Positif dan yakinlah dengan Allah!

Alhamdulillah,, akhirnya dpt jgk access internet dgn wireless di kediaman sutera indah ini even bukan di bilik sendiri. Hu3.. Sekurg2nya tak terputus terus. walau mmg terputus2. hu3

Kadang2 aku bermonolog sendiri, kenapa aku harus memberi? Sedangkan aku tak berkebolehan dlm penyampaian. Benarkah? Itu kata hatiku. Kerana aku melihat sahabat2ku jauh lebih berilmu, dan menarik dalam penyampaian ilmunya. Tapi, adakah aku hanya patut menerima? Seperti pepatah yang sentiasa kita dengar, tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah, yakni, memberi lebih baik dari menerima. Namun, jauh di sudut hatiku, "Ya Allah, mampukah aku untuk memberi dan menyampaikan ilmu yang aku ada dengan lisan?" Penulisan berbeza dengan pengucapan.



Tetapi, dalam mencari kekuatan, aku terfikir sesuatu. Mungkin apa2 yang terjadi, ada kaitannya dengan permintaan kita, doa kita. Kadang2 kita tak sedar, mungkin jalan ini, cara ini, salah satu wasilah untuk Allah kurniakan kpd kita apa yang kita inginkan, apa yang kita minta. Perancangan Allah jauh lebih baik. Permintaan kita kdg2 diberikan dalam bentuk, cara yang kita tak sangka. Sebab itu, apa yang berlaku, kita kena positif. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Benar, yakinlah dengan Allah. Cuma, dalam mencari hikmah tersembunyi, jangan lupa menggunakan akal. Fikirlah dengan akal. Mintalah petunjuk dari Allah, agar kita berlapang dada menerima sesuatu yang mungkin dirasakan di luar kemampuan kita.

Contohnya, kita berdoa agar dikurniakan kebijaksanaan. Tapi Allah datangkan masalah. Jangan terus kecewa, positifkan minda. Bukankah masalah mendorong kita untuk berfikir dan lebih bijak menyelesaikan masalah? Mungkin itu cara Allah mengurniakan kebijaksanaan kpd kita.

Apabila kita diberi tanggungjawab, amanah untuk menyampaikan ilmu kepada yang lain, kita mungkin tak terdaya, disebabkan komunikasi membina yang agak kurang, dan mungkin dianggap antara yang pasif di mata umum. Tapi, ingatlah kembali, mungkin suatu saat ketika dahulu, kita pernah mendoakan agar diberi kepandaian dalam pengolahan kata2, yakni komunikasi. Walau hati mengata, "aku tak mampu".. Positiflah! Yakinlah dengan Allah! Allah sedang memberi apa yang mungkin kita harapkan.

Kadang2 kita juga meminta agar diberi kekuatan, keyakinan apabila bercakap di hadapan awam. Meminta agar hebat berbicara, hebat mengeluarkan hujah, hebat melontarkan idea dan pandangan. Bukan inginkan kedudukan, bukan inginkan pangkat, bukan inginkan tumpuan. Tapi,, bukankah dakwah itu memerlukan percakapan yang menusuk ke jiwa? Idea2 untuk membantu perkembangan dakwah Islam? Jadi, ketahuilah kemahiran percakapan, pengucapan awam amat perlu untuk menggerakkan dan menyebarkan dakwah islamiah. Kembalikan semua pada Allah. Niatkan kerana Allah. Jika kita sudah dikurniakan kelebihan tersebut, syukurlah dan doakan moga kita boleh memberi dan menyumbang untuk Islam.

Allahu Ta'ala A'lam.

fmn. aiSya inSyiraH.
30 Mei 2010
4.30 p.m.
Sutera Indah, Nilai, N9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

ruangan dakwah itu luas
bukan semua org sama kemahiran
yang penting kena share potensi masing2

salam ViVa

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."