Hari ni hari pertama pulang awal. Pukul 5 jer, tapi sejarah pertama sepanjang kerja. haha. Nampak tak kerap balik lambat di situ. lai lai. Disebabkan polisi pejabat telah ditegaskan, jadi, sebagai staf yang baik, perlu akur pada setiap keputusan pihak pengurusan tertinggi. Notis bermula hari ni, maka hari ni catat sejarah.
Bagus juga untuk penjimatan bil-bil elektrik. Aku semestinya banyak buat bil tambahan, bila balik terlalu lewat. hehe. Sekurang-kurangnya aku tak pernah minta claim perjalanan (mileage) walau berbatu-batu menunggang motosikal. eheh. Tapi bos pula tetiba tanya, mana claim tak pernah ada (sepanjang setahun bekerja). Aku juga yang kena kira, suka hati tak nak kira bole? haha. Bos minta kira jugak, tak nak, bos nak. Boleh-boleh, cun jugak, aku kira nanti aku kembalikan balik pada bos. Kira bil utiliti lebihan yang aku buat la kan. huhu.
Mulai hari ini, In Syaa Allah, masuk sebelum waktunya, keluar tepat pada waktunya. Tiada lagi pilihan (option) bebas selepas kenyataan tersebut. 8 jam sehari je. Tak baik lebih-lebih. Yeay, aku akan pastikan aku balik awal setiap hari selepas ini. Officemate dah pelik semacam. haha. New Time okay. Aku pun pandai kira-kira.
"Eh, dah nak balik ke? Awalnya..."
"Eh.. Sejarah ni dah balik time ni."
Memang sejarah pun. Kenyit mata. Berlalu pergi. Bye office.
"Eh, dah nak balik ke? Awalnya..."
"Eh.. Sejarah ni dah balik time ni."
Memang sejarah pun. Kenyit mata. Berlalu pergi. Bye office.
Timing changed.
20/02/2014
Home, KL.
0 comments:
Post a Comment