Emas untuk mama

Hari ni antara hari yang saya nantikan. One of my dreams. Achieved.


Dulu. 7-8 tahun dulu, saya pernah hilangkan emas yang mama belikan untuk anak dia ni. Rantai tangan. Hilang ketika dalam perjalanan ketika menaiki motosikal. Patah balik tetap tak jumpa. Saya takut nak cerita. Tapi saya kena berani mengaku jujur. Dengan harapan mama tak marah dan tak ungkit. Alhamdulillah. Mama tak marah dan terima dengan hati terbuka.


Dan bermula saat itu, saya menyimpan hasrat untuk ganti balik emas tu dan belikan mama emas.


Alhamdulillah. Hari ni saya beli balik rantai tangan itu untuk saya (ganti yang mama beli untukku suatu ketika dulu) dan boleh dikatakan saya tiru balik pattern rantai tangan tu sebijik. Susah juga nak jumpa sebijik macam tu ya. Saya ingat kalau tak ada, memang nak tempah. Saya cari contoh, alhamdulillah kedai boleh gabung² modified sikit. Tak perlu tempah lama. Siap hari ni juga.


Dan,


Alhamdulillah. Saya mampu bagi pilihan untuk mama pilih emas yang dia berkenan. Tapi beliau hanya nak cincin sahaja. Saya minta dia tambah. Cincin juga pilihan keduanya. Dan itulah pilihan beliau.




Doanya mama happy. 


Tahun ni beliau sudah berumur 70 tahun. Saya gembira saya boleh realisasikan impian ini.


Masih ingat. Masa awal kerjaya saya, semasa simpanan saya sikit je, saya bagitau dekat diri, kena banyak memberi dekat mama. Mama nak chest freezer, duit bulan tu tinggal beratus je, takpe tak cukup untuk diri, tunggu gaji bulan depan. Saya pujuk diri. Sebab saya kena sedar, saya kena kejar, umur beliau makin meningkat. Sebolehnya saya nak tunaikan je apa yang mama nak.


Makin hari beliau makin penat. Nak nangis dah rasa. Selalu sangat dia cakap mama penat dah, buat kerja sikit pun dah letih, tak larat. 


Saya doakan Allah bagi nikmat kesihatan pada beliau, panjangkan umur mama dalam kebaikan, keberkatan, ketenangan, supaya anak² berpeluang ubati hati beliau seandainya pernah terguris, berpeluang bagi kebahagiaan pada beliau dunia akhirat.


Mama, i love you... sangat. ❤


Nukilan anakmu.

3.3.2021


I am crying 😭

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."