Ubah themes chrome dan mozilla?

Bagi anda yang pernah tercari-cari theme untuk mozilla atau google chrome tapi tak jumpa dan tak tahu macam mana nak ubah theme, jom kita tinjau2!

Anda pengguna mozilla atau google chrome?

Sekarang nie, dah ramai mula beralih kepada google chrome kan?
mungkin lebih selesa la kot. lebih cepat. mm,, mungkin.

Okey, untuk yang menggunakan GOOGLE CHROME..
Bagaimana mahu ubah theme browser anda itu?

Klik pada icon spanar, then tekan Options, selepas itu akan keluar paparan Google Chrome Options, klik pada Personal Stuff dan anda nampak perkataan Themes? Klik Get themes.

dan tetingkap Theme Gallery akan terbuka. then, pilih je dengan menekan Apply theme pada theme yang diingini.

@ klik Links di bawah untuk mendapatkan google chrome theme:


Bagaimana pula dengan MOZILLA FIREFOX?

hanya tekan link ini:

dan anda boleh memilih terlalu banyak theme yang menarik2.

Mahu guna mana-mana theme, tekan sahaja Wear It. Nak preview, hanya halakan mouse pada image theme tersebut.

Jika anda mahu kumpul sebagai koleksi anda theme yang mencuit hati, sign up dulu dan anda boleh jadikan theme yang berminat sebagai favourite. Lain kali jika mahu menukar mudah, hanya pilih pada koleksi pilihan kita.

Semoga membantu~
Selamat mengubah theme browser anda..
Moga bertambah keceriaan dan serinya. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

er,, chop....?

Perut sudah kenyang waktu itu kerana sudah diisi dengan makanan yang paling mengenyangkan iaitu.. nasi! haha.

Tetiba my bro singgah di kedai makan sambil menunggu adikku yang masih ada hal dan urusannya. Disebabkan dah kenyang, aku terasa mahu makan makanan yang masih diterima perut. kononnya la. huhu

tapi..

tak ingat plak namanya. saat tu je tetiba tak ingat. yang ingatnya.. "chop"

che' pun haba' mai nak makan chopstik. begitulah yang my bro pesan. dia pun satu, tak ingat jugak. sebut je apa aku sebut. haha

chopstik ada?

hah? pelik gamaknya. mana taknya, mana ade chopstik, chicken chop ada la!

op iya. lupa. hehe. buat malu je.

lagipun, orang cina punya style la tu. tetiba minta chopstik tu apasal. haha~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banner oh banner~

Hoho.. aku diminta untuk mendesign sedikit.. Design banner. Tak pernah plak ada yang suruh aku buat banner. Tak pe lah. Mencuba itu kan membuka dunia pengalaman.

Alhamdulillah, dah siap pun designnye. Print pun siap.

masih setia dengan Adobe Photoshop CS2. sekarang dah CS5 dah. haha

Kenapa still CS2? Sebab function arabic nya. Boleh menulis dalam arab. Kalau tak, yang lain boleh tulis arab, tapi dari kiri ke kanan. So huruf pun tak bersambung la. Bukan arabic namanya kalau begitu. huhu. Kalau keluaran lain ada, CS3, CS4 tak tahu lah, sebab tak terjumpa. So, setia pada yang lama. hee. Hem, keluaran terbaru CS5, bunyinya macam arabic function available. hoho. mungkin bleh try. n_n

INFO TENTANG BANNER
(sebagaimana arahan diterima)

Ukuran bagi banner yang digunakan:

8 x 3 kaki / 96 x 36 inci
( 1 kaki = 12 inci )

Dimensions pun menjadi agak besar la,

28800 x 10800 pixels

Resolutionnya juga ditinggikan kepada 300 dpi

wow. lambat btol jadinya. kadang-kadang gerakan dia tak sepantas sangat. Nak save pun mengambil masa. Tapi, Alhamdulillah laptopku mempunyai daya pemprosesan yang tinggi dengan ram 4GB. hee. Kalau tak, boleh jem satu laptop. huh~

ini kes nak jaga kualiti banner la nie. haha.

Dalam nak menjaga kualiti juga, aku diminta untuk save design ini dalam format *.tif*
Hem, memang smart la. Sebab ia tak compress kan image. Maksudnya, kepecahan tu berkurang. Sebab kalau save *.jpg*, mungkin akan compress jugak cket. Ye ke apa yang aku tafsir? huhu. entah ler. main tafsir je. Nak tau saiznya jadi berapa? ayo.. nak buka gambar yang dah siap pun lama. sebab saiznya mencecah 2 GB. hoho~

sebab tak pernah buat, so bertindak mengikut arahan. haha.

... Actually, biasa orang lain buat macam mana yeq? dengan kualiti pun masih terjaga. Siapa yang sudah terbiasa, kongsi2! (",)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Filem 2012: Suatu Renungan


Filem 2012 merupakan sebuah filem mengenai kehancuran dunia yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem ini mengisahkan kehancuran bumi pada tahun 2012 berdasarkan ramalan dari kaum Mayan.

Filem ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi kepada masyarakat dunia terutamanya kepada orang Islam yang dilarang mempercayai ramalan ini kerana bimbang boleh merosakkan akidah. Benar kita langsung tidak boleh percaya akan ramalan ini. Hanya Allah yang tahu bila berlakunya kiamat.

Setiap Muslim tidaklah dilarang untuk menonton filem ini. Kita cuma dilarang mempercayai akan bila berlakunya kiamat. Filem ini tetap dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang ingin mencari manfaat daripadanya.

Bagi yang telah menontonnya pasti terpaku melihat kemusnahan yang berlaku. Bagaimana bangunan-bangunan tinggi runtuh dengan sekelip mata. Ombak tsunami seolah-olah membaham seluruh bandar. Rekahan tanah yang berpunca daripada pergerakan kerak bumi.

Adakah anda terfikir seperti inikah kiamat sebenar yang akan berlaku kelak. Bila difikir-fikirkan sambil menonton, dapat dirasakan ini bukanlah terlalu teruk. Kiamat sebenar sudah pasti lebih dahsyat. Sudah pasti kita tidak mampu untuk membayangkannya. Fikirlah bahawa kiamat sebenar lebih teruk kemusnahannya kerana ia dapat membangkitkan rasa keagungan Tuhan yang menjadikan kiamat itu berlaku.

Cuba anda fikirkan manakah lebih sukar samada menciptakan atau memusnahkan dalam perspektif manusia. Sebagai contoh, menciptakan sebuah kereta atau memusnahkan sebuah kereta. Manakah yang lebih sukar? Anda tahu jawapannya. Jika ingin menciptakan kereta lebih banyak langkah-langkah yang perlu diambil tidak seperti memusnahkan sebuah kereta. Anda hanya perlu tekan pedal minyak sekuat-kuatnya dan pusingkanlah stereng kereta ke arah tiang lampu. Nah, sekelip mata saja perlu untuk memusnahkan.

Begitu jugalah bagaimana Pencipta kepada bumi ini. Jika untuk menciptakannya saja sudah terlalu mudah, apatah lagi untuk memusnahkannya. Sudah tentu kemusnahan sebenar lebih maha dahsyat. Fikirkanlah bagaimana seorang wanita mengandung boleh bersalin pada ketika itu juga.

Apabila kita berjaya mengarahkan minda dan pemikiran kita dengan sebegini rupa, apakah output yang boleh diperoleh? Tanyalah diri anda. Apa faedah anda menonton filem sebegini dan mencari hikmah di sebaliknya? Jangan sekadar menonton untuk berseronok. Carilah hikmah dah manfaat dalam setiap perkara keseronokan yang anda alami. Ajarlah diri anda bagaimana untuk mendapatkan kebaikan dalam setiap perkara yang anda lakukan walaupun ianya cumalah sekadar hiburan. Hiburan tetap mendatangkan manfaat jika kita bijak mencarinya. Jangan pandang sesuatu yang orang lain kata ia buruk itu terlalu buruk. Walaupun ia buruk, carilah hikmah atau kebaikan di dalamnya walaupun sedikit.



... Jadilah kita seorang yang berfikir dan bijak mengambil manfaat. Jika kita melihat cerita, filem, drama, tengoklah dari sudut lain, jangan hanya dilihat dan dijadikan sebagai hiburan semata-mata. Cubalah melatih diri kita untuk mencari 'ibrah, panduan dan pengajaran disebaliknya. Begitu juga apabila membaca novel. Walaupun novel itu sempoi, dan dilihat banyak percanggahan dengan syariat sebenar; berdua-duan, berpegangan tangan walhal bukan muhrim, melenting apabila ditegur dengan cara begitu atau begini etc, kerana kadang-kadang kita boleh memahami dan menyelami sifat yang ada pada manusia, boleh menilai cara teguran dan nasihat, yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan membawa dan mengajak manusia mematuhi syariatNya dengan lebih sempurna dan membuka diri berfikir cara pendekatan sepatutnya. Dan yang paling penting, berfikir dengan hikmah, memberi keyakinan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah yang Maha Hebat dari segala-galanya yang akhirnya membawa kita lebih dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Warna Alam

Setiap kali apa-apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan kita, tentu ada sebab musababnya. Setiap kali berlaku sesuatu peristiwa ke atas diri kita. Kita akan mula menilai. Sama ada ianya peristiwa buruk atau baik.

Mari kita lihat setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita setiap hari. Umpamanya perjalanan waktu solat. Sebenarnya apabila dilakukan kajian, didapati peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Mari kita lihat secara kasar :


WAKTU SUBUH


Pada waktu subuh alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan kita.

Subuh ( Warna Biru Muda) = Frekuensi tiroid -> Sistem metabolism tubuh.

Hikmah waktu subuh ada kaitan dengan Penawar atau Rezeki dan Komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara sengaja kerap kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


WAKTU ZOHOR


Pada waktu zohor pula, warna alam akan berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut & hati. Ini mempunyai kaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning pula dikatakan mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Zohor (warna hijau & kuning) = Frekuensi Perut & Hati -> Sistem Penghadaman & Keceriaan

Hikmah Waktu Zohor ialah bagi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya kemungkinan akan menghadapi masalah di perut dan hilang keceriaanya.


WAKTU ASAR


Pada waktu ini, warna alam berubah kepada warna oren. Warna ini ada kaitan dengan frekuensi Prostat, Uterus, Ovari dan Testis yang ada kaitan dengan sistem reproduktif kita. Rahsia warna oren pula ialah kreativiti.

Asar (Warna Oren) = Frekuensi sama dengan sistem Reproduktif kita & Kreativiti.

Hikmah waktu asar ini ialah bagi mereka yang kerap meninggalkan solat Asar kemungkinan akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini. Jika jasad dan roh kita terpisah (tidur petang). Tenaga pada waktu ini kurang atau tidak diserap oleh badan. Maka akan member kesan pada organ-organ reproduktif kita.


WAKTU MAGHRIB


Waktu ini akan menyebabkan alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini juga kita sering dinasihatkan oleh orang-orang tua kita agar berada di dalam rumah. Pada waktu ini, spektrum warna menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga pada waktu ini.

Maghrib (Warna Merah) = Frekuensi Jin & Iblis

Hikmahnya ialah mengajar kita, supaya pulang ke rumah pada waktu ini untuk bersama keluarga bagi mereka yang telah penat bekerja sehari suntuk dan mungkin bagi anak-anak yang dari pagi ke sekolah atau bermain-main pada waktu petang. Selain itu, rahsia waktu maghrib juga mempunyai kaitan dengan frekuensi otot, saraf dan tulang kita. Jika anda tidak percaya, cubalah ini di rumah. Selepas tiba di rumah. Cuba cepat-cepat mandi dan solat maghrib. Pasti kita akan jernih semula.


WAKTU ISYAK


Apabila masuk waktu isyak, alam mula berubah ke warna Indigo. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Frekuensinya pula bersamaan dengan sistem kawalan otak kita.

Isyak (Warna Indigo) = Frekuensi Sistem Kawalan Otak -> Ketenteraman & Kedamaian.

Hikmahnya ialah sesiapa yang kerap meninggalkan solat Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Bukankah Allah s.w.t menciptakan malam untuk kita berehat dan menjadi tenteram. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur “delta” di mana keseluruhan sistem tubuh badan kita sedang berehat.


Lihatlah dengan pandangan mata hati, betapa sempurnanya dan berhikmahnya Allah menciptakan alam ini. Nilailah dengan hati anda!

Bacaan lanjut: Nilailah dengan hati
Tulisan Syed Faizal S. Rahman & Hasinah Jamaluddin


تفكّروا في خلقِ الله ولا تتفكّروا في الله فإنّكم لن تُقدِّروا قَدرَه

"Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya."


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (Al-Imran: 191)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minat melukis komik? Sertai mereka!




Kunjungi Forum RINDU.ORG


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda berminat..?

Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?


Tahukah anda dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi insyaAllah impak yang akan anda hasilkan adalah besar?

Ya, dengan menjadi sukarelawan krew iluvislam.com, anda hanya peruntukkan sedikit sahaja masa tetapi usaha anda mampu memberi impak kepada lebih 30,000 orang berbeza setiap hari (dan bilangan ini terus meningkat setiap hari!).

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah iluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :

1. Berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik di rumah dan tempat pengajian
3. Rajin membaca email
4. Komited dengan setiap tugasan yang diberikan
5. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam jawatan yang dipohon. Training disediakan untuk perkara teknikal.

Jawatan yang boleh dipohon adalah :

1. Editor Artikel
2. Penulis Rencana
3. Penulis Berita
4. Penganalisa Artikel
5. Moderator Umum
6. Kaunselor
7. Panel Agama
8. Profesional
9. Web Developer
10. Web Designer
11. Designer
12. Kartunis
13. Video Editor
14. Penulis Skrip Video
15. Event Malaysia
16. Wakil Sekolah (Guru Sahaja)
17. Wakil Universiti
18. Wakil Pejabat
19. Editor Bahasa Inggeris
20. Penganalisa Bahasa Inggeris
21. Facebook/Twitter Team

Anda berminat..? dan untuk maklumat lanjut sila klik di sini:


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadi sahabat untuk sahabat

Wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat.

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya : "Apabila tercetus dihatimu untuk berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh kawal dirimu. Andainya kau bersahabat dengannya dia boleh menghiasi dirimu, sekiranya suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu. Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila dia melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya. Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera. Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan timbang rasa. Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha bersungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu".

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya yang sangat tinggi nilainya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah Pertemuan


Sedikit lengang.. tapi masih ada job yang belum selesai.
jadi, tak berapa tenang untuk menulis. hoho..
Tapi nak juga mengisi sesuatu.

Baru2 nie, kami asyik menyanyi satu lagu..
yang penuh dengan makna
di sebalik sebuah pertemuan..
Hayatilah bait2 ini~

UNIC - Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

****
Buat sahabat2 dan teman yang pernah ku kenali. Sesungguhnya aku merindui zaman bersama kalian. Begitu juga sahabat yang bersama menempuhi ranjau di sini.
Dan semestinya aku menyayangi sahabat2ku, moga kalian membantu memberi kekuatan buatku dan moga Allah sentiasa meneguhkan diriku berada di jalanNya. Moga pertemuan dan kenalan kita atas redhaNya.

Makin menggamit memori dan rasa di jiwa bila membaca entri sahabat2 yang mengimbas zaman persekolahan. adoyaii~



Ya, aku juga rindukan mmp. Kerana di situlah bermulanya pembentukan dan pembinaan jati diri dan mengenal tarbiyah, didikan. Mula mengenal apa itu amanah, apa itu tanggungjawab. Dan yang paling penting, aku bersama berada di landasan yang mendekatkan diriku padaNya.





Dan sejak akhir2 ini, makin dan lebih2 pula aku mengagumi sahabat2ku walaupun hanya dalam sanubari tak diucap dengan kata2. Dengan nasihatnya yang menusuk ke jiwa. Dengan ilmunya yang meniti di bibir. Samada secara kalam atau qolam. Hebat pandangannya, ideanya. Bicaranya menyentuh kalbu.

Terima kasih Ya Allah kerana aku dikelilingi sahabat2 yang hebat berilmu dan hebat tautan denganMu. Moga aku dapat menjadi seperti mereka.

Thanks Allah. Thanks my comrade.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IFF suatu penghinaan!

IFF
Islamic Fashion Festival?
Masyarakat Islam! Buka mata anda!
Inikah pakaian Islam yang mengikut syariat?

Dari mana datangnya model2 ini? Islamkah mereka?

inikah konsep Islam yang mereka katakan?

Sesungguhnya, Islam sedang dihina!
Melalui pemimpin Islam sendiri.
Adakah kita perlu mengiyakan sahaja kerana beliau pemimpin kita?

Anda lihatlah siapa yang hadir pada majlis tersebut.
Orang Barat juga memenuhi?
Sokongan yang jitu!
Siapa yang memperagakan pakaian tersebut?
Yakinkah anda itu orang Islam?
Jika orang Islam sekalipun, adakah anda akan mengiktiraf?
Jika orang bukan Islam, layakkah pakaian mereka dilabel sebagai pakaian Islam?

Kalimah Muhammad diletak dan dipamer di dada wanita tidak menutup aurat!
Cukup dengan hanya meletak kalimah Islam boleh dilabel pakaian Islam?
Walaupun terang lagi bersuluh pakaian terdedah aurat?
Sungguh! Suatu penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam itu sendiri!


Serapan budaya Barat makin kuat
Suntikan barah penyakit sosial makin hebat

Banggakah negara apabila IFF telah disiarkan oleh tv antarabangsa CNN?



To show the beauty of Islam? Ini bukan keindahan Islam!
True spirit of Islam? or follow the spirit of west?

Malaysia makin dikenali diperingkat antarabangsa... Hebat!?
Menjadi salah satu negara yang akan di TRANSFORMASI kan!

Orang yang berilmu pasti tahu kebenaran..
Orang yang berfikir pasti tahu agenda yang dibawa..

Fikir,, dan jika anda mampu mengkaji, kajilah..
Siapa disebalik tabir penganjuran majlis ini!??
Siapa akar umbinya!?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah itu Maha Pengampun

Kisah 1

[Kisah pada zaman Nabi Musa]

Masa tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan.. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang.. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2..
Bertanyalah Nabi Musa pada Allah, "Kenapa ya Allah?"

Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.."

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,"Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.." Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..

Tak semena-mena.. Hujan pun turun mencurah-curah.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah? Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat." Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.."

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata-kata Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."


Kisah 2

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasulullah saw menjawab, "Ya, akan ditulis."
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan dihapus."
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan ditulis."
Lelaki itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata, "Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?" Rasulullah saw menjawab, "Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun." - (HR Thabrani dan al-Hakim)


Ya Allah. Sesungguhnya aku begitu terharu. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun segala dosa hamba2Mu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No couple!

Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...

01. Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.

02. Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

03. Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.

04. Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

05. Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

06. Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasihat buat penuntut ilmu

Salam buat semua!

Dah lama menyepi. Hati berkobar2 nak menulis, nak bercerita, nk update blog. Tapi, masa pula tak mengizinkan. Kesempatan kurang. Hari-hari yang dilalui sentiasa sibuk. Di kampus dari pagi sampai malam,, sampai di rumah dalam pukul 11 malam sudah menjadi rutin. hu3

Hari ni merupakan hari pertama study week la kot. hoho.. Minggu lepas banyak huluran maaf dan nasihat dari lecturer2 kerana last lecture untuk sem ni. Mereka sentiasa mendoakan agar kejayaan mengiringi kita.

Aku teringat pada kata-kata Ustaz Najib iaitu pensyarahku yang mengajar subjek usul fiqh. Walaupun Ustaz Najib digeruni oleh anak2 didiknya kerana ketegasannya, tapi dalam masa yang sama aku suka mendengar ilmunya. Dalam membuat assignment, ketelitian amat diambil kira. Kira ustaz seorang yang meticulous la. Hamzah wasal, hamzah qoto' jangan tersilap, potong markah. Sebelum noktah di 'space' kan pun kena tolak markah. Ramai juga merungut. hu3.. tapi aku selamba je. mungkin aku juga begitu. mungkin. Kerana dalam diam aku suka mempertikai kecermatan dalam sesuatu penulisan terutamanya yang rasmi. hehe. Kalau dulu kat sekolah, aku pernah menjadi s/u sesuatu badan, pengumpul data-data maklumat. Biasanya aku akan perhatikan nama ahli tidak tersilap ejaan. Apa yang mereka tulis, itu yang aku catat. Sebab itu, nama yang ditulis salah, aku kekadang pertikai. hehe. Rujukan dah betul, lain pula yang ditulis. Tahu, semua nak cepat. hu3. faham je. saje nak ingatkan. hee..

Teringat satu modul dalam satu program. Kami diminta menulis kelebihan orang di sebelah kanan kami. Time tu, dah la duduk dengan orang yang kita tak mengenali sangat character dia. Orang yang menilai aku pun tak mengenali sangat diriku. Tapi bila mendapat kertasnya, apa yang ditulis? aku seorang yang teliti. huh. betul ke? Aku terus bertanya, kenapa dia boleh meletakkan sifat itu padaku. Katanya terlintas sifat itu selepas melihat aku mengoyakkan kertas. Bagaimana caranya, ha3,, xperlu la kot. Tapi itu yang dia terjemahkan.

Eh, jauhnya. tadi kata teringat kata2 ustaz. Tak terkeluar2 lagi. hoho. Ingat kata-kata ustaz, yang selalu student FEM kena.

"Jangan bermusuh dengan bahasa arab"


Kenapa ayat ni diungkapkan? Hu3.. Student FEM kebanyakannya dianggap tak minat bahasa arab. Tapi tak semua. Aku peminat bahasa arab. Cuma tidak mengambil jurusan bahasa. Mungkin kerana aku lebih berminat dengan pengiraan. Begitu juga aspek IT yang menjadi minatku. Selalu ditanya persoalan padaku, kenapa tak ambil bidang IT? Bagi aku, biarkan. Jadikan ia sebagai suatu kelebihan. Aset aku. Aku fokus bidang lain, tapi dalam masa yang sama aku develop skill lain. Lagipun aku tak suka teori. ha3.. Fokus bidang IT, banyak teori. Aku suka praktikal terus. huhu.. Tapi, begitulah. Jangan benci bahasa arab kerana ianya bahasa Al-Quran, bahasa syurga. Tapi, kuasailah. Kuasai kerana kita sudah mempelajarinya. Jangan tinggalkan bahasa Arab, kelak kamu akan menyesal**xingat sape yang kata.

Dalam fasa menghadapi exam, ustaz pesan, mintalah dilapangkan dada. Ustaz bawakan ayat Al-Quran dari surah As-Syarh, Firman Allah Taala:

ألم نشرح لك صدرك ووضعنا عنك وزرك الذي أنقض ظهرك ورفعنا لك ذكرك

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? [1]
dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, [2]
yang memberatkan punggungmu (tanggunganmu), [3]
dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu, bagimu, [4]

فإن مع العسر يسْراً إن مع العسر يسْراً

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, [5]
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, [6]

فإذا فرغت فانصب وإلى ربك فارغب

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetapkan bekerja keras (untuk urusan yang lain) [7]
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. [8]

Antara syarat dipermudahkan dan dibolehkan kita melaksanakan dan melakukan sesuatu ialah dengan Allah melapangkan dada kita. Dengan keadaan hati yang serabut, kusut, mungkin akan mempengaruhi kita melaksanakan sesuatu. Contohnya nak membaca. Tapi dalam masa yang sama fikiran bercelaru, hati tak tenang, mungkinkah kita dapat fokus pembacaan kita. Atau mungkin tinggal terus. Tak baca langsung. Sebab itu pentingnya Allah melapangkan dada kita. Kalau rasa sempit hati, kita sebenarnya tidak menuju kejayaan. Jadi mohonlah kelapangan dada disamping memohon kejayaan, ketenangan, kefahaman dsb.

Dari segi i'rab (nahu), perkataan kesusahan dibawa dalam bentuk ma'rifah (معرفة) dan perkatan kesenangan dibawa dalam bentuk nakirah (نكرة). Kata ustaz, sesuatu benda yang disebut dengan ma'rifah iaitu kesusahan, adalah sesuatu yang diketahui, iaitu benda yang sama. Jadi kesusahan yang kita lalui adalah sama. Tapi, kesenangan itu sesuatu yang berbeza. Bentuk kesenangan yang Allah berikan, kadang-kadang kita tak boleh tafsirkan, tak pernah terfikir, kerana ianya berbeza.

Sesungguhnya orang muslim tidak takut pada kesusahan kerana setiap kesulitan hadirnya kesenangan. Percayalah! Itu janji Allah!


Nasihat ustaz lagi,

"Jadilah orang yang mengejar akhirat, jangan jadi orang yang mengejar dunia"

Kalau kejar dunia, tak ke mana. Tapi kejarlah akhirat, itulah yang hakiki. Itu hakikat nabi, hakikat Islam yang tersebar luas ke serata pelosok dunia. Dalam menegakkan kalimah Allah, tentera Islam berperang untuk mati kerana mereka mengimpikan syurga Allah. Tetapi orang kafir berperang untuk menang semata-mata.

"Belajar untuk dunia, belum tentu dapat akhirat. Belajar untuk akhirat, untuk dunia dapat bersama."


Terima kasih guruku atas nasihatmu. Moga aku tidak lupa dari hakikat menimba ilmu.

Ya Allah, lapangkan dadaku, jernihkan fikiranku, tenangkan jiwaku. Moga aku dapat kuasai ilmuMu.

Good Luck Final Exam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semarakkan Syawal dengan Puasa Enam~

Selamat kembali ke sekolah! Selamat kembali ke kampus! Selamat kembali bekerja~

Em,, saat ini ramai yang sudah kembali ke tempat pengajian masing2 untuk meneruskan pembelajaran dan kembali memikirkan soal tugasan yang di 'pause' seketika apabila pulang ke kampung berhari raya Aidilfitri. Ramadhan telah pergi, tapi teruskanlah ia dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal yang amat2 dianjurkan kerana ia merupakan kesinambungan dari puasa dan amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Sabda nabi :

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Hadith riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 2 bulan”.


Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal :-


Pelengkap dari puasa Ramadhan

Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi :

“Dan sentiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Menyediakan sistem pencernaan

Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus

Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.


Namun, mungkin persoalan yang biasa timbul :

"Boleh tak gabung puasa qadha dengan puasa enam?"

Mengikut kebanyakan pandangan, menggabungkan puasa ganti dengan puasa enam tidak begitu digalakkan. Kerana puasa ganti adalah wajib dan ia merupakan hutang kita dengan Allah, dan puasa enam adalah sunat. Jadi sebaiknya2 digantikan dahulu puasa2 yang ditinggalkan dan disambung dengan puasa sunat Syawal.

Jika diteliti dari hadith di atas,,

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kita juga dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi :

“Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Dalam web ustaz Zaharuddin mengatakan, amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Ayuh semarakkan bulan Syawal ini dan bulan2 lain dengan kembali berpuasa. Mungkin selepas keluarnya dari madrasah Ramadhan, jiwa dan hati kita masih fresh dengan amalan, ibadah dan puasa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Dan beruntunglah orang-orang yang dapat menyucikan jiwanya, rohaninya untuk terus berada dalam ketaatan dan beribadat kepada Allah. Rugilah jika ia diputuskan dan membiarkan ia berlalu. Tempoh sebulan adalah tempoh yang hampir cukup untuk membuatkan setiap perbuatan itu menjadi tabiat. Jadi jangan sia2kan tabiat baik yang telah kita amalkan sepanjang Ramadhan. Moga2 ia menjadi amalan yang berterusan dan sentiasa istiqomah dalam meningkatkan ketaatan kepada Allah S.W.T.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Syawal!


Salam Lebaran 1431H...
buat semua teman2 dari sekolah tadika taski al-hilal, tadika tengku anis (hee,, xtau entah ke mn dh smuanya. xpernh jmp dh), sekolah rendah zainab 1 dulu, sahabat2 maahad muhammadi perempuan, alumni maahad muhammadi negeri kelantan serta teman2 & sahabat di universiti sains islam malaysia. Juga buat sesiapa yang mengenali diri ini dan seterusnya buat semua pengunjung2 blog ini..

Indahnya Ramadhan dengan hadirnya hari kemenangan,
Indahnya hati dengan saling memaafkan..

Salam Syawal, Salam Aidilfitri, & Salam Kemaafan Zahir & Batin!~

Semoga roh Ramadhan dan benih2 amalan sepanjang bulan Ramadhan diteruskan tanpa jemu. Moga kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang.

Ya Muhyi, Ya Mumit.. "Sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan!"

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini;

اللهم بلغنا في رمضان

Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan dan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Bagaimana pula kita selepas keluarnya dari Ramadhan? Ada-kah tangisan mengiringi kita?

Ya Allah ampunilah dosa2ku, dosa kedua ibu bapaku, keluargaku, sahabat2ku dan kami semua. Moga ada kerahmatan & keampunanMu buat kami. Moga keluarnya kami dari madrasah Ramadhan dengan hati yang suci, hati yang terdidik, lembut jiwanya dengan meningkatnya iman dan kecintaan kepadaMu. Moga kami tergolong dalam orang2 yang layak meraikan hari kemenangan ini. Hari kemenangan melawan hawa nafsu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejauh mana...?

Assalamu'alaikum pembuka tirai yang telah lama tertutup..

Hari2 yang ku lewati kini terasa makin sibuk. Sejak aku memasuki semester 3 tahun 2, langsung tidak berkesempatan untuk memberi perhatian pd blog. Mungkin hanya menjadi penziarah di rumah sendiri. Tapi sebenarnya baru sahaja permulaan mendepani arus dalam melaksanakan gerak kerja. Ini pun sudah terasa bahangnya. Ya Allah, kuatkan aku! Aku bimbang dan aku takut. Ya Allah,, jangan biarkan aku tersungkur lemah. Bila aku terasa sedikit kuat, dengan nasihat dan sokongan sahabat2, satu persatu ta'lifat dan tanggungjawab yang datang yang perlu dipikul lantas dilaksanakan. Mungkin inilah ujian untukku dan hikmah untuk aku menjadi lebih matang dan hikmah yang belum tersingkap.


Ramadhan datang tidak sempat mengucapkan selamat datang. Namun, walau tidak tercatat di sini, sekurang2nya tercatat dalam lembaran kertas yang harapannya ia menjadi input yang berguna buat pembaca helaian tersebut. Setiap tahun, memang amat mengharapkan mendapat sesuatu dari madrasah Ramadhan. Tapi rupa2nya tertewas juga dengan keadaan. Ketika musim Ramadhan, kelas malam tidak juga berkurang, tetap dengan kondisi yang sama. Entah bagaimana amalanku sepanjang bulan Ramadhan. Adakah di takuk yang sama atau makin bertambah baik dan harapnya bukan berkurang. Wallahu'alam. Kerana Allah sahaja yang boleh menilai ibadah puasa dan ibadah2 lain yang dikerjakan. Kerana ada hadith daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

اللهم تقبل منا صيامنا وقيامنا وركوعنا وسجودنا وتخشعنا وتصرعنا وتلاوتنا وتصدقنا وتمم تقصيرنا برحمتك يا أرحم الراحمين

“Ya Allah terimalah puasa kami, qiyam kami, ruku’ kami, sujud kami, kekhusyukan kami, ibadah kami, tilawah kami, sedekah kami dan sempurnakanlah segala kekurangan kami wahai Zat yang Maha Kasih dari yang mengasihi”.

تقبل الله منا ومنكم
Moga2 ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima Allah dan moga2 ia meningkatkan pahala dan menjadikan kita orang2 yang sentiasa dekat dengan-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Positif dan yakinlah dengan Allah!

Alhamdulillah,, akhirnya dpt jgk access internet dgn wireless di kediaman sutera indah ini even bukan di bilik sendiri. Hu3.. Sekurg2nya tak terputus terus. walau mmg terputus2. hu3

Kadang2 aku bermonolog sendiri, kenapa aku harus memberi? Sedangkan aku tak berkebolehan dlm penyampaian. Benarkah? Itu kata hatiku. Kerana aku melihat sahabat2ku jauh lebih berilmu, dan menarik dalam penyampaian ilmunya. Tapi, adakah aku hanya patut menerima? Seperti pepatah yang sentiasa kita dengar, tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah, yakni, memberi lebih baik dari menerima. Namun, jauh di sudut hatiku, "Ya Allah, mampukah aku untuk memberi dan menyampaikan ilmu yang aku ada dengan lisan?" Penulisan berbeza dengan pengucapan.



Tetapi, dalam mencari kekuatan, aku terfikir sesuatu. Mungkin apa2 yang terjadi, ada kaitannya dengan permintaan kita, doa kita. Kadang2 kita tak sedar, mungkin jalan ini, cara ini, salah satu wasilah untuk Allah kurniakan kpd kita apa yang kita inginkan, apa yang kita minta. Perancangan Allah jauh lebih baik. Permintaan kita kdg2 diberikan dalam bentuk, cara yang kita tak sangka. Sebab itu, apa yang berlaku, kita kena positif. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Benar, yakinlah dengan Allah. Cuma, dalam mencari hikmah tersembunyi, jangan lupa menggunakan akal. Fikirlah dengan akal. Mintalah petunjuk dari Allah, agar kita berlapang dada menerima sesuatu yang mungkin dirasakan di luar kemampuan kita.

Contohnya, kita berdoa agar dikurniakan kebijaksanaan. Tapi Allah datangkan masalah. Jangan terus kecewa, positifkan minda. Bukankah masalah mendorong kita untuk berfikir dan lebih bijak menyelesaikan masalah? Mungkin itu cara Allah mengurniakan kebijaksanaan kpd kita.

Apabila kita diberi tanggungjawab, amanah untuk menyampaikan ilmu kepada yang lain, kita mungkin tak terdaya, disebabkan komunikasi membina yang agak kurang, dan mungkin dianggap antara yang pasif di mata umum. Tapi, ingatlah kembali, mungkin suatu saat ketika dahulu, kita pernah mendoakan agar diberi kepandaian dalam pengolahan kata2, yakni komunikasi. Walau hati mengata, "aku tak mampu".. Positiflah! Yakinlah dengan Allah! Allah sedang memberi apa yang mungkin kita harapkan.

Kadang2 kita juga meminta agar diberi kekuatan, keyakinan apabila bercakap di hadapan awam. Meminta agar hebat berbicara, hebat mengeluarkan hujah, hebat melontarkan idea dan pandangan. Bukan inginkan kedudukan, bukan inginkan pangkat, bukan inginkan tumpuan. Tapi,, bukankah dakwah itu memerlukan percakapan yang menusuk ke jiwa? Idea2 untuk membantu perkembangan dakwah Islam? Jadi, ketahuilah kemahiran percakapan, pengucapan awam amat perlu untuk menggerakkan dan menyebarkan dakwah islamiah. Kembalikan semua pada Allah. Niatkan kerana Allah. Jika kita sudah dikurniakan kelebihan tersebut, syukurlah dan doakan moga kita boleh memberi dan menyumbang untuk Islam.

Allahu Ta'ala A'lam.

fmn. aiSya inSyiraH.
30 Mei 2010
4.30 p.m.
Sutera Indah, Nilai, N9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kediaman baru~

Onion Head emoticon Onion Head emoticonBig Eyes Crab emoticon

Aku kini di Kolej Kediaman Sutera Indah. Musim2 ini, sudah ramai teman2 kampus lain, yang sudah bercuti. Ada yang masih di kampus menyelesaikan urusan dan ada yang sudah berada di kampung masing2. Huh!~ Hari pertama pemindahan adalah hari yang amat memenatkan. Pada hari tersebut, semua orang sibuk mengangkat dan memindah barang masing2. Jadi, angkat barang pun sendiri2 la. Huhu.. Di kediaman lama, lebih kurang 6 round kot angkat barang turun ke bwh, dari tingkat 3. Semestinya sorang2. Tapi, ada lagi teman2 yang lebih banyak round kot. Yelah, sama2 banyak barang kan. Huhu..

Pengangkutan untuk ke kolej kediaman disediakan oleh pihak USIM. Tapi, dengan melihat barang yang ku kira banyak, ku memilih untuk mengambil teksi sahaja. Tak berniat pun mengambil teksi pada awalnya. Tapi, entah la, mungkin lebih mudah ku kira. Hii.. Setelah sampai di SI, pakcik teksi berhenti betul2 berdekatan blok yang akan ku diami. Alhamdulillah, senang sikit. Jika memindah barang dengan bas, agak jauh jugak lah perjalanan ke bilik kediamanku, tambah2 dengan barang yang banyak dan hujan yang agak lebat. Teman2ku yang menggunakan perkhidmatan bas, habis basah kunyup pakaian dan barang2 yang dibawa. Syukur sekali lagi, proses pemindahanku dipermudahkan Allah. Setelah itu, ku pindahkan barang dari garaj kereta ke bilikku, yang juga tingkat 3 (2nd floor). Di sini, ada jugalah pertolongan dan bantuan temanku, sakinah yang sama2 mengangkat barangku ke bilik. Thanks a lot for your helping kinah!

Namun, aku tak sempat nak mengemas seeloknya, kerana selepas selesai mengangkat barang ke rumah baruku, aku ada hal, terpaksa keluar sesudah ku menunaikan solat zohor. Ku sempat melihat wajah, keadaan rumah itu seketika. Setelah kepulanganku, rumah itu sudah berubah wajah, betul2 lain, dengan lantai yang putih bersinar. Kawan,,, maafkan ku kerana tak turut serta membersihkan rumah. Aku benar2 ada hal yang mustahak pada saat itu. Itu pun aku sudah terlewat. Maaf ye teman2ku, kinah, ju, yat n muna~

Di Nilam, sentiasa je ada connection, 24jam aku online. Heh3. Di SI, memang takde connection la. Ditambah dengan aku yang sudah mula mengaktifkan diri dengan aktiviti kampus. So, lain la plak gaya hidup ku nanti. Huhu. Aku baru juga belajar sikit2 pasal Swish, aplikasi flash, multimedia. Hem, nampaknya, mungkin aku berpeluang meneroka ilmu baru itu. Credit to pengajarnya.

Oh ya,, my responsibility! Maaf, xterlaksana lagi untuk bulan ni. 2 minggu dah lepas. Aduih~ Agak malas nak buka adobe PCS. Hii. Tapi, akan cuba ku lawan. Mana boleh malas2. Hee.. Actually, rasa cam masa padat je. Padahal lebih lengang berbanding pengajian sem. hii. Mungkin dengan ketiadaan connection menyebabkan tergendala sedikit urusan itu. Tapi, akan cuba ku usahakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayang Mama~


Seorang ibu yang tulus ikhlas mengandung, melahir dan membesarkan anak-anaknya tidak pernah mengharapkan balasan segunung intan permata.

A mother's love for her child is like nothing else in the world. It knows no law, no pity, it dares all things and crushed down remorselessly all that stands in its path - Agatha Christie

Doa seorang ibu tiada hijab, ia terus diangkat ke langit. Kerana seorang ibu sangat mulia dan unggul kedudukannya di sisi Islam. Ingatlah, redha Allah terletak pada keredhaan ibu dan bapa. Kita nakkan kasih sayang Allah, kita dahulu yang kena tunjukkan kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita.

Ku akui, memang banyak salah silapku terhadapmu ibu. Ku pohon beribu-ribu ampun dan maaf. Engkaulah ratu hatiku. Setelah penguasa seluruh alam, Allah swt, Engkaulah penawar hidupku. Engkaulah pengubat jiwaku. Engkaulah cahaya hidupku. Engkau sentiasa teguh berdiri dibelakangku setiap saat, menyokong, memberi semangat, menasihatiku agar aku tidak tersasar arah tujuan hidupku. Terima kasih ibu.

Walau kataku
banyak yang karam di lautan rasa
masin kasihku takkan hilang.

Walau sentuhku
terhalang dek terumbu karang
ombak rinduku takkan berkurang.

Selamat Hari Ibu,
Ku ucapkan kepadamu, wahai ibuku tercinta.
Walau ku jauh disini,
Namun aku sentiasa mengingatimu..
Mama, i love u!~

HAPPY MOTHER'S DAY!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tinggal Nilam!

YoYo & CiCi emoticon Selepas menghabiskan final exam 7 mei, berkemas barang2 menjadi agenda kami. Orang lain berkemas, balik bercuti.. Kami berkemas, kena berpindah dari kediaman bagi tahun 1 ke kediaman baru. Fuh! Hanya berjarak 2 hari selepas exam, kami semua diminta mengosongkan kediaman pada 9hb. Kediamanku untuk tahun 1, kolej kediaman nilam court.


Untuk penempatan short sem yang akan bermula 10hb dan sem depan, ada yang dapat acacia avenue, sutera indah, dan ada yang terpaksa menyewa di desa anggerik, jati kerana tidak tersenarai dalam pelajar yang ditawarkan tinggal di kolej kediaman. Ada yang memilih dan ada yang terpaksa tinggal di rumah sewa. Bayangkanlah, pengurusan untuk tinggal di rumah sewa, dilakukan time exam. Kesian tengok kawan2, tekanan plak jadinya. Yelah, pikir exam lagi, dalam masa yang sama nak kena mencari rumah sewa dan sibuk menyelesaikan kontrak2. Xpelah, sekurang2nya dapat experience kn? hee. Tapi, alhamdulillah la, sekarang, yang duk umah sewa nie, dh nampak kegembiraan. ceria2 semua wajah. her3... ye ke? rumah besar2, 2 tingkat la.. macam2. ada yang dah lengkap dengan perabot. Nampak macam mewah pulak korang. Patut la berseri2.

Me? huhu.. Sutera Indah (SI) la kediamanku untuk sem depan. Asalnya, SI ni kediaman lelaki, tapi, entah la dah bertukar jantina penghuni. Harap2, dibersihkan elok2 la yeq sebelum kami masuk. Huu.. Yang untungnya, SI ni dekat sangat dengan Giant. Haip! Mahasiswi2, jangan shopping2 selalu naa.. Hii.. Itulah kebahayaan berdekatan dengan Hypermarket bagi pelajar2 perempuan ni. Huhu.. Kawan2 seperjalanan ku pulak,, maksudku kawan2 rapat tahun 1 ni la, kami kan selalu berjalan, bersama2 sentiasa. huhu. 3 orang ditempatkan di acacia avenue dan lagi 1, sama dgnku, SI. Em, SI ada streamyx wireless connection x? Harap2nye ade. hee. Kalau xde, operasi berinternet xseaktif mana la. Aduh masalah ni. Because I have online responsibility task. Alternatif lain? Hua,, xnak fikir lg alternatif lain, moga2 ada. hii~

Teddy Bear emoticonAlahai,, kesian roomate aku ni. Dah berapa kali dia minta maaf, ucap terima kasih, minta halal semua2, samada guna laptop n sbgnya. Setiap kali itulah, manik2 di mata akan keluar. Aku pulak yang turut sedih. Ye, jangan la sedih macam tu. Kita berpisah kolej kediaman je, kelas still lagi sama..

"Salah silap, terasa hati ke, jangan risau, kite dah maafkan. Jika ada pun, yang small matter je, mslh kecik je.. bukan big matter pun. Ok, ye? Kite xkesah pun."

Onion Head emoticon Hem, buat semua rakan2, selamat menduduki rumah, dan kediaman baru kalian. Nanti bleh la jalan2 umah2 sewa kalian yg besar2 tu. Hee~ Dan selamat menyambung pengajian short sem plop. Huhu. Orang cuti kita belajar, orang belajar, kita pun belajar. Bagus betul budak2 USIM nie. Heheh.

YoYo & CiCi emoticon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thabatkan hati2 kami


Doa Rabitah Hati

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendukung
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia


Doa Rabitah
Munsyid: Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…


"Wahai pejuang... Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda. Adakalanya kau kuat kerana kau yakin Allah disisi. Tapi bila suatu masa semangat itu pergi, walau bergoncang jiwa ragamu, jangan kau lari dari medan ini. Biarkan Allah terus memegang hatimu.. Memandu langkahmu.. Membentuk dirimu menjadi seorang pejuang sejati."

"Setiap orang ada kemampuan yang tersendiri. Kita mungkin rasa tak layak untuk menjadi seorang da'ie. Benar. Kita manusia yang tidak sempurna dan tidak mungkin akan sempurna. Tapi, fikirkanlah apa sumbangan kita kepada Islam jika kita mengimpikan syurga yang hanya layak untuk orang-orang hebat yang berjuang demi Islam. Biarlah sumbangan kita hanya setitis berbanding selautan titik peluh pejuang-pejuang yang lain. Sekurang-kurangnya, kita lakukan sesuatu. Kelak kau akan bangga dan bersyukur dengan usaha kau yang sedikit dan biasa, namun menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Ikhlaskan diri dan tanamkanlah niat untuk terus memberi demi Islam, insyaAllah, Allah pasti tunjukkan jalan"

Ya Allah, thabatkanlah hatiku, kukuhkanlah pendirianku, kuatkanlah diriku.. Moga2 aku terus tetap berada di landasanMu.. Eratkan ikatan hati2 kami agar kami dapat bersatu dalam perjuangan membantu agamaMu.

"Rabbi.. Jadikan cinta kami berlabuh di persada rahmatMu, mendamba kasih yang tidak berhujung, mengutip sayang di hamparan cinta suci, mengharap mardhotillah, merindu syahid fisabilillah. Inilah getaran hati memburu cinta, stanza qalbi merindu Illahi. Thabatkanlah hati-hati kami untuk terus berjuang, menolong agamaMu. Jadikan kami insan yang terpilih untuk setia disisiMu dan terhimpun dalam golongan yang Kau cintai.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tujuh kemungkinan jika terlalu bakhil


KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta miliknya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Surah al-Maidah: 2)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka."

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya:
Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hawa nafsu mesti dilawan


Ketika Allah menciptakan Adam dan memerintahkan malaikat sujud di hadapannya, mereka semua sujud kecuali iblis. Iblis kemudian dikutuk. Tanggapan iblis adalah meminta Allah menangguhkan hukuman sampai tiba hari dihidupkan kembali. Dengan demikian, ia memiliki kesempatan untuk membuat manusia berbuat dosa dan menyimpang dari batasan yang ada. Dengan penangguhan dari Allah, ia berjanji akan melakukan hal-hal yang dapat menggelincirkan umat manusia.

"Iblis menjawab, ‘Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).’" (al-A’raaf: 16-17)

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang
ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya.’ Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (an-Nisaa': 119)

Siapa yang tidak berhati-hati terhadap tipu daya iblis dan tidak dapat melindungi dirinya dari pujuk rayu iblis, ia akan mudah dikalahkan oleh iblis. Karena itu, seorang mukmin harus mewaspadai keberadaan iblis, sebagaimana dijelaskan, "Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Faathir: 6)

Orang-orang beriman harus selalu berhati-hati terhadap keberadaan iblis kerana dialah yang menjadi sasaran utamanya. Syaitan tidak berkeinginan untuk membuat orang-orang kafir melampaui batas karena mereka sudah berpaling dan menjadi sekutunya. Dia berusaha keras membanting tulang untuk melemahkan orang-orang yang beriman sehingga menghalangi mereka untuk menyembah Allah. Itulah sebabnya mengapa orang-orang beriman diingatkan berulang-ulang untuk melawan syaitan yakni melawan hawa nafsu,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (an-Nuur: 21)

Sebagaimana yang Allah berfirman dalam Al-Quran, orang yang beriman dengan sebenar-benarnya itu tidak akan terpengaruh oleh pujuk rayu iblis. Akan tetapi, siapa yang lemah dan tidak berbuat kebaikan akan dengan mudah terpengaruh oleh bisikannya. Janganlah lupa bahawa iblis akan terus-menerus berusaha keras menyebarkan kejahatannya. Orang-orang beriman harus selalu bersama-sama saling mengingatkan untuk selalu mengingat Allah swt. di mana pun dan kapan pun kita berada.

Edit dari petikan ebook "Yakinlah Allah Dekat Bersama kita"

http://emo.huhiho.com Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan nafsu dan menangkanlah kami, jangan biarkan kami dikalahkan dengan musuh batin umat Islam, iblis la'natullah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."