Bila sudah pilihan, hadapilah!


Perakaunan. Antara satu bidang dan subjek yang mencabar. Tertinggal satu topik, untuk ke seterusnya anda akan ketinggalan. Lost. Apa yang dimaksudkan 'tertinggal'? Adakah tidak ke kuliah? Tidak ke tutorial? Sebenarnya ia terangkum dalam satu perkataan, iaitu KEFAHAMAN. Ilmu lain juga begitu. Kefahaman terhadap sesuatu ilmu penting untuk kita mendalami, menghayati dan mampu menjadi faqih dan mengaplikasi ilmu dalam kehidupan. Ilmu perakaunan mungkin sedikit berbeza. Mungkin sahaja anda ke kuliah, ke tutorial tetapi tidak bererti anda akan faham. Apabila anda tidak mempunyai masa untuk membuat latihan, anda mungkin tidak mampu memahami, mengingati langkah-langkah dan kaedah. Lagi, aspek masa dan peluang amat perlu diteroka di sini. Kemudian, kecekapan dan kepantasan dalam pengiraan dan menguruskan akaun akan beransur datang melengkapi kefahaman.

Organisasi. Seringkali kita mendengar pelajar yang fokus kepada pelajaran semata akan mengatakan berorganisasi akan menyebabkan kita sibuk dan kesibukan akan menghilangkan fokus kita kepada pelajaran. Oleh itu, mereka cuba untuk menghindari hal yang berkaitan dengan persatuan, kelab dan sebagainya serta mampu menerangkan kesan dan akibat yang mungkin berlaku apabila berpersatuan.



Tapi adakah anda sedar bahawa meletakkan diri di dalam organisasi merupakan satu proses pembelajaran menguruskan masa dengan baik dan belajar menguruskan tekanan. Jika anda katakan bahawa ketika masih belajar, kita mempunyai tanggungjawab kepada pelajaran, bagaimana pula ketika bekerja nanti? Saat itu, kita mungkin tidak lagi bertanggungjawab kepada pelajaran, tapi adakah kita juga tidak mempunyai tanggungjawab yang lain? Bahkan tanggungjawab yang lebih besar! Tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan juga agama. Pelbagai tekanan akan datang dari pelbagai sudut. Tambahan, kita adalah orang berilmu, orang yang mempunyai pendidikan, jadi kita perlu berdepan dengan masyarakat dan memikirkan bagaimana kita mampu menyalurkan khidmat dan bantuan pada agama. Saham akhirat juga perlu dikutip. Jadi, jika tanggungjawab itu adalah alasan, sedarlah bahawa kita sebenarnya sentiasa perlu berdepan dengan tanggungjawab dan kewajipan.

Kata Imam Hasan Al-Banna,

الواجبات أكثر من الأوقات
"Kewajipan  itu lebih banyak dari masa yang ada"


Pelajaran dan Persatuan. Jadilah seorang yang aktif sekalipun pasif. Melibatkan diri dalam persatuan dan organisasi adalah peluang untuk menyumbang dan membantu pelbagai sudut, pengurusan dan fikiran. Belajarlah untuk cemerlang, agar mampu menjadi mahir dan pakar dalam bidang pengajian dan kerjaya.





.... Dunia pelajar di kampus dan sekolah hampir berakhir. Di sekolah menjadi pelajar jurusan sains tulen yang mengenal ilmu biologi, fizik dan kimia. Di kampus, bidang pengajian perakaunan menjadi pilihan. Januari 2013 merupakan peperiksaan terakhir di kampus USIM sebelum diiktiraf sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda. Walau belum cukup pakar dalam bidang pengajian, aku bakal melangkahkan kaki ke alam kerja,  mendepani masyarakat. Saat pengajian ini dan suasana zaman muda remaja bersama rakan, sahabat dan teman, bakal dirindui. Sungguh, sesuatu yang sangat indah untuk dikenang.

Selamat Datang 2013, suasana baru bakal dihadapi dengan cabaran yang pasti tidak sama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminar Gen Y 2012

TARIKH : 29 DISEMBER 2012
MASA : 8.00 PAGI - 5.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SUK SELANGOR, SHAH ALAM



BERSAMA TOKOH-TOKOH BERWIBAWA

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Penjenamaan Generasi Manusia Menurut Perspektif Wahyu

UST HAJI ZAMRI ZAINAL ABIDIN
Expresi Gen Y terhadap Dakwah

PROF MADYA DR. MARIANI MD NOOR
Gen Y dari Aspek Perkembangan Psikologi dan Sosiologi

PROF DR. ABU HASSAN HASBULLAH
Fenomena Media Baru : Sikap dan Sudut Pandang Gen Y

YATT HAMZAH, DIANA AMIR, MEL WINGS
Gen Y dan Seni

PROF DATO' DR REDZUAN OTHMAN
Persepsi Gen Y Terhadap Politik

YB DR AHMAD YUNUS HAIRI
Gagasan Melonjak Harapan Belia Negara

Pendaftaran dan sebarang pertanyaan,
hubungi En Azmi (016-274 6550)

MASUK PERCUMA



Anjuran
PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR,
JAWATANKUASA ADAT MELAYU, BELIA DAN SUKAN KERAJAAN SELANGOR

Dengan Kerjasama
JAIS, GAMIS, NISA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Krew Media 4 hari


yap. betullah. tak tipu. jadi krew media walaupun hanya empat hari di lokasi. ada mic, ada kamera, kameraman, ada wartawan, editor, penulis skrip, props, ada vest khas, name tag khas, ada markaz operasi lagi.

toin3. media iCEPS8 je, bukan media USIM apatah lagi sebetul-betul media di luar sana. aha. kerja kami kan cari tarikan orang ramai ke iCEPS8 dengan cara multimedia. haa, kami buat kerja kami la ni. Cari vest USIM, lekatkan perkataan MEDIA. ok x? ^_=

oh, lupa. iCEPS8 apa noh?

iCEPS8 stands for 8th Islamic Convention of Entrepreneurship atau Konvensyen Keusahawanan Islam Kelapan 2012, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berlangsung pada 27 hingga 30 September 2012 iaitu selama 4 hari, bertempat di Fakulti Ekonomi & Muamalat, USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

Team iCEPS8 mula dibina pada awal tahun 2012 dengan mesyuarat pertama seluruh jawatankuasa pelajar yang terlibat. Team iCEPS 8 2012 merupakan mahasiswa Tahun 4 2012, Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari 4 bidang pengajian Pra-Siswazah; Pentadbiran Muamalat, Perakaunan, Pemasaran serta Pentadbiran Korporat dan Hubungan yang menghimpunkan tenaga penggerak Konvensyen Keusahawanan Islam Kelapan 2012 seramai 235 orang. iCEPS merupakan projek wajib pelajar tahun akhir FEM USIM.

kami tiada tesis. yeeha.. ^^, kami hanya perlu menyelesaikan misi ini. Dan kini, mission completed.

Kami ditugaskan untuk berada dalam Unit Dokumentasi dan Multimedia. Dokumentasikan segala perjalanan program iCEPS8 serta memproses dan menghasilkan video.




MEDIA, salah satu jenama unit kami. Saluran kami TV iCEPS8. Team unit kami, kami namakan dengan nama baru, krew TV iCEPS8. hehe. sesuka hati

Sebelum iCEPS8, kami menemuramah pensyarah yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk iCEPS8. Memandangkan kebanyakannya bercuti pulang ke kampung pada cuti semester ni, jadi terpaksalah aku bertindak sebagai script writer, wartawan, perantara, dan video editor bersama 3 lagi geng kami. uh, uh.. Jenuh mengedit video yang panjang lebar, temuramah memang camni eh. huu



Tugasan lain, setiap daripada kami perlu menghasilkan video promo untuk setiap program dan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang iCEPS8 menjadikan hasil video iCEPS pada kali ini bertambah-tambah. Selain dari video editor, aku tak lari juga menjadi designer. Design poster, banner dan design video. Bantu sikit-sikit je, setakat termampu.



Yang paling best hari kejadian. Huhu. Kerjasama dan kesungguhan satu team memang mengembirakan. Secara asasnya, kami ada jurukamera, penulis skrip, wartawan, props dan video editor. Pada hari kejadian, kami bertindak juga sebagai promosi dan publisiti, dan mengambil alih kerja hebahan online melalui fanpage facebook iCEPS8. Kami cuba sepantas mungkin update dari masa ke semasa program dan suasana dari tapak iCEPS8. Walau tak selaju mana, yang pasti setiap hari akan ada perkembangan terkini dan lebih kurang 500 keping gambar dan video dalam simpanan setiap hari. Media iCEPS8 termasuk gambar, video rakaman, dan video promo sebelum, semasa dan selepas iCEPS8 hampir mencecah 100GB. banyak ke sikit ye? em. cukup kut dokumentasi di facebook dan youtube je. pening nak burn. O.o

Tugasan utamaku sebagai video editor. Namun, kamera juga di tangan kehulu kehilir. Terima kasih kepada bos dan rakan team juga pemilik kamera DSLR yang sudi pinjamkan kamera untuk aku bermain. haha.


Lagak dan aksi krew TV iCEPS8 di tapak konvensyen, menemuramah
penggerai, pembuka booth, pengunjung, peserta dan
merakam suasana serta melaporkan perkembangan terkini


Sempat juga bergambar bersama jemputan nasyid Hafiz Hamidun dan kumpulan Unic


Kami sudah dibekalkan dengan kupon harian dan makanan disediakan. Jimat duit belanja. haha. Tak risau, orang yang baik hati berbelanja pun ramai. Sekejap pizza, sekejap ayam uncle bob, dengan air ais sekali juga dibelikan. hehe.





Ha! Meriah lagi, pizza hut dan kfc pun turut serta bagi free dan sponsor pada kami semua. Lebih dari sekali jugalah. Bukan setakat kami, students lain pun ada bahagian mereka. Tapi sebenarnya ini dibawah Program Gerak Usahawan Kampus (PGUK). Kami orang yang bernasib baik aja. huhu 


Kami berada dalam posisi masing-masing tapi kami belajar banyak perkara. Team Media iCEPS 8! Kami satu geng, satu team, liputan terus untuk iCEPS8.




Secara tak langsung, team kami bergerak sebagai photographer untuk batch kami. Apa sahaja program yang mengumpulkan kami satu batch, kamilah yang akan menjadi perekod kenangan tersebut. .n_n.


p/s: ada satu lagi projek di bawah dokumentasi. jika bahan berjaya dikumpul dan diproses sebelum masuk praktikal, harapan dan kemungkinan besar ia menjadi satu lagi kenangan yang kami tinggalkan untuk USIM. kalau bukan kenangan untuk usim, cukuplah kenangan untuk kami satu batch. tapi kalau kesungguhan datang dari seorang je, agak-agak menjadi x... chill! ^_= doakan berjaya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warkah Cinta

"Selama-lamanya KELEMBUTAN takkan pernah tewas dengan KEKERASAN"

Anda familiar dengan ayat ini? Jadi sudah pasti anda pernah mendengar lagu baru UNIC bersama Imam Muda Nazrul yang merupakan OST lagu tema satu drama bersiri yang berlatar belakangkan Negeri Kelantan dan Mesir.

Walaupun jarang dan susah nak layan cerita-cerita ni, tetiba jadi rajin layan drama ni, first sebab lokasi dia di Naim Lilbanat, Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan UM Nilam Puri. Lakonan di sekitar Kelantan ni, laju cket layan. aha. second, sebab novel islamik Malaysia pertama yang diadaptasi menjadi filem. third, sebab lakonan Heliza Helmi dan Imam Muda Nazrul. Buat pertama kalinya salah seorang Imam Muda rancangan Astro Oasis menjadi pelakon. Teruja nak tengok. ehe.


Warkah Cinta. Itu tajuk drama yang kini agak popular sejak ia ditayangkan di TV Alhijrah pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam bermula 20 November 2012 sehingga 18 Disember 2012. Drama ini hanya 12 episod. Satu usaha permulaan yang agak baik. Tahniah buat pengarang novel 'Warkah Cinta Berbau Syurga' karangan A. Ubaidillah Alias dan Alkahfi Pictures sebagai media terbitan filem ini, arahan Mior Hashim Manap dan skrip dari pengarang novel sendiri.




IM Nazrul, naib juara Imam Muda Musim Ke-2, memegang watak sebagai Amir Mukhlis, hampir senada dengan nama anak pengarang novel, Amin Mukhlis. Heliza Helmi pula memegang watak sebagai Wardah. Itu je la watak yang nak diperkenalkan. aha.


Antara pelakon utama Warkah Cinta

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan fenomena cinta, persekitaran yang kurang baik, pendedahan cinta yang kurang tepat dalam novel, drama, filem, cerita samada karya tempatan atau luar negara, ya, ia amat baik untuk memulihkan kembali tanggapan yang salah bagaimana mahu memanifestasikan cinta dengan cara yang lebih terjaga dan mengatasi cabaran cinta. Bagi mereka yang skop fahaman agamanya lebih, mungkin perlu diperhalusi lagi sudut pandang mereka.

Sungguh kesian pada seorang penghafal Al-Quran terjerat dengan cinta. Hafalan Al-Quran boleh terganggu. Kesian sebenarnya. Bukan kerana dia yang mencari, tapi wanita yang cuba menjerat. Bagaimana seorang yang kuat ilmunya, bermujahadah soal hati. Situasi ini lebih kepada masalah antara seorang yang berilmu dan seorang yang kurang faham soal batasan agama ditambahi dengan tekanan keluarga. Tapi takkan lah orang yang sama-sama sekolah agama masih ada yang kurang faham soal ini. Bukanlah begitu sekali, tapi ada beza fikiran dan tindakan orang yang betul-betul menjaga ilmu dan memahami agama. Tengok tindakan Amir sebelum mengambil keputusan yang diragui, rujuk guru, minta pandangan.

Tengok dari skop situasi cerita, bukan pelakon ya. Jangan risau, saya juga peminat Heliza. =)

Wardah pula inginkan pasangan yang punya ilmu agama. Dan, kerana agamalah, Wardah tertarik kepada Amir. Tapi, pasangannya tidak seperti yang diinginkan. Sedih dan pilu kan. Dalam realiti, mungkin ada yang mirip situasi begini. Hikmah dari kaca mata kasar, mungkin Allah mahu memelihara kedua-dua pihak. Wardah memiliki ayah yang rosak agamanya dan tidak mahu orang yang beragama. Kehidupan Amir terutamanya dan Wardah akan terkesan dengan keadaan keluarga sebegini jika berlaku perkahwinan antara mereka. Sebab itu, dalam pemilihan pasangan hidup, faktor keturunan juga Islam menitikberatkan.

Hadith Nabi SAW ada menyebut: "Pilihlah yang tepat untuk tempat benihmu sebab asal keturunan itu membawa pengaruh" (HR Ibnu Majah)


:عن أبي هريره رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
،تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها"
"فاظفر بذات الدين تربت يداك


Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung. (HR Bukhari)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Adakah anda lihat satu demi satu episodnya? Jika anda sedar, sebenarnya ada teguran menulis warkah berbentuk cinta dalam siri cerita ini. Jangan pula kita mudah menilai, jika mereka lakukan, maka betullah tindakan mereka. Ini kan cerita, kadangkala, ada adegan yang baik, ada juga yang tidak baik dan ada yang kurang baik. Yang penting, jangan abaikan mesej yang ingin disampaikan, ambillah pengajaran di sebalik bait-bait kata, nasihat dan teguran mereka.

Filem drama begini la yang kita mahukan. 100% aurat dijaga! Tak ada yang peliknya, tutup aurat dengan sempurna dan tuntutan agama dipelihara juga boleh berlakon tanpa halangan.

Iklan Drama. Pelakon yang menjayakan Warkah Cinta di Mesir

Warkah Cinta di youtube lengkap diupload oleh saudara A. Fauwaz Mohamed. Terima kasih buat beliau. Untuk memudahkan, ini ada link playlist untuk tontonan anda: http://www.youtube.com/playlist?list=PLwYQuRgmOad0yn7MOwTenB2hVVu-c0Wss

Menunggu episod sambungan drama bersiri 'Warkah Cinta' dalam 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu' dimana proposal drama sudah dalam proses dan novel mungkin sudah di pasaran. 'Cinta Kun Fayakun' pula sudah diterima untuk siaran TV Al-Hijrah. Makin laju ustaz A. Ubaidillah dan Alkahfi Pictures. Syabas dan tahniah.

Akhir kata tengoklah pengajaran, nilailah dengan ilmu.

p/s: Menanti novel-novel nukilan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf juga menjadi filem suatu hari nanti. .n_n.




Tajuk : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penyanyi : IM Nazrul & UNIC
Komposer : Bazli (UNIC)
Lirik : Ustaz Ubaidillah Alias

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat ku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.

Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Download mp3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menulis bukan sekadar tulisan


Jauh meninggalkan dunia blogging, kini menyapa untuk seketika. Apa khabar kalian? Seketika. Ya, cuma seketika mengisi peluang. Bimbang mengatakan mahu terus sentiasa aktif pada yang tidak menentu. Kerapkali musimnya tiba ketika musim peperiksaan. Tidak pelik kan? Kerana musim inilah, kesibukan makin ringan, peluang mengisi ruang.


Sejak kewujudan laman sosial seperti facebook, blog makin dilupakan, penulisan makin dipinggirkan. Tidak semua, tapi kebanyakan. Benarkah? Tiada statistik, jadi jangan mudah percaya, melainkan anda seorang pemerhati atau mungkin pengkaji, anda ada jawapan tersendiri. Salahkah? Dalam facebook juga boleh berkongsi, setiap hari lagi. Terpulanglah. Orang yang suka menulis, biasanya selalu update. Idea melimpah ruah untuk berkongsi, kongsilah, walau di mana-mana pun.




Sesetengah individu menjadikan penulisan sebagai satu cabaran membina keyakinan diri. Menulis dalam blog, bertanya dalam forum online, berani menyuarakan pendapat dan sampai satu tahap boleh mengkritik dalam erti kata kritikan membina. Mampu mengkritik, menegur tidak akan datang tanpa keyakinan. Walau kadang-kadang hanya di alam maya tanpa berdepan, itu satu proses, mungkin permulaannya begitu, tapi akan sampai masanya kekuatan akan hadir apabila berada dalam kelompok yang besar. Jika Allah inginkan. Jika anda memang suka menegur dan mengkritik, mungkinkah anda punya keyakinan diri tanpa sedar?


Andai kata anda seorang penulis yang hebat, boleh mempengaruhi manusia dengan kata-kata anda, boleh memberi motivasi dan keinsafan dengan tulisan, tapi cukup-cukup sayang anda tidak mampu menyampaikan dengan bahasa lisan. Benarkah, seorang yang mampu menyampaikan kata-kata dengan lisan skop kelompok yang ramai sebenarnya mampu untuk menulis. Mereka boleh menulis dalam bahasa mereka bertutur. Tapi orang yang mampu mengarang, menulis tidak semestinya boleh berdepan dalam penyampaian lisan. Gaya bahasa penyampaian mungkin sama, tapi kelancaran berbahasa dalam sebutan dan tulisan mungkin berbeza. Kelancaran tulisannya sukar untuk diberi tanggapan, berapa lama masa yang digunakan untuk menulis, secara umumnya kita tidak tahu. Cuma orang yang mempunyai kemahiran 'public speaking' kebiasaan selalu punya masa yang terhad, kerana mereka selalu menjadi perhatian masyarakat. Namun, sesetengah mereka ini masih boleh berkongsi penulisan kerana mereka punya kemahiran. Baguslah. Kata orang, menulis juga untuk kesihatan mental dan fikiran.



Walaubagaimanapun, setiap individu ada kemahiran tersendiri. Kemahiran anugerah Allah. Berkongsilah, sampaikanlah ilmu dan perkara yang memberi manfaat dengan cara kita yang tersendiri. Semakin banyak kita berkongsi, semakin ramai yang mendoakan kita, makin berkat ilmu, makin bertambah pengetahuan. Insya Allah.

Selamat mengharungi dunia anda .n_n.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh, Kelantan ~!

Hampir sebulan ia dideklamasikan..
Rating menaik dan menjadi hebahan hebat di facebook..
Lalu ingin juga aku pahatkan ia di disini
Kerana bangganya aku menjadi rakyat kelahiran Kelantan.

Oh, Kelantan.. Negeriku :)


NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMAMU
Oleh: Oki Setiana Dewi

Negeri Kelantan seindah namamu
Tanah serendah sekebun bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu

Duhai wajahmu yang indah persis Jeddah
Yang pernah kulewati
Taat menjunjung Al Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah

Tersentuh hati kudusku
Lantaran aku disini
Biar tidak pernah kuduga
Bertemu dengan seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya

Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cinta

Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut tapi tegas beribadah
Yang pengasih
Namun tidak goyah
Pada percikan kealpaan dunia

Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu
Memacu, membangun Islam bersama

Semoga kita bertemu kembali


Oki Setiana Dewi,
Bicara Selebriti, Hari Hiburan Islam,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan.

9 Mac 2012


klik untuk besarkan

Lagu untuk anda semua rakyat negeri Kelantan, recharge untuk lebih bersemangat dalam perjuangan,

Berat rasanya di hatiku
Untuk melangkah meninggal pergi
Kasih dan cinta telah bersemi
Subur dan mekar disanubari
Bersama azam untuk mencapai...
Cinta Ilahi

- Amin Idris


PETIKAN KATA-KATA dari BUKU MELUKIS PELANGI - Oki


Aku sampai pada keadaan ku sekarang adalah dengan perjuangan,
Dan selama nafas ini masih terus berhembus,
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,berjuang dan terus berjuang,
Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum ia pernah kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.



Love Kelantan ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Manisnya Mujahadah"


"If you want to be a leader, you must have knowledge, be a visionary, carismatic personality, and keep strong relationship with Allah"

1- KNOWLEDGE (pengetahuan, ilmu)

"Jangan bawa imej Islam di tahap yang paling rendah"

Boleh bagi hujah yang baik.
Penguasaan bahasa itu penting, samada bahasa inggeris atau arab. Bila lemah penguasaan bahasa, personaliti jadi turun (down)

2- VISIONARY (berwawasan)

kena ada target, jangan hanya ikut arus

3- CARISMATIC PERSONALITY (Berkarisma)

Pelbagai, mungkin dari segi percakapan, perbuatan, tindakan, pakaian, riak wajah.

Contohnya, bila bercakap dengan orang, bercakap dengan yakin

4- GOOD RELATIONSHIP WITH ALLAH (Jaga Hubungan dengan Allah)

Bila hubungan dengan Allah baik, Allah akan jaga kita
Kalau tak dapat turun surau hari-hari, cuba buat jadual, mungkin dapat turun 2,3 kali dalam seminggu. Sembahyang jemaahlah yang dapat satukan hati-hati kita, salam, doa sama-sama. Dan bila solat berjemaah, kita akan rasa tenang.


Kalau kita bukan dari kalangan orang yang dapat dekan, pernah tak kita terfikir..

"Macam mana orang yang pernah dapat anugerah dekan?"

Of course Allah yang bagi. Tapi tengok usaha dia, mesti berlipat kali ganda. Kadang-kadang kita yang ambil nota mereka dan mereka baca buku lebih dari kita. Itu usaha dia.

Kalau target lebih kurang, lebih kurang lah kita dapat.


"Setiap apa yang kita buat, walau sebesar zarah, semua kena hisab.

"Setiap apa yang kita buat, pakaian kita, kita boleh berdakwah.

"Dakwah itu perlu dilaksanakan oleh semua, sebab kita memang kena sebarkan dakwah, sebarkan Islam. Mulalah dakwah dari personaliti diri. Nak tak nak, kita kena berdakwah."

***

++persoalan: apabila kita ditimpa kesibukan dalam organisasi, urusan dakwah, bagaimana nak atasi masalah kata-kata negatif orang?


"orang akan pandang kita dari pelbagai sudut, pandangan manusia berbeza-beza.

"Kita takkan boleh selesaikan benda tu A to Z. Kita tak dapat penuhi semua permintaan orang.

"Orang cakap apa-apa pun, kita kena lawan dengan positif, jangan hanya mengiyakan (kata-kata negatif), menunjukkan kita lagi lemah."


"Jadikan masalah sebagai peluang untuk kita. Sekurang-kurangnya kita sedar, kita perlu berubah (ke arah yang lebih baik).

"Kalau kita sentiasa dengar orang cakap (negatif), kita takkan berjaya.

Tak berjaya maksudnya kita takkan ada kemajuan, tak ada peningkatan.

"Bina (develop) personaliti yang unggul bukan tunggul."

Kita boleh buat sesuatu perkara, tapi istiqamah sangat susah. Tapi kenalah, kena paksa diri.


Kadang-kadang, orang agamawan ni, tak jaga kesihatan.

"Saya redha, tawakkaltu 'alallah"

"Kesihatan tak jaga, bagaimana nak bangun malam? Nak jaga anak, nak kongsi (share) ilmu, nak beribadah, nak guna tenaga, kena ada stamina."


"Cuba imarahkan sifat suka beri salam. Cuba bagi salam tak kira fakulti. Bagi salam pada sesiapa je. Jangan tunggu orang bagi salam. Kalau kita bagi salam, kita akan mengeratkan perpaduan umat Islam."


ولباس التقوى ذلك خير

"Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik" [Surah Al-Araf:26]

____________________________________________________________________

KULIAH MAGHRIB: "Manisnya Mujahadah" - 30 Mac 2012 @ KKSI
Disampaikan oleh: Ustazah Jaziratul Shiela, Pensyarah Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, USIM
Terjemahan bicara: fmn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhirnya... PDR10


Yah! Akhirnya... Berjaya download!
640MB | 75 minutes using IDM

menggunakan broadband je. bleh abeh limit ni. ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku dan Khat





Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi pada 31hb Mac 2012 hari Sabtu bertempat di Dewan C Maahad Muhammadi Perempuan jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Ia dinamakan Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi bagi memperingati Tokoh Khat Maahad Muhammadi.

Suatu Seminar Khat juga akan diadakan di Dewan Fatimah Maahad Muhammadi Perempuan pada 1 April 2012 hari Ahad jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.


Syarat-Syarat Pertandingan


  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Penyertaan terhad kepada 100 orang terawal bagi setiap kategori
  • Peserta hendaklah membawa peralatan sendiri, kertas disediakan penganjur.
  • Setiap karya yang dihasilkan hendaklah mengandungi semua jenis khat dan ayat yang telah ditetapkan oleh kategori masing-masing
  • Bahan rujukan dan lakaran tidak dibenarkan masuk ke dewan.
  • Karya yang tidak mengikut kaedah, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak
  • Semua karya pemenang menjadi milik penganjur
  • Penghakiman berdasarkan kaedah khat yang muktabar, susunan huruf, kreativiti, kebersihan dan keseimbangan huruf
  • Penyertaan pertandingan atau seminar khat adalah percuma dan perbelanjaan penyertaan ditanggung sendiri oleh peserta.
  • Peserta hendaklah membuat latihan awal dengan ayat yang telah ditetapkan sebelum menghadiri pertandingan
  • Keputusan hakim adalah muktamad


Kategori pertandingan

Remaja (18 tahun ke bawah)
Bahan : kertas
Saiz kertas: A2 (23.4 inci x 33 inci)
Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth dan Riq'ah
Dakwat: Hitam sahaja
Masa: 3 jam
Ayat : 1-5 Surah Al-Alaq

Dewasa ( 18 tahun ke atas)
Bahan: kertas
Saiz kertas: A2 (23.4 x 33 inci)
Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth, Diwani dan Farisi
Dakwat: Hitam sahaja
Masa: 3 jam
Ayat: 27-28 Surah Al-Fathir


Hadiah Menarik menanti para peserta:


Kategori Remaja:

Johan: RM1,500.00 serta Sijil Penyertaan

Naib Johan: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga: RM500.00 serta Sijil Penyertaan

3 Saguhati: RM200.00 serta Sijil Penyertaan


Kategori  Dewasa:

Johan : RM3,000.00 serta Sijil Penyertaan

Naib Johan : RM2,000.00 serta Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan

3 Saguhati : RM400.00 serta Sijil Penyertaan


Borang penyertaan boleh didapati dan diserahkan sebelum atau pada 29 Mac 2012 ke alamat berikut:

Urusetia Pertandingan Seni Khat d/a Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (u/p: Puan Siti Masaliny Ismail)


Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda bolehlah menghubungi Galeri Khat 09-7430953, Ustaz Nik Abdul Rahman bin Dato’ Nik Abdul Kadir (013-9287197) atau anda boleh Faks kepada Galeri Khat 09-7430953.

sumber

***


Asal je ada pertandingan khat, saya pasti dihubungi oleh keluarga. Nak menolak, harapan. Macam mana nak masuk, dah lama tinggal, dah agak teruk, lari habis kaedah.. Lagi satu, tiada kesempatan nak praktis. Macam pertandingan tahun lepas, hantar la jugak karya sebagai memenuhi permintaan. Er, tapi hari expired baru hantar. hehe. Kira hantar la, kalau tanya, bleh jawab hantar. Tak senonoh betul. Hehe. n_n (Tak sempat sebenarnya. Sori3..) Lagipun saya bajet takkan menang punya. Dulu lain la, kategori sekolah menengah. Sekarang kalau masuk, kategori 'Dewasa'. Alamak bila la nak ada tuah..

Bukan hanya abang yang meminta untuk memasuki pertandingan itu, tapi ibu juga bertanya soal yang sama. Mungkin kerana pernah memenangi RM700, Pertandingan Lestari Jawi dan Khat peringkat kebangsaan. Itu pun di bawah kategori tulisan jawi. Ketika itu, ibuku melatih diriku untuk membahagikan sedikit bahagian hadiah itu kepada adik beradikku yang lain agar sama-sama merasai. Saya pula bukan jenis berkira sangat, siap nak bagi kat my parents lagi, tapi mereka tak terima la. Suruh je saya simpan lebihan itu. ^_=

Masa tu, dapat jam lagi. Tapi jam tu hilang semasa satu program. Tertinggal asalnya, tapi bila ditengokkan dah tak ada. Yang paling sedih, my mum. Sori mum, tak sengaja nak tinggalkan. Kadang-kadang, sekarang pun bila jumpa jam yang seakan-akan sama dengan yang tu, my mum teringat. Minta saya beli jam yang macam tu sebagai ganti. Saya guna tak lama, saya pun lupa camne. Jenama ape pun kurang ingat.

Ok, baiklah, itu cite dulu2, zaman sekolah.

Berbalik soal tadi. Bila ditanya, kadang-kadang saya amat bimbang untuk menyatakan persetujuan terus kerana soal masa agak tidak pasti, mungkin ada pertembungan mungkin tidak pada hari berkenaan dengan aktiviti di sini. Apa yang boleh dilafazkan, 'Insya Allah, akan diusahakan'.

Terbaru, 31 Mac 2012, Pertandingan Seni Khat peringkat Kebangsaan di MMP. Kebangsaan? Di MMP? Biar betul. Diteliti, bukan di bawah Kementerian Kebudayaan dan Kesenian, patut la, kalau tak pelik juga MMP boleh jadi tuan rumah. Sorang penyampai maklumat, sorang lagi mahukan confirmation.. Ikutkan hati tak mahu, dah lama tak aktif.

"Insyallah2, daftar la nak daftar. Boleh mari tokleh mari suku pasa dok? hehe"

Abangku kat Sarawak pun siap nak balik hari tu. Baiklah, beli la tiket flight ke kat diri ni terus. Mesti susah kalau tak balik. Mesti balik punya. Hehe. (Jika ada program pape di sini, nanti burn tiket, kalau beli sendiri, ada kemungkinan lagi pengorbanan di situ, kalau orang lain beli, tak sanggup kecewakan kot.. hii)

Mungkin ada peminat seni khat terutama warga alumni Maahad Muhammadi yang berminat, bleh la daftar ye.. Tolong hebahkan ni. ^^,

Kalau suruh saya daftar, takkan terdaftar punya, ada orang nak tolong daftar, daftarlah. ^^ hoho

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bicara Mahasiswa Islam @USIM

Bicara Mahasiswa Islam
Tajuk : "Membangunkan Akal dan Jiwa Insan"
13 Mac 2012 (Selasa) | Dewan Kuliah Utama FPQS USIM
8.00-10.30malam
Semua dijemput hadir!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interest & Priority

I got an email..
As I want :)

****
Persediaan Ke Seminar VIMT

Terima kasih dari kami ARAS DESIGN & MULTIMEDIA CENTRE kepada tuan/puan yang membuat tindakan pantas mendaftar ke seminar VIMT seperti dibawah;

Tajuk Seminar : SEMINAR VIDEO INTERNET MARKETING TEKNOLOGI (VIMT)
Tarikh : 11 March 2012
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : ..........., Selangor

PERSIAPAN PENTING SEBELUM HADIR

1) ALATAN YANG PERLU DIBAWA

- Laptop/pc
- Minimum 1GB RAM
- Mouse
- Earphone
- Extension plug
- Internet Broadband (jika ada)

2) PASTIKAN ANDA SIAP INSTALL SOFTWARE SONY VEGAS PRO 9 SEBELUM MENYERTAI SEMINAR

3) RAKAM VIDEO TENTANG DIRI ANDA (MAKSIMUM 2 MINIT)

- rakaman boleh juga gunakan kamera video atau handphone & siap di transfer kedalam laptop anda.

4) APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

- 4 RAHSIA bagaimana memasarkan biz anda menggunakan Video dengan cara yang Mudah, Jimat & Terbukti berkesan!
- Teknik NLP bagaimana menghasilkan video yang memukau & menigkatkan jualan anda!
- Pelajari langkah demi langkah (step-by step) menyunting video dengan cara mudah dan pantas
- Perkongsian teknik pemasaran viral secara online di facebook, Twitter, Youtube yang membuat kerja pemasaran secara automatik!


semoga anda lebih kaya, berjaya & bahagia


jumpa disana

.
terima kasih.

****


Hem...
What an interesting workshop I guess..

I'm curious to learn about this
Of course we must paid for the grand workshop.
Otherwise, I got free package :)

but..

When an interest and priority meet..


Er,, should I accept interest and place priority on the other side?

Oh no,,, I don't want to be blamed --'

May I get all together...?

Think wisely. Oh, strategy. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awas! Teliti ungkapan itu

"Aman, bawa tak buku yang aku nak pinjam"

"La Ilah...., lupa. Nanti aku bawa esok, tolong ingatkan tau!"

Itu contoh situasi. Bukan ingin berbicara mengenai manusia yang lupa kerana itu memang kelemahan sifat yang ada pada manusia.

Sedarkah anda tentang satu ayat yang telah menjadi fenomena dalam masyarakat kita walhal jika diteliti ayat tersebut telah mengubah maksud asal dan sayangnya saya pasti kita langsung tidak berniat untuk memaksudkan lafaz tersebut.

Pernahkah kita sendiri menyebut atau mendengar masyarakat di sekeliling menyebut lafaz "LA ILAH" tidak kiralah dalam apa jua situasi? Baguslah jika kita berniat ingin memulakan kalam mengingati Allah. Akur kelemahan dan kesilapan diri, panjatkan kesyukuran, pujian, dan istighfar. Tetapi lafaz yang tidak lengkap merosak maksud asal. Lafaz "LA ILAH" bermaksud "Tiada Tuhan (yang disembah)" yang sepatutnya disambung dengan "ILLALLAH" iaitu kecuali atau melainkan Allah.

Saya terpanggil untuk menulis 'short notice' ini kerana lafaz yang tidak lengkap ini kerap kali digunakan, didengari dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat tanpa kita sedar ralat yang berlaku.

Ayuh sama-sama kita ingatkan dan tegurlah kesilapan tersebut apabila kita mendengar ada yang mengungkapkannya. Sebutlah lafaz tersebut sepenuhnya, "LA ILA HA ILLALLAH" - "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Moga lafaz mulia tersebut mampu memberi pahala bukan menambah dosa.


Muliakan lafaz kalam-Nya, Tingkatkan zikrullah, Agungkan Allah.

Allahu Akram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Graf menurun?

Assalamu'alaikum

Salam 1433H dan masihi 2012. Ops, dah nak abeh bulan 2, last day Rabiul awal baru ucap? Hee. ^^, xucap lagi kan. So, terimalah salam tersebut. Moga sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keberkatan.

Sunyi betol tgk blog ni. Mcm dah xhidup. Ke mn menghilang semangat berblog? Buka photoshop rajin, buka blog? pun rajin, cuma xberpeluang update. hehe. Banyak benda nak share sebenarnya, tapi bab2 penulisan ni, lembab cket, payah jugak bila teliti sangat, sini xkena, situ xok, ayat ni xsesuai, adoih.. ambil masa sgt nk menulis. simptom malas pun datang.

Otak sekarang ni, banyak nak kongsi benda teknikal je, berkaitan komputer. Bab ilmu ilmiah lain, saya serah pada yang banyak membaca, ahlinya. Tahap membaca saya belum menaik. --' alamak. Tapi saya akan cuba juga berkongsi ilmu-ilmu tersebut, kalau bukan dengan buku yang dibaca, mungkin dengan kata-kata yang didengar.

Nampaknya prestasi berblogging pada tahun 2011 merosot 3 kali ganda berbanding 2010. Oh, graf menaik, sudah menurun. Mula menyertai arena blogging pada tahun 2008 ketika di tingkatan 6, STAM selepas diminta untuk mengendalikan blog badan dakwah di sekolah bersama-sama seorang sahabat. Agak kagum dengan dia, sentiasa aktif berblogging dengan input membina dan dakwah yang berterusan. Alhamdulillah. Teruskan menyebar ilmu, mengumpul amal jariah dengan ilmu bermanfaat. Tetiba masuk bab sejarah penubuhan plak. huhu ^_=

Shoutbox pun dah xjadi. Huhu. Tiada kerajinan lagi nak menyelenggara. Hehe. Nak komen, komen di post je la ye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."