pohon semalu berkait dengan wanita??

Kadang2 apabila terpijak pohon semalu.. kita terfikir.. apalah guna pohon ni. menyakitkan adalah. dah la boleh menyebabkan cedera. berdarah. luka. tp, saya ada terbaca rupa2nya pohon semalu ni ada kaitannya dengan wanita.. kalau direnungkan, betul juga yep. jadi, sama2lah kita terutamanya wanita mengambil iktibar dari pohon semalu ni dari 4 aspek..


Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..

Kedua ~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..

Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul 'Alamin)..

Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."