Benarkah dirimu terluka?

Semalam ke walimah sahabat. Dan terjumpa sahabat lain yang turut hadir. Dulu sangat kamcing, sekarang sangat jauh. Dari gaya dia sambut salamku, aku agak beliau ada terasa hati dengan aku. Aku nak ucap kata maaf, tapi risau beliau belum sedia memaafkan aku tambahan dalam keadaan dikelilingi ramai sahabiah. Kalau ikutkan, masa nampak beliau lagi, aku dah nak lambai dan say hai, macam dulu-dulu. Tapi, aku tak mampu, sebab aku takut aku yang kecewa dan segan sendiri, aku risau aku buat tindakan tersebut, beliau tidak berikan respon apa-apa atau paling kurang lambat memberikan respon kerana masih ada insan-insan lain di sekeliling. Pernah terjadi dulu ketika aku sudah mengesan keadaan dingin itu, tapi aku gagahi untuk mulakan pertemuan dengan salam, beliau sambut tapi lambat, beliau layan sekitar beliau, seolah aku belum kelihatan di hadapannya. Tidak mengapalah. Salah aku juga, lama menyepi.

Aku balik dari walimah, itu je perkara yang bermain dalam fikiran aku. Seorang sahabat. Tidak mengapa la kalau aku sahaja yang mengiktiraf beliau sahabat aku, beliau tidak. Yang penting, bagi aku, beliau sangat berjasa pada aku, banyak memotivasi aku, banyak membimbing aku, menasihati aku dan menjadi rakan yang baik untuk agamaku. Aku mengalirkan air mata bila teringatkan beliau. Benarkah beliau terasa denganku?

Aku sudah teramat jarang bertemu beliau dan sahabat lain disebabkan sudah lama tidak ke program bersama mereka. Aku sedar aku jarang respon mesej sahabat yang rapat dengan beliau kini, walaupun bukan dengan beliau sendiri tambahan urusan kebersamaan. Entah la, aku pun satu, malam baru nak cari hp. Hp dan aku bukan bestfriend sangat pun. Main-main je tinggal di rumah ketika pergi kerja kalau dah bateri takde, takdenya nak bawa cas ke ofis. Malam pulak baru balik rumah.

Entah la. Duk fikir-fikir. Sekiranya pekerjaan aku sekarang banyak menyebabkan aku makin jauh dengan sahabat, aku sedang berfikir untuk berhenti dan tukar kerja. Aku pun dah bertahun dah bertahan. Betul atau tidak tindakan yang aku akan ambil, kena mohon petunjuk Allah dengan istikharah. Aku tahu majikan sekarang baik, tapi aku pula tak mampu kawal keadaan itu (office hour yang tidak menentu). Mungkin aku juga perlu tolak tawaran beliau menjaga kewangan koperasi hartanah yang beliau baru tubuhkan.

Sebentar tadi, aku buka profile facebookmu, kenapa kebanyakan postmu tiada dalam news feed ku.. Banyak perkara yang aku baru tahu. Maafkan aku juga kerana lama tidak mengikuti perkembanganmu. Tapi bila keadaan dingin begini, aku orang yang paling lemah untuk menghangatkan kembali kerana aku sebenarnya paling tak suka pujuk orang. Jadi aku biarkan keadaan begitu tanpa sentuhan.

Mohon maaf sahabat sekiranya buatmu terluka. Aku kini bersedih. Dan aku kembali segan untuk bertemu lagi...


Update 04/08/2014
Tengah layan facebook tetiba terjumpa kisah ini...

"Teringat satu cerita, bahawa pada zaman Nabi dulu, ada 2-3 orang sahabat yang lari daripada peperangan. Maka umat Islam ketika itu diperintahkan utk memulaukan 2-3 orang ini atas perbuatan mereka yang lari daripada perang. Memang selepas mereka lari, mereka menyesal, tapi mereka tetap bersalah dalam hal tersebut. Umat Islam memulaukan mereka, termasuklah Nabi SAW yg diutuskan sebagai rahmatan alamin.. Sahabat2 ini dipulaukan oleh serapat2 kenalan, termasuk Nabi. Sekiranya mereka pergi ke pasar, orang buat2 tak nampak mereka ni. Bagi salam pun mereka tak nak jawab, sampai tahap macam tu sekali. Jiran pun tak nak melayan walau dipanggil berkali2, sehinggakan 2-3 orang sahabat ini berasa sangat berkecil hati. Bayangkan, kawan yang dikenali sejak dari kecil pun memulaukan mereka.
"Tapi umat Islam memulaukn bukan kerana benci kepada batang tubuh sahabat2 mereka ni, sebaliknya mereka melakukan semua itu atas dasar mentaati perintah.
"Sehinggalah satu hari perintah pulaukan sahabat Nabi ini ditamatkan. Berderu-deru sahabat baik kepada sahabat yang dipulaukan ini datang kepadanya memberitahu bahawa perintah pulau-memulau sudah ditamatkan! Maka betapa gembiranya umat Islam pada masa itu, kerana kasih sayang mereka sesama sahabat begitu tinggi, mereka menangis kegembiraan dan menyambut 2-3 orang sahabat yang dipulaukan beberapa hari sebelum ini dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Nabi lah yg paling gembira sekali!"

Adakah aku termasuk dalam orang yang sedang dipulaukan? Sobs3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."