Isu MUET dan BI3 kelihatan sedang rancak diperkatakan di USIM ketika ini. Saya pernah mengambil BI3 tetapi sangat-sangat risau saat BI3 tercatat dalam jadual kuliah kerana sangat kurang yakin dengan BI3, lebih tepat tidak berpuas hati dengan kewujudan BI3 yang mempengaruhi CGPA.
Bahasa Inggeris III (BI3) subjek tambahan yang wajib diambil oleh pelajar Tahun 3 atau Tahun 4 USIM yang belum lulus MUET, bermaksud band 2 dan ke bawah. MUET dengan Band 3 ke atas merupakan syarat untuk layak bergraduasi di USIM. Cara pemarkahan BI3 adalah mengikut cara pemarkahan MUET. Probabiliti untuk mendapat BI3 Gred D ke bawah lebih tinggi. Gred C, Gred B, Gred A masih boleh dicapai, tetapi probabiliti lebih rendah. Itu sekadar pendapat mengikut hukum alam tanpa mempertikai kuasa Allah yang mampu mengubah sesuatu yang tidak dijangka.
Dalam konteks pengukuhan bahasa, saya suka BI3. Serius saya suka belajar BI3 (mungkin juga faktor guru yang mengajar BI3 saya ketika itu). Suka belajar berbeza dengan suka mengambil paper BI3 (exam).
Saya tetap pertikai, kenapa BI3 perlu dikira dalam CGPA sedangkan MUET tetap perlu diambil. MUET syarat untuk grad dan tiada kaitan dengan CGPA, BI3 wajib ambil disebabkan belum lulus MUET dan mempengaruhi CGPA. Sekalipun BI3 ganti MUET, tetap tidak bersetuju sekiranya dikira dalam CGPA. Sedangkan MUET pun subjek yang berasingan dan tidak bersangkut paut dengan CGPA. Bagi saya ia tidak adil, ia bukan membantu sebaliknya membebankan bahkan merugikan.
Sekiranya benar BI3 adalah kelas untuk bantu penguasaan bahasa inggeris, tidak perlu masukkan dalam pengiraan CGPA.
Sistem pemarkahan BI3 ikut MUET. Orang yang ambil BI3 orang yang tak lepas MUET. Ikut hukum alam, susah nak skor B apatah lagi A. Dapat C pun dah banyak efek pointer, apatah lagi D dan ke bawah. (BI3 tidak diambil oleh individu yang mendapat MUET Band 5,6).
Nak bantu pelajar elok, sekiranya ingin teruskan juga BI3, saya cadangkan jadikan BI3 satu subjek elektif, nak ambil tak nak ambil, pilihan. Sistem pemarkahan pula tidak perlu setaraf MUET, jadikan pelajar yang band 2 ke bawah ni mampu dan ada potensi untuk dapat Gred A. Bila dah buat macam tu, BI3 memang takkan menggambarkan MUET, tapi bila dapat A, sekurang-kurangnya ada potensi untuk dapat band 3, 4 dalam MUET. Paling cun, tidak perlu pun masuk dalam CGPA.
Mohon maaf saya banyak menyentuh isu BI3 berbanding MUET. Atas faktor bidang pengajian, bagi saya lulus MUET (Band 3 ke atas) masih penting. Pandangan ini dalam konteks bidang pengajian saya yang menggunakan lebih banyak sumber Bahasa Inggeris di USIM berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Begitu juga kerjaya (dalam bidang pengajian tersebut).
**Alhamdulillah, saya berjaya drop subjek ini sebelum exam BI3 walaupun sempat belajar lebih dari 5 minggu.
Alhamdulillah, syukur.. Akhirnya Bahasa Inggeris III (BI3) di USIM bakal dimansuhkan bermula sesi 2014/2015. Sebenarnya kelas pengukuhan bahasa ini bermanfaat, tetapi cara pengendaliannya menyebabkan lebih merugikan dari membawa manfaat tambahan.
BI3 Releven atau Tidak, boleh bermazhab masing-masing. Pandangan di pihak saya, BI3 tidak releven untuk diteruskan berdasarkan gaya yang dipersembahkan. Tak kena cara, baik juga hapuskan.
Hawa Convention 2013 USIM - Set of Design
-
Hawa Convention 2 | 14 & 15 September 2013 | Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM)
Open to public, Women-Only
Site Visit for more info :-
Event Website: ...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment