Ubatilah.. Risau penyakit dan luka bakal membinasakan..

Bismillah...

Entri pertama tahun 2014. Lama tak berblogging, itu biasa. Facebook pun tidak diupdate kerap, apatah lagi blog.

Tahun baru sangat sinonim dengan azam baru. Buka facebook, ada perihal azam masing-masing. Buka radio, slot azam mengisi jadual.

Azam ye... Hem.. Azam paling femes, menjadi lebih baik! =)

Azam spesifik, dalam jiwa dan biarkan Allah sahaja mengetahui. Kadangkala, azam yang diumumkan, boleh dirobohkan oleh pihak yang lain. Azam yang kuat diasak dengan sindiran (kadangkala), akan melemahkan semangat seseorang. Azam yang baik, biasanya disokong, teruskan dengan azam yang baik-baik. Namun, diriku tetap mengatakan, Allah sahaja berhak mengetahui.

Sekiranya tidak mampu berubah, Allah sahaja yang tahu betapa lemahnya kita, Allah sahaja mengetahui sejauh mana kita berusaha, tanpa diperlekeh oleh individu lain, juga menjauhi mereka dari menambah dosa yang sengaja dibuat sendiri malah mengecewakan orang lain.

Pernah salah seorang rakan menyebut ungkapan ini seingatku sewaktu kami masih di sekolah rendah seakan-akan begini, "Kau ni baik. Mesti kau ni tidak ada salah dengan manusia."

Itu zaman cilik budak-budak. Tapi, ungkapan itu membuatkan aku terfikir, sekiranya kurang salah dengan manusia yang lain, untungnya kalau salah dengan Allah pun tidak ada, salah dengan mak ayah juga tiada. Indahnya hidup, mati lagi indah.

Dewasa ini, memang diakui banyak salah dengan manusia. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesedaran buatku untuk tahu itu salah, ini salah. Dengan izin Allah, aku berharap dapat robohkan kelemahan tersebut. Itu azamku! Seperti kata guruku, hidup ini banyak disebabkan pilihan kita. Jauhi diri dari meletakkan sesuatu kerana takdir semata, agar tiada unsur menyalahkan pencipta. Sekiranya kita mempunyai sikap, etika atau adab yang kurang baik, akui atau katakan, 'kesalahan ini' bukan kerana Islam tetapi kerana diriku sendiri. Sekiranya kita berada dalam kalangan bukan Islam, bahayanya apabila kesalahan ditunding kepada Islam walhal individu yang bersalah. Allah, sanggupkah kita sekiranya menanggung fitnah kepada agama yang tercipta disebabkan kita? Sudah tentu tidak. Ya Allah, jauhilah kami dari kesalahan yang membuatkan Engkau murka dan tidak meredhai kami.

Ya, Allah.. Sesungguhnya aku lemah, engkau kuatkan aku. Ya Allah, aku mohon... jangan tinggalkan aku walau sesaat pun, bimbinglah aku, mudahkan aku untuk membuat kebaikan, kebajikan, melaksanakan amanah, tanggungjawab, sebagai hambaMu Ya Allah.... Kurniakan aku insan-insan yang mendekatkan diri padaMu bukan menjauhkan aku dariMu.

15 Rabiul Awal 1435H

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."