Bonus dalam kerjaya

Allahu Allah pemberi rezeki .. Terima kasih Rajaku.

Patut la bila orang dah kerja bank, biasanya kalau keluar bank tu, dia akan pergi bank juga. Jump jump bank jugak.

Masa aku tengah study, memang dah pasang impian untuk kerja di syarikat GLC (Government-Linked Company) atau syarikat swasta yang established. Bila isi latihan industri (LI) pun, aku dah pilih satu syarikat besar ni, tapi tak lepas. Aha. Kita punya pointer bukan banyak pun ada hati mohon sana kan. Hihi. Sudahnya tak dipanggil pun oleh Bank Negara Malaysia dan agak lewat dapat tempat LI. Kah! Ye aku mohon BNM ye. Ahaaa.

Saat akhir pencarian, terjumpa dalam iklan internet, apply terus dapat. Di sana tak banyak staf, dan alhamdulillah juga dapat masuk dan kenal orang2 di sana. Bila tak ramai staf, kita kena tahu semua operasi syarikat. Hampir semua kita buat. Dua tahun lebih juga di syarikat tersebut dan kenal speaker hebat as my boss. Sorry boss. Sebelum masuk sana, aku memang tak kenal beliau. Bila dah kerja sana, eh eh myUni MPP, pun panggil beliau bagi talk.

Hingga sekarang, hubungan aku dengan syarikat lama masih kuat. Kadang aku bantu event/ kursus mereka bersama pihak kerajaan atau swasta. Dua syarikat monopoli di Malaysia yang mereka handle kursus tu, antara organisasi kerjaya impian aku. Pernah mohon di salah satu organisasi tu, tak dapat. Hehe. Taste aku tinggi, segan pulak nak sebut nama, sebab tak dapat. Ahaks. Tak pernah la interview, sekadar hantar email, apply online.

Dewan kursus salah satu organisasi

Alhamdulillah, kini 4 tahun aku dalam industri perbankan. Rezeki dapat juga bertahan di sini walau hampir2 nak habis kontrak belum dapat keputusan. Alhamdulillah HR lepas juga, benarkan department aku serap sebagai permanent staff.

Tahun lepas, bonus pertama aku. Hanya pro-rated sebab hanya sempat 4 bulan sebagai permanent. Tapi MasyaAllah, itupun gembira sangat. Bos aku cakap aku paling tinggi % bonus. Cuma tak sebesar diorang, kira berdasarkan 4 bulan sahaja.

Awards masa kontrak

Tahun ni 2019, tahun pertama bonus cukup 12 bulan sebagai staf tetap. Bos cakap aku juga paling tinggi. Entah la sejauh mana, sebab aku jenis tak bertanya dan tak minta diorang share, melainkan diorang sendiri yang share. Sujud syukur sangat. Alhamdulillah Ya Allah. Pertama kali dapat gaji+bonus macam deposit beli rumah low cost. Oh rumah.

Ni satu lagi. Virus ke apa ni?

Inilah agaknya dah masuk bank, orang tak nak keluar2.

Rezeki ini bukan hanya untuk diriku sahaja. Rezeki keluarga juga. Sedekah paling utama sedekah untuk ahli keluarga. Hanya kita yang tahu sejauh mana situasi ahli keluarga kita. Serius kena banyak memberi dan menggembirakan ibu bapa. Esp my mum. Mak ayah kita umur dah berapa. Kita dah tak banyak masa nak gembirakan hati mereka dengan kerjaya kita, giving to them. Dari sekolah lagi, bila dapat hadiah dalam RM, mak selalu ajar share dengan adik beradik. Sebab tu kurang berkira dengan family. Rezeki ni doa banyak pihak. Thanks God Allah, Thanks everyone.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."