Impian baru! Oh ACCA ~

Bagai merasai bersalah belum master bidang pengajian Perakaunan di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jadi, jalan-jalan, walk-in ke blog web cari info sal ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) - Akauntan Bertauliah. Serius, ingin betul-betul faham ilmu akaun ni. Itulah, masa degree, kurang fokus, ilmu tak masuk betul-betul. Sayang.



MIA Malaysia punya. ACCA International, under UK. Dapat terus pi UK kan seronok. Aku bakal dapat degree Accounting, 4 tahun pengajian, kalau ambil ACCA mungkin sambung dalam 1 tahun 6 bulan. Jadi jika ambil ACCA lepas degree, 5 tahun 6 bulan habis.

Satu perkara yang aku baru tahu, shortcut untuk terus dapat ACCA ni terus ambil CAT (Certificate Accountant Technician) 1 tahun 6 bulan, kemudian sambung ACCA 3 tahun. Jadi 4 tahun 6 bulan je terus dapat ACCA, jimat setahun berbanding ambil degree dulu. Itulah, sejak awal, apa yang tahu diploma, degree, master, phD. Jika ada adik-adik lepasan SPM/STAM/STPM, boleh terus mohon CAT kemudian sambung ACCA. Lagipun level ACCA lagi tinggi dari degree. Orang yang berjiwa besar boleh terus ambil CAT-ACCA. Cuma lebih kepada cabaran sedikitlah. Lebih mudah, ambil ijazah dulu baru sambung ACCA.

IPTA yang tawarkan ACCA hanya di UiTM, dan antara IPTS yang tawarkan adalah KPTM (Kolej Poly-Tech MARA). Antara maklumat yang aku dapat, jika dapat biasiswa JPA dari degree, syarat untuk dapat biasiswa JPA untuk sambung ACCA perlu CGPA 3.5 ke atas. Jika belum ditaja oleh JPA, syarat awal untuk mohon, CGPA 3.7 ke atas. Sayangnya, aku xlepas. uwaa. ehe. siyes rugi.

ACCA agak costly jugak la. Kalau nak ambil, memang kena tanggung sendiri. Seakan tak mampu, perlu kepada tajaanlah baru sambung hasrat ni. Masa degree pun alhamdulillah myparent tak tanggung kos pengajian aku. Tapi kalau tak dapat tajaan dari mana-mana memang tak mampu la kan.

Bila aku baca post tentang ACCA ni, memang rasa amat dalam untuk sambung pengajian. Tambah-tambah bila mereka ni kata, ACCA bidang profesional, orang Cina lumba-lumba ambil ACCA, orang Melayu sangat sangat sedikit. Mungkin kurang terdedah dengan info berkenaan ni. Kerajaan sasarkan 65,000 akauntan bertauliah di Malaysia pada tahun 2020. Tapi sekarang, kurang 20,000 orang akauntan bertauliah. Masih jauh untuk capai angka sasaran 2020. Walaubagaimana pun, ia berjaya membina impian aku untuk menjadi salah seorang dari mereka. In Syaa Allah, segalanya dengan izin Allah. (Terasa dalam minda aku ni banyak betul impian yang tengah meloncat-loncat, keluar pun tidak, tinggi pun belum)


Bagi paper dalam ACCA, jumlahnya 16, dan yang perlu adalah 14 :

# F1 Accountant in Business
# F2 Management Accounting
# F3 Financial Accounting
# F4 Corporate and Business Law
# F5 Performance Management
# F6 Taxation
# F7 Financial Reporting
# F8 Audit and Assurance
# F9 Financial Management
# P1 Governance, Risk & Ethics
# P2 Corporate Reporting
# P3 Business Analysis
# P4 Advanced Financial Management
# P5 Advanced Performance Management
# P6 Advanced Taxation
# P7 Advanced Audit and Assurance

Tapi boleh dapat exemption (perlepasan) bergantung kepada bidang degree yang kita ambil. Kalau dari bidang akaun macam aku ni, F1-F9 lepas. Tinggal 5 paper je lagi untuk dapatkan ACCA ni. P1-P3 wajib, P4-P7 pilihan (pilih lagi 2).

Kalau zero, basic akaun pun tiada, tetap boleh ambil ACCA, cuma kena mula dari awal la, CAT.

Tempoh untuk lengkapkan pengajian bagi ACCA tidaklah tertakluk kepada 1 tahun 6 bulan seperti dinyatakan (itu mungkin tempoh normal boleh habiskan) akan tetapi mesti tidak lebih dari 10 tahun. Tempoh yang lama juga sebenarnya. Buat part-time, setahun satu paper pun boleh. huhu

# Ada tak individu ker company nak taja aku. eceh. CGPA aku masih dalam 3. In syaa Allah. Cuma segan la nak declare, xtinggi macam orang lain yang hebat. n_n .


Namun, maklumat terbaru yang aku baca, untuk dapat subject exemption (perakauanan) seperti yang aku nyatakan tadi perlulah degree accounting yang mendapat pengiktirafan MIA (Malaysian Institute of Accountants).

Sehingga ketika ini (2013), kampus aku belum tersenarai. So, maknanya ==' sangat sadis. 14 paper kut. ~


"It always seems impossible until it's done." - Nelson Mandela

Sumber bacaan dan info:
http://strewberimanis.blogspot.com/2012/02/perihal-acca.html
http://makwepakwekintan.blogspot.com/2011/10/belajar-acca.html
http://ilyasak.blogspot.com/2009/12/senarai-ijazah-perakaunan-yang.html
http://limaunipis.blogspot.com/2012/01/surviving-acca.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Anonymous said...

Kalo just ade dip in acctng kt poli je bleh ke amek trus acca?

insyirah said...

First sekali, mohon maaf, saya tiada pengalaman berurusan berkenaan ACCA. Cuma saya boleh kongsi mengikut maklumat yang saya baca, pelajar lepasan diploma juga boleh terus ambil ACCA dan ada exemption paper iaitu paper F1, F2 dan F3. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum . Nak tanya . Kalau ambek cat , acca dapat exemption tak ?

insyirah said...

Setakat yang tahu, kalau mula dari CAT, tiada kelulusan lain dalam bidang akaun (eg. diploma, ijazah), tiada exemption, kena ambil semua paper.

Sekiranya ada info tambahan dan terkini, boleh juga kongsikan.

insyirah said...

CAT memang dicipta untuk ACCA.

Jalan permulaan utama ACCA adalah CAT.

ACCA melalui diploma/ijazah adalah pilihan.

Melalui jalan utama, kena tempuhi semua dari awal.

Melalui jalan alternatif, tidak semua perlu ditempuhi, kerana mungkin sebahagiannya sudah ditempuhi.

Anonymous said...

Salam. Kalau saya takde basic acc, tapi nak buat cat. Agak2 risiko tinggi tak? Sbb cat kan susah. Lepastu tempoh blaja pul setahun setengah. Tolong

Anonymous said...

Salam sis . Nk tnya . Sy skrg ada diploma account . Sis rasa better sy ambik acca terus atau amik degree dlu ? Tak rasa bazir masa ke klu sy amik dgree dlu . Sbb tmpoh sama klu amik acca terus kan . Ke cam mana sis rasa ?

insyirah said...

Reply to Anonymous, Mar 29 2015

Salam jua. Sori sangat lambat respon. Mungkin dah dapat jawapan dari sumber lain.

Tiada basic account, boleh dikatakan risiko tinggi. Even yang ada basic akaun pun kata susah. Tetapi jika kita betul ada keinginan yang tinggi, yang susah pun boleh hadapi dengan baik. Bergantung pada individu.

Setahun setengah untuk CAT ada yang anggap panjang, ada yang anggap singkat, sebab saya pun tak tahu asker level SPM, Diploma, atau Degree. Kalau sambung ACCA 3 tahun, saya rasa berbaloi. Level ACCA dalam industry lagi tinggi dari Degree. Tempoh 4-4.5 tahun lebih kurang. Tak terlalu berjarak.

insyirah said...

Reply to Anonymous, Jun 3 2015

Salam jua. Sori sangat lambat respon. Mungkin dah dapat jawapan dari sumber lain.

Diploma normal 3 tahun kan? Bila ada diploma, kita boleh buang subjek ketika degree. Untuk sambung degree tempoh singkat tengok universiti juga. Ada universiti yang benarkan pendekkan jadi 2 tahun, 3 tahun, dan ada yang kena dan mesti 4 tahun juga. Sekiranya IPTA.

Diploma + Degree + ACCA
3 tahun + 3@4 tahun + 1.5 tahun = 7.5@8.5 tahun

Diploma + ACCA
3 tahun + 2@3 tahun = 5@6 tahun

Kalau nak ikut jimat tak jimat, memang jimat ambil ACCA terus. Subjek ACCA dan degree pun sama2 cover. Cuma kadang2 tu ada yang risau kena repeat subjek ACCA banyak kali.

Kalau ada degree dulu, kira safe sedikit la. Kalau adjust2, saya rasa boleh dapat tempoh lebih kurang ambil ACCA terus,

Diploma + Degree + ACCA
3 tahun + 2 tahun + 1.5 tahun = 6.5 tahun

Itu pun kalau lulus tanpa gagal. Nak degree 2 tahun, boleh try UiTM, boleh buat short sem, cepat habis.

Kalau kita risk taker, boleh terus ambil ACCA.

All the best! :)

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."