Warkah Cinta

"Selama-lamanya KELEMBUTAN takkan pernah tewas dengan KEKERASAN"

Anda familiar dengan ayat ini? Jadi sudah pasti anda pernah mendengar lagu baru UNIC bersama Imam Muda Nazrul yang merupakan OST lagu tema satu drama bersiri yang berlatar belakangkan Negeri Kelantan dan Mesir.

Walaupun jarang dan susah nak layan cerita-cerita ni, tetiba jadi rajin layan drama ni, first sebab lokasi dia di Naim Lilbanat, Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan UM Nilam Puri. Lakonan di sekitar Kelantan ni, laju cket layan. aha. second, sebab novel islamik Malaysia pertama yang diadaptasi menjadi filem. third, sebab lakonan Heliza Helmi dan Imam Muda Nazrul. Buat pertama kalinya salah seorang Imam Muda rancangan Astro Oasis menjadi pelakon. Teruja nak tengok. ehe.


Warkah Cinta. Itu tajuk drama yang kini agak popular sejak ia ditayangkan di TV Alhijrah pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam bermula 20 November 2012 sehingga 18 Disember 2012. Drama ini hanya 12 episod. Satu usaha permulaan yang agak baik. Tahniah buat pengarang novel 'Warkah Cinta Berbau Syurga' karangan A. Ubaidillah Alias dan Alkahfi Pictures sebagai media terbitan filem ini, arahan Mior Hashim Manap dan skrip dari pengarang novel sendiri.




IM Nazrul, naib juara Imam Muda Musim Ke-2, memegang watak sebagai Amir Mukhlis, hampir senada dengan nama anak pengarang novel, Amin Mukhlis. Heliza Helmi pula memegang watak sebagai Wardah. Itu je la watak yang nak diperkenalkan. aha.


Antara pelakon utama Warkah Cinta

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan fenomena cinta, persekitaran yang kurang baik, pendedahan cinta yang kurang tepat dalam novel, drama, filem, cerita samada karya tempatan atau luar negara, ya, ia amat baik untuk memulihkan kembali tanggapan yang salah bagaimana mahu memanifestasikan cinta dengan cara yang lebih terjaga dan mengatasi cabaran cinta. Bagi mereka yang skop fahaman agamanya lebih, mungkin perlu diperhalusi lagi sudut pandang mereka.

Sungguh kesian pada seorang penghafal Al-Quran terjerat dengan cinta. Hafalan Al-Quran boleh terganggu. Kesian sebenarnya. Bukan kerana dia yang mencari, tapi wanita yang cuba menjerat. Bagaimana seorang yang kuat ilmunya, bermujahadah soal hati. Situasi ini lebih kepada masalah antara seorang yang berilmu dan seorang yang kurang faham soal batasan agama ditambahi dengan tekanan keluarga. Tapi takkan lah orang yang sama-sama sekolah agama masih ada yang kurang faham soal ini. Bukanlah begitu sekali, tapi ada beza fikiran dan tindakan orang yang betul-betul menjaga ilmu dan memahami agama. Tengok tindakan Amir sebelum mengambil keputusan yang diragui, rujuk guru, minta pandangan.

Tengok dari skop situasi cerita, bukan pelakon ya. Jangan risau, saya juga peminat Heliza. =)

Wardah pula inginkan pasangan yang punya ilmu agama. Dan, kerana agamalah, Wardah tertarik kepada Amir. Tapi, pasangannya tidak seperti yang diinginkan. Sedih dan pilu kan. Dalam realiti, mungkin ada yang mirip situasi begini. Hikmah dari kaca mata kasar, mungkin Allah mahu memelihara kedua-dua pihak. Wardah memiliki ayah yang rosak agamanya dan tidak mahu orang yang beragama. Kehidupan Amir terutamanya dan Wardah akan terkesan dengan keadaan keluarga sebegini jika berlaku perkahwinan antara mereka. Sebab itu, dalam pemilihan pasangan hidup, faktor keturunan juga Islam menitikberatkan.

Hadith Nabi SAW ada menyebut: "Pilihlah yang tepat untuk tempat benihmu sebab asal keturunan itu membawa pengaruh" (HR Ibnu Majah)


:عن أبي هريره رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
،تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها"
"فاظفر بذات الدين تربت يداك


Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung. (HR Bukhari)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Adakah anda lihat satu demi satu episodnya? Jika anda sedar, sebenarnya ada teguran menulis warkah berbentuk cinta dalam siri cerita ini. Jangan pula kita mudah menilai, jika mereka lakukan, maka betullah tindakan mereka. Ini kan cerita, kadangkala, ada adegan yang baik, ada juga yang tidak baik dan ada yang kurang baik. Yang penting, jangan abaikan mesej yang ingin disampaikan, ambillah pengajaran di sebalik bait-bait kata, nasihat dan teguran mereka.

Filem drama begini la yang kita mahukan. 100% aurat dijaga! Tak ada yang peliknya, tutup aurat dengan sempurna dan tuntutan agama dipelihara juga boleh berlakon tanpa halangan.

Iklan Drama. Pelakon yang menjayakan Warkah Cinta di Mesir

Warkah Cinta di youtube lengkap diupload oleh saudara A. Fauwaz Mohamed. Terima kasih buat beliau. Untuk memudahkan, ini ada link playlist untuk tontonan anda: http://www.youtube.com/playlist?list=PLwYQuRgmOad0yn7MOwTenB2hVVu-c0Wss

Menunggu episod sambungan drama bersiri 'Warkah Cinta' dalam 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu' dimana proposal drama sudah dalam proses dan novel mungkin sudah di pasaran. 'Cinta Kun Fayakun' pula sudah diterima untuk siaran TV Al-Hijrah. Makin laju ustaz A. Ubaidillah dan Alkahfi Pictures. Syabas dan tahniah.

Akhir kata tengoklah pengajaran, nilailah dengan ilmu.

p/s: Menanti novel-novel nukilan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf juga menjadi filem suatu hari nanti. .n_n.




Tajuk : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penyanyi : IM Nazrul & UNIC
Komposer : Bazli (UNIC)
Lirik : Ustaz Ubaidillah Alias

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat ku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.

Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Download mp3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."