Tidak perlu berbangga dengan HUTANG!


Selesai!

Alhamdulillah, habis juga buku ini dihadam. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta merupakan buku hasil tulisan dan idea Tuan Shamsuddin Kadir dan isteri beliau, Cik Puan Ain Muhammad.


Tuan Shamsuddin Kadir antara sifuku yang banyak mengajarku secara langsung terutama dalam bab kewangan. Aku hanya memanggilnya sebagai Tuan SK, initial name. Nama pena dan siberku juga menggunakan initial name, mungkinkah aku bakal menjadi sehebat beliau? heh. Aku bukan penulis. Memandangkan aku merupakan seorang pelajar jurusan perakaunan, beliau banyak membimbingku dan mendedahkan ilmu menjadi seorang Chief Financial Officer (CFO) daripada sekadar bertugas sebagai kerani akaun. 

"Auditor tidak boleh persoal kerja akaun, that's mean you are good."

Beruntung dapat mengenali beliau, seorang tokoh yang banyak pengalaman dalam pelbagai bidang dan aspek.

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta. Kiranya aku sangat bertuah selesai membacanya Sebelum Jatuh Cinta. ahaha.

Berbalik kepada buku ini, perkara yang disentuh adalah lebih kepada memberi jalan dan kaedah bagaimana mahu berjimat terutamanya ketika ingin melangsungkan perkahwinan dan sedikit fasa selepas perkahwinan serta membantu membina hidup bahagia selepas perkahwinan dengan menghindarkan virus-virus kehidupan. Memang berjimat habis. Siap dengan senarai aset dan bajet perkahwinan. Tapi memang benar, bebanan adat itu terlampau banyak. Tapi semuanya bergantung kepada individu yang ingin melangsungkan perkahwinan juga bergantung kepada keluarga, samada dalam kategori berada, sekadar mampu atau kurang mampu.

Perkara penting yang ingin dikongsi : [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 221-222]

Sebelum mendirikan rumah tangga, kita perlu memastikan diri dan pasangan bebas daripada perangkap kewangan. Antara anai-anai dalam rumah tangga seperti berikut:
1. Skim ansuran mudah. - skim 'ambil dahulu, bayar kemudian'
2. Kad kredit.
3. Pinjaman peribadi.

Antara jenis anai-anai dalam rumah tangga :
1. Ilmu dan kemahiran mengurus kewangan diri lemah.
2. Kemahiran komunikasi yang lemah dan negatif.
3. Keyakinan diri yang rendah.

Namun, orang muslim mukmin jangan cepat lemah. Ingat janji Allah,

"Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." [Surah An-Nur: 52]


Apabila kita membaca sesuatu buku, akan ada percambahan idea dalam minda. Itu petanda yang baik, pembacaan yang benar-benar memberi manfaat, betul? Jeng-jeng... Lintasan minda,


1. Tanyakan kepada bakal pasangan tanggungan hutang yang kini ditanggung. Sebagai contoh, hutang biayai pendidikan, hutang kereta, hutang bisnes dll. Itupun tertakluk jikalau bakal pasangan itu jujur. Ini antara tindakan awal agar tidak menanggung hutang bersama yang terlampau banyak.

Mengikut satu kajian psikologi mengatakan, orang yang merasakan dirinya mahal, tidak memerlukan benda mahal. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 224] 
Sebaliknya, apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk mencari simbol-simbol kekayaan untuk dipamerkan kepada orang lain. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 225]


2. Kos mahar ditanggung oleh pasangan lelaki, bukannya ibu bapa lelaki tersebut. Terlebih baik jika kos mengadakan kenduri di pihak lelaki juga ditanggung oleh pasangan lelaki bukan saudara beliau. Lagi tersangat baik, kos perkahwinan di pihak perempuan juga ditanggung. aha. Itu hanyalah kategori benar-benar lelaki yang sangat mampu. Yang paling penting, semuanya bukan dengan cara berhutang. Sudut kemampuan dapat dilihat. Jika di bawah kategori tidak mampu, buku ini sangat membantu untuk anda berjimat. 

Perkara terbaik bagi meletakkan nilai hantaran adalah pihak lelaki yang menentukan, iaitu mengikut kemampuan dan keikhlasan tanpa perlu berhutang. Sekiranya pengantin lelaki perlu berhutang, itu sudah dikira tidak mampu. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 181]


3. Pemilikan kad kredit juga satu isu yang bagus untuk ditanya kepada bakal pasangan. Sedikit sebanyak kita mengetahui pattern atau style kehidupan bakal pasangan, samada jenis suka berhutang atau sebaliknya. Kadangkala ada yang menggunakan kad kredit bukan kerana minat berhutang, tetapi selamat kerana tidak perlu membawa duit yang banyak. Tetapi tidak nampak lebihnya kad kredit ini. Namun apa yang Tuan SK catatkan,

Elakkan daripada memiliki kad sekiranya kita tidak dapat mendisiplinkan nafsu. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 222]
.
.
.

(terasa bagai belum habis, tapi terhenti sudah. ehe.) 

Contoh-contoh yang diberikan dalam buku ini diletakkan beliau sendiri. Kadang-kadang aku tergelak kecil apabila semua maklumat yang ditulis merupakan maklumat yang betul dan benar-benar wujud seperti no. telefon, alamat, dan no. akaun bank. ehe. Senang hendak menyumbang, senang untuk dihubungi.

Ingat, kos sara hidup selepas hidup berumah tangga lebih tinggi dari membiayai kos perkahwinan. Jangan bazirkan terlampau banyak pada perkara yang belum tentu memberi kebahagiaan dalam hidup dan jangan pernah suka untuk berHUTANG! Elak selagi mampu. Segerakan pembayaran bila sudah berhutang. Itu pesanan agama.

Nasihat Tuan Shamsuddin kepada bakal pasangan pengantin, jangan sampai kita menjadi raja hanya untuk sehari, tetapi hamba hutang sepanjang hidup! Pilihan - Raja Sehari atau Raja Sepanjang Hayat.

Biar orang lain nampak kita kedekut, asalkan kita tidak perlu bertindak seperti orang kurang cerdik, iaitu biar papa asalkan bergaya. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 244]

Siapa yang berhutang denganku terutama dalam kuantiti yang banyak, dapatkan ketenangan dalam hidup, langsaikan hutang ya. Chill.~ (Penghutang biasanya tak berkunjung ke laman pemiutang)


Entri kali ini ditutup dengan umur ideal berkahwin era ini,
Secara ideal, waktu berkahwin untuk lelaki adalah sekitar 25 tahun. Untuk perempuan, sebaik-baiknya berkahwin antara umur 19 tahun hingga 23 tahun. Sekiranya berniat untuk menyambung belajar di universiti, elok juga berkahwin dalam masa enam bulan hingga setahun selepas tamat belajar. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 42]

Berbicaralah soal ini dengan ilmiah bukan sekadar suka-suka. Tanggungjawab besar menanti bukan sekadar suka di majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan.

Baru aku memahami permintaan Tuan SK untuk mengadakan ceramah dengan tajuk 'Bercerai Sebelum Berkahwin.' di kampusku. Tapi, belum deal. Anyone? hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."