permohonan upu lepasan stam, bila bleh isi??

salam sahabat2 semua..

Ramai juga yang bertanya mengenai permohonan aplikasi dalam talian secara online bagi lepasan STAM.. Erm, sy rasa lpsn stam bleh mula isi lmbt ckt dr pljr2 spm.. n kemungkinan xde fasa2.. sila rujuk link ini untuk kepastian

https://online2.mohe.gov.my/portal_bpkp/images/TARIKH%20PERMOHONAN%20KEMASUKAN%20KE%20IPTA%200910.pdf

r click on the image below kalu x brp jelas dilihat dlm saiz yg kecil..

itu merupakan tarikh2 pembelian no. pin & pembukaan permohonan dalam talian bagi kategori tertentu.. kalau dilihat di situ, utk stam xde fasa 1 n 2.. yang mempunyai fasa 1 & 2 adalah pljr yg memohon bg lpsn spm..

Jadi, permohonan online upu lepasan stam dibuka bermula 3 Februari 2009M.. Untuk mengukuhkan keyakinan, sila klik link di bwh

https://online2.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/stpm/mohon.php

Jika di lihat pada paparan di tepi dinyatakan..

Itu pendapat saya berdasarkan tinjauan tersebut.. Kalu silap mata memandang, kalu silap mata mentafsir, atau mungkin berlaku perubahan, bagitau lah eh?!

harap2 dpt membantu meringankan kekeliruan semua.. ^_=

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru 1429H/2009M~

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. "

Salam Awal Muharram 1430H~

Selamat Tahun Baru 2009~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati jika tak dijaga...

Hati adalah tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegundahan. Hati juga sumber kebahagiaan, jika kita mampu membersihkannya, namun sebaliknya merupakan sumber bencana jika menodainya. Perbuatan kita menentukan lurus bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu bagus, maka akan bagus pula tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya."


Hati yang keras memiliki tanda-tanda yang boleh dikenali. Antaranya seperti berikut:

1. Malas Melakukan Amal Kebaikan
Malas untuk menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya, menunaikan solat tanpa ada kekhusyukan dan kesungguhan, merasa berat dan enggan, merasa berat pula untuk menjalankan ibadah-ibadah sunat. FirmanNya, ertinya, “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah : 54)

2. Tidak Tersentuh oleh ayat Al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, mereka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai dari membaca al-Quran serta mendengarkannya, bahkan enggan dan berpaling darinya. Sedangkan Allah Ta'ala telah memperingatkan, ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancamanKu.” (Surah Al-Qaaf : 45)

3. Tidak Tersentuh dengan Ayat Kauniyah
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa-peristiwa yang dapat memberikan pelajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan sebagainya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak ada apa-apa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. “Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah :126)

4. Berlebihan Mencintai Dunia dan Melupakan Akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu ditimbang dari sisi dunia dan material. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja. Akhirnya, dia menjadi seorang yang dengki, egois dan individualistik, bakhil dan tamak terhadap dunia.

5. Kurang Mengagungkan Allah
Hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman melemah, tidak marah ketika larangan Allah dilakukan, serta tidak mengingkari kemungkaran. Tidak mengenal yang ma'ruf dan tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

6. Kegersangan Hati
Kesempitan dada, gundah-gulana, tidak pernah merasakan ketenangan dan kedamaian sama sekali. Hatinya gersang terus-menerus dan selalu gundah terhadap segala sesuatu.

7. Kemaksiatan Berantai
Antara fenomena kerasnya hati adalah lahirnya kemaksiatan baru akibat dari kemaksiatan yang telah dilakukan sebelumnya, sehingga menjadi sebuah lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu untuk melepaskan diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pohon semalu berkait dengan wanita??

Kadang2 apabila terpijak pohon semalu.. kita terfikir.. apalah guna pohon ni. menyakitkan adalah. dah la boleh menyebabkan cedera. berdarah. luka. tp, saya ada terbaca rupa2nya pohon semalu ni ada kaitannya dengan wanita.. kalau direnungkan, betul juga yep. jadi, sama2lah kita terutamanya wanita mengambil iktibar dari pohon semalu ni dari 4 aspek..


Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..

Kedua ~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..

Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul 'Alamin)..

Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Eidul Adha


Salam Aidiladha di ucapkan buat sahabat seperjuangan, semua teman2, guru2 n student mmp serta semua pengunjung blog ni..

Selamat Merayakan Hari Qurban Sedunia~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Malaikat dan Bani Adam


Diriwayatkan dari Imam Jaafar ash-Shadiq a.s bahawa beliau pernah ditanya oleh Abdullah bin Sinan : "Siapakah yang lebih utama malaikatkah atau Bani Adam?" Imam Jaafar ash-Shadiq a.s menjawab : "Amirul Mukminin (Imam Ali a.s) berkata :

"Sesungguhnya Allah menciptakan untuk malaikat akal tanpa hawa nafsu, menciptakan untuk haiwan hawa nafsu tanpa akal, dan menciptakan untuk Bani Adam keduanya akal dan hawa nafsu. Maka, barangsiapa akalnya mengalahkan hawa nafsunya, maka dia lebih baik daripada malaikat, dan barangsiapa hawa nafsunya mengalahkan akalnya, maka dia lebih rendah daripada haiwan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesukaan & Kebencian Allah

Sumber: DinHo


Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”
(Muslim)

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah.

Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hikmah Larangan Bernafas Ketika Minum

Sumber: Al-Arba'in Al-Ilmiah, Abdul Hamid Mahmud Thahmaaz

عن ثمامة بن عبد الله، قال: كان أنس بن مالك رضي الله تعالى عنه يتنفس في الإناء مرتين أو ثلاثة مرات، وزعم أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتنفس ثلاثا
صحيح البخاري، في الأشربة 5631 -

Dari Tsumamah bin Abdullah, "Dahulu Anas bin Malik radhiyallahu ta'alaa anhu pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi sallallahu alaihi wa sallam pernah melakukan hal itu (HR. Bukhari, No. 5631)

Dari Abu Qatadah dan bapaknya, Rasulullah bersabda, "Apabila salah seorang diantara kalian minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas), dan jika salah seorang dari kalian kencing maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya (HR. Bukhari 5630)

Sebagian ulama mengatakan, "Larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu bisa menyebabkan keluarnya ludah sehingga bisa mempengaruhi kebersihan air minum tersebut. Dan keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain. Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa." Aku ( Imam Ibn Hajar Al-Asqalani) berkata, "Dan yang lebih bagus adalah memberlakukan larangan hadits Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain.... Berkata Imam Al-Qurthubi, "Makna larangan itu adalah agar bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air ludah atau pun bau yang tidak sedap". Fat-hul Bari, 10/94.

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporer pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan, "Ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wa sallam dalam menyempurnakan akhlaq. Dan apabila makan atau minum kemudian terpercik ludah keluar dari mulut kita, maka hal itu merupakan kekurangnya sopan santun kita, dan sebab munculnya sikap meremehkan, atau penghinaan. Dan Rasulullah adalah adalah penghulunya seluruh orang-orang yang santun dan pemimpinnya seluruh para pendidik.

Bernafas adalah aktivitas menghirup dan mengeluarkan udara; menghirup udara yang bersih lagi penuh dengan oksigen ke dalam paru-paru sehingga tubuh bisa beraktivitas sebagaimana mestinya; dan menghembuskan nafas adalah udara keluar dari paru-paru yang penuh dengan gas karbon dan sedikit oksigen, serta sebagian sisa-sisa tubuh yang beterbangan di dalam tubuh dan keluar melalui kedua paru-paru dalam bentuk gas. Gas-gas ini dalam persentase yang besar ketika angin dihembuskan, padanya terdapat sejumlah penyakit, seperti pada toksin air kencing ... Maka udara yang dihembuskan mengandung sisa-sisa tubuh yang berbentuk gas dengan sedikit oksigen. Dari hal ini kita mengetahui hikmah yang agung dari larangan Rasulullah; yaitu agar kita tidak bernafas ketika makan atau minum; akan tetapi yang dibenarkan adalah minum sebentar lalu diputus dengan bernafas di luar bejana, lalu minum kembali.

Rasulullah memberikan wejangan tentang awal yang bagus dalam perintahnya tentang memutus minum dengan bernafas sebentar-sebentar. Sebagimana sudah kita ketahui, bahwa seorang yang minum 1 gelas dalam satu kali minuman akan memaksa dirinya untuk menutup/menahan nafasnya hingga ia selesai minum. Yang demikian karena jalur yang dilalui oleh air dan makanan dan jalan yang dilalui oleh udara akan saling bertabrakan, sehingga tidak mungkin seseorang akan bisa makan atau minum sambil bernafas secara bersama-sama. Sehingga tidak bisa tidak, ia harus memutus salah satu dari keduanya. Dan ketika seseorang menutup/menahan nafasnya dalam waktu lama, maka udara di dalam paru-paru akan terblokir, maka ia akan menekan kedua dinding paru-paru, maka membesar dan berkuranglah kelenturannya setahap demi setahap.

Dan gejala ini tidak akan terlihat dalam waktu yang singkat. Akan tetapi apabila seseorang membiasakan diri melakukan ini (minum dengan menghabiskan air dalam satu kali tenggakan) maka ia akan banyak sekali meminum air, seperti unta, dimana paru-parunya selalu terbuka.... Maka paru-paru akan menyempitkan nafasnya manakala ia sedikit minum air, maka kedua bibirnya kelu dan kaku, dan demikian juga dengan kukunya. Kemudian, kedua paru-parunya menekan jantung sehingga mengalami dis-fungsi jantung (gagal jantung), kemudian membalik ke hati, maka hati menjadi membesar (membengkak), kemudian sekujur tubuh akan menggembur. Dan Demikianlah keadaannya, sebab kedua paru-paru yang terbuka merupakan penyakit yang berbahaya, sampai para dokter pun menganggapnya lebih berbahaya daripada kanker tenggorokan.

Dan Nabi Sallallahu alaihi wassallam tidak menginginkan seorangpun dari ummatnya sampai menderita penyakit ini. Oleh karena itu, beliau menasihati ummatnya agar meminum air seteguk demi seteguk (antara dua tegukan dijeda dengan nafas), dan meminum air 1 gelas dengan 3 kali tegukan, sebab hal ini lebih memuaskan rasa dahaga dan lebih menyehatkan tubuh (Lihat Al-Haqa'iq Al-Thabiyyah fii Al-Islam, secara ringkas)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bulan Ramadh0n, Bulan Tarbiyyah, Jihad dan Pengorbanan

Pena ini dinukilkan hati ke hati
Ditulis oleh : Mohd Airil Syah Al-Qardhawi


Hadis 21 : Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu.

Bulan Ramadhan adalah tetamu agung yang datang bertandang kepada kaum muslimin. Setiap apa sahaja yang dilakukan padanya akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapa di hati dan bermaharajalela. Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi petunjuk kepada kita?

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kta mampu dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan secara maksima dan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar dan berdahaga semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam

Saudara-saudari sekalian…

Bulan Ramadhan ini juga banyak memberikan hikmah kepada kita selagi mana kita berada di batas-batas penjagaan supaya tidak terbatalnya pahala puasa. Ramai orang kita sekarang ini, cukup prihatin dan menjaga sungguh berkenaan penjagaan supaya tidak terbatalnya puasa tadi tetapi amat alpha dalam menjaga supaya tidak terbatalnya puasa. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Yang bermaksud;

"Berapa yang berpuasa tidak ada bahagian daripada puasanya kecuali lapar haus dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam terawih) tidak ada bahagian daripadanya kecuali hanya berjaga sahaja."
(HR Ibn Majah,Ahmad&Hakim)

Maha Suci Allah… melalui hadis tadi dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa betapa pentingnya menjaga pahala puasa dan penghayatan terhadap ibadah puasa ini. Sebagai contoh yang boleh saya ambil di sini yang cukup rapat dengan isu kampus iaitu cara pemakaian yang tidak betul yang dilakukan oleh siswi kita.

1) Mereka memakai baju kurung atau pakaian longgar tetapi mereka tidak mengguna stoking.
2) Mereka memakai tudung tetapi berpakaian ketat dan menjolok mata.
3) Mereka memakai pakaian ibarat memakai pakaian adik ketika mana di bangku sekolah dahulu.
4) Mereka memakai pakaian tetapi tidak bertudung (free hair).

Inilah gambaran yang boleh saya berikan untuk semua saudara dan saudari melihat kesalahan yang dilakukan ketika di bulan Ramadhan hatta di bulan lain juga seperti itu. Jadi inilah gambaran yang boleh kita lihat, reality kehidupan di kampus mahupun di tempat lain. Fikirkan???

Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah kepada umat Islam di dalam meniti hidup yang mungkin sebelum ini kita kurang prihatin dan mengambil peduli berkaitan tarbiyyah (mendidik diri) di dalam kehidupan kita namun bila datangnya Ramadhan kita amat gembira dan ada orang yang terlalu ghairah hendak beramal pada bulan tersebut. Namun peringatan daripada saya, keghairan untuk beribadah adalah baik tetapi biarlah berpada-pada, maksud saya di sini biarlah amalan itu kecil ataupun sedikit (mengikut kemampuan kita) tetapi tetap istiqomah (berterusan). Di dalam satu kisah ketika mana ada seorang sahabat bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada nabi; "Ya Rasulullah amalana apakah yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab; amalan yang baik di sisi Allah adalah, kamu beriman kepada Allah dan istiqomah (amalan berterusan walaupun kecil)."
Oleh itu, semua perkara yang dilakukan secara sukarela ataupun memaksa diri maka semua itu dikira sebagai tarbiyyah diri atau tarbiyyatun nafs.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan jihad, yang di mana pada 2H hari jumaat, 17 Ramadhan telah berlakunya peperangan Badar al-Kubra yang di mana peperangan ini telah digelarkan oleh Allah s.w.t. sebagai peperangan 'Yaum al-Furqan' (hari perbezaan yang hak dan yang batil). Peperangan ini juga adalah peperang yang pertama dalam Islam. Ia menjadi mercu tanda kepada pertembungan di antara iman dan kufur. Alhamdulillah, kaum muslimin di dalam perang Badar al-Kubra telah mencapai kemenangan. Walaupun jumlah musuh lebih besar daripada kaum muslimin iaitu 313 kaum muslimin melawan 1000 kaum kufar. Selain itu juga, peperangan lain ada berlaku dalam bulan Ramadhan seperti perang Tabuk, dan perang Fathul Mekah (pembukaan kota mekah). Saudara-saudari boleh merujuk di dalam kitab sirah yang muktabar.

Selain itu juga, bulan Ramadhan adalah bulan pengorbanan. Mengapa dan kenapa bula ini dikata bulan pengorbanan? Dalam bulan Ramadhan ini juga kita melihat ramai jundi-jundi (pejuang-pejuang Islam)kita telah gugur syahid di medan perang sebagai contoh mujahid terkini, pengeboman Syeikh Ahmad Yassin di Palestine, Syeikh Ahmad Yassin merupakan pencetus intifadah di bumi Palestine. Pembunuhan beliau terjadi apabila, beliau keluar selepas solat Subuh, peluru berpandu yang dijangka peluru tersebut mampu menghancurkan bangunan tinggi digunakan untuk mengebom syeikh Ahmad Yassin. Berkecai tubuhnya melainkan yang tinggal adalah kepalanya dalam keadaan senyum. Masya'Allah. ini adalah tanda syurga yang Allah telah berikan kepadanya ketika di dunia lagi, apatahlagi di akhirat kelak. Saya amat merindui bau syahid itu….
Pengorbanan tidak akan berlaku sekiranya kita idak mahu berkorban, namun orang ingin berkorban pasti akan terkorban.

Akhir sekali, Saya menyeru kepada kaum muslimin sekalian, marilah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan ini dengan kita cuba untuk menambahkan gerak kerja sumbangan terhadap Islam dan mantapkan dari segi ibadah, semoga segala amalan kita membuahkan hasil dan dinilai disisi Allah s.w.t. Allah berfirman yang bermaksud;

"Barangsiapa yang membuat amal kebajikan sebesar zarah nescaya Allah akan membalasnya (di akhirat kelak)."

Kita berasal dari syurga maka ayuhlah kita cuba untuk mengabdikan diri sebenar-benarnya (menjauhi segala larangan dan tahgut) agar kita dapat sampai semula ke dalam syurga Allah s..w.t. wallahu'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."