Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik


Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS
-Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR
-Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Line nOt clear~

Hem,, baru je nak konsisten utk update2 blog nie.. ceh!~
tapi, mslh line di hostel kerap kali berlaku sejak akhir2 ini..
walau xsmp sebulan internet bermslh..
namun rasanya macam lama jer..
sbb aku punya tugasan dan tanggungjawab di alam maya nie..
jadi amanah tu, kena laksanakan jugak walau ape cara sekalipun..
terpaksa bersusah payah cket utk dapatkan line..


sbb tu, bila gn internet, rasa cam xabih2 jgk kerjanya..
sampailah.. berlarutan. hee!~
tu tak termasuk lagi dgn laman2 sosial..
cam frienster.. n yg paling famous skrg.. facebook.
buat masa skrg, xsempat lagi nak layan benda2 tu..
sbb tu, xbuat.. klau dh buat,, mmg layan jgk lah..
hee~

hem,, tambah2 nak cari bahan assignment pun kna gn internet..
itulah zaman sekarang..
zaman teknologi, zaman moden..
namun dalam pembangunan modenisasi..
janganlah kita terperangkap dalam anasir2 barat..
yang makin lama, makin nampak berjaya menembusi tembok2 untuk memusnahkan, menghancurkan umat islam!
sedarkah kita?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seharian berjln.. Penat!~

14hb..
merupakan holiday bg negeri 9..
sempena keputeraan Yg Dipertua n9..
sO,, hr 2, aku pergi jln2 kl..
tp,, destinasi utama kami adalah..
Low Yat!

pagi tu,, br aku decide nak pergi..
k.efa ajak, aina pun ajak!~
rupanya rombongan sama.. ha3..
aku pun mandi la cpt2..
spt kebiasaannya, berus gigi diambil dan diletaklah ubat gigi ats 2..
gulp! puh!! bukan ubat gigi nie..
nie.. pencuci muka.. hua3
alahai.. cmne bleh tersilap letak pencuci muka plak kat berus gigi tu..
ha3..

sarapan plak,, aku mkn nasi goreng..
yg semlm.. hee!~
actually, semlm,, my friend tlg belikan nasi cz aku rasa cam lapar g2..
lgpon, dia masih ada kat bwh time tu..
so, aku pun pesan la nasi goreng kampung n siap air milo ais lagi.. heh3..
walaupun aku tau mrk lmbt naik cz mrk masih dlm meeting.
aku plak,, entah knp mlm tu, aku layan crita..
dgn menghalakan laptop ke katil,, aku landing siap berbantal..
haa,, ape lg, lps tu.. dgn x semena2nya aku ngantuk n tertidur..
psnan aku smp lepas aku dh tido..
aku sedar je time diorg balik..
tp, aku mls nak bangun. hik!~
dlm kul 3 lbh2, aku tersedar, n bangun la mkn nasi tu.. hehe..
tp, x hbs gak.. so, aku smpn la dl..
jadi,, sbb tu, pg tu aku bleh mkn nasi goreng..
mujur sgt2 bleh mkn nasi pagi hr 2..
sbb, aku kn nak p jln2 hr nie,, kalu x mkn berat2 cket,,
mgkn aku akan keletihan dlm prjlnn.. hehe

hem,, nie second time aku smp low yat..
first time, aku pegi dgn my bro dgn kereta..
tp,, nie first time aku pergi low yat dgn menaiki pngangkutn awam..
rombongan kali nie, 7 org..
me, k.ihan, k.efa, aina, mira, nuha n su..
dr nilam, kami naik prebet menuju ke ktm batang benar..
slps membeli tiket utk ke kl central dgn harga rm 4.70,,
kami pun menunggu lah ketibaan ktm..
dlm kul 10.30 gitu kot,, ktm smp..
fuh!~ ramainyer org..
mgkn disbbkan n9 cuti hr tu..
hm,, peluang nk duduk mmg xde la..
tersepit2,, crowded sgt..
dh la destinasi kami jauh jgk la..
sepanjang perjlnn dlm ktm, berdirilah aku..
lebih kurg 1 jam kemudian, baru smp kl sentral..
stesen ke 9.

lepas tu, naik monorail ke imbi..
first time naik monorail.. hehe..
tambangnya rm1.60..
dlm morail nie la br bleh duduk..
dan seterusnya bleh melegakan kakiku yg dh makin terasa lenguh.
tp, sekejap je dh smp stesen imbi..
so,, smp la kami di low yat dlm kul 12 tgh hr..
di sini, kami ber7 berpecah 3 group.
aku bersama k.ihan n k.efa..
first2 tu, mmg jln2 je dlm low yat tu..
aku plak,, survey2 harga brg y aku nk beli..
dr tgkt 1 smp la tgkt 5..
jln je krja kitorg,, xbeli ape2 pom lg. ha3
hem,, aku dh decide nk beli sst di sini..
sbb tu, tiba jgk aku di low yat hr nie..
aku nak beli ape yeq?!
Printer! ha3
aku nak beli yg 3 in 1.. print,copy,scan..
printer y aku survey.. canon mp198..
harganya dlm rm195, rm 199.. smua nie half tank ink die..
kalau ink penuh,, msk la dlm rm250, rm260, rm300++..
survey2.. smp la ke tgkt 5..
kat cni la, aku jmp hrga murh cket.. rm185!
tp, half tank jgk la.. xkesah la.. aku budget rm200 ke bwh..
akhirny~~ beli jgk aku printer hr tu.. ha3..

lps tu,, dlm kul 2.30, kami ke time sQuare yg berdktn cni utk solat zohor..
membimbitlah aku pny printer dgn k.efa..
fuh! berat jgk la..
kami pun naik lif ke tgkt 7 utk ke surau..
kat sini, bleh la berehat jap.. setelah berjln, berdiri xhenti2..
penat!~~

my printer!~ x sangka akhirnya aku memilikinya.. hek!~

slps tu, mula la explorace kami dalam time square plak..
dgn printerny.. ksian kwnku yg terpaksa sm2 membimbitnya..
ape la aku nie,, menyusahkan org betol la.. sOrie!~ ^_=
dgn lantainya yg rata.. hem! timbul idea..
dgn x endahkan org y melihat..
ape lg,, buat2 mcm troly la yeq..
heret je.. ha3..
jd,, berat tu, xde la terasa sgt.. hee~

em,, kami jgk pegi tgk org main roller coaster..
gerun aku melihatnya..
lihat je,, xnaik pun..
tgk pun dh terasa tkutnya,, apa lg nk naik..
hak3..
perut kami smuanya dh terasa lapar..
lapar2,, mkn ayam n air je xtahan..
habis la dlm rm10.50..
mewah btul!~ huhu..

muka2 ceria dlm kepenatan.. huhu..

selepas itu, kami menymbung blk jln2 dlm time square..
smp la kul 5.00 ptg..
dan kami bertolak balik naik monorail ke kl central..
bermula d cni..
mira plak y baik hati membimbit my printer..
sorg2 plak tu.. katanya lebih mudah..
kesian aku.. aku xnk susahkan org!~
tp, dia nk tolong gak..
thanks a lot!
smp kl central, dh agak lewat,, kami solat asar dl..
lps tu kami naik ktm dlm kul 6.40 ptg..
mcm td,, ktm slalu je crowded..
kami terpisah gerabak..
aku bersama nga mira..
y lain2,, gerabak lain.. huhu..
kul 7.30, smp la di ktm btg benar, terus naik teksi ke nilam..
akhirnya.. smp la kami d hostel..
fuh!~ penat, letih giler2..
sakit semua badan,, lenguh kaki, sakit blkg, lenguh tgn..
aduh.. gnjrn p jln2 kl hr tu.. hua3~
skrg tgn masih lagi sakit.. dua2 belah plak tu..
k.efa pun sama.. mgkn disbbkan membw printer y agak berat tu.. huhu..
my friend! thanks sgt2 sbb tlg sm2 bw, bimbit my printer!
thanks a lot!!

okeyh!~
smp di sini je kisahnye..
first time tulis kisah y agak pnjg nie..
kui3..
aku nyatakan dgn detail,,
sbnrny, utk rujukan aku di kemudian hari..
ceh!~ hehe..
mn tau nk g jln2 sekitar kl plak..
ada rekod.. hee~
tambang, masa.. huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

iLuvislam IPT Tour!~


Assalamu'alaikum wbt

Berita baik buat ahli berdaftar iluvislam :

InsyaAllah team iluvislam dari iluvislam.com dan Karangkraf akan mengadakan IPT Tour sempena pelancaran tabloid iluvislam. Dan kami menjemput anda untuk sama-sama menyertai konvoi tersebut.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan iluvislam IPT Tour 2010 :

Tema : Spreading The Luv

Tarikh : 8-12 Februari 2010 (Isnin-Khamis)
Masa : 8.30 pagi -6 petang (Konvoi akan bertolak dari Karangkraf, Shah Alam)

Isnin
1. UiTM Shah Alam
2. Politeknik Shah Alam
3. UM
4. UIA PJ

Selasa
1. UIA
2. Kolej Islam Antarabangsa, Batu Caves
3. Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
4. Maktab Perguruan Teknik, Cheras

Rabu
1. UKM
2. UPM
3. Maktab Perguruan Islam, Bangi
4. UNITEN

Khamis
1. Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS), Bangi
3. Cyberjaya University College of Medical Science(CUCMS), Cyberjaya
2. USIM, Nilai


Kelebihan kepada mereka yang join:

1. Pengalaman berkonvoi bersama polis
2. Baju T-Shirt percuma
3. Makanan percuma
4. Duit minyak disubsidi

Aktiviti semasa tour :

1. Spreading The Luv (melalui signature di banner)
2. Passing Teddy Bear
3. Luv Talk


Bagi mereka yang berminat, boleh isikan borang melalui link di bawah:
Klik Sini

Sebarang soalan, boleh emailkan kepada :


Do you know?
Klik Sini

www.iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

alkisah!~

Hem,, xtau pon nak mencoret apa kali nie.. hu3
sem 1 dah berakhir..
dan sem 2 dah masuk minggu ke 3 rasanya..
masih berbaki 11 minggu..
ha3.. apalah,, baru masuk sem dh pk nk abih.. ngee~
yap, cuti i2, memang selalu diingati. huah3..
em,, masa sem 1 dulu, kitorg sj buat perkumpln kat ice rOom..
nak merasa ice cream kat c2.. bermcm2 ice cream y ada..
tp,, harganya xyah cakp la..
memg agak mahal jgk la.. ha3
pandai2 la nak save budget. ceh!~
kongsi je.. just 2 try. hu3..
bangunan dan dlm die,, memg serba hijau..
cantik.. sejuk je tengok. huhu..
so,, kitorg.. ape lg..? bergmbr sakan la d cni..
tp, just a few pict je d cni.. hehe


gmbr2 last sem 1 with my classmate

datz pict2 masa awal2 sem 2.. xde keje lg kn.. so b'gmbr sj2 mmg keje kitorg. ha3


nie gmbr masing2 nga teddy bear.. @giant n9..
aha2.. mcm budk2 plak..


2 je pict ny.. malas nk upload byk2. ha3..
tp bergmbr2 nie,, mmg my favourite.. hee!~
eh, x.. favourite kitorg la. not me.. kui3
nmpkny, my friend pun dh minat b'gmbr..
sape y slalu push tu. hak3..

k, lah.. skrg pun dh masuk sem 2..
remember! struggle to excellent!~
mOga2 sem nie,, ada improvement..
okeyh~
slmt meneruskan pen'study'an..

//otai betul entry kali nie.. ha3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu Di Sebalik Nombor 1-10


Di sebalik no 1-10 dicatatkan beberapa fakta yang sangat baik untuk kita mengambil manfaat daripadanya dan sama2 mengingatinya..

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan.Awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat yang dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1) Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama di malam hari.
2) Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1) Bau-bauan yang harum{wangi}
2) Isteri yang solehah
3) Solat

ANGKA 4:
Berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhah: Barangsiapa yang di berikan kepadanya empat perkara, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:
1) Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang di haramkan oleh Allah.
2) Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3) Malu yang menegahnya dari kejahilan org2 jahil.
4) Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:
Berkata seorang soleh : Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1) Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2) Kosong perut.
3) Melakukan qiamullail.
4) Memohon ampun di waktu sahur.
5) Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

ANGKA 6:
Enam cara menghindarkan dari iblis:
1) Bertaqwa kepada allah di mana sahaja.
2) Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3) Selalu berzikir dan berwirid.
4) Memperbaharui taubat.
5) Memperbanyakkan istighfar
6) Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Fatimah
7) Umi kalsum

ANGKA 8:
Ada lapan senjata utama perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya :
1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja -manja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura -pura sakit
5) Senyuman
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis
8) Mengugut bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan di kuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut :
1) Sombong atau ego
2) Ujub dan riak
3) Hasad dengki
4) Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5) Suka berdebat terutama sesama ulama
6) Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang ringgit
7) Pemarah
8) Ingin dihormati {gila puji}
9) Kalau mampu akan hidup bermewah-mewah.

ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:
1) Para nabi dan rasul
2) Para ahli jihad{mujahid}
3) Para ahli ulama
4) Para syuhada
5) Huffazul quran
6) Imam atau pemimpin yang adil
7) Muazzin
8) Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9) Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10) Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat.

Mungkin dengan angka2 ini,, kita masih boleh membina, create dan menyelitkan ilmu yang lain.. Ok,, Moga2 bermanfaat..
Ilmu disebalik nombor~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri-ciri Khusus Islam


CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM:
=rabbaniyyah
=syumuliyyah
=inqilabiyyah
='alamiyyah
=waqi'iyyah
=thabat wa murunah


1. RABBANIYYAH (KETUHANAN)

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Ciri Rabbaniyyah ini akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan. Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan:
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah, pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia:
» Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.

Rabbani dari manhaj dan sumber:
Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.

Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani:
» Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
» Terhindar dari pengaruh kekayaan
» Islam sesuai untuk manusia
» Mendapat penghormatan dan kehormatan.


2. SYUMULIYYAH

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Sudut kesyumulan Islam :

1) Undang-undang

Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas. Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2) Keadilan

Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.

3) Kehakiman

Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.

4) Negara

Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.
Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-syariat seperti sifat Quwwah dan amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5) Akhlak

Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6) Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.


3. INQILABIYYAH

Inqilabiyah yakni tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.

Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert Jom Heboh, kedai bar minuman keras, disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?


4. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara


5. WAQI’IYYAH (REALITI)

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

Jadi, ia merupakan praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)


6. THABAT WA MURUNAH

Thabat wa Murunah ertinya tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal, boleh berubah dan fleksibel dari segi pelaksanaannya.

Contohnya : Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika sakit, solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.


7. Ciri-ciri lain….

= Risalah dan jalan penyampaian jelas.
= Bergerak mengikut kemampuan.
= Melaksanakan hazar (waspada).
= Memudah dan jangan menyusahkan.
= Tadrij (beransur-ansur)
= Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.


Kata-kata Sayyid Qutb :
"Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka. Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsu…"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mutiara Kata Imam Malik


+ Apabila seseorang itu memuji diri sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.

+ Apabila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain, kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit.

+ Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati daripadanya.

+ Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata. Jika tiada kepastian di antara dua perkara, ambillah yang lebih meyakinkan.

+ Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri, dia juga tidak baik di sisi manusia.

+ Ilmu itu cahaya (nur). Ia tidak akan jinak kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy New Year 2010!

Assalamu'alaikum dan Salam Tahun Baru!


Ha3.. x sempat la plak dengan jam 12.00 a.m. nak wish happy new year..
cz layan tidur dulu.. hee~
xkesah sbnrny, tp.. sajer,, nk ikut adat. ha3

Tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru..
Kenapa perlu diperbaharui azam kita saat tibanya tahun baru?
Mungkin kerana ia merupakan permulaan tahun, permulaan kerja, permulaan pengajian..
Student.. bila tibanya tahun baru, sesi pengajian baru bermula..
Jadi, setiap azam yang tersemat di awal2 tahun begitu berharga dan bukan dalam kategori 'terlambat'..
Sematkan azam di dada, tetapkan matlamat, rangka strategi bagi permulaan tahun ini..

Actually, manusia yang terbaik adalah mereka yang sentiasa menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam..

Sentiasalah muhasabah diri,,

bagaimana hari ini, adakah lebih baik dari semalam?
bagaimana diriku minggu ini, adakah lebih baik dari minggu lalu?
bagaimana pula tahun ini, adakah ia lebih baik dari tahun lepas?

Muhasabahlah,, Renung2kanlah,,
perjalanan hidup kita sepanjang nafas masih beralun..
Jika dirasakan adanya kelemahan pada masa lalu..
Nah! Inilah masanya untuk menampung segala compang-camping dan lubang2 tersebut.
Maka, saat ini, marilah kita sama2 memulakan langkah baru dengan azam yang telah diperbaharui. Tingkatkan usaha dengan iringan doa,, moga2 tercetusnya perubahan terbaik pada diri! Insya Allah.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini, dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” -Mafhum Hadith Rasulullah SAW-

dan kepada teman2, sahabat2..
Selamat menyambung sesi pengajian masing2~

"Kegagalan hari ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

Happy New Year 2010!
Selamat Menyambut Tahun Baru!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."