Happy New Year 2010!

Assalamu'alaikum dan Salam Tahun Baru!


Ha3.. x sempat la plak dengan jam 12.00 a.m. nak wish happy new year..
cz layan tidur dulu.. hee~
xkesah sbnrny, tp.. sajer,, nk ikut adat. ha3

Tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru..
Kenapa perlu diperbaharui azam kita saat tibanya tahun baru?
Mungkin kerana ia merupakan permulaan tahun, permulaan kerja, permulaan pengajian..
Student.. bila tibanya tahun baru, sesi pengajian baru bermula..
Jadi, setiap azam yang tersemat di awal2 tahun begitu berharga dan bukan dalam kategori 'terlambat'..
Sematkan azam di dada, tetapkan matlamat, rangka strategi bagi permulaan tahun ini..

Actually, manusia yang terbaik adalah mereka yang sentiasa menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam..

Sentiasalah muhasabah diri,,

bagaimana hari ini, adakah lebih baik dari semalam?
bagaimana diriku minggu ini, adakah lebih baik dari minggu lalu?
bagaimana pula tahun ini, adakah ia lebih baik dari tahun lepas?

Muhasabahlah,, Renung2kanlah,,
perjalanan hidup kita sepanjang nafas masih beralun..
Jika dirasakan adanya kelemahan pada masa lalu..
Nah! Inilah masanya untuk menampung segala compang-camping dan lubang2 tersebut.
Maka, saat ini, marilah kita sama2 memulakan langkah baru dengan azam yang telah diperbaharui. Tingkatkan usaha dengan iringan doa,, moga2 tercetusnya perubahan terbaik pada diri! Insya Allah.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini, dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” -Mafhum Hadith Rasulullah SAW-

dan kepada teman2, sahabat2..
Selamat menyambung sesi pengajian masing2~

"Kegagalan hari ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

Happy New Year 2010!
Selamat Menyambut Tahun Baru!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."