Banyak cakap betul. Dalam talian telefon boleh la bertahan 2 jam, sebab ada komitmen kredit phone kan. Patut la kalau berdepan boleh lebih 4 jam. Bila dah bercakap, macam tak nak berhenti tu. Mujur kadang-kadang tu, sebab ada waktu solat. Kalau tak, entah bila nak berhenti. Uish. Kalau dalam talian telefon pula, kita dah habis kredit, orang yang kita bercakap pula yang call balik. Bila dia pun habis kredit, call pulak dengan telefon rumah. Haha. Sharing memang powerful betul. Dua-dua minat berkongsi dan mendengar. Belum habis topik yang dibualkan, terputus macam tu memang tak best. Bagus juga ada orang yang sambung balik talian. Haha. Maksudnya topik yang dikongsi, best, ya dak? Hehe. Bila best macam tu la, kalau boleh nak cakap je memanjang, tak nak berhenti. Keh3.
Kita boleh berbicara panjang lebar, bukan dengan semua orang. Tak semua. Contoh kalau aku sendiri, orang yang aku tak kenal, aku tak borak panjang, sebab aku tak faham dia, tak tahu apa topik yang dia suka. Tapi bonus cepat mesra, walau kita tak kenal orang tu, orang tu dari Kelantan, sama negeri, mudah mesra, fuh, memang boleh buat teman berborak. Kena line, memang panjang. Huhaha, itu aku la. First impression, yang selalu fasi2 buat test dalam program, aku selalu akan dapat result, pendiam, pemalu. Haha. Jangan tertipu sangat. Bukanlah, risau, kalau hajat nak berkawan dengan orang pendiam sangat-sangat, aku risau aku kurang sesuai, nanti kecewa plak. Heh3. Sekiranya kita sehaluan, susah aku nak berhenti bercakap nanti. Maksud aku sehaluan tu, ada benda atau topik atau subjek yang boleh diborak. Fuh,, kalau macam tu, susah nak letak full stop kat mana nanti.
Tadi baru lepas habis berborak. Berborak tak semestinya benda kosong-nothing. Tadi antara borak yang inspirasi, sama-sama memberi motivasi, kongsi idea, planning, impian, dan Alhamdulillah, ayat-ayat mengingati Allah juga sentiasa ada dalam perbincangan. Ya, bila kita rancang sesuatu benda, memang kita kena set, Allah Always The Great Planner. Kena kembali kepada Allah. Kena sentiasa buat relation, hadirkan Allah dalam sesuatu itu, supaya apa-apa yang kita buat atau nak buat, telah buat sekalipun, Allah mengatasi matlamat apa pun, Allah paling di depan. Hidup mati kita di tangan Allah. Baik buruk kita, di tangan Allah juga, tapi sebab pilihan kita, jangan set nasib selalu, seolah-olah salahkan Allah. Salahkan diri tu, jangan sesekali salahkan Allah. Nasihat untuk diri terutamanya.
Selalu sangat kita dengar doa+usaha. doa, usaha. usaha, doa. tawakal, doa. usaha. tawakkal. ya betul la tu. Kita pun ada belief tu kan. Kata guru aku, doa ni boleh mengawal apa yang kita tak boleh kawal. Itu antara kekuatannya. Kita memang tak akan boleh kawal sesuatu tu selama-lamanya. Memang tak akan. Percaya yang tu. Allah sahaja. Jadi, kita kena selalu interaksi dengan zat yang selalu kawal kita, supaya kita ni sentiasa dalam kawalan rapi. Allahu.
Aku ni kalau baru betul2 lepas habis program, memang banyak isi. Fresh. Senang nak tabur. Haha. Kalau dah beberapa hari kurang cket. Aku ni jarang nak ingat quote orang, itu kelemahan aku, melainkan aku dengar berkali-kali atau aku baca berkali-kali, atau tak kesah la cara macam mana pun deliver itu, yang penting kena berkali-kali, baru aku ada potensi ingat yang lama. Contohnya, aku menghafal zaman sekolah menengah dulu, sebab dah lama tak ulang, tak ingat la, tapi masih ada kemungkinan, orang bacakan, aku boleh sambung. The powerful of repeating. Haha. Pandai-pandai buat rule dan istilah sendiri.
Kenapa aku boleh tulis cerita ini, sebab aku ni macam ada simtom 'expressing' yang tinggi. Tak cukup dengan bercerita menggunakan suara, menaip pulak, alih kepada tulisan pula. Haha. Nak cater orang auditori, dan orang visual. Haha. Orait2, Saje je mengada tambah topik baru. Ok, we need to put full stop here(.)
Non-stop talking?
Sekolah Sains, Universiti Akaun
Aku pelajar aliran sains dulu masa di sekolah. PMR aku melayakkan aku untuk masuk kelas sains. Awalnya memang aku nak ambil akaun. Aku dah ada minat akaun pada masa tu. Ketika tu, aku minta pendapat abang aku, dan beliau pada masa itu berada di Mesir. Pendapat beliau, ambillah sains, kemudian tambah akaun. Bagi beliau sains juga bagus, ambil dua-dua lagi bagus, satu kelebihan dapat tahu dua2 bidang. Fikir-fikir aku pun masuklah kelas sains dengan hasrat akan tambah akaun sebagai pilihan lain. Bila dah masuk kelas sains, 3 sekali mata pelajaran sains iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia. Tiga pun dah berat bagi aku, ya, kerana ia lebih berat kepada fakta. Maka, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk tambah akaun sebagai subjek tambahan SPM aku. Waa, sedih jugak masa tu terkenangkan hasrat aku tu tak kesampaian.
Just try
Dapat tawaran sebagai wedding videographer! Lama dah impikan nak usha videografi tapi yela, kita takde pengalaman, takdenye nak tawarkan diri, jadi sebaliknya kan, salah menyalah pulak. Tapi bila orang dah offer pada kita, ya, will try the best! Selalu je suka-suka buat videografi untuk sepupu kahwin, shoot video, tapi buat sendiri2, simpan sendiri2, tunjuk pun tak, sebab tak siap pun, tak publish pun as video. Haha.
Offer offer jugak, kena bagitau terus, aku ni takde dslr ye. Minat je lelebih. Huahaha. Beliau tak pulak kata apa-apa, terus ajak discuss. Wuwah.. Ok, ok. Gembira sesaat, sebab dapat peluang ni. Jadi ke tak tak tahu lagi kan. Hehe. Sementara ni kita suka suki jap.
Actually beliau tawarkan aku jadi designer n videographer wedding beliau. Designer tu aku kurang berkenan, dah tawar hati nak main dengan design. Huaha. Orang yang selalu berhubung dengan aku bincang bab2 ni, aku pun awal-awal lagi dah agak ada kaitan jugak dengan benda ni. Takdenye orang kebanyakan nak cari aku bincang hal lain. Heh3. First mesej lagi aku dah siap gtau aku dah lama tak buat design, supaya aku dapat melepaskan diri dari buat design. Hoho. Rupanya, terjerat jugak. Pandai btoi.
Terus set meeting. Tahniah kawan dah nak kahwin, orang famous memang kahwin awal. Heheh.
Aku tak mention sesape kan. Ok, selamat.
Selesai! Tak cekap langsung
Alhamdulillah, selesai menjawab exam PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik M41) harapan mak ni.. Yang beria sangat always mymum. Aku biasa2 ja. Tapi dengar semangat mak, aku yang biasa pun boleh semangat tetiba. Haha. So, aku pun jawab dengan ceria la kan. hehe. First time jawab online. Server SPA kali ni sangat baik, smooth je perjalanan exam secara online malam ni, 1 November 2014 dari jam 8.00 malam hingga 10.10 malam. Ini kali kedua exam SPA atas talian selepas exam pegawai kastam. Exam online kastam dengarnya banyak masalah, aku tak seat for the exam, sebab aku tak letak kastam dalam choice, haha xminat.
Kalau nak diikutkan, exam SPA yang aku duduki, dah masuk kali ketiga.
1. Exam PTD Apr 2013
2. Exam Akauntan Mei 2014
3. Exam PTD Nov 2014
[Next.. Exam Pendaftaran kut *nampak dalam sistem lepas syarat* hui3]
Tak rasa pun dapat, sebab masih tak cekap mengira, pengetahuan am pun banyak yang tak tahu. Tapi bab matematik2 ni memang menyeronokkan. Cuma bab kejar masa, aku selalu tewas. Macam ni la kalau asyik tarik kalkulator. haha.
Tapi kan,, yang paling best.. dah tak perlu buat esei, BM dan BI tu.. part pembaharuan ni aku paling suka bila buat exam online ni. soalan aneka pilihan sentiasa menjadi pilihan. no more essay. yess!
Hem.. Sekurang-kurangnya aku bukan nothing tak tahu apa-apa masa seat all the exams. Study jugak. Huhu. Mymum always inspired me. Amik inspirasi tu je jawab exam. Myhousemate pun dapat juga exam PTD, tapi tak seat kut, malas dah katanya. Takpa la dia, dah mampu beli rumah (kalau nak beli la), walaupun kerja semi-government je. Orang programming katakan..
Mengikut info dari SPA, seramai 44,908 calon yang duduki exam PTD kali ni. Giler ramai. Mungkin yang dapat full mark pun dah ramai, diorang ja la yang lulus kut. huhu.
Haha. Cepat sangat mengalah. Yalah, bila tengok angka yang ramai tu,, tipis ja nampak. huhu. Okai lah, kita tunggu result nanti. Buat guna sistem, result pun cepat. 1 hari setengah lagi keluar result, 3 November 2014 bermula jam 12 tengahari.
Hik3.. Enjoy2. Math always my favourite subject. Apa kata mengajar math dan add math lak. Haha. Dream. Tapi selalu fikir anak murid paling depan pun tak dengar suara cikgu dia nanti. Haha.
Minat akauntan lagi dari PTD walaupun PTD ni gaji mahal katanya. Ya lah, mahal otak tu nak fikir macam2. Aku tak sesuai jadi pemikir dan tak minat sangat kut. Aku nak kerja mengira jugak! Haha. Kalau kerja PTD, bagi aku kerja dekat bahagian IT best jugak, nampak macam ada soklan IT tadi. Hihi.
Terima tapi ragu
Dilamar untuk kerja design bagi satu program. 3 kali berturut-turut. Tak berpeluanglah aku nak tengok gaya persembahan dari orang lain. Mudah betul terima, bila dah terima terfikir pula kenapa terima job tersebut.
1. Aku dah jarang buat design. (Teramat)
2. Aku dah lama tak buka photoshop untuk buat full design. (Kerap buka Ai, penangan nak study Ai)
3. Streorotype (eja salah barangkali) orang pada hasil terdahulu. (Kalau style tak macam dulu macam mana)
4. Asyik kena kejar hingga event tamat
5. Kena ammend banyak kali, paling tak suka. (Stress, hold beberapa hari)
6. Terkacau time office hour. (Bawa laptop, tak buat kerja ofis)
7. Sambung konsep design orang lain (Kang habis kena alter)
.
.
.
.
. 8. Bil api, broadband tetap kena bayar
.
.
.
.
Bila sambung kerja orang, apa yang aku pegang, hormat dan raikan hasil orang lain atau orang terdahulu. Tapi bukan mudah nak kekalkan identiti orang lain yang lain dari citarasa diri sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
Risau. Macam mana nak buat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Menghilang lama-lama. Aku nak jemput ko balik sini semula. Mari sini mood design. Mari balik ya minat, hang nak pi mana lama-lama. Mai balik kita jenguk photoshop ya.. Pintu dah buka. Tunggu hang, kita masuk sama-sama ya... *huk3*
Finish Two
Alhamdulillah... Hepi,, gembira.. Dapat siapkan dua akaun dalam masa yang singkat. Full set of account. Dari journal entry hinggalah ke balance sheet. Manual. Bukan main makan masa buat akaun dengan software, last-last manual jugak yang lebih menjadi. Yelah, nak guna software tapi tiada sample yang full, memandai sendiri la. Bila study balik, buat manual, baru detect ada yang tersalah rekod dalam software. Chart of account pun dah salah. Haha. Opening balance pun salah. Tak pasal2 duk pening pasal financial period. Haish, mula-mula dah salah. Dulu study lain, tak pandai nak apply dengan jenis perniagaan yang dijalankan. Adakah patut cost of good sold kosong. Hehe. Alam kerja pun tempat study. Tempat study aku sekarang mengkaji seorang diri. No asisstant, no guider. Sedih kan?
Bukak audit report lepas, study angka2 tu. Kemudian, buat la akaun untuk tahun kewangan yang belum diaudit ni.. First kaji lambat sikit. Lepas tu ambil masa sikit buat layout semua dokumen akaun dalam excel. Buat trial balance tak balance. Bos, tak balance la.. Buat bank recon, kata beliau mudah. Walaupun aku memang belum buat bank recon, aku dah kira amaun yang belum clear siap-siap, tetap tak balance. Bank recon kena buat sebelum ke selepas trial balance, tanya aku sebab lupa. Buat dulu bank recon, jawab bos seringkas mungkin. Tapi magic pula, bila mengadu, cepat pulak dapat solusi. Balance! hah, lega..
Siap je, terus bagi pada bos. Nak la bagi beliau cek dulu, betul ke tidak aku buat kerja sorang2 ni. Alih2 beliau suruh call auditor, nak jumpa esok, eh, lusa (sebab time tu dah pukul 5!).. Eh, tuan tak nak cek dulu ke, entah betul entah tak saya rekod. Betul ke tak, takpe, kita bincang dulu. O.o
Esoknya call auditor, auditor ke singapura untuk masa yang diset pada awalnya. Tukar masa, lagi 3 hari dari masa call. Ok, set. Lepas tu cepat2 buat satu lagi akaun. Siap hari yang sama. Yeah! Lagi senang bila layout dah ada, tukar butiran dan amaun aja. Lagi satu, inilah rasanya bila tidak disibukkan dengan kerja admin, dan bulan yang sedikit lengang dari aktiviti. Biasa aku target nak buat kerja2 cenggini bulan puasa, tapi bulan puasa ni kalah pulak dengan kerja admin. Time ni admin punya plan marketing kuat jugak, tak dapat lepaskan diri jugakla. Jawabnya, kerja yang aku plan tak beres, tertangguh lagi.
Baru siap dua, dah hepi. Mujurlah, dua akaun ni tahap paling senang lagi kut. Yang banyak sangat transaksi, aku akan buat last, sebab nak alter software dulu,, kita belajar buat auto pulak.. Takut tak larat nak rekod manual. Haha.
Ok, another 4. Empat akaun lagi.. Set untuk siapkan bulan ni jugak. Bulan depan dijangka bizi, bila orang lain bizi, aku kena tempias juga. Kena betul2 ambil peluang bulan ni. Bila kurang aktiviti, takde la bizi dengan kerja semasa akaun. Admin pun tak kacau, lagi cepat, terima kasih admin... Nak habiskan all my outstanding ni cepat2,, dah tak tahan dah tangguh lama2.
Sebenarnya, percayalah, Allah yang atur segalanya. Kita mengadu pada Allah, kita doa sungguh2 pada Allah bagi kemudahan untuk urusan kita. Benda senang pun, kalau Allah tak izin, dua tahun tak siap. Bila Allah izin 1 hari dah siap. Kekuatan ada antaranya dalam solat dan doa. In Syaa Allah. Yakin. Allah sahaja boleh bantu kita, sebab Dia sahaja yang nampak kita susah senang setiap detik. No one else. Dia tahu segala-galanya. Berharaplah padaNya. Yakin.
Beri tekanan kewangan dengan berkira
Banyak betul aku belanja bulan ni... Apa kes entah. Itulah,, kadang-kadang apa yang ditahan meletus jugak. Bila meletus, nak mengalir je selalu. Bahaya betul.
Sebab aku minat satay, maka aku sponsor satay 100 cucuk untuk kami-kami makan ajer. Last-last aku dapat makan sikit ja, sebab banyak sangat keluar time raya, ikut mak ayah. Saudara ada kenduri pun sampai 3 hari pi rumah beliau. Biasa la mak orang yang kuat hubungan kekeluargaan dan ringan tulang. Doanya aku pun nanti dapat jadi macam mak aku yang super3 segala macam. Kakak ipar aku pun sampai kata mak aku ni orang penting, asyik ke sana ke mari, tak lekat di rumah. Maka, aku yang follow pun, kena tempias.. Doanya aku rajin la memanjang ya. Sanak saudara pun bertambah, aku pulak, bukan semua aku kenal. Ini la antara masa nak kenal saudara mara dan orang kampung. Risau juga terputus hubungan. Kalau diizinkan, aku nak buat salasilah keluarga. Dari dulu lagi abang aku sebut, sehinggalah kedua-dua nenek aku dah tiada, belum lagi wujud salasilah tu. Mak aku tu pun antara orang penting juga untuk rujukan salasilah ni, sebab mak aku anak sulung dan kuat hubungan silaturrahim kekeluargaan, kejiranan, mahupun seisi kampung. Sepanjang aku ikut mak aku tu pun, bukan main ramai yang tak kenal aku anak mak. Sadis betul.
About Me
- insyirah
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."










