Kemahiran Pengurusan Masa!~

06 Feb 2010..
Aku merancang untuk sama2 menyertai Rehlah Amal usim..
namun,, perancangan Allah telah menetapkan sebaliknya..
aku tak berpeluang untuk ke Bagan Lalang merasai suasana rehlah di sana..
ini kerana aku, sebagai student junior yang patuh dan mengikut arahan.. he3
terpaksa menghadiri seminar iCeps yang dianjurkan students fem tahun 4..
diwajibkan bagi pelajar tahun 1 fakultiku..

antara yang hadir memeriahkan Rehlah AMAL @bagan lalang

Seminar yang diwajibkan bagi pelajar2 tahun 1 nie
merupakan 'seminar pembudayaan kemahiran insaniah'..
memang tak dinafikan, kemahiran insaniah memang aspek yang penting dan perlu dititikberatkan dalam melengkapkan diri ke arah manusia berkerjaya nanti.

Aku menghadiri ketiga2 slot.
dan slot yang amat menarik perhatianku ialah slot bersama Pn. Nurhazreen Mohd Nor iaitu seorang kaunselor usim. Beliau menyampaikan talk berkenaan kemahiran pengurusan masa. Ada baiknya aku mencatat di sini sebagai satu perkongsian dan sebagai rujukanku di lain hari..
walaupun aku tak berkesempatan untuk berehlah, aku cuba semaksima mungkin memanfaatkan masa di sini..

Apa anda akan jawab bila di tanya, "Apa khabar?"
...Baik!
Apa anda akan jawab bila di tanya, "Semua baik?"
...Bagus!
Apa anda akan jawab bila di tanya, "Semua bagus?"
...Hebat! (berserta gaya yang mesti lain dari teman2)

Penyataan di atas hanya starting talk nie..
Mengembalikan dan meningkatkan semangat dan keceriaan peserta..
Kami mesti menjawab dengan penuh bersemangat ala-ala askar.
Jawapan jelas, tak meleret menjawabnya.

selepas itu diikuti dengan satu module..
kami diberi kertas yang mempunyai beberapa kotak yang sama yang mengandungi angka 1-60 dalam keadaan berterabur.
Kami dikehendaki membulatkan angka bermula no. 1 hingga 60 dan suaikan dari satu angka ke angka yang lain sehingga no 60 dalam masa tak lebih 3 minit..
Dalam masa yang singkat tersebut,, hanya seorang yang dapat siapkan!~ ish3


Okeyh!~ masuk bab masa..
dalam sehari kita mempunyai 24jam.. tak lebih, tak kurang..
walau kita rasa masa tak cukup, masa lebih..
hakikatnya,, masa tetap ada 24jam sehari.
boleh terima?!
ingat!! masa tak tunggu kita, kita yang kena kejar masa!

sebenarnya masa boleh dibahagikan kepada 2 :
-masa kualiti
-masa kuantiti

apa itu masa kualiti?
iaitu masa yang anda gunakan untuk membuat perkara yang berfaedah tapi masih menjaga kualiti kerja anda

apa pula yang dimaksudkan dengan masa kuantiti?
=dalam masa yang sedikit pun, anda tidak dapat menggunakan masa dengan perkara berfaedah;
=dapat menyelesaikan kerja dalam masa tertentu, tapi tak berkualiti

KEPUASAN BELAJAR
-penggunaan masa diukur dari segi kualiti bukannya kuantiti


PERANGKAP MASA

i. Dalaman (sikap diri sendiri) ; cth: malas
faktor :
-tiada keutamaan kerja
-pengagihan kerja yang lemah
-suka memberi alasan
-tidak tegas (dgn perancangan anda)
-tangguh kerja

ii. Luaran (perkara yang berlaku di luar kawalan kita)
contoh :
-kehadiran kawan (ke bilik dsb)
-panggilan telefon


Kerja PENTING VS SEGERA


Ok, contoh situasi :
i. segera dan penting : kuiz esok, dimaklum hari ni
ii. tak segera dan penting : assignment (masa yang diberi mungkin panjang, tapi penting!)
iii. segera dan tak penting : mesej telefon
iv. tak segera dan tak penting : tengok tv, movie dsb

jadi, pandai2lah memilih keutamaan yang perlu diutamakan terlebih dahulu.. (awlawiyat)

JADUAL RUTIN HARIAN (Checklist for TODAY)
Catat : gunakan pen hitam/biru
Urusan selesai : tanda dengan menggunakan pen merah
(lebih jelas)


JADUAL RUTIN KERJA BULANAN (Planner)
contoh :

senaraikan tugasan, program dll dalam planner anda untuk memudahkan rujukan.
planner amat membantu anda!

What is the secret of SUCCESS...?
"RIGHT DECISION"
How do you make Right Decision...?
"EXPERIENCE"
How do you get Experience..?
"WRONG DECISION"

Lastly,
selamat menguruskan masa dengan sebaik mungkin!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."