Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps?

Post pertama tahun 2013 pada bulan Jun! Wah, teruja dapat menulis kembali. Corak dan pattern penulisan dan update di blog memang merudum jatuh, hanya kemuncak pada tahun 2010 dan makin lama makin sedikit. ahah. Lima bulan berlalu pun lalu je la. Layan je la mood kali ini.

Kali ini saya terasa ingin menulis kerana ingin berkongsi sebuah buku. Eh, silap. Belum sebuah, hanya 16%, tapi dah memang sangat teruja untuk bercerita tentang buku ini. Ini dia buku yang dimaksudkan ..


Seronok layan buku ini, "WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS". Walaupun buku ni telah lama diterbitkan, cetakan kelima dan keenam baru kenal buku ni. ahah. Edisi yang diterjemahkan dari penulis asal Allan & Barbara Pease. Tengok sepintas lalu je pun boleh berkenan. Tapi ternyata sangat menarik.

Suatu ketika, bercakap dengan rakan sekerja, tersentuh juga point2 yang terdapat dalam buku ini. Mereka pula tertarik dengan buku ni dan tidak sabar ingin melihat dan membaca serta meminjamnya. Bila ditunjukkan buku ini, buku ini dibawa mereka kehulu kehilir bertukar tangan dan ternyata mereka turut teruja! Mana tak nya, hari tu terus kalau boleh mereka mahu cari dapatkan buku ini. ^_=

Kenapa? Kerana buku ini memberi kita pencerahan agar saling mengenali perwatakan dan tindakan lelaki dan perempuan.

"Lelaki tidak faham mengapa wanita tidak mampu berfikir seperti mereka manakala wanita pula mahu lelaki bersikap dan bertindak seperti mereka." pg.xxii

"Buku ini bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Buku ini membantu kita menjalani hidup yang lebih bahagia, sihat dan lebih harmoni." pg.xxiii

Menariknya, buku ini berasaskan kajian dan fakta-fakta saintifik yang kukuh. Penulis mengambil masa selama tiga tahun dan mengembara sejauh 4000 kilometer ke 36 buah negara, termasuk Malaysia.

Suka untuk saya kongsikan antara perkara menarik dalam buku ini. Tapi setakat yang baru saya baca sahaja ya. 16%. Heh3.

"Kajian menunjukkan kita (lelaki dan perempuan) adalah hasil daripada sistem biologi kita dan bukannya hasil stereotaip sosial. Kita berbeza kerana otak kita berbeza. Ini membuatkan kita melihat dunia dengan cara yang berbeza dan mempunyai nilai dan keutamaan yang berlainan. Ini tidak bermakna satu lebih baik ataupun lebih buruk, hanya KITA BERBEZA." pg.10

Senario kehidupan antara part yang saya suka. Sangat relate dan berkait dengan kehidupan seharian kita.

"Apabila lelaki ke bilik air, selalunya tujuan mereka hanya satu. Manakala perempuan menggunakan bilik air sebagai ruang bersosial dan terapi."

Saya tergelak. Ada benarnya. Perempuan selalu juga ke tandas mengajak teman. Cukup susah barangkali ingin terjumpa atau tiada langsung lelaki yang mengatakan, "Fuad, saya mahu ke tandas. Kamu mahu ikut?". Perempuan pasti ada. keh3

"Lelaki sentiasa mahu menguasai televisyen dan sering menukar saluran rancangan. Perempuan pula tidak kisah menonton iklan di televisyen."

Patut la kalau remote tu dah di tangan lelaki, iklan je, tukar siaran, iklan pula, siaran lain. ahah. Kalau siaran yang lain itu lebih menarik bagi mereka, alamaknya, sampai di situ sahajalah rancangan tadi. Perempuan plak setia dengan siaran tersebut jika rancangan yang sedang ditontonnya belum selesai. kui3. Kebanyakan begitu la kan. ^_=

Hah! Ini mungkin relate sket dengan title buku ni,

"Lelaki pula mengatakan perempuan tidak pandai memandu, tidak tahu membaca tanda jalan, selalu membaca peta terbalik, tidak mahir perihal arah jalan, bercakap banyak ...."

Mungkin ramai kut wanita nafikan hal ni. Mentang-mentang wanita sekarang dah pandai memandu kan. haha. Saya pun boleh drive, jalan sorang-sorang, masuk keluar highway ok jer, selamat sampai destinasi, sampai rumah. kikiki... Tapi perempuan memang akui mereka jenis banyak cakap. haha.

Tapi.. ada ke camni? Saya tak .. ~.~

"Wanita selalu menemui semula kunci kereta yang hilang tetapi selalu sesat ketika berjalan-jalan"

haha. Lelaki pun sama kalau nak sesat tu kan. hehe. Tapi mujur ada perempuan yang biasanya akan bertindak dan selesaikan solusi 'Malu bertanya, sesat jalan.'

"Sekiranya wanita mahu ke mana-mana dan tersesat, mereka berhenti dan bertanya. Tetapi bagi lelaki, tindakan itu menunjukkan kelemahan. Mereka terus memandu sehingga berjam-jam dan mengucapkan kata-kata seperti, "Saya terjumpa jalan baru ke sana" ataupun "Kita sudah berada di kawasan yang betul" dan "Saya tahu kedai minyak itu!"

Setuju. Lelaki memang susah nak bertanya jalan. Kalau dah sesat tu, mesti perempuan yang biasanya desak agar bertanya orang di sekeliling kawasan tu. Tapi bila orang bagi arahan jalan, perempuan pulak keliru, kurang cekap memahami. Betul pula pernyataan atas tadi tu kan - tidak mahir perihal arah jalan. kui3. Sesetengah. ^.-

"Lelaki tidak dapat mencari stoking tetapi cakera padat mereka disusun mengikut abjad."

Entah. Tak sedar plak. huhu.

"Lelaki berasa hairan mengapa wanita tidak perasan lampu di dashboard kereta menyala menunjukkan minyak sudah habis. Namun, wanita mampu pula perasan stoking kotor yang terletak di ceruk gelap sejauh 50 meter."

Eh? Dekat tak sedar, yang jauh perasan pula. Hai, lelaki pun ada senario lain sal dekat jauh ni tau.

"Lelaki merasakan mereka spesis manusia yang bijak manakala perempuan yakin mereka bijak."

ahah. Over confident btol perempuan. Lelaki baru rasa, ada juga rendah diri mereka. Tapi kalau ikut pakar motivasi pulak, kita kena yakin pada diri, confident tinggi, baru self-estim pun tinggi. kan kan...


Oh, saya hanya mampu berkongsi 0.9% . 1% pun belum sampai. Maksudnya, satu buku ni terasa macam nak tulis balik semuanya. ~!



Lain kali pula kut. Itupun jika ada peluang. Tapi AWAS! Jangan sesekali nantikan. Menulis bermusim ni sukar dijangka. keh3. Baik dapatkan buku ini jika dah minat. Saya bantu bagi sinopsis awal jer. hoho.

Lelaki dan Wanita Memang Berbeza. Fahami diri, fahami mereka.

Selamat Membaca!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."