Aku kini bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota Kuala Lumpur.
Ibuku antara insan paling berminat mencari pekerjaan buat anak-anak termasuk diriku. Ibuku sangat menginginkan anaknya bekerja kerajaan. Sekiranya mendapat tawaran kerja kerajaan dengan kelulusan SPM sahaja pun, pasti beliau suka anaknya untuk menerima, yang penting kerajaan.
Tetapi aku tidak terlalu bersungguh dalam memilih pekerjaan pada ketika ini samada kerajaan atau swasta. Mungkin aku amat memikirkan soal kerja di ofis sekarang yang masih banyak urusan belum selesai disebabkan aku perlu membuat kerja semasa dan kerja lampau (sebelum aku mula bekerja di syarikat tersebut) dalam waktu semasa. Ia ternyata bukan kerja yang mudah. Hanya diriku seorang yang membuat urusan kewangan yang memerlukan ilmu perakaunan, kerana hanya diriku seorang pekerja yang mempunyai sijil akademik dalam bidang perakaunan. Oleh itu, aku bukan diberi tunjuk ajar dan latihan secara terus dalam menguruskan hal-hal kewangan terutamanya dalam melengkapkan data kewangan, proses dan urusan audit syarikat. Aku perlu banyak terokai sendiri. Sebelum aku cekap, aku sebenarnya lebih suka ada individu yang mengajar aku terlebih dahulu, kerana bagiku itu satu proses pembelajaran yang lebih pantas dan lebih singkat dalam menguasai sesuatu.
Panggilan dari ibuku banyak berlegar urusan iklan kerja kerajaan. Aku akan menyantuni kebanyakan permintaan beliau, cuma tidak terlalu bersungguh. Kadangkala online sahaja yang diisi, dokumen yang perlu dipos agak sukar untuk dilaksanakan. Aku tidak menyediakan dan menyusun dokumen dengan baik, itulah antara kesukaran untuk memenuhi permintaan ibu secara terbaik. Sekiranya aku dipanggil oleh JPA untuk berkhidmat, mungkin akan ku pergi jua. Redha ibu perlu didahulukan, risau keberkatan hilang. Sesetengah tempat aku berhujah, sesetengah tempat aku menurut terutama apabila melibatkan cerita disebalik.
Sekiranya aku stay di pejabat kini atas faktor gaji, rasanya agak jauh sekali. Kerja di negeri sendiri jauh lebih menguntungkan mengikut kadar semasa. Bahkan tidak perlu memikirkan soal belanja sewa rumah. Kalau nak diikutkan selepas tolak sewa rumah, elaun yang aku pernah terima sewaktu kerja sebelum masuk ke universiti, lagi tinggi. Kerja tersebut lagi rileks, langsung tidak perlu memikirkan soal kerja selepas pulang, kerana ia hanya urusan pada ketika itu sahaja. Otak sangat rileks, serius. Aku sangat impikan kerja sebegitu. Aha. Tetapi kerja akaun memang susah untuk bertemu kerja yang tidak berkait pada hari esok dan hari kemudian.
Melainkan.. aku mampu majukan bisnes sendiri. Seronok, punya waktu sendiri, ikut suka. Aku masih memikirkan soal ini. Aku masih lagi menilai samada perlu membuka milikan tunggal (sole-proprietorship / enterprise) atau syarikat sdn bhd untuk orang yang baru ingin memulakan bisnes sendiri. Dalam masa yang sama aku tidak suka menukar status entiti. Dua kali kerja. Beberapa urusan yang perlu diambil kira termasuk pendaftaran SSM, akaun semasa bank (cek), sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dll. Sekiranya ingin libatkan dalam dunia latihan, urusan pendaftaran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) juga akan menjadi isu kerana milikan tunggal selepas ini tidak lagi diterima untuk didaftarkan. Ada masa nanti aku akan kaji lebih lanjut. Semasa di universiti, aku memang belajar soal kategori perniagaan ini, tetapi tidak cukup dengan itu kerana aku kurang mampu untuk padankan dengan bisnes yang sedang aku fikirkan (In Syaa Allah).
Apa yang aku tengah fikirkan, sekiranya aku membuka perniagaan sdn bhd terus, aku perlu bijak menguruskan kewangan kerana setiap tahun audit perlu dibuat ke atas transaksi syarikat dan perlu mempunyai company secretary yang bertanggungjawab menjaga dokumen syarikat dan mengeluarkan surat kuasa bagi beberapa urusan syarikat. Syarikat memang menelan lebih belanja berbanding milikan tunggal. Sekiranya aku memilih milikan tunggal, aku tidak tahu apa lagi yang disekat dan halangan sebagai milikan tunggal ini, yang seronoknya milikan tunggal sudah terlepas dari urusan audit penyata kewangan, cuma cukai tetap dikenakan. Sekiranya memilih PLT, sebuah entiti baru yang diperkenalkan, audit juga terlepas, tetapi ada pula masalah bank yang tidak menerima pembukaan akaun syarikat berjenama PLT ini seperti Maybank. Dan entah apa lagi halangan yang belum diketahui. Entiti baru yang belum stabil ditolak ke tepi. Dilema sekarang hanya antara dua, enterprise atau sdn bhd.
Apa yang aku rasa kini, aku perlu bekerja lagi di pelbagai agensi sebelum benar-benar terjun dalam bidang bisnes. Sekiranya aku diberi peluang, aku teringin untuk bekerja dalam pelbagai organisasi yang berbeza saiz operasi syarikat (kecil, sederhana, besar). Hasrat diri, aku perlu terlebih dahulu menguasai beberapa ilmu penting seperti kewangan, pengurusan, operasi yang berkait dengan bisnes yang ingin diceburi etc. Kata salah seorang mentor bisnes, ilmu yang betul mampu mengelakkan diri ditipu (In Syaa Allah). Menjalani hidup dengan cara bagaimana, itu pilihan, bukan nasib, bukan takdir (iaitu menyalahkan Allah semata). Paling penting, mesti letak Allah paling utama dalam setiap sesuatu.
Mindaku tidak berhenti berfikir. Terasa seperti ingin 'bebas' segera.
Optimis. Allah sedang memberi ilmu pada diriku walau di mana pun aku berada.
27.03.2014
11.27 PM
TMA, KL
Hawa Convention 2013 USIM - Set of Design
-
Hawa Convention 2 | 14 & 15 September 2013 | Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM)
Open to public, Women-Only
Site Visit for more info :-
Event Website: ...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment