Ubah themes chrome dan mozilla?

Bagi anda yang pernah tercari-cari theme untuk mozilla atau google chrome tapi tak jumpa dan tak tahu macam mana nak ubah theme, jom kita tinjau2!

Anda pengguna mozilla atau google chrome?

Sekarang nie, dah ramai mula beralih kepada google chrome kan?
mungkin lebih selesa la kot. lebih cepat. mm,, mungkin.

Okey, untuk yang menggunakan GOOGLE CHROME..
Bagaimana mahu ubah theme browser anda itu?

Klik pada icon spanar, then tekan Options, selepas itu akan keluar paparan Google Chrome Options, klik pada Personal Stuff dan anda nampak perkataan Themes? Klik Get themes.

dan tetingkap Theme Gallery akan terbuka. then, pilih je dengan menekan Apply theme pada theme yang diingini.

@ klik Links di bawah untuk mendapatkan google chrome theme:


Bagaimana pula dengan MOZILLA FIREFOX?

hanya tekan link ini:

dan anda boleh memilih terlalu banyak theme yang menarik2.

Mahu guna mana-mana theme, tekan sahaja Wear It. Nak preview, hanya halakan mouse pada image theme tersebut.

Jika anda mahu kumpul sebagai koleksi anda theme yang mencuit hati, sign up dulu dan anda boleh jadikan theme yang berminat sebagai favourite. Lain kali jika mahu menukar mudah, hanya pilih pada koleksi pilihan kita.

Semoga membantu~
Selamat mengubah theme browser anda..
Moga bertambah keceriaan dan serinya. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

er,, chop....?

Perut sudah kenyang waktu itu kerana sudah diisi dengan makanan yang paling mengenyangkan iaitu.. nasi! haha.

Tetiba my bro singgah di kedai makan sambil menunggu adikku yang masih ada hal dan urusannya. Disebabkan dah kenyang, aku terasa mahu makan makanan yang masih diterima perut. kononnya la. huhu

tapi..

tak ingat plak namanya. saat tu je tetiba tak ingat. yang ingatnya.. "chop"

che' pun haba' mai nak makan chopstik. begitulah yang my bro pesan. dia pun satu, tak ingat jugak. sebut je apa aku sebut. haha

chopstik ada?

hah? pelik gamaknya. mana taknya, mana ade chopstik, chicken chop ada la!

op iya. lupa. hehe. buat malu je.

lagipun, orang cina punya style la tu. tetiba minta chopstik tu apasal. haha~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banner oh banner~

Hoho.. aku diminta untuk mendesign sedikit.. Design banner. Tak pernah plak ada yang suruh aku buat banner. Tak pe lah. Mencuba itu kan membuka dunia pengalaman.

Alhamdulillah, dah siap pun designnye. Print pun siap.

masih setia dengan Adobe Photoshop CS2. sekarang dah CS5 dah. haha

Kenapa still CS2? Sebab function arabic nya. Boleh menulis dalam arab. Kalau tak, yang lain boleh tulis arab, tapi dari kiri ke kanan. So huruf pun tak bersambung la. Bukan arabic namanya kalau begitu. huhu. Kalau keluaran lain ada, CS3, CS4 tak tahu lah, sebab tak terjumpa. So, setia pada yang lama. hee. Hem, keluaran terbaru CS5, bunyinya macam arabic function available. hoho. mungkin bleh try. n_n

INFO TENTANG BANNER
(sebagaimana arahan diterima)

Ukuran bagi banner yang digunakan:

8 x 3 kaki / 96 x 36 inci
( 1 kaki = 12 inci )

Dimensions pun menjadi agak besar la,

28800 x 10800 pixels

Resolutionnya juga ditinggikan kepada 300 dpi

wow. lambat btol jadinya. kadang-kadang gerakan dia tak sepantas sangat. Nak save pun mengambil masa. Tapi, Alhamdulillah laptopku mempunyai daya pemprosesan yang tinggi dengan ram 4GB. hee. Kalau tak, boleh jem satu laptop. huh~

ini kes nak jaga kualiti banner la nie. haha.

Dalam nak menjaga kualiti juga, aku diminta untuk save design ini dalam format *.tif*
Hem, memang smart la. Sebab ia tak compress kan image. Maksudnya, kepecahan tu berkurang. Sebab kalau save *.jpg*, mungkin akan compress jugak cket. Ye ke apa yang aku tafsir? huhu. entah ler. main tafsir je. Nak tau saiznya jadi berapa? ayo.. nak buka gambar yang dah siap pun lama. sebab saiznya mencecah 2 GB. hoho~

sebab tak pernah buat, so bertindak mengikut arahan. haha.

... Actually, biasa orang lain buat macam mana yeq? dengan kualiti pun masih terjaga. Siapa yang sudah terbiasa, kongsi2! (",)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Filem 2012: Suatu Renungan


Filem 2012 merupakan sebuah filem mengenai kehancuran dunia yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem ini mengisahkan kehancuran bumi pada tahun 2012 berdasarkan ramalan dari kaum Mayan.

Filem ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi kepada masyarakat dunia terutamanya kepada orang Islam yang dilarang mempercayai ramalan ini kerana bimbang boleh merosakkan akidah. Benar kita langsung tidak boleh percaya akan ramalan ini. Hanya Allah yang tahu bila berlakunya kiamat.

Setiap Muslim tidaklah dilarang untuk menonton filem ini. Kita cuma dilarang mempercayai akan bila berlakunya kiamat. Filem ini tetap dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang ingin mencari manfaat daripadanya.

Bagi yang telah menontonnya pasti terpaku melihat kemusnahan yang berlaku. Bagaimana bangunan-bangunan tinggi runtuh dengan sekelip mata. Ombak tsunami seolah-olah membaham seluruh bandar. Rekahan tanah yang berpunca daripada pergerakan kerak bumi.

Adakah anda terfikir seperti inikah kiamat sebenar yang akan berlaku kelak. Bila difikir-fikirkan sambil menonton, dapat dirasakan ini bukanlah terlalu teruk. Kiamat sebenar sudah pasti lebih dahsyat. Sudah pasti kita tidak mampu untuk membayangkannya. Fikirlah bahawa kiamat sebenar lebih teruk kemusnahannya kerana ia dapat membangkitkan rasa keagungan Tuhan yang menjadikan kiamat itu berlaku.

Cuba anda fikirkan manakah lebih sukar samada menciptakan atau memusnahkan dalam perspektif manusia. Sebagai contoh, menciptakan sebuah kereta atau memusnahkan sebuah kereta. Manakah yang lebih sukar? Anda tahu jawapannya. Jika ingin menciptakan kereta lebih banyak langkah-langkah yang perlu diambil tidak seperti memusnahkan sebuah kereta. Anda hanya perlu tekan pedal minyak sekuat-kuatnya dan pusingkanlah stereng kereta ke arah tiang lampu. Nah, sekelip mata saja perlu untuk memusnahkan.

Begitu jugalah bagaimana Pencipta kepada bumi ini. Jika untuk menciptakannya saja sudah terlalu mudah, apatah lagi untuk memusnahkannya. Sudah tentu kemusnahan sebenar lebih maha dahsyat. Fikirkanlah bagaimana seorang wanita mengandung boleh bersalin pada ketika itu juga.

Apabila kita berjaya mengarahkan minda dan pemikiran kita dengan sebegini rupa, apakah output yang boleh diperoleh? Tanyalah diri anda. Apa faedah anda menonton filem sebegini dan mencari hikmah di sebaliknya? Jangan sekadar menonton untuk berseronok. Carilah hikmah dah manfaat dalam setiap perkara keseronokan yang anda alami. Ajarlah diri anda bagaimana untuk mendapatkan kebaikan dalam setiap perkara yang anda lakukan walaupun ianya cumalah sekadar hiburan. Hiburan tetap mendatangkan manfaat jika kita bijak mencarinya. Jangan pandang sesuatu yang orang lain kata ia buruk itu terlalu buruk. Walaupun ia buruk, carilah hikmah atau kebaikan di dalamnya walaupun sedikit.



... Jadilah kita seorang yang berfikir dan bijak mengambil manfaat. Jika kita melihat cerita, filem, drama, tengoklah dari sudut lain, jangan hanya dilihat dan dijadikan sebagai hiburan semata-mata. Cubalah melatih diri kita untuk mencari 'ibrah, panduan dan pengajaran disebaliknya. Begitu juga apabila membaca novel. Walaupun novel itu sempoi, dan dilihat banyak percanggahan dengan syariat sebenar; berdua-duan, berpegangan tangan walhal bukan muhrim, melenting apabila ditegur dengan cara begitu atau begini etc, kerana kadang-kadang kita boleh memahami dan menyelami sifat yang ada pada manusia, boleh menilai cara teguran dan nasihat, yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan membawa dan mengajak manusia mematuhi syariatNya dengan lebih sempurna dan membuka diri berfikir cara pendekatan sepatutnya. Dan yang paling penting, berfikir dengan hikmah, memberi keyakinan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah yang Maha Hebat dari segala-galanya yang akhirnya membawa kita lebih dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Warna Alam

Setiap kali apa-apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan kita, tentu ada sebab musababnya. Setiap kali berlaku sesuatu peristiwa ke atas diri kita. Kita akan mula menilai. Sama ada ianya peristiwa buruk atau baik.

Mari kita lihat setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita setiap hari. Umpamanya perjalanan waktu solat. Sebenarnya apabila dilakukan kajian, didapati peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Mari kita lihat secara kasar :


WAKTU SUBUH


Pada waktu subuh alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh badan kita.

Subuh ( Warna Biru Muda) = Frekuensi tiroid -> Sistem metabolism tubuh.

Hikmah waktu subuh ada kaitan dengan Penawar atau Rezeki dan Komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara sengaja kerap kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


WAKTU ZOHOR


Pada waktu zohor pula, warna alam akan berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut & hati. Ini mempunyai kaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning pula dikatakan mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Zohor (warna hijau & kuning) = Frekuensi Perut & Hati -> Sistem Penghadaman & Keceriaan

Hikmah Waktu Zohor ialah bagi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya kemungkinan akan menghadapi masalah di perut dan hilang keceriaanya.


WAKTU ASAR


Pada waktu ini, warna alam berubah kepada warna oren. Warna ini ada kaitan dengan frekuensi Prostat, Uterus, Ovari dan Testis yang ada kaitan dengan sistem reproduktif kita. Rahsia warna oren pula ialah kreativiti.

Asar (Warna Oren) = Frekuensi sama dengan sistem Reproduktif kita & Kreativiti.

Hikmah waktu asar ini ialah bagi mereka yang kerap meninggalkan solat Asar kemungkinan akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini. Jika jasad dan roh kita terpisah (tidur petang). Tenaga pada waktu ini kurang atau tidak diserap oleh badan. Maka akan member kesan pada organ-organ reproduktif kita.


WAKTU MAGHRIB


Waktu ini akan menyebabkan alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini juga kita sering dinasihatkan oleh orang-orang tua kita agar berada di dalam rumah. Pada waktu ini, spektrum warna menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga pada waktu ini.

Maghrib (Warna Merah) = Frekuensi Jin & Iblis

Hikmahnya ialah mengajar kita, supaya pulang ke rumah pada waktu ini untuk bersama keluarga bagi mereka yang telah penat bekerja sehari suntuk dan mungkin bagi anak-anak yang dari pagi ke sekolah atau bermain-main pada waktu petang. Selain itu, rahsia waktu maghrib juga mempunyai kaitan dengan frekuensi otot, saraf dan tulang kita. Jika anda tidak percaya, cubalah ini di rumah. Selepas tiba di rumah. Cuba cepat-cepat mandi dan solat maghrib. Pasti kita akan jernih semula.


WAKTU ISYAK


Apabila masuk waktu isyak, alam mula berubah ke warna Indigo. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Frekuensinya pula bersamaan dengan sistem kawalan otak kita.

Isyak (Warna Indigo) = Frekuensi Sistem Kawalan Otak -> Ketenteraman & Kedamaian.

Hikmahnya ialah sesiapa yang kerap meninggalkan solat Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Bukankah Allah s.w.t menciptakan malam untuk kita berehat dan menjadi tenteram. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur “delta” di mana keseluruhan sistem tubuh badan kita sedang berehat.


Lihatlah dengan pandangan mata hati, betapa sempurnanya dan berhikmahnya Allah menciptakan alam ini. Nilailah dengan hati anda!

Bacaan lanjut: Nilailah dengan hati
Tulisan Syed Faizal S. Rahman & Hasinah Jamaluddin


تفكّروا في خلقِ الله ولا تتفكّروا في الله فإنّكم لن تُقدِّروا قَدرَه

"Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya."


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (Al-Imran: 191)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minat melukis komik? Sertai mereka!




Kunjungi Forum RINDU.ORG


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda berminat..?

Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?


Tahukah anda dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi insyaAllah impak yang akan anda hasilkan adalah besar?

Ya, dengan menjadi sukarelawan krew iluvislam.com, anda hanya peruntukkan sedikit sahaja masa tetapi usaha anda mampu memberi impak kepada lebih 30,000 orang berbeza setiap hari (dan bilangan ini terus meningkat setiap hari!).

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah iluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :

1. Berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik di rumah dan tempat pengajian
3. Rajin membaca email
4. Komited dengan setiap tugasan yang diberikan
5. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam jawatan yang dipohon. Training disediakan untuk perkara teknikal.

Jawatan yang boleh dipohon adalah :

1. Editor Artikel
2. Penulis Rencana
3. Penulis Berita
4. Penganalisa Artikel
5. Moderator Umum
6. Kaunselor
7. Panel Agama
8. Profesional
9. Web Developer
10. Web Designer
11. Designer
12. Kartunis
13. Video Editor
14. Penulis Skrip Video
15. Event Malaysia
16. Wakil Sekolah (Guru Sahaja)
17. Wakil Universiti
18. Wakil Pejabat
19. Editor Bahasa Inggeris
20. Penganalisa Bahasa Inggeris
21. Facebook/Twitter Team

Anda berminat..? dan untuk maklumat lanjut sila klik di sini:


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadi sahabat untuk sahabat

Wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat.

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya : "Apabila tercetus dihatimu untuk berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh kawal dirimu. Andainya kau bersahabat dengannya dia boleh menghiasi dirimu, sekiranya suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu. Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila dia melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya. Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera. Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan timbang rasa. Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha bersungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu".

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya yang sangat tinggi nilainya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah Pertemuan


Sedikit lengang.. tapi masih ada job yang belum selesai.
jadi, tak berapa tenang untuk menulis. hoho..
Tapi nak juga mengisi sesuatu.

Baru2 nie, kami asyik menyanyi satu lagu..
yang penuh dengan makna
di sebalik sebuah pertemuan..
Hayatilah bait2 ini~

UNIC - Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

****
Buat sahabat2 dan teman yang pernah ku kenali. Sesungguhnya aku merindui zaman bersama kalian. Begitu juga sahabat yang bersama menempuhi ranjau di sini.
Dan semestinya aku menyayangi sahabat2ku, moga kalian membantu memberi kekuatan buatku dan moga Allah sentiasa meneguhkan diriku berada di jalanNya. Moga pertemuan dan kenalan kita atas redhaNya.

Makin menggamit memori dan rasa di jiwa bila membaca entri sahabat2 yang mengimbas zaman persekolahan. adoyaii~



Ya, aku juga rindukan mmp. Kerana di situlah bermulanya pembentukan dan pembinaan jati diri dan mengenal tarbiyah, didikan. Mula mengenal apa itu amanah, apa itu tanggungjawab. Dan yang paling penting, aku bersama berada di landasan yang mendekatkan diriku padaNya.





Dan sejak akhir2 ini, makin dan lebih2 pula aku mengagumi sahabat2ku walaupun hanya dalam sanubari tak diucap dengan kata2. Dengan nasihatnya yang menusuk ke jiwa. Dengan ilmunya yang meniti di bibir. Samada secara kalam atau qolam. Hebat pandangannya, ideanya. Bicaranya menyentuh kalbu.

Terima kasih Ya Allah kerana aku dikelilingi sahabat2 yang hebat berilmu dan hebat tautan denganMu. Moga aku dapat menjadi seperti mereka.

Thanks Allah. Thanks my comrade.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."