Aku mendudukinya bukan dengan minda yang kosong tentang format peperiksaan tapi sedikit persediaan mengetahui latar belakang ujian ini. Walaupun persediaan tidaklah terlalu rapi kerana faktor kerja, sekurang-kurangnya aku tahu selok belok soalan yang bakal dihadapi.
Minggu aku perlu pulang ke Kelantan untuk ujian ini, minggu itu juga aku perlu membentangkan satu perkara baru yang perlukan kajian iaitu 'company handbook' atau dikenali juga sebagai 'employee handbook' yang mengandungi peraturan, kod etika, manfaat, elaun, dan apa-apa sahaja yang berkaitan pekerja dan syarikat.
Usai sahaja aku membentangkan perkara berkenaan, aku terpaksa pulang kerana tiket basku pada malam tersebut walaupun seronok lagi melayan perbualan bos dan rakan sekerja yang lain. Rajin plak aku study dalam bas, kerana itulah sahaja lagi kesempatan yang ada walaupun sakit mata memandang skrin hp dalam keadaan lampu bas dipadamkan. +.+
Sampai di rumah pagi 13 Apr dalam pukul 7.30, terus bergegas bersiap untuk ujian yang bermula jam 9.00 pagi.
Walaupun tidak menemui rakan seusiaku menduduki peperiksaan ini, alhamdulillah ku dapat merasai pengalaman pertama menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ketika usiaku mencecah 23 tahun dan masih bergelar pelajar.
Pulangnya aku ke kelantan pada minggu tersebut untuk menduduki peperiksaan ini, yang rata-ratanya adalah individu yang telah bekerja atau setidaknya sudah grad.
Itu namanya peluang dan kesempatan yang Allah berikan walaupun ketika itu aku belum grad. Tapi keputusan tidak berpihak padaku, gagal. Hehe. Performance pastinya tidak kurang hebatnya faktor yang menyumbang kepada ketidaklulusan melepasi ujian berkenaan. Tapi ada kemungkinan juga usia dan kelulusan aku (belum grad) detected. ^_=
PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Tutup Urusan :21/03/2013
No. Urusan :(SM20130077)
Status Urusan :TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN
Yang penting, aku sangat seronok menjawab soalan kira2. Matematik masih menjadi subjek yang paling diminati dan mengasyikkan. Walaupun sudah lama tidak menjawab soalan Matematik bertaraf SPM ini, sesungguhnya minat itu telah meletakkan ilmu tersebut dalam diri dan minda, bukan dalam buku semata. Alhamdulillah.
Aku teringat pesan senior, tempoh praktikal bukan untuk seronok dan melayan praktikal semata. Fikirlah soal kerja dan berusahalah untuk memohon pekerjaan dalam tempoh sebelum grad. Beliau jugalah yang memperkenalkan aku dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang sebelum itu tidak pernah diketahui peranan dan jawatan tersebut walaupun beliau pegawai kerajaan bukan PTD tapi masih mampu berkongsi.
Aku kini hanya perlu menyemak status semua permohonanku di laman web SPA. Satu lagi jawatan lepasan ijazah sedang dibuka dan aku telah mengisinya bersama-sama dengan jawatan PTD dahulu. Aku makin yakin faktor kelulusan menjadi asbab apabila ku meneliti status jawatan tersebut:
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
Tarikh Tutup Urusan :08/04/2013
No. Urusan :(SM20130053)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA
hehe. just remember, i'm not a fresh graduate yet ok.
Update: Eh silap. Jawatan gred w27 ni bagi lepasan Diploma/STP/STAM. Tapi kena reject. Mungkin sebab aku dikira lepasan ijazah, cuma belum tamat pengajian. huhu
Sebaik manapun perkara yang kita harapkan dan sejauh manapun perkara yang kita inginkan dalam hidup, perhatikan reaksi ibu. Reaksi positif, alhamdulillah. Reaksi negatif, fikir-fikirkan lah. Jika perkara yang baik, tapi mendapat reaksi negatif, cuba tukarkan reaksi negatif kepada positif terlebih dahulu sebelum tetap dengan keputusan. Percayalah pada aura seorang ibu.
0 comments:
Post a Comment