Kenang. Masihkah ada urusan belum selesai?

Kelu seketika.


Aku pernah terfikir soal ini. Dalam fikiranku, aku memang sudah hajatkan ia dilangsaikan. Walaupun ia bukan melibatkan diriku dan bukan urusanku, In Syaa Allah, aku akan sampaikan hajatku selepas beliau mempunyai kerjaya dan kewangan yang baik suatu hari nanti.

"Tak redha ambil. Tak redha. Bukannya beri, tapi ambil, tipu."

Sangkaan ku benar, pemiliknya tidak redha atas sesuatu yang pernah diambil tanpa keizinan. Saat ungkapan itu dilafazkan, aku kelu seketika dan aku tahu beliau amat kecewa. Walaupun ketika itu, usia pengambil dalam era persekolahan, ia sesuatu yang belum cukup untuk pemilik melepaskan begitu sahaja mungkin kerana si pengambil sudah mumayyiz dan baligh, sudah berakal, kenal apa itu betul dan salah, dan kenal halal dan haram.

"Sekarang tak pe la, sekolah. Nanti dah kerja, tuntut. Takde dah semua (simpanan barang tersebut). Bukannya sikit."

Sekiranya nilaiannya sangat rendah, mungkin ia diabaikan begitu sahaja, tetapi nilaian mengikut kadar semasa ia lesap mungkin mencecah RM10k. Tapi aku seolah yakin, saat ia bertukar pemilik tanpa keizinan itu, ia tidak akan sampai pada angka tersebut. Orang menipu juga kena tipu, langsung tidak pelik. Lagi pula, beliau bukannya arif dan ada ilmu tentang nilaian itu, masih dalam kategori jagaan ibu bapa atau penjaga.

Aku tidak nafikan, zaman membesar lelaki, lebih nakal dari seorang perempuan (kebanyakan). Sekiranya dahulu kita sedar kita seorang yang nakal, dan sekarang kita sudah besar dan mempunyai kerjaya, cuba kita bertanya pada orang yang berada di sekeliling kita setiap hari sewaktu kita membesar, adakah masih ada sesuatu yang tidak selesai antara kita dan mereka. Sudah tentu saat kita dihisab di mahkamah Allah, kita juga tidak mahu adanya hal berbangkit dengan manusia yang menjadi penghalang kita mendapat nikmat agung di akhirat kelak.

Walaupun ia tidak dinyatakan hutang pada lafaz, tetapi ia tetap hutang, sekiranya kita sedar hakikat tersebut. Ingat, sesuatu yang diambil tanpa redha, kita juga akan berada dalam keadaan tidak diredhai apabila pemiliknya tidak redha. Pengajaran dan nasihat ini buat diriku, buat individu tersebut, dan semua yang membaca entri ini. Sama-sama kita capai redha Allah dan usaha untuk capai redha manusia.

Sekiranya aku diizinkan Allah, aku sangat berhasrat untuk melunaskan semua hutang terutamanya hutang orang yang hampir denganku. Walaupun satu-satu individu itu menanggung hutang yang bukan sedikit, In Syaa Allah, Allah Maha Hebat atas segala sesuatu. Hutangku sendiri pula tidak boleh dijadikan hasrat sama sekali kerana hutang sendiri sudah menjadi kewajipan untuk dibayar. Cuma sesuatu yang tidak dianggap hutang oleh pemilik asalnya, aku akan cuba untuk hadiahkan kembali amaun tersebut kerana bantuan yang diterima dalam keadaan aku sedar (bukan kanak-kanak) dan keadaan pada ketika itu pada asasnya aku tidak lagi bergantung kewangan pada individu yang lain (ditanggung).

Hal dengan manusia bukan mudah. Keampunan perlu dengan manusia juga. Salah silap dengan Allah, Allah mudahkan mohon keampunan dengan istighfar, doa, solat dan taubat.

Ya Allah ampunkan kami jika kami terlupa atau tersilap.

Ya Allah, kami mohon sedarkanlah kami, ilhamkan kami, setiap langkah kami yang tersilap. Pandulah kami dengan jalan-jalan keredhaan dalam setiap lingkup kehidupan. Amin..

26.02.2014
10.29 PM
TMA, KL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."