IFF suatu penghinaan!

IFF
Islamic Fashion Festival?
Masyarakat Islam! Buka mata anda!
Inikah pakaian Islam yang mengikut syariat?

Dari mana datangnya model2 ini? Islamkah mereka?

inikah konsep Islam yang mereka katakan?

Sesungguhnya, Islam sedang dihina!
Melalui pemimpin Islam sendiri.
Adakah kita perlu mengiyakan sahaja kerana beliau pemimpin kita?

Anda lihatlah siapa yang hadir pada majlis tersebut.
Orang Barat juga memenuhi?
Sokongan yang jitu!
Siapa yang memperagakan pakaian tersebut?
Yakinkah anda itu orang Islam?
Jika orang Islam sekalipun, adakah anda akan mengiktiraf?
Jika orang bukan Islam, layakkah pakaian mereka dilabel sebagai pakaian Islam?

Kalimah Muhammad diletak dan dipamer di dada wanita tidak menutup aurat!
Cukup dengan hanya meletak kalimah Islam boleh dilabel pakaian Islam?
Walaupun terang lagi bersuluh pakaian terdedah aurat?
Sungguh! Suatu penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam itu sendiri!


Serapan budaya Barat makin kuat
Suntikan barah penyakit sosial makin hebat

Banggakah negara apabila IFF telah disiarkan oleh tv antarabangsa CNN?



To show the beauty of Islam? Ini bukan keindahan Islam!
True spirit of Islam? or follow the spirit of west?

Malaysia makin dikenali diperingkat antarabangsa... Hebat!?
Menjadi salah satu negara yang akan di TRANSFORMASI kan!

Orang yang berilmu pasti tahu kebenaran..
Orang yang berfikir pasti tahu agenda yang dibawa..

Fikir,, dan jika anda mampu mengkaji, kajilah..
Siapa disebalik tabir penganjuran majlis ini!??
Siapa akar umbinya!?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t.
betul2..sy setuju ini adalah islam tp bukan islam yang didakwahkan oleh Rasululllah s.a.w.
inilah inlam hadhari yang menjadi kebanggaan rakyat malaysia yang jahil tentang islam..

Tinta Musafir said...

Perlu kepada 'perang saraf' yang baru untuk memperbetulkan balik realiti yang telah terjadi...

Ringkasnya, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa para pimpinan parti kerajaan hari ini, bertindak tidak serius dan agak 'kurang ajar' dalam mengetengahkan 'kefahaman' Islam yang sebenar kepada masyarakat... Dan segenap dari tindak tanduk mereka tak lain tak bukan hanyalah untuk 'perut' dan populariti mereka sendiri tanpa memandang kepada lapisan masyarakat dan rakyat dalam negara yang jelas berkehendak kepada yang lain...

Konspirasi Parti Kerajaan yang telah diamalkan lebih dari 50 tahun sejak Malaysia dimerdekakan oleh BRITISH secara bersuratnya, jelas menunjukkan bahawa, Parti itu berjaya meneruskan agendanya dalam misi 'Membodohkan rakyat' apabila masih berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan negara hasil daripada undi mangsa-mangsa yang terkena jerat dan perangkap mereka itu...

Maka jelaslah di sini bahawa, sudah tiba masanya, untuk golongan intelektual negara, khususnya mahasiswa untuk tampil ke hadapan, bangkit melontarkan idea dan pandangan serta desakan, agar Parti komponen kerajaan tersebut sedar dan 'kabar' bahawa, tipu daya mereka itu, tidak berguna lagi...

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.(QS. 8:30)

insyirah said...

syukran atas ulasan.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."