Urus Wang dengan Ilmu!



SEMINAR WANG & PELABURAN 2013
31 OGOS 2013 | 9.00 am - 4.30 pm | Wisma Sejarah KL
Speaker : Tuan Shamsuddin Kadir
(Profesional Corporate Trainer)

[Malaysia | Shamsuddin Kadir] wrote:

Bismillah. Hampir setiap individu perlu tahu ilmu kewangan dan mempunyai kemahiran mengurus wang & pelaburan.

Di dunia yang Allah ciptakan dengan sempurna ini, terdapat banyak muslihat dan tipu daya yang diketuai oleh Syaitan.

Maka lahirlah orang-orang yang tamak, orang-orang yang tidak memikirkan bebanan orang lain, orang-orang yang suka kaya cepat dan orang-orang yang tidak ada peraturan dalam hidupnya.

Kewujudan orang yang tidak takut kepada Allah seperti di atas, menyebabkan terlalu banyak perangkap, produk, servis yang tidak bermanfaat ada di luar sana, ini yang menyebabkan setiap hari ada orang yang kena tipu, menyesal, rugi, modal hilang dan sebagainya.
Kebanyakan orang kena tipu ataupun tertipu kerana membuat pilihan untuk tidak menambah ilmu.

Orang yang yang tidak beriman akan menipu orang yang kurang cerdik. Beriman semata-mata tanpa melengkapkan diri dengan Ilmu juga ditegah oleh Islam, kerana itu yang menyebabkan kita selalu kena tipu dan menyesal.

Apabila kita menguasai ilmu kewangan, sudut pandang kita ke atas setiap yang berlaku In Syaa Allah berubah dan menjadi lebih bagus. Ini membantu kita untuk memilih jalan ataupun kaedah kehidupan yang lebih bagus dan bahagia. Mengetahui ilmu kewangan dan perlaburan yang halal memberikan kita 1001 pilihan untuk kita menentukan pilihan yang kita ingin lakukan. Ianya juga dapat memaksimumkan setiap sen duit yang kita perolehi itu.

Banyak perangkap-perangkap kewangan yang disediakan oleh bank. Ini yang menyebabkan banyak mengambil jumlah hutang yang diluar dari kemampuan mereka. Kenapa bank berikan? Kerana motif bank yang paling utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
Kepada yang baru hendak berkahwin, ini adalah antara ilmu kewangan yang dapat mengelakkan tuan dan cik puan menyesal, seperti kebanyakan pasangan yang berkahwin dan sudah terpedaya dengan 'nanti apa orang kata'.

In Syaa Allah melalui Seminar Wang & Pelaburan 2013 yang akan dijayakan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013 tuan dan cik puan yang dirahmati Allah, akan dilengkapkan lagi dengan ilmu-ilmu kewangan dan perlaburan supaya kita membuat pilihan yang lebih bagus dalam segi usaha supaya hasil yang kita nikmati nanti lebih baik, In Syaa Allah.

Pelajari juga bagaimana untuk membeli lebih dari sebuah rumah dengan cara yang berhemah dan tidak membebankan. Tip ini tidak sesuai untuk semua lokasi, ianya hanya lokasi tertentu di bandar-bandar besar.

Merdekakan diri dengan bebanan kewangan, hutang dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran dari kursus @ seminar ini In Syaa Allah.

.
.

Tuan Shamsuddin Kadir juga merupakan penulis buku :
✓ Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
✓ Buat Duit Dengan Rumah
✓ Kaya dengan Rumah
✓ Makan Gaji Tetapi Kaya
✓ Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Maklumat lanjut, klik event facebook di bawah :
http://www.facebook.com/events/552836818117452/?fref=ts

Pendaftaran :

Link borang pendaftaran (Google Document) : http://goo.gl/Zg4xL
Link borang pendaftaran (Facebook) : http://goo.gl/wTpzc

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."