Konvensyen Bidadari 2013



# Dari Meja Penganjur

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah dengan izin Allah swt, Konvensyen Bidadari kini kembali untuk tahun 2013.

Wanita adalah pengerak kecemerlanggan ummah berdasarkan pembentukan akhlak dan peribadi anak- anak serta perkembanggan islam.

“Inspiring Muslimah, Empowering Ummah”

Golongan ibu mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan individu bermula dari rumah dan juga pembentunkan Ummah. Lihat sejarah-sejarah kegemilangan, golongan ibulah Syuhada' pertama yakni Sumayyah R.a, lihat Sejarah Siti Hajar A.s dan ramai lagi.

Muslimah kini haruslah bergerak mencari “role model” terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah R.A. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah R.A. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak imuslim ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati,ummah terbaik.

Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan dari aspek perjalan hidup.

Konvensyen Bidadari
31 Ogos & 1 September 2013
Putrajaya International Convention Center (PICC) 

Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan darinya. InsyAllah.

Layari: http://event.thebidadari.com/ untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.



Kepada Sisters yang berminat untuk menjadi ejen atau wakil promosi IPTA/IPTS/Pelajar bagi Konvensyen Bidadari sila hantarkan permohonan anda ke bidadari[a]imuslim.my. (* gantikan [a] dengan @)

Sila hantarkan maklumat-maklumat berikut;

---

Tajuk Emel: EJEN/WAKIL IPT KONVENSYEN BIDADARI 2013

Nama:
No Telefon:
Emel:
Facebook:
Nama IPTA/IPTS/Institusi:

* Sila attach resume semasa anda dalam fail WORD atau PDF untuk rujukan kami.

---
Sebarang permohonan akan diteliti dan ditapis terlebih dahulu mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan oleh pihak penganjur.

Kami akan menghubungi kembali Sisters samada melalui emel, telefon atau facebook untuk makluman status.

# Daftar penyertaan Konvensyen Bidadari di http://www.thebidadari.com/
# Ada Komisyen Jualan Tiket.


*Tolong promote =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Nor said...

Wah macam best je :).

insyirah said...

In syaa Allah best dan bermanfaat. =)

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."