Anak Saudara Sulung~

Sekarang, diriku masih di Kelantan..
Menghabiskan cuti2 sem di negeriku tercinta..
huhu~
Dah la xkeluar bandar kb,,
duk kat umah jer..
dgn line internet yg xde..
tp, yg pastinya..
xbosan la.. hehe..
tapi alang2 hari nie dtg kb krn ada hal cket,,
singgah la cc jap..
dah lama x buka internet xbleh gak..
hee~



13 Disember 2009
11.30 a.m.
Aku dapat anak sedara first..
Tahniah la buat abang & kakak iparku yg juga br menyambut kelahiran anak sulung..
Perempuan.. tp blum ada nm?
hehe.. entah la abgku~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khusyuk dalam solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

//bagaimana ibadah solat kita selama hidup kita atas dunia fana ini? Pernahkah kita menilai sejauh mana kekhusyukan kita dalam solat kita seharian? Adakah ada usaha untuk meningkatkan kualiti ibadah kita? Ayuh sama2 kita menilai kembali dan pertingkatkan ibadah utama kita yang menjadi tiang agama..

"...Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Al-baqarah:45)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malunya diri yang serba dhoif~


Aku suka meronda2 blog2 orang..
Dari satu blog,, ke blog yang lain..
merantau sampai meleret2..
hehe..
tp, bila ziarah punya ziarah..
rasa diri nie,, dhoif sgt..
dh la memang sejak dari dulu lagi rasa diri ni lemah sgt..
aku bukanlah orang yang pandai berkata2, bukanlah hebat berbicara, dan semestinya xpandai mengolah ape2 isu yang terjadi..
setiap kali membaca entri2 di blog org, ada sj ilmu yang dikongsi..
hebat2.. menusuk kalbu.. banyak ilmu yang bermanfaat..
dengan hasil pena sendiri.. kerahan idea sdn bhd..
terasa diri ini malu sangat..
kerana blogku tidaklah sehebat itu..
mungkin banyak merapu je..
aku sedar, untuk berbicara dengan ilmu..
first skali mesti ada ilmu.
dan aku sedar, aku begitu kekurangan ilmu..
ingatan pun kurang dalam mengingati apa yang pernah dibaca..
dan kurangnya atau mgkin tiada pemikiran kreatif dalam pengolahan ilmu tersebut..
malunya dgn sahabat2 yang hebat2 semuanya tu.. he3
jadi, kesimpulannya?
kena kuat dan rajin kan diri membacalah kn?
kena paksakan diri membaca dalam keterpaksaan..
lama2, bleh jadi tabiat x? heh3
tabiat membaca yang tlh bertukar kpd kesukarelaan sndr..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

*++4 Cara Tidur++*

Before i go back..
Saya nak berkongsi tentang cara tidur..
Ringkas sahaja.
dan semua dah tahu sebenarnya.
Hanya ingatan pada diri2 yang ingin diingatkan..
Hu3

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Jadi, sebaik2 cara tidur adalah yang dua teratas ye..
Ubahlah posisi tidur anda jika ia menyamai tidur makhluk yang ingkar pada Allah.
Ikutilah sunnah Nabi2 dan para ahli ibadah.
Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang diredhai Allah~

Salam mujahadah~!=

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Notis USIM : ALSP & ELSP

Photobucket

PENGUMUMAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1
PROGRAM SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
SESI 2009/2010


LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME 2 (ARABIC & ENGLISH)


Dimaklumkan bahawa ALSP/ELSP 2, Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 1-8 Disember 2009.

Sehubungan itu, mana-mana pelajar yang ingin membuat penangguhan (dengan alasan yang kukuh) atau permohonan untuk mengikuti program (melibatkan pelajar yang menangguh/terlepas program pada sesi yang lepas) supaya mengemukakannya kepada pihak Pusat Pengajian Umum selewat-lewatnya pada JUMAAT, 20 NOVEMBER 2009 untuk tujuan pengemaskinian kumpulan pelajar. Permohonan yang diterima selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

Semua pelajar Tahun 1, Sesi 2009/2010 adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri secara penuh kedua-dua program tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Pusat Pengajian Umum.


Terima kasih.


“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Pusat Pengajian Umum
Universiti Sains Islam Malaysia

p/s: utk pengesahan, sila rujuk eWadi USIM..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPM~ Ma'at Taufiq wan Najah..

Kepada adik2 SPM,
adik2 badati, pss, dan seluruh adik2 tingkatan 5 MMP..
dan amnya kepada semua adik2 yang sedang menghadapi SPM di Malaysia,,
selamat berjuang di dewan peperiksaan,
dengan mata pen, pensel dan kertas..

Semoga ilmu yang dipelajari, dibaca, dihafal..
bukan hanya bermatlamatkan exam semata-mata..
Beruntunglah adik2 yang sempat mengulangkaji ilmu2 yg telah dipelajari.
Ini bermakna semua yang dibaca berada dalam diri adik2, dalam otak adik2 sekarang..
Peganglah ilmu itu erat2, moga2 tidak terlepas, tidak tercicir sesudah exam..

Amat2 rugi jika ia dibiarkan pergi, terbang umpama debu2 yang tersebar entah ke mana.. Tersebarnya debu, bukan memberi manfaat pada orang di sekeliling kerana mereka tidak sedar pun akan kewujudan debu tersebut..



Ma'at taufiq wan najah~
Good Luck ya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Bercuti~

Sekejap lagi,,
blog ini akan ditinggalkan..
Keseorangan..
Sepi,, tanpa bahasa..
Kui3~

Actually, aku akan balik kampung!
Balik Kelantan..
Dan kebiasaannya, bila dah berada di rumah,,
memang xde peluang nak buka internet.
Memandangkan kat rumah xde line..
Hu3

Definitely, smua org dah balik..
Aku je lambat sket balik.
Hehe..
So,, mana2 sahabat yang dah lama balik kampung..
baru nak balik dan akan balik..
Ku ucapkan HAPPY HOLIDAY!



Tapi, kepada sahabat2 USIM,
lepas raya 3hari, kena datang balik usim..
hu3.. betul kan?
Arabic & English LSP2 jadi kan pada 1-8 Dec 09 nie?
Mesej yang ku terima dari seorang teman memaklumkan bhw~
ALSP : 1-4 Dec 09
ELSP : 5-8 Dec 09

Ok, selamat bercuti pada semua. Semoga cuti ini memberi manfaat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

*++ Tawadduk perlu dilatih ++*


TAKBUR dan tawaduk adalah dua sifat yang berlawanan. Sifat yang pertama itu sangat dibenci dan manusia wajib menjauhinya kerana ia sifat iblis, manakala yang kedua dipuji dan patut menjadi perhiasan diri setiap individu.

Disebabkan takbur, iblis dikutuk Allah dan berbekalkan sifatnya itu jugalah ia menggoda manusia tanpa mengira sempadan daerah dan waktu supaya mengikut jejak langkah menjadi bongkak.

Sungguh jelek sifat takbur, bukan saja dikeji, bahkan membawa kecelakaan kepada diri, sebagaimana iblis yang dijanjikan seburuk-buruk tempat di akhirat.

Begitupun, sifat tawaduk tidak mudah digapai melainkan melalui latihan jiwa dan mujahadah yang penuh kesungguhan dan keazaman. Justeru, ada yang bersifat takbur dan susah untuk menjadi tawaduk.

Antara kaedah membantu ialah bersahabat dengan mereka yang bersifat tawaduk untuk mendapat nasihat, tunjuk ajar dan mencontohi mereka.

Asas pertama menjadi tawaduk ialah melalui ibadat solat, kerana di antara gerak rukun perbuatannya mengandungi latihan untuk tawaduk.

Kemudian, menatap kisah generasi yang bersifat tawaduk seperti nabi, rasul dan pewaris mereka.

Lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w yang diakui sebagai manusia paling agung dan mulia tetapi baginda sentiasa merendah diri sehingga makan di atas tanah, lalu bersabda:

“Aku hanyalah seorang hamba. Apabila suatu hari nanti aku dimerdekakan (maksudnya bebas di akhirat) barulah aku akan memakai pakaian baru.”

Menurut kisah diceritakan Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah memberi makan unta, mengikatnya, membersih atau menyapu rumah, memerah susu kambingnya, membaiki kasutnya, menampal bajunya dan makan bersama khadam.

Rasulullah juga menggantinya (khadam) mengisar gandum apabila khadamnya kepenatan, membeli sendiri barang keperluannya dari pasar dan membawanya kembali ke rumah, berjabat salam dengan si kaya dan miskin, yang tua dan kanak-kanak.

Baginda mendahului salam kepada setiap yang menemuinya, baik yang dewasa atau kanak-kanak, yang hitam atau selainnya, merdeka atau hamba sahaya.

Dalam satu perjalanan, Rasulullah meminta sahabatnya memasak daging kambing. Sesetengah sahabatnya ada yang bersedia untuk menyembelihnya, sebilangan lagi bersedia untuk melapahnya dan sebilangan lagi bersedia untuk memasaknya.

Rasulullah s.a.w menyatakan kesediaannya mencari kayu api. Tindakan Rasulullah itu tidak disenangi sahabat, lalu menyarankan:

“Kami cukup untuk kerja ini wahai Rasulullah.” Jawab Rasululllah: Aku tahu...kamu semua sudah mencukupi, tetapi aku tidak suka dibezakan daripada kamu. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada kalangan sahabatnya.”

Rasulullah s.a.w menaiki apa saja tunggangan yang didapatinya, kadangkala kuda, ba’ir, keldai dan himar, malah berjalan kaki tanpa kasut, selendang, kopiah atau serban.

Baginda juga menerima pemberian sekalipun seteguk susu atau seketul kaki arnab, kemudian membalas dan memakannya.

Semua ini menggambarkan sifat tawaduk atau rendah diri Rasulullah. Jika manusia yang sebegini mulia rela bersifat tawaduk, jadi apatah lagi insan kerdil seperti kita.

Kita boleh menguji diri sama ada mempunyai sifat tawaduk atau takbur, iaitu melalui cara berikut:

# Mendedahkan diri kepada kritikan membina dan benar. Jika hati berasa berat untuk menerima kebenaran, sukar untuk mengakui dan patuh kepada arahannya, malah berat untuk berterima kasih atas kritikan dan teguran itu, menunjukkan takbur masih tersemat di dalam diri.

Justeru, perlulah kita melatih diri sehingga biasa dengan teguran dan kritikan. Pada masa yang sama hati tidak berat untuk mendengarnya.

# Bergaul dengan teman sebaya dalam majlis keramaian dan cuba mengutamakan mereka, cuba berjalan di belakang mereka dan cuba duduk di bawah mereka. Jika hati terasa berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur.

Tetapi dalam keadaan ini, kita juga perlu berwaspada daripada tipu daya syaitan yang membisik supaya bergaul dengan orang dianggap rendah dan hina supaya disangkanya bersifat tawaduk, sedangkan hakikatnya tidak.

Jika demikian, tanpa disedari sebenarnya dia sudah bersifat takbur di sebalik tawaduk yang dicari-cari dan cuba dilakonkan itu.

# Menghadiri jemputan orang fakir dan miskin, malah sanggup ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga serta teman. Jika hatinya berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur dalam dirinya.

# Boleh juga diuji dengan memakai pakaian buruk, kerana nafsu biasanya berat untuk memakai pakaian buruk.

Somber: http://cerekaduniaakhirat.blogspot.com/2009/07/tawaduk-perlu-dilatih.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al-Fatihah buat saudara kita..


Sekejap tadi, aku baru sahaja menerima msj dari seorang teman ;

"Salam.. kwn kita.. atiq.. mnggal dnia pas asar td..sdekahkan al fatihah utk arwah.."

Sblm itu, aku baru shj mendengar rakan2ku yg berada dalam bilikku time itu, memberitahu berita tersebut. First2, mcm tidak berapa nak percaya. Ye lah, masih lagi student, muda dan orang itu, orang yg aku kenali. Ya Allah, kadang2 kita lupa bahawa kematian datang menjemput kita tanpa mengira umur, tanpa mengira usia. Astaghfirullahal 'aziim.. Namun, sejurus selepas itu, aku mengungkapkan juga lafaz,,

"إنا لله وإنا إليه راجعون"

"Kita datang daripada Allah dan kita juga akan kembali kepada Allah"

Aku bukanlah kenal sgt dengan beliau. Cuma kenal disebabkan kokurikulum sama, sukan boling padang. Kami dalam satu sesi. Beliau merupakan pelajar fakulti kepimpinan & pengurusan, jurusan akidah dan agama semester 1, tahun 1. Beliau juga merupakan bekas pelajar Maahad Darul Anuar, Kelantan.

Masa perlawanan hari tu, team diorang antara yg hebat jgk lah. Team diorang dapat tempat ketiga. Tapi, kalau nak diikutkan team diorang lagi hebat dari yg dapat tempat kedua. Team yg mendapat tempat pertama lawan dengan team diorang (tempat ketiga), 8-5 rasanya.. Manakala, team pertama lawan team kedua, score yg dpt 11-1..
Tapi, sebab lawan kalah mati kan,, so, dapatlah tempat ke3 jugak..
Tu, sedikit cerita tentang sukan boling padang yang disertai oleh beliau.

Atiq yang berbaju biru bersama teamnya dan jurulatih boling padang

Aku pun tak sure apa sebab kematian beliau. Dengar2, dia ada sakit jantung. Sahih ke? Entah la. Walau ape pun, marilah sama2 kita sedekahkah al-Fatihah buat beliau. Walaupun tak kenal, tapi sesungguhnya dia merupakan saudara kita seislam..

'Al-Fatihah'

Moga2 rohnya dicucuri rahmat, diberi keampunan dan di tempatkan bersama para solihin. Moga rohnya tenang di alam barzakh.. AMIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabar3~

Eee..
Sedikit geram nie..
Smua link abih ilang..
2 baru preview template,,
x save lagi..

Hem,,
nie kekurangan template jenis baru..
Blog Lists mudah sgt hilang..
Mudah sesgt..

Huk3..
Sdehnye,,
K, sabar2..
Mujur dlm proses renovation, management process..
Bukan dlm tekanan..
ha3..

Ok, i will do it again~
Be patient =)

p/s: sape2 yg ade kod html utk blog lists, bleh la kongsi ek. hu3
nak letak blog lists gak, br nmpk update n latest post. hehe.. :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara meletakkan chatbox di blog

Post kali ni, satu tutorial la kot.. hu3
Ramai shbt2ku yg br buat blog, xtahu mcm mn nk letak kotak chat..
jd, hrp2 tutorial nie dpt membantu shbt2 terutamanya bagi new blogger..
hehe.. sy bukanlah org yg arif bab2 blog nie..
tp,, sekadar berkongsi dan membantu apa yg sy tahu..

Sebenarnya byk jenis chatbox atau shoutbox ni,
tp di cni, sy hanya letakkan 3 link chatbox yg mgkn agak popular digunakan.



Jadi, kalau anda berminat mana2 chatbox di atas, just click pada chatbox berkenaan..
Hem,, sy ambillah satu contoh utk sy tunjukkan cara2 meletakkannya di blog anda..
iaitu shoutmix spt yg sy gunakan dlm blog ni.. hu3

1- Pergi ke link mana2 shoutbox, contohnya http://www.shoutmix.com/

2- Klik pada 'create shoutbox', kemudian isi maklumat yg diminta dan tekan continue setelah anda melengkapkan detail2 tersebut. Jd, anda dgn sendirinya telah create your own shoutbox!

3- Cuma sekarang, anda hanya perlu dapatkan kod html utk diletakkan dlm blog anda. Seterusnya, sila ke settings dan paparan tersebut akan muncul.


4- Di bawah Display, klik pada 'Date & Time'.. Ubah Timezone dr GMT kpd Asia/Kuala Lumpur (utk Malaysia),, save settings.. Kemudian tekan back to settings.

5- Di bawah Quick Start, klik pd 'Get codes'.. dan copy la code yg diberi..

6- Seterusnya di page blog anda ; selepas sign in, akan akan berada di page Dashboard kn? Then, tekan Layout dan anda akan berada di Page Elements (sekiranya anda menggunakan template jenis baru; XML bukan HTML)

7- Tekan 'Add a Gadget', kemudian klik pada HTML/JavaScript,, then paste la code yg di copy td dalam content.. setelah masukkan title, tekan SAVE..

Akhirnya, selesailah proses meletakkan chatbox.. Cuba view blog, utk lihat hasilnya..
Em,, actually, anda boleh cuba chatbox yg lain.. di atas hanyalah satu contoh shj..

Ok, get it?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semangat ! Study3~


Masih tinggal empat paper lagi utk habis imtihan nie..
Alahai.. camne nie,, xleh fokus study la..
Lg2 subjek ekonomi yg xbrp nk memahami.. hua3..
Tp, mmg..
kunci kejayaan ada pada kita sendiri.
Jika kita berusaha semampu mungkin,,
Knp tidak kita memperoleh kejayaan tersebut..
Jadi, berusahalah! Jgn give up ye!
Wahai diri, wahai teman..
"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri" -Said Mustafa


Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah..
kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu..
sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini..
malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami..
sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu..
sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami..
maka Kau teguhkanlah hati kami..
moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu..
kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau..

Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami..
moga Kau maafkan kealpaan kami..
telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar..
dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu..
moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami..
sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami..
dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah..
maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus..
jalan yang membawa kebaikan kepada kami..
kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki..
tidak hanya dunia yang sementara..
tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama..

Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun..
dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu,
Kau tunjukkanlah kami..
Kau bimbinglah kami..
Kau terangilah kami..
jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu..
jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini
satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu..
dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu,
setelah kami diberikan kejayaan..
Moga kami semua terus thabat dalam memperjuangkan agamaMu..
tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin..

ma’at taufiq wan najah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ONLY 4 Student MMP batch SPM2007!


Assalamu'alaikum w.b.t..

Perhatian kepada semua pljr mmp batch spm 2007
(tidak kira la bljr di mmp brp tahun, asal pernah
bljr di mmp, dan menduduki spm tahun 2007 even kat skul lain..),
anda dikehendaki melengkapkan butiran diri anda di
http://spm07-mmp.blogspot.com/

dan..
jgn lupa juga utk mengisi maklumat anda
dlm database alumni mmp dalam laman web mmp..

Forward msj nie kpd sahabat2 yg berkaitan..

Sebarang kemusykilan boleh diajukan ke email batch : spm07_mmp@yahoo.com
Terima kasih = Syukran = Thank you

Database MMP Batch SPM07


© Alumni MMP batch SPM2007

MMP | Badati MMP | Amal Induk | Amal 2007 |

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Final Exam Coming!!


eh, apasal plak tulis tangan kiri? ha3.. aku x tau.. bukan aku yang lukis. hehe

Sedar tak sedar semester 1 dah hampir berakhir..
Kini tibalah masanya untuk diuji kefahaman, kesungguhan dalam menuntut ilmu..
Tibalah waktu yang.. ditunggu2 ke? hu3 (aku x prnh tggu satu hal nie.. hak3)
Final Exam!!
Ya Allah berilah aku kekuatan, masa yang cukup untuk study,
kerana natijahnya aku mahukan kejayaan..
Tanpa usaha,, tak akan terbitnya kejayaan..
Ya! Aku sedang berusaha untuk mencapai impian tersebut..
Moga dipermudahkan dlm redhaNya dan redha kedua ibu bapaku.
Sahabat,, aku juga memerlukan sokongan, dorongan dan doa dari kalian..



Good luck juga untuk sahabat2 yang juga akan exam..
Yang penting, bertawakkallah sesudah berusaha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berdehem membatalkan Solat??


Berdehem merupakan bab yang dibincangkan dalam perkara-perkara yang membatalkan solat. Ada yang mengkategorikannya didalam bahagian 'berkata-kata' didalam solat.
Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - Jilid 2. Cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.)
"Diantara perkataan yang boleh membatalkan solat ialah mengeluarkan suara seperti berdehem tanpa sebarang keuzuran, jika ia mengandungi dua huruf atau lebih. Ketawa, mengerang, mengeluarkan perkataan 'Uf' dan menangis jika perkataan itu boleh didengari, kecuali ia dikeluarkan akibat sakit atau takut kepada Allah swt."
Salah satu dalilnya dari Hadith Nabi saw :
“Sesungguhnya solat tidak boleh dicampurkan dengan apa jua perkataan, akan tetapi ia merupakan Tasbih, Takbir dan Bacaan Al-Quran” - (Riwayat Ahmad, Muslim, Al-Nasaa'i dan Abu Daud)

Pandangan dari Mazhab Syefie:

"Dimaafkan jika hanya sedikit berdehem bagi mereka yang tidak mampu menahannya, melainkan jika mengalami kesakitan (yang memerlukannya berdehem) dimana seseorang itu tidak merasakan kosong didalam solat, ia tidak merosakkan (solat) jika dengan banyaknya juga. Dan jika ia uzur dari melakukan sebutan di rukun qauliyah dari rukun Solat, seperti membaca Al-Fatihah, maka berdehem walaupun banyak untuk tujuan bacaan tidaklah mengapa, tetapi bagi uzur sebutan dimasa bacaan sunat, maka berdehem banyak tidak dimaafkan baginya."

Kesimpulannya:
"Rajihnya, mazhab jumhur fuqaha' Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menghukumkan berdehem didalam solat jika kerana HAJAT atau UZUR maka tidak batal solat, dan termasuklah berdehem untuk membaikkan suara didalam solat, atau berdehem bagi yang memberitahu akan ia sedang bersolat, atau tabiat kebiasaan yang tdak dapat diatasi. Manakala berdehem dengan sengaja didalam solat, tanpa uzur atau tanpa hajat, maka batallah solat menurut jumhur fuqaha"

Sumber :
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=70138
http://www.iluvislam.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidilfitri, Salam Kemaafan~


Salam..
rasanyer x terlambat lg nk ucapkan
Salam Aidilfitri utk smua..
Walau hakikatnya mmg dh lepas.. hehe..
Maaf byk2 shbt2 andai diriku pernah membuat salah dan silap dalam sedar atau pun x.

Hem.. Nie gmbr time Hari Terbuka Aidilfitri AMAL yang diadakan pada 4 Syawal hari 2..

gambar kenangan ijtima' aidilfitri 2009


with ain, wahidah,farhana,husna

Rasa cam x ramai je pok2 batch ana yg dtg..
Ke mn lah korang smua?? Ooh.. x ingat.. beraye.. he3
Xdelah, mst smua ada krja masing2 kn..?
Kalau semua anggap pgrm2 camni, cam reunion mmp kn best..
Mst bleh kumpul ramai2..
Jmp balik kwn2 lama yg dh b'tebaran di merata2 tmpt..
hu3..
Walaupape p0m, barakallahufikum fi kulli hal..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah Terbuka Aidilfitri AMAL

poster_ijtima09 by amal  maahad 2005.


Program Ijtima' Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi Kelantan 2009 akan diadakan pada :
Tarikh : 4 Syawal 1430H bersamaan 23 September 2009
Tempat : Restoran Nasi Ulam, Kampung Kraftangan.


Ijtima' Aidilfitri kali ini yang berkonsepkan 'Rumah Terbuka' dijangka akan lebih meriah berbanding dengan ijtima'-ijtima' sebelum ini. Dengan tema "Aidilfitri disambut, Ukhuwwah Terbina, Bakti Terlaksana", program Ijtima' pada kali ini diharapkan mampu mengumpulkan seramai mungkin alumni-alumni Maahad Muhammadi. Pelbagai program menarik telah dirancang. Untuk memeriahkan lagi suasana, para hadirin boleh membawa apa-apa saja juadah untuk dikongsi bersama. Sama-sama kita meriahkan Ijtima' Aidilfitri AMAL 2009. Sebarkan kepada seluruh warga AMAL.

:::Laman Rasmi Alumni Maahad Muhammadi Kelantan (AMAL)
++
http://amal- maahad.net ++

:::Laman Komuniti AMAL2005

++ http://amal2005. co.cc ++

:::Laman Komuniti AMAL 2007
++ http://amal-2007.blogspot.com/ ++

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Time so full?? Puas hatikah dengan masa yg tlh berlalu?

Salam..

Aduh, slalu jek nyaris2 lupe pswd. hak3.. nk wak camne, dh lama x berblog. hu3..
Sejak 2 menjak nie, mmg full btol masa rasanya.. adeh, penat btol.
Dengan kuliahnya, kls, assignment, presentati0n.. dh bertimbun jdnya.. ha3
Penatnya.. +_+
Lps raya p0m, menunggu bertambun lagi..
Release jap.. Rindu sgt nk berblog.
Tp, kengkangan masa menyebabkan aku x sempat nak sentuh blog2, fs n krja2 seangktn dgnnya..



Walaupape p0m, skrg kita dh masuk hari yg ke 25 Ramadhan..
Ramadhan dh nk pergi. Sdehnya..
Aku x tau la sempat lg x aku melepasi target aku utk bulan Ramadhan thn nie..
Sdehnya.. Sdih sgt2.. Ya Allah, bagi kekuatan padaku, bagilah masa, peluang utkku menghabiskan Ramadhan, merelakan pemergiannya dengan hati yang riang, tenang, aman, dan semoga aku akan sentiasa merindui RamadhanMu...
Moga2 aku bukan tergolong dalam org yg rugi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bulan Ramadhan, bulan keampunan..



Dalam bulan Ramadhan banyak sekali sebab-sebab turunnya ampunan. Di
antara sebab-sebab itu adalah :


• Melakukan puasa di bulan ini. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:

"Barangsiapa puasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala Allah,
niscaya ia diampuni dosanya yang telah lalu. "(Hadits Muttafaq 'Alaih)


• Melakukan solat tarawih dan tahajjud di dalamnya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi ruasallam bersabda:
"Barang siapa melakukan shalat malam di bulan Ramadhan karena iman dan
mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. " (Hadits
Muttafaq 'Alaih)


• Melakukan solat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar.
Yaitu pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang
penuh berkah, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'anul Karim. Dan pada
malam itu pula dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa melakukan solat di malam Lailatul Qadar kavena iman dan
mengharap pahala Allah, niscaya ia diampuni dosanya yang telah lalu .
(Hadits Muttafaq 'Alaih)


• Memberi ifthar (makanan untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang di dalamnya (bulan Ramadhan) memberi ifthar kepada
orang berpuasa, niscaya hal itu menjadi sebab) ampunan dari dosa~dosanya,
dan pembebasan dirinya dari api Neraka. " (HR. Ibnu Khuzaimah (dan ia
menshahihkan hadits ini), Al-Baihaqi dan lainnya).


Beristighfar : Meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa,
berbuka dan ketika makan sahur. Do'a orang puasa adalah mustajab
(dikabulkan), baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah
memerintahkan agar kita berdo'a dan Dia menjamin mengabulkannya.

Allah berfirman :"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya
Aku mengabulkannya untukmu . "(Ghaafir: 60),

Dan dalam sebuah hadits disebutkan:
"Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya
disebutkan,"orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-
Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban
dalam kitab Shahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya
hadits shahih hasan.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ramadhon Kareem




Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi bersabda:
"Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan
dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala
berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung
membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-
Ku.' Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan
ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya.
Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kesturi."


Ramadhan bertandang kembali. Aku menanam azam baru untuk memperbaharui dan mempertingkatkan kualiti ibadah Ramadhanku dari tahun2 sebelum ini. Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambamu ini untuk melaksanakan azam dan cita2ku dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan. Moga2 aku dikalangan muslimin, mu'minin yang bisa merebut peluang yg engkau kurniakan, seluas-luasnya dalam bulanMu ini.. Ya Ramadhon Kareem.. Slmt dtg.. Aku merinduimu~

+SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN+

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepi.. Di mana diri?

Assalamu'alaikum..

Sedar x sedar, rupanya blog nie dh 7 bulan x update.. hu3.. sejak tak mempunyai line internet, dan lbh2 lg kom p0m xde, memang x sempat la nk update blog nie.. Insya Allah, moga slps nie ana diberi kesempatan utk menghidupkan kembali blog nie, stlh sekian lama menyepi. Mudah-mudahan.

Ma'alish..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesanan Untuk Umat Islam Di Malaysia

Pesanan Dr Khalil Ismail Al-Hayya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Pesanan ini terdapat dalam buku tulisan saudara Maszlee Malik yang bertanggungjawab menterjemah semula pesanan ini atas permintaan Dr Khalil. Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran untuk menjadi pedoman dan mengingatkan diri di saat sentiasa lalai dengan nikmat Islam dan Iman yang ALLAH kurniakan. Surat ini agak panjang, namun, saya minta anda semua membacanya sehingga akhir agar ianya dapat dicerna dengan baik.

Daripada Dr Khalil Ismail Al-Hayya-,

ALHAMDULLILAH, ALLAH memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh ALLAH bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh ALLAH dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

neth_ah64_1

Bom yang memburu mangsa-mangsa tidak berdosa

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun yang dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemuliaan dan bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga ALLAH menerima pengorbanan kami ini.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selpeas bebeapa waktu, gerakan Islam dibantai penjajah. Walaubagaimanapun , pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiah dan kebajikan menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semula umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

gaza5

Para syuhada berpelukan bersama di sisi ALLAH (InsyaALLAH)

Semenjak hari pertama pertubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli–ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, ALLAH memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ianya ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu politik pemerintahan. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?

Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah negara tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negra yang menjadi saaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sehingga USD3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak tiga bulan yang lalu. Tahap pengangguran mencapai 31 peratus di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin berkurangan. Baru-baru ini tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Malah persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampur dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

jabalia-nov24-21

Kanak-kanak yang tidak berdosa ini ketakutan

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Dimanakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sesekali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama enam bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. kami akan tuntut daripada ALLAH atas kelembapan saudara semua. kami tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengjarapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan rm3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringkat antarabangsa dlam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah menyokong oerjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.

100252275_ee7c32dbde

Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat ALLAH akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.

ALLAHU AKBAR!

Saudaramu,

Khalil Ismail a-Hayya

Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin

14 MEI 2006


Ya ALLAH, selamatkanlah saudara seIslamku, seAgamaku di Palestin

“Kamu akan melihat orang yang beriman dalam saling menyayangi, saling mengasihi, dan saling mencintai bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota yang lain juga turut sakit dengan berjaga malam dan demam” - Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Attention to all 2008 MUET candidates

Sumber: http://ahmike.net/2009/01/13/muet-results-out-on-thursday/

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) — The results of the Malaysian University English Test (MUET), held last year, will be out this Thursday.

Malaysian Examination Council public relations officer, Khawari Idris, said candidates could obtain their results from the schools or other educational institutions where they registered for the examination, while the private candidates would receive theirs through the mail.

He said candidates could also check their results through SMS by typing MUET and send to 39003 or log on to http://www.mpm.edu.my from this Thursday.

Candidates who wish to re-sit for MUET to improve on their results can register with the State Education Department or District Education Office before this Jan 29. The test will be held in the middle of this year.

A total of 79,752 candidates sat for MUET last year.

BERNAMA

Via SMS : Taip MUET dan hantar ke 39003 [stakat nie blum ada respon]

Via Web : http://www.mpm.edu.my/muet/loginfrm.aspx

p/s: hari ni (15 Jan 2009) kuar result muet.. teman2, ku doakan moga2 kita semua dpt band 3+ dlm muet eh! Nantikan keputusannya yep~

oh ya! teacher suh pakat2 g amik slip muet hari ahad nie (18 Jan 09) yerk! dtg2.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berpuasalah pada hari Asyura.. Yuk!


Sesungguhnya bulan Muharram merupakan bulan yang agung lagi penuh barakah. Muharram adalah awal bulan pada tahun hijriyyah dan termasuk salah satu dari bulan-bulan haram, sebagaimana firman Allah Ta’ala yang ertinya : 

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di-antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu” (QS. At -Taubah :36).

Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
Beberapa hadith menyarankan agar umat islam berpuasa pada hari Asyura diikuti oleh berpuasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari Asyura, alasannya seperti yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sesungguhnya orang Yahudi hanya berpuasa pada hari Asyura saja dan Rasulullah ingin membezakan puasa umat Islam dengan puasa orang-orang Yahudi. Oleh sebab itu, baginda menyarankan agar umat Islam berpuasa pada hari Asyura ditambah berpuasa satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya (tanggal 9 dan 10 Muharram atau tanggal 10 dan 11 Muharram.

Dari Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma telah berkata,
“Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa, mereka berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ‘Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani," maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Pada tahun mendatang, Insya Allah kita juga akan berpuasa pada hari kesembilan," dia (Ibnu Abbas) berkata, ‘akan tetapi, beliau shallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat sebelum tahun depan.’” (HR. Muslim).

Antara hadith yang menyebut keutamaan berpuasa pada hari 'Asyura ialah :

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)


Hal ini sangat jelas merupakan keutamaan Allah bagi kita yang menghapus dosa setahun hanya dengan berpuasa sehari saja, sesungguhnya Allah-lah, Pemilik keutamaan yang agung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memori kelas~


      Detik2 indah, detik2 riang bersama.. menjadi kenangan yang tercipta di lubuk sanubariku.. kelas yang ceria.. huaha3.. gambar di atas di rakam sepanjang tahun 2008.. antaranya masa pesta maggi.. haa.. pesta ni kitorang rancang time abih exam, hr last.. kitorg duduk bersimpuh kejap berbincang pasal pesta nie.. hik3.. fuh! pantas skali. walaupun br rancang, tapi kira meriah gak la. sbnrnya kecil2an jer. tp, sempat gak la ajak ustaz ustazah sertai kitorg.

      Erm.. lps tu, kitorg berbincg plop utk jamuan seterusnya.. pesta maggi nie, sudden case je. yg btol2, lps tu. asalnya kitorg nak wat kat restoran cikgu nasi ulam, ps2 x jd. target lain plak.. kfc. eh3.. tukar plak lps tu.. x sangka lak wat tmpt se'grand' tu.. hak3.. mewah benar. nk tau kat ner?? hehe.. kitorg wat kat hotel ansar, apa tu.. erm.. ha! chinese halal restaurant kan? x ingat nama penuh le. lebih kurang la kot. heh3.. kitorg dpt wat kat cni pon atas sumbangan seseorg. alhamdulillah.. dpt merasai makan kat hotel, mn2 yang blum merasai. aku dh pernah makan kat hotel ke? mm.. ada kot skali dua. di ajak sanak saudara. x pernah lagi gna duit sndr gi makan kat tmpt2 cam2. hehe.

p/s: sape2 yang xde dlm gmbr tu.. sori eh! tu le.. apasal x berebut nak masuk gmbr. hik3.. n kalu time jamuan x dtg plak, xde la gmbr korg. hehe.. design khusus utk 6B4 tu.. sori hitam putih. cam come jer g2.. bleh wat majalah tu.. hak3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."