Singkat yang penat

Malam ni tetiba rasa yakin jer nak beri pandangan di radio ikim.fm di laman facebook. Mungkin tengah semangat mendengar rakan sekolah satu batch di MMP KB ke udara, yang juga rakan krew iluvislam suatu ketika dahulu. Baru berkesempatan dan pertama kali mendengar suara beliau di radio sebagai dj.

Tiba-tiba teringat kisah di zaman sekolah sewaktu dalam kelab radio, menjadi orang di sebalik tabir membaca ucapan hari guru, hari sukan. Tugasan setiap minggu hari persekolahan pula kendalikan segmen perkongsian dalam bahasa arab, membaca doa pagi kadangkala doa pulang dan membuat pengumuman di radio sekolah. Rindunya..

Mengenai pandangan yang dihantar tadi, walaupun pandangan tersebut tidak dibaca pada akhirnya, aku memang memaknakan perkara tersebut. Ini antara perkongsian bahasa komunikasi oleh trainer di syarikat aku bekerja. Mungkin tersilap segmen, segmen ucapan. huhu. Adakah pandangan tersebut boleh mencederakan emosi pendengar ikim.fm? Mungkin juga. Atau mungkin disebabkan komentar yang panjang dan tidak menggunakan nama penuh. Sangkaan paling baik, DJ tidak sempat baca. =)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat DJ ---- dan semua pendengar ikim.fm. Mohon izin saya memberi pandangan. Bagi sesiapa jua yang ingin membuat ucapan atau komentar dalam bentuk teks samada di facebook, twitter atau mungkin juga SMS, ada baiknya ditulis dalam tulisan penuh dan ayat yang lengkap. In Syaa Allah, ia memberikan kemudahan dan kesenangan bagi individu yang membaca tulisan tersebut termasuklah DJ yang membaca ucapan rakan-rakan pendengar. Saya turut rasa kesukaran DJ apabila menyebut dan membaca perkataan singkatan dan tidak penuh. Sekiranya tulisan tidak lengkap digunakan dalam urusan seperti bisnes, ia menunjukkan keadaan tidak serius. Salam Mahabbah.

Ketika itu sedang mendengar dan melihat komen yang dibaca, terus pandangan ini dipost

Tetapi, memang diakui penat membaca tulisan yang tidak lengkap. Selalu trainer komunikasi memberitahu kami, stress apabila membaca tulisan yang tidak penuh, kadangkala tidak faham. SMS tidaklah terlalu berkira, tetapi tulisan singkatan melampau tidak elok juga, penghantar je faham, penerima pula tidak faham maksud ayat. Radio mungkin tidaklah terlalu ketara sangat kerana ia lebih bersifat santai. DJ tak dapat baca, mereka skip je. Mereka baca sepintas lalu, kesian bila dengar mereka membaca tulisan tidak penuh ni.

Apabila kita berhubung dengan individu lain terutamanya urusan rasmi atau serius, sebaiknya kita jaga bahasa komunikasi kita termasuk tulisan.

Begitu juga tulisan di laman bisnes terutamanya di page facebook. Tulisan yang tidak lengkap menunjukkan keadaan tidak serius dalam perkara yang sedang dikendalikan. Bagiku, urusan bisnes dan perniagaan perkara serius. Sebaiknya tulislah dengan tulisan lengkap. In Syaa Allah, pelanggan pun lebih yakin. Website biasanya masih terpelihara dari unsur-unsur yang tidak lengkap ini kerana biasanya orang yang mempunyai website, mereka dah study perkara yang mereka tengah usahakan.

Sama-sama kita memudahkan orang lain untuk menerima sesuatu yang kita utarakan bukan menyukarkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."