Kelemahan yang bersarang. Allah menegurku.

Hari ini aku ditegur.

Atas kelemahan diri yang diakui.

Teguran itu sifatnya mendidik.

Ya Allah, lembutkan jiwaku menerima teguran.

Teguran itu nasihat.

Aku tidak pernah untuk mengatakan tidak pada kesalahan yang dilakukan.

Kerana aku sememangnya salah,

Walau bukan dihadapan cuma seorang.

Mungkin inilah teguran nikmat dan anugerah.

Tambahan kini di bulan Barakah.

Seringkali, aku tidak mampu mengungkapkan kata 'maaf'',

pada suatu kelemahan yang belum bisa diseka,

pada suatu kelemahan yang masih berulang,

pada suatu kekurangan yang belum dapat diperbaiki.

Adakah kerana kelemahan itu dikaitkan dengan kelebihan?

Adakah caraku melontarkan kata-kata menunjukkan aku merasa diriku hebat?

Itukah penilaian dan pandangan mereka?

Astaghfirullahal 'azim.

Allah, aku tidak pernah ingin memiliki sifat itu.

Hebat.. itu sifat-Mu,

bukan sifat seorang hamba.

Atau adakah kerana kelemahan itu dikaitkan dengan orang disekelilingku?

Itu kelemahan ku, bukan kelemahan mereka.

Sungguh hatiku pilu apabila insan lain dilibatkan atas kelemahan diriku.

Atau mungkinkah aku ego?

Walau hati beribu kali mengatakan aku bersalah,

Walau hati seringkali akui aku bersalah,

tetapi mengapa hati gelisah?

Ya Allah, jika sifat itu wujud dalam diriku,

buangkanlah, lunturkanlah sifat itu,

gantikan dengan nikmat rasa syukur, terima dan redha.

Aku sememangnya seorang yang lemah.

Alhamdulillah, ada insan yang menegurku.

Alhamdulillah, ada insan yang ingin aku berubah.

Alhamdulillah atas nikmat nasihat yang engkau wasilahkan padanya.

Moga Engkau membantuku untuk berubah.

"Sejauh mana pun anggapan hebat yang diberi, kelemahan pasti wujud pada dirinya."

fmn.
22 Julai 2013.
2.23 PM.
kampus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."