#Doa - Rezeki

Assalamu'alaikum


Saya akan mula letakkan doa² yang dikongsi oleh orang lain, yang saya kutip, saya jumpa, di dalam blog ini.


Hasratnya saya nak buat buku khas doa. Saya tulis setiap kali jumpa yang baru. Untuk amalan diri sendiri. Tapi belum tertunai. Apa kata saya simpan dalam blog kan.


Setiap kali jumpa saya download je. Simpan dalam galeri hp. Tapi dengan banyak-banyak gambar foto lain, tak termampu nak scroll cari doa je.


Dari hari ke hari, in syaa Allah kita usaha tambah zikir, tambah doa sebagai amalan harian.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beli Emas Public Gold Secara Ansuran?

Boleh ke beli emas secara ansuran? Dalam bahasa Public Gold kita panggil EPP. Easy Payment Purchase. Shariah EPP.


Saya suka jawab guna instrumen lain. Yang kita rasa biasa. Tak pertikai pun. Dari dulu lagi saya nak yakinkan diri pun saya akan buat perkaitan dengan benda lain. Yang bagi kita lebih nampak. Lebih yakin. Yang kabur makin jelas.


Ibarat begini.


Kita simpan duit dalam akaun bank boleh ke? Boleh je kan. Kita tak pernah fikir pun ia satu isu yang kita nak kena fikir.


Konsepnya begitulah. Di public gold, kita bayar harga emas tu secara bulanan selama 4 atau 10 bulan. Habis bayar, emas kita punya.


Macam kita tengah simpan duit dalam akaun bank dan target cukup duit nak beli emas, kita keluarkan bawa duit selonggok bayar, dapat la emas.


Tapi.. Itu belum tentu beli emas. Mana tau tetiba berubah hati. Dah ada RM5K untuk beli 20g emas, tetiba rasa beli iphone pun best juga! 🤣


Kang hasrat menyimpan, menyimpang jadinya.  😅🤭


PG Authorized Dealer

https://t.me/fmnMY


🛍 5.3.2021 - RM 243/g




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emas untuk mama

Hari ni antara hari yang saya nantikan. One of my dreams. Achieved.


Dulu. 7-8 tahun dulu, saya pernah hilangkan emas yang mama belikan untuk anak dia ni. Rantai tangan. Hilang ketika dalam perjalanan ketika menaiki motosikal. Patah balik tetap tak jumpa. Saya takut nak cerita. Tapi saya kena berani mengaku jujur. Dengan harapan mama tak marah dan tak ungkit. Alhamdulillah. Mama tak marah dan terima dengan hati terbuka.


Dan bermula saat itu, saya menyimpan hasrat untuk ganti balik emas tu dan belikan mama emas.


Alhamdulillah. Hari ni saya beli balik rantai tangan itu untuk saya (ganti yang mama beli untukku suatu ketika dulu) dan boleh dikatakan saya tiru balik pattern rantai tangan tu sebijik. Susah juga nak jumpa sebijik macam tu ya. Saya ingat kalau tak ada, memang nak tempah. Saya cari contoh, alhamdulillah kedai boleh gabung² modified sikit. Tak perlu tempah lama. Siap hari ni juga.


Dan,


Alhamdulillah. Saya mampu bagi pilihan untuk mama pilih emas yang dia berkenan. Tapi beliau hanya nak cincin sahaja. Saya minta dia tambah. Cincin juga pilihan keduanya. Dan itulah pilihan beliau.




Doanya mama happy. 


Tahun ni beliau sudah berumur 70 tahun. Saya gembira saya boleh realisasikan impian ini.


Masih ingat. Masa awal kerjaya saya, semasa simpanan saya sikit je, saya bagitau dekat diri, kena banyak memberi dekat mama. Mama nak chest freezer, duit bulan tu tinggal beratus je, takpe tak cukup untuk diri, tunggu gaji bulan depan. Saya pujuk diri. Sebab saya kena sedar, saya kena kejar, umur beliau makin meningkat. Sebolehnya saya nak tunaikan je apa yang mama nak.


Makin hari beliau makin penat. Nak nangis dah rasa. Selalu sangat dia cakap mama penat dah, buat kerja sikit pun dah letih, tak larat. 


Saya doakan Allah bagi nikmat kesihatan pada beliau, panjangkan umur mama dalam kebaikan, keberkatan, ketenangan, supaya anak² berpeluang ubati hati beliau seandainya pernah terguris, berpeluang bagi kebahagiaan pada beliau dunia akhirat.


Mama, i love you... sangat. ❤


Nukilan anakmu.

3.3.2021


I am crying 😭

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."