permohonan upu lepasan stam, bila bleh isi??

salam sahabat2 semua..

Ramai juga yang bertanya mengenai permohonan aplikasi dalam talian secara online bagi lepasan STAM.. Erm, sy rasa lpsn stam bleh mula isi lmbt ckt dr pljr2 spm.. n kemungkinan xde fasa2.. sila rujuk link ini untuk kepastian

https://online2.mohe.gov.my/portal_bpkp/images/TARIKH%20PERMOHONAN%20KEMASUKAN%20KE%20IPTA%200910.pdf

r click on the image below kalu x brp jelas dilihat dlm saiz yg kecil..

itu merupakan tarikh2 pembelian no. pin & pembukaan permohonan dalam talian bagi kategori tertentu.. kalau dilihat di situ, utk stam xde fasa 1 n 2.. yang mempunyai fasa 1 & 2 adalah pljr yg memohon bg lpsn spm..

Jadi, permohonan online upu lepasan stam dibuka bermula 3 Februari 2009M.. Untuk mengukuhkan keyakinan, sila klik link di bwh

https://online2.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/stpm/mohon.php

Jika di lihat pada paparan di tepi dinyatakan..

Itu pendapat saya berdasarkan tinjauan tersebut.. Kalu silap mata memandang, kalu silap mata mentafsir, atau mungkin berlaku perubahan, bagitau lah eh?!

harap2 dpt membantu meringankan kekeliruan semua.. ^_=

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru 1429H/2009M~

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. "

Salam Awal Muharram 1430H~

Selamat Tahun Baru 2009~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati jika tak dijaga...

Hati adalah tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegundahan. Hati juga sumber kebahagiaan, jika kita mampu membersihkannya, namun sebaliknya merupakan sumber bencana jika menodainya. Perbuatan kita menentukan lurus bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu bagus, maka akan bagus pula tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya."


Hati yang keras memiliki tanda-tanda yang boleh dikenali. Antaranya seperti berikut:

1. Malas Melakukan Amal Kebaikan
Malas untuk menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya, menunaikan solat tanpa ada kekhusyukan dan kesungguhan, merasa berat dan enggan, merasa berat pula untuk menjalankan ibadah-ibadah sunat. FirmanNya, ertinya, “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah : 54)

2. Tidak Tersentuh oleh ayat Al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, mereka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai dari membaca al-Quran serta mendengarkannya, bahkan enggan dan berpaling darinya. Sedangkan Allah Ta'ala telah memperingatkan, ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancamanKu.” (Surah Al-Qaaf : 45)

3. Tidak Tersentuh dengan Ayat Kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa-peristiwa yang dapat memberikan pelajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan sebagainya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak ada apa-apa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. “Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah :126)

4. Berlebihan Mencintai Dunia dan Melupakan Akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu ditimbang dari sisi dunia dan material. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja. Akhirnya, dia menjadi seorang yang dengki, egois dan individualistik, bakhil dan tamak terhadap dunia.

5. Kurang Mengagungkan Allah
Hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman melemah, tidak marah ketika larangan Allah dilakukan, serta tidak mengingkari kemungkaran. Tidak mengenal yang ma'ruf dan tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

6. Kegersangan Hati
Kesempitan dada, gundah-gulana, tidak pernah merasakan ketenangan dan kedamaian sama sekali. Hatinya gersang terus-menerus dan selalu gundah terhadap segala sesuatu.

7. Kemaksiatan Berantai
Antara fenomena kerasnya hati adalah lahirnya kemaksiatan baru akibat dari kemaksiatan yang telah dilakukan sebelumnya, sehingga menjadi sebuah lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu untuk melepaskan diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pohon semalu berkait dengan wanita??

Kadang2 apabila terpijak pohon semalu.. kita terfikir.. apalah guna pohon ni. menyakitkan adalah. dah la boleh menyebabkan cedera. berdarah. luka. tp, saya ada terbaca rupa2nya pohon semalu ni ada kaitannya dengan wanita.. kalau direnungkan, betul juga yep. jadi, sama2lah kita terutamanya wanita mengambil iktibar dari pohon semalu ni dari 4 aspek..


Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..

Kedua ~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..

Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul 'Alamin)..

Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Eidul Adha


Salam Aidiladha di ucapkan buat sahabat seperjuangan, semua teman2, guru2 n student mmp serta semua pengunjung blog ni..

Selamat Merayakan Hari Qurban Sedunia~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Malaikat dan Bani Adam


Diriwayatkan dari Imam Jaafar ash-Shadiq a.s bahawa beliau pernah ditanya oleh Abdullah bin Sinan : "Siapakah yang lebih utama malaikatkah atau Bani Adam?" Imam Jaafar ash-Shadiq a.s menjawab : "Amirul Mukminin (Imam Ali a.s) berkata :

"Sesungguhnya Allah menciptakan untuk malaikat akal tanpa hawa nafsu, menciptakan untuk haiwan hawa nafsu tanpa akal, dan menciptakan untuk Bani Adam keduanya akal dan hawa nafsu. Maka, barangsiapa akalnya mengalahkan hawa nafsunya, maka dia lebih baik daripada malaikat, dan barangsiapa hawa nafsunya mengalahkan akalnya, maka dia lebih rendah daripada haiwan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesukaan & Kebencian Allah

Sumber: DinHo


Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”
(Muslim)

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah.

Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."