Setiap kali apa-apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan kita, tentu ada sebab musababnya. Setiap kali berlaku sesuatu peristiwa ke atas diri kita. Kita akan mula menilai. Sama ada ianya peristiwa buruk atau baik.
Mari kita lihat setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita setiap hari. Umpamanya perjalanan waktu solat. Sebenarnya apabila dilakukan kajian, didapati peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Mari kita lihat secara kasar :
WAKTU SUBUH
Pada waktu subuh alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan kita.
Subuh ( Warna Biru Muda) = Frekuensi tiroid -> Sistem metabolism tubuh.
Hikmah waktu subuh ada kaitan dengan Penawar atau Rezeki dan Komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara sengaja kerap kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
WAKTU ZOHOR
Pada waktu zohor pula, warna alam akan berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut & hati. Ini mempunyai kaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning pula dikatakan mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Zohor (warna hijau & kuning) = Frekuensi Perut & Hati -> Sistem Penghadaman & Keceriaan
Hikmah Waktu Zohor ialah bagi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya kemungkinan akan menghadapi masalah di perut dan hilang keceriaanya.
WAKTU ASAR
Pada waktu ini, warna alam berubah kepada warna oren. Warna ini ada kaitan dengan frekuensi Prostat, Uterus, Ovari dan Testis yang ada kaitan dengan sistem reproduktif kita. Rahsia warna oren pula ialah kreativiti.
Asar (Warna Oren) = Frekuensi sama dengan sistem Reproduktif kita & Kreativiti.
Hikmah waktu asar ini ialah bagi mereka yang kerap meninggalkan solat Asar kemungkinan akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini. Jika jasad dan roh kita terpisah (tidur petang). Tenaga pada waktu ini kurang atau tidak diserap oleh badan. Maka akan member kesan pada organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGHRIB
Waktu ini akan menyebabkan alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini juga kita sering dinasihatkan oleh orang-orang tua kita agar berada di dalam rumah. Pada waktu ini, spektrum warna menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga pada waktu ini.
Maghrib (Warna Merah) = Frekuensi Jin & Iblis
Hikmahnya ialah mengajar kita, supaya pulang ke rumah pada waktu ini untuk bersama keluarga bagi mereka yang telah penat bekerja sehari suntuk dan mungkin bagi anak-anak yang dari pagi ke sekolah atau bermain-main pada waktu petang. Selain itu, rahsia waktu maghrib juga mempunyai kaitan dengan frekuensi otot, saraf dan tulang kita. Jika anda tidak percaya, cubalah ini di rumah. Selepas tiba di rumah. Cuba cepat-cepat mandi dan solat maghrib. Pasti kita akan jernih semula.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu isyak, alam mula berubah ke warna Indigo. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Frekuensinya pula bersamaan dengan sistem kawalan otak kita.
Isyak (Warna Indigo) = Frekuensi Sistem Kawalan Otak -> Ketenteraman & Kedamaian.
Hikmahnya ialah sesiapa yang kerap meninggalkan solat Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Bukankah Allah s.w.t menciptakan malam untuk kita berehat dan menjadi tenteram. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur “delta” di mana keseluruhan sistem tubuh badan kita sedang berehat.
Lihatlah dengan pandangan mata hati, betapa sempurnanya dan berhikmahnya Allah menciptakan alam ini. Nilailah dengan hati anda!
Bacaan lanjut: Nilailah dengan hati
Tulisan Syed Faizal S. Rahman & Hasinah Jamaluddin
تفكّروا في خلقِ الله ولا تتفكّروا في الله فإنّكم لن تُقدِّروا قَدرَه
"Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya."
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (Al-Imran: 191)
0 comments:
Post a Comment