Berdehem merupakan bab yang dibincangkan dalam perkara-perkara yang membatalkan solat. Ada yang mengkategorikannya didalam bahagian 'berkata-kata' didalam solat.
Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - Jilid 2. Cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.)
"Diantara perkataan yang boleh membatalkan solat ialah mengeluarkan suara seperti berdehem tanpa sebarang keuzuran, jika ia mengandungi dua huruf atau lebih. Ketawa, mengerang, mengeluarkan perkataan 'Uf' dan menangis jika perkataan itu boleh didengari, kecuali ia dikeluarkan akibat sakit atau takut kepada Allah swt."
Salah satu dalilnya dari Hadith Nabi saw :
“Sesungguhnya solat tidak boleh dicampurkan dengan apa jua perkataan, akan tetapi ia merupakan Tasbih, Takbir dan Bacaan Al-Quran” - (Riwayat Ahmad, Muslim, Al-Nasaa'i dan Abu Daud)
Pandangan dari Mazhab Syefie:
"Dimaafkan jika hanya sedikit berdehem bagi mereka yang tidak mampu menahannya, melainkan jika mengalami kesakitan (yang memerlukannya berdehem) dimana seseorang itu tidak merasakan kosong didalam solat, ia tidak merosakkan (solat) jika dengan banyaknya juga. Dan jika ia uzur dari melakukan sebutan di rukun qauliyah dari rukun Solat, seperti membaca Al-Fatihah, maka berdehem walaupun banyak untuk tujuan bacaan tidaklah mengapa, tetapi bagi uzur sebutan dimasa bacaan sunat, maka berdehem banyak tidak dimaafkan baginya."
Kesimpulannya:
"Rajihnya, mazhab jumhur fuqaha' Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menghukumkan berdehem didalam solat jika kerana HAJAT atau UZUR maka tidak batal solat, dan termasuklah berdehem untuk membaikkan suara didalam solat, atau berdehem bagi yang memberitahu akan ia sedang bersolat, atau tabiat kebiasaan yang tdak dapat diatasi. Manakala berdehem dengan sengaja didalam solat, tanpa uzur atau tanpa hajat, maka batallah solat menurut jumhur fuqaha"
Sumber :
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=70138
http://www.iluvislam.com/
Hawa Convention 2013 USIM - Set of Design
-
Hawa Convention 2 | 14 & 15 September 2013 | Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM)
Open to public, Women-Only
Site Visit for more info :-
Event Website: ...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment