Kebanyakan orang ingin memiliki paling tidak sebuah kereta. Ketika belum kaya, mengimpikan untuk memiliki kereta mewah seperti Alphard, BMW, ataupun Merz. Ketika duit sudah ada walaupun tak mencapai harga kereta mewah tersebut, berhutang untuk membeli kereta mewah yang diimpikan. Nampak seakan-akan tidak merasa kos yang sangat besar mengalir apabila membeli secara ansuran. Benarkah kebanyakan begitu?
Kalau ya, nampaknya aku bukan dalam kategori itu pada waktu sekarang. Alhamdulillah sangat-sangat. Harapnya aku tak termasuk dalam kategori tu sampai bila-bila pun takpa. Aku bahagia. Tak kesah la aku ni kuno pun kan. Tambah-tambah aku tak kenal sangat pun jenis-jenis kereta. Contoh kereta yang aku sebut di atas pun aku tak kenal kecuali BMW je aku kenal sebab jenis tu dah lama dalam pasaran. Kereta baru lepas dari zaman sekolah aku, jangan tanya aku, fail rasanya aku nak menjawab soalan tu sebab aku kurang kenal jenis model kereta pelbagai tu. haha.
Saat orang lain nak pakai kereta besar-besar, aku hanya mengimpikan kereta kecil. Nampak kiut gitu kan. haha. Dulu aku minat kereta kancil je. Bila kereta kancil dah stop, keluar model baru, aku minat viva. Dari viva dengan myvi pun aku boleh minat viva sebab pattern. haha. Aku ni jenis tengok appearance jugak la. Appearance sebelum fungsi. Kiki.
Sebab tu, bila abang aku pesan berkenaan kereta ni, aku boleh angguk laju2 (bukan angguk sangat pun, mengiyakan ja la). Beliau pesan, perempuan.. kalau nak beli kereta, beli yang kecil, sedang-sedang tak terlalu besar, sebab lelaki suka kereta besar. Bila dah kahwin, kereta tu (kecil) kita punya, lelaki jarang nak pakai kereta kecil. Kalau dah awal-awal beli kereta besar, kereta tu jugak yang kena rembat dengan suami (ayat ni aku tambah, konklusi sendiri. haha). Tak da la zalim macam tu, isteri yang baik dia serahkan harta yang dia ada untuk suami dia sebagai orang yang akan mengetuai ketua keluarga (dulu-dulu ustaz pernah pesan). Tapi, zaman sekarang ni, mungkin berbeza sedikit approach dia. Nak serah harta (sebelum kahwin) pada suami pun (untuk memudahkan urusan rumah tangga), kena kenal dulu suami tu macam mana. Nilai segala aspek.
Aku kurang minat nak menghafal model2 kereta ni. Tapi aku kenal jugak la perkakas dalam kereta tu. Sekurang-kurang aku pergi servis kereta sorang-sorang pun, aku berhati-hati supaya tak kena tipu. Haha. Aku memang pelik pun, benda teknikal pulak yang aku lebih2 ingat. Haha. Aku tak de kereta walau satu pun. Pernah servis dulu pun kereta yang pakai 3 hari je lepas aku bayarkan insurans dan roadtax kereta yang tidak diguna hampir setahun. Aku bayar pun supaya tak mahu kereta tu masuk puspakom, nanti banyak hal plak. Aku pun excited giler, pergi servis kereta bajet boleh guna lama, hingga kena bayar RM1,000 (lepas diskaun on demand. haha). Dah bayar semua, kereta dah cuci, wangi, takdenye nak melekat kat aku. Awal-awal memang aku tak cakap harga servis tu, lama-lama mak aku tahu, mak aku bayar la RM600 kat aku walaupun aku tak minta dengan sesiapa pun dan bukan kereta mak aku pun. Syukur jugak. Thanks mum. Lagipun time tu aku masih ada hutang dengan universiti hampir RM4,000.
Hutang tu dah settle pun. Kini tinggal PTPTN ja lagi. Impi nak bayar semua sekaligus. Amin.. Aku wajibkan bayar hutang dulu sebelum beli benda lain. Impi jugak nak kereta. Yang kecil-kecil sudah. Kerana cun dan comel. haha.
P/S: Eh, dah nak kena keluar. Kawan ajak pergi jalan tar plak awal-awal pagi ni. Shopping raya la kan. Aku duit ada berapa sen je. Nak ikutkan hati, malas pergi, sebab aku tahu aku akan penat jalan2, walhal takde tujuan untuk membeli. Takpa la.. Demi silaturrahim..
Hawa Convention 2013 USIM - Set of Design
-
Hawa Convention 2 | 14 & 15 September 2013 | Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM)
Open to public, Women-Only
Site Visit for more info :-
Event Website: ...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment