aku kena tukar strategi. Kena masukkan ke akaun lain. Bahaya betul amaun terbanyak sikit dalam akaun. Biasa aku topup-topup je akaun online ni. Memang perlu dan memudahkan urusan. Sebab aku banyak bayar bil guna online je macam bil broadband dan elektrik. Tapi memudahkan urusan pun tidak boleh sampai terlalu mudah berbelanja. Lain la bila kewangan dah stabil.

Teringat dulu-dulu. Semasa awal-awal pertukaran dari buku bank ke kad bank, ibuku tidak mahu menukarnya kepada kad. Bila ada kad, bila-bila masa boleh keluarkan duit. Uhu. Iyelah, kalau guna buku, kena lalui rintangan dan ada limitation la kan. Kena pergi time office hour, kena menunggu giliran, terlewat bank dah tutup, tidak boleh berurusan time cuti,,,,. Dan sampai sekarang beliau masih mengekalkan penggunaan buku bank. Si anak muda, of course la tukar kad dan buku bank pulak entah ke mana. Haha.

Sekiranya tengok benda offline, pakaian RM30 pun dah rasa mahal dan teragak-agak nak beli, dan kebanyakannya tidak membeli. Jalan-jalan terjumpa barang berkenan dalam talian/online, RM80 pun boleh rasa biasa, dan mudah sangat nak buat bayaran segera. Pantas lagi membayar dari alam realiti. Alam realiti, normal rutin, duit bawa tak sampai RM100. Ada controller di situ. Huhi.

Bab berbelanja ni, rasa macam penangan 'tahan' pun ada ni. Lama-lama control pun tertarik jugak. uhuk. Duit masuk satu sumber je, itupun bukannya banyak. Okey, diam diam sudah.

Haii, belum berjaya impian untuk berikan sebahagian dari hasil kerja kepada ibu ayah. KPI belum tercapai. Bukan satu KPI, ada lah beberapa dalam senarai. Termasuk KPI jangka panjang. (KPI : Key Performance Indicator ; Indek Prestasi Utama)

Yang penting, kena ingat hutang yang masih tertunda. Surat PTPTN pun dah sampai rumah. Grad belum sampai 6 bulan, kos pengurusan dah mencecah RM700+ . Itu belum masuk setahun. Aduh~ Walaupun amaun dia kurang sedikit dari individu lain disebabkan hanya sempat mengambil wang pendahuluan dan semester 1, tiada lagi amaun tersebut untuk langsaikan sekaligus. Penat la kos tambahan tinggi-tinggi ni. Penat nak kena bayar kos tambahan. Bayar hutang takpa la dah memang wajib bayar sebab berhutang.

Bak kata orang-orang kewangan, berbelanja di bawah kemampuan, bukan mengikut kemampuan, apatah lagi di luar kemampuan. Mampu untuk berbelanja lebih, tetapi hutang keliling pinggang. Itu gaya hidup tidak sihat, jauhi dari diamalkan. Jika dibanding antara dua, lebih baik ada kad debit dari ada kad kredit. Mujur aku kenal orang kewangan dulu, selamat aku dari bayang kad kredit yang indah khabarnya. Sama-sama kita ingat, hutang yang belum selesai antara perkara yang tergantung sehinggalah ia diselesaikan. Orang yang syahid pun tidak lepas jika masih ada hutang. Inikan pula diri kita yang belum tentu kesudahan hidup yang bagaimana.

Haih.. Ok la, sambung study. Ada rezeki, lulus dan next step will come. Bagi peluang pada diri. Berusahalah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."