Mutiara Kata Imam Malik


+ Apabila seseorang itu memuji diri sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.

+ Apabila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain, kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit.

+ Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati daripadanya.

+ Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata. Jika tiada kepastian di antara dua perkara, ambillah yang lebih meyakinkan.

+ Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri, dia juga tidak baik di sisi manusia.

+ Ilmu itu cahaya (nur). Ia tidak akan jinak kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."