Bila sudah pilihan, hadapilah!


Perakaunan. Antara satu bidang dan subjek yang mencabar. Tertinggal satu topik, untuk ke seterusnya anda akan ketinggalan. Lost. Apa yang dimaksudkan 'tertinggal'? Adakah tidak ke kuliah? Tidak ke tutorial? Sebenarnya ia terangkum dalam satu perkataan, iaitu KEFAHAMAN. Ilmu lain juga begitu. Kefahaman terhadap sesuatu ilmu penting untuk kita mendalami, menghayati dan mampu menjadi faqih dan mengaplikasi ilmu dalam kehidupan. Ilmu perakaunan mungkin sedikit berbeza. Mungkin sahaja anda ke kuliah, ke tutorial tetapi tidak bererti anda akan faham. Apabila anda tidak mempunyai masa untuk membuat latihan, anda mungkin tidak mampu memahami, mengingati langkah-langkah dan kaedah. Lagi, aspek masa dan peluang amat perlu diteroka di sini. Kemudian, kecekapan dan kepantasan dalam pengiraan dan menguruskan akaun akan beransur datang melengkapi kefahaman.

Organisasi. Seringkali kita mendengar pelajar yang fokus kepada pelajaran semata akan mengatakan berorganisasi akan menyebabkan kita sibuk dan kesibukan akan menghilangkan fokus kita kepada pelajaran. Oleh itu, mereka cuba untuk menghindari hal yang berkaitan dengan persatuan, kelab dan sebagainya serta mampu menerangkan kesan dan akibat yang mungkin berlaku apabila berpersatuan.



Tapi adakah anda sedar bahawa meletakkan diri di dalam organisasi merupakan satu proses pembelajaran menguruskan masa dengan baik dan belajar menguruskan tekanan. Jika anda katakan bahawa ketika masih belajar, kita mempunyai tanggungjawab kepada pelajaran, bagaimana pula ketika bekerja nanti? Saat itu, kita mungkin tidak lagi bertanggungjawab kepada pelajaran, tapi adakah kita juga tidak mempunyai tanggungjawab yang lain? Bahkan tanggungjawab yang lebih besar! Tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan juga agama. Pelbagai tekanan akan datang dari pelbagai sudut. Tambahan, kita adalah orang berilmu, orang yang mempunyai pendidikan, jadi kita perlu berdepan dengan masyarakat dan memikirkan bagaimana kita mampu menyalurkan khidmat dan bantuan pada agama. Saham akhirat juga perlu dikutip. Jadi, jika tanggungjawab itu adalah alasan, sedarlah bahawa kita sebenarnya sentiasa perlu berdepan dengan tanggungjawab dan kewajipan.

Kata Imam Hasan Al-Banna,

الواجبات أكثر من الأوقات
"Kewajipan  itu lebih banyak dari masa yang ada"


Pelajaran dan Persatuan. Jadilah seorang yang aktif sekalipun pasif. Melibatkan diri dalam persatuan dan organisasi adalah peluang untuk menyumbang dan membantu pelbagai sudut, pengurusan dan fikiran. Belajarlah untuk cemerlang, agar mampu menjadi mahir dan pakar dalam bidang pengajian dan kerjaya.





.... Dunia pelajar di kampus dan sekolah hampir berakhir. Di sekolah menjadi pelajar jurusan sains tulen yang mengenal ilmu biologi, fizik dan kimia. Di kampus, bidang pengajian perakaunan menjadi pilihan. Januari 2013 merupakan peperiksaan terakhir di kampus USIM sebelum diiktiraf sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda. Walau belum cukup pakar dalam bidang pengajian, aku bakal melangkahkan kaki ke alam kerja,  mendepani masyarakat. Saat pengajian ini dan suasana zaman muda remaja bersama rakan, sahabat dan teman, bakal dirindui. Sungguh, sesuatu yang sangat indah untuk dikenang.

Selamat Datang 2013, suasana baru bakal dihadapi dengan cabaran yang pasti tidak sama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."