Filem 2012 merupakan sebuah filem mengenai kehancuran dunia yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem ini mengisahkan kehancuran bumi pada tahun 2012 berdasarkan ramalan dari kaum Mayan.
Filem ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi kepada masyarakat dunia terutamanya kepada orang Islam yang dilarang mempercayai ramalan ini kerana bimbang boleh merosakkan akidah. Benar kita langsung tidak boleh percaya akan ramalan ini. Hanya Allah yang tahu bila berlakunya kiamat.
Setiap Muslim tidaklah dilarang untuk menonton filem ini. Kita cuma dilarang mempercayai akan bila berlakunya kiamat. Filem ini tetap dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang ingin mencari manfaat daripadanya.
Bagi yang telah menontonnya pasti terpaku melihat kemusnahan yang berlaku. Bagaimana bangunan-bangunan tinggi runtuh dengan sekelip mata. Ombak tsunami seolah-olah membaham seluruh bandar. Rekahan tanah yang berpunca daripada pergerakan kerak bumi.
Adakah anda terfikir seperti inikah kiamat sebenar yang akan berlaku kelak. Bila difikir-fikirkan sambil menonton, dapat dirasakan ini bukanlah terlalu teruk. Kiamat sebenar sudah pasti lebih dahsyat. Sudah pasti kita tidak mampu untuk membayangkannya. Fikirlah bahawa kiamat sebenar lebih teruk kemusnahannya kerana ia dapat membangkitkan rasa keagungan Tuhan yang menjadikan kiamat itu berlaku.
Cuba anda fikirkan manakah lebih sukar samada menciptakan atau memusnahkan dalam perspektif manusia. Sebagai contoh, menciptakan sebuah kereta atau memusnahkan sebuah kereta. Manakah yang lebih sukar? Anda tahu jawapannya. Jika ingin menciptakan kereta lebih banyak langkah-langkah yang perlu diambil tidak seperti memusnahkan sebuah kereta. Anda hanya perlu tekan pedal minyak sekuat-kuatnya dan pusingkanlah stereng kereta ke arah tiang lampu. Nah, sekelip mata saja perlu untuk memusnahkan.
Begitu jugalah bagaimana Pencipta kepada bumi ini. Jika untuk menciptakannya saja sudah terlalu mudah, apatah lagi untuk memusnahkannya. Sudah tentu kemusnahan sebenar lebih maha dahsyat. Fikirkanlah bagaimana seorang wanita mengandung boleh bersalin pada ketika itu juga.
Apabila kita berjaya mengarahkan minda dan pemikiran kita dengan sebegini rupa, apakah output yang boleh diperoleh? Tanyalah diri anda. Apa faedah anda menonton filem sebegini dan mencari hikmah di sebaliknya? Jangan sekadar menonton untuk berseronok. Carilah hikmah dah manfaat dalam setiap perkara keseronokan yang anda alami. Ajarlah diri anda bagaimana untuk mendapatkan kebaikan dalam setiap perkara yang anda lakukan walaupun ianya cumalah sekadar hiburan. Hiburan tetap mendatangkan manfaat jika kita bijak mencarinya. Jangan pandang sesuatu yang orang lain kata ia buruk itu terlalu buruk. Walaupun ia buruk, carilah hikmah atau kebaikan di dalamnya walaupun sedikit.
Sumber asal: Iktibar dari Filem 2012
... Jadilah kita seorang yang berfikir dan bijak mengambil manfaat. Jika kita melihat cerita, filem, drama, tengoklah dari sudut lain, jangan hanya dilihat dan dijadikan sebagai hiburan semata-mata. Cubalah melatih diri kita untuk mencari 'ibrah, panduan dan pengajaran disebaliknya. Begitu juga apabila membaca novel. Walaupun novel itu sempoi, dan dilihat banyak percanggahan dengan syariat sebenar; berdua-duan, berpegangan tangan walhal bukan muhrim, melenting apabila ditegur dengan cara begitu atau begini etc, kerana kadang-kadang kita boleh memahami dan menyelami sifat yang ada pada manusia, boleh menilai cara teguran dan nasihat, yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan membawa dan mengajak manusia mematuhi syariatNya dengan lebih sempurna dan membuka diri berfikir cara pendekatan sepatutnya. Dan yang paling penting, berfikir dengan hikmah, memberi keyakinan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah yang Maha Hebat dari segala-galanya yang akhirnya membawa kita lebih dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
0 comments:
Post a Comment