IT COURSE


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu

"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."

Hadis Rasulullah SAW yang perlu dijadikan dorongan dalam mempertingkatkan ilmu dalam diri. Sejauh mana kepentingan ilmu itu dalam membentuk keperibadian muslim sejati? Tanpa ilmu kita diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda, fizikal dan emosi akan bertindak mengikut ketidaklogikan akal, segala tindak- tanduk yang dilakukan juga tidak berasaskan ilmu. Ironinya, segala kerja yang dilakukan hanya mementingkan tuntutan duniawi tetapi tidak ukhrawi.

Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata, "Ilmu lebih baik dari harta, harta jika dibelanjakan akan berkurang, tetapi ilmu jika disebarkan akan bertambah."

Hanya dengan ilmu, sifat takbur, ego, riak dan mementingkan diri dapat dileraikan. Hanya dengan ilmu, kasih sayang sesama mukmin akan bertaut, ukhwah terjalin, silaturrahim bercambah. Hanya dengan ilmu, kekuatan jihad dapat diperkukuhkan. Hanya dengan ilmu, ketidakstabilan kerohanian tidak akan berlaku. Hanya dengan ilmu, kasih sayang semata-mata kerana Allah akan menjadi seluas-luasnya. Hanya dengan ilmu, keikhlasan akan bertapak dalam jiwa. Hanya dengan ilmu juga, perpecahan dan perbalahan sesama muslim tidak akan berlaku.

Ketahuilah sesungguhnya, ilmu itu akan menjadi benteng dan pendinding diri dalam peperangan menentang syaitan dan nafsu. Ilmu itu juga akan dapat meningkatkan darjat hamba-Nya pada pandangan-Nya. Namanya dimuliakan sama ada oleh penduduk dunia dan paling istimewa sekali apabila namanya sangat popular dalam kalangan penduduk langit.

"Demikian tingginya darjat orang yang menuntut ilmu sehingga para malaikat bersikap hormat terhadap orang yang menuntut ilmu. (Riwayat Abu Daud)

Jadi, marilah kita sama-sama melapangkan masa untuk menuntut ilmu. Semoga Allah memberi keberkatan kepada masa yang kita ada. Kesibukan itu adalah ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa berada dalam naungan rahmat-Nya yang Maha Luas. Gunakan semaksimum masa yang ada untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.

"Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui." Surah Az-Zumar, ayat 9.

Taddabur ayat di atas dan semoga kita mengambil pengajaran bahawa pentingnya ilmu Allah itu dalam diri seseorang hamba dalam kehidupan era milenium yang sangat mencabar ini. Hanya dengan ilmu dapat membatasi dan menjadi pendinding diri supaya tidak terus- menerus melakukan kemaksiatan yang membawa kepada matinya hati. Semoga Allah terus melindungi dan menaungi rahmat-Nya ke atas kita.

Sumber: iluvislam.com

Kuasai ilmu... & Kuasai Bidang Pengajian kita!

Bimbangnya. Diri ini masih lagi lemah untuk menguasai ilmuMu Ya Allah. Moga dipermudahkan menuntut ilmu dan memahami ilmu2 yang dipelajari. Mudah2an ingatan kuat untuk mengingati apa yang didengar, apa yang dibaca dan apa yang lihat. Mudah2an setiap detik menimba Ilmu dikira sebagai ibadah. Allahurabbi, permudahkanlah jalan menuntut ilmu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemuda11 KKCC

KEMUDA 11, KKCC, USIM

Kem Kemantapan Pemimpin Muda 2011
Kolej Kediaman Camelia Court
Universiti Sains Islam Malaysia
22-23 Januari 2011

[khusus untuk JAKSA, AJK KKCC & bbrp org adik2 tamhidi]

Sesi Taaruf **35 org peserta. btul? ingt 9998<--ape nie? :D jumlah ahli dalam group~ Grouping **bina rangkaian dgn benang.. ape jd? byk takrifan. hbt2

Group Panas (faslus sOiff)

Group pa ya. lupa.

Explorace **Group Panas juara! yah, my group. aha~ biar x menyumbg pom. habuk pun xjmp
Jungle Trekking **dalam sejam lebih. mujur bkn 3jam. x larat lo. huhu
Night Walk **perempuan, berempat. heh3.. aci x?

Masak nasi+sardin+telur dalam buluh **br tau cara. xprnh tgk. hee
Tido dalam khemah atas bukit dalam hutan **sdeh, xleh tdo. dkt fajr, br leh lelap. asyik kacau org je. kna marah sudah. :(

flying fox ~ first experience. tp bkn naik cam biase. jd superman. ultraman bleh gak. heh.

"fly2~ we see the sky. go. go. we grab the star!~" chanting group panas. hoho. bleh apply time flying fox lg. :))

THANKS TO En. Azmir (pengetua KKCC) and all felo n staff
THANKS TO ALL OF YOU.

..Experience..

**gmbr xbyk. dalam hutan, xleh tgkp gmbr byk2. huhu.. ya ka? hii.. + xde bateri. adeh,, akibat xcas sblm mai. jadi part naik flying fox dan hari2 last memang dah xsempat dengan bateri. walau xsmp byk ratus,, tapi 100 ke atas smp jgk lah. hee.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terjebak~

"Dulu hanya berdebat di dalam kelas. Bukan main prepare 1 tajuk. Hanya 1 kan. Senang.."

Bagaimana? Macam mana? Kenapa?

Tetiba terlibat dengan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor bagi tahun 2011 yang diadakan pada 25-26 Februari 2011. Pada awalnya, memang terlibat. Tetapi hanyalah sebagai runner debat. Bukan pendebat. Haha. Confius~

Tapi itulah realiti yang kena hadapi waktu itu. Kena prepare 9 tajuk. 1 lagi tolak terus untuk final. Memang jangkaan tak akan sampai peringkat tu.

Debat Bahasa Arab FEM. Fakulti Ekonomi & Muamalat. Hem, agak lambat setup team dari fakulti lain yang dah siap training berbulan2 mungkin. FEM, nak setup 1 team pun susah. maaflah, xcukup 1 team lagi. Team FEM yang 1 nie pun setup dalam 3,4 hari sebelum pertandingan. hee. Lepas tu mula la kelam kabut cari debaters. Huhu. Mangsa2 nya adalah.. ("_)

"tak mampu,, tak yakin. Sebab dah dekat sangat dengan pertandingan."

"Boleh punya. Tak ada orang nie. Boleh tolong cari lagi untuk cukupkan team. Kalau boleh nak hari ni juga."

Adeh. Siap kena cari orang lagi. Huhu. Tak sempat nie. Dah la minggu depan test 3 paper. Ok2,, fight2 for my faculty. Haha.

Akhirnya tersetuplah team yang cukup ahlinya pada hari Khamis 23hb. Huhu. 25 hb hari Sabtu ye. Haa,, 2 hari je lagi. Prepare la kamoo ya. Adoyaii.

Team Arabic Debate, FEM A -- Hafiz Ihsan, Samihah, Hidayah dan Fatimah

Usul Debat Bahasa Arab bagi Debat NC '11 :

1- حل المشاكل العنف لدى الطلاب مسئولية الأفراد

2- الغرامة خير وسيلة لتهذيبأخلاق الشباب

3- المشاركة في الأنشطة الطلابية بالجامعات تساعد على تقدم الأكاديمي

4- الزراعة أساس تقدم اقتصاد البلاد

5- توجيه النظام التعليمي لمواجهة تحديات سوق العمل أفضل

6- السلع المحلية أفضل من السلع المستوردة

7- توحيد الجهود التشريعية والتنفيذية لمعاربة الرشوة في ماليزيا ضرورة

8- هروب الخدمات من العمل المنزلي مسئولية مستقدميهن

9- الحوار أفضل سبيل لتسوية المشكلات والأزمات الحزبية

الأخير :

السطيرة على المدونات الإلكترونية "blog" على شبكة الإنترنيت ضرورة

....


UNDI. haa,, nie sape pny idea nie. hee. sorie2 empunya tuan. xmarah pun. geram. haha. melalui undian setiap tajuk (dari 9 tajuk), terkena plak...

Speaker 1 (Definisi) - 2 tajuk
Speaker 2 (Isi) - 2 tajuk
Speaker 3 (Patah hujah,, bangkang lawan) - 4 tajuk
Reserve - 1 tajuk

Huh. mana boleh camnie~~
kena ikut kemampuan la.
asal kena jadi orang no 3 banyak sgt?
......tak di layan. -.-

Sebab apa xnak jadi orang ke3?
sebab akan jadi kalut. org x pro kan. huhu
ye la kena dgr n catit hujah semua pihak lawan
dan kena pikir plak camne nak radh (bangkang)
dan yg susahnye, kena BA kuat. nak bangkang nie..

Sebelum pertandingan dapat mesej dari ketua team memberi semangat dan kekuatan.. "Tahniah bg bakal pendebat besok...buang stress. tguh dgn isi. Kukuh dgn peribadi. Mantapkan dengan zikrullah, InsyaAllah pntas berkata2. Barakallahufik!"

Pastu, dapat mesej nie lepas ckp susah nak teruskan. xmahir sgt kan. "Xpe pnglmn tu, pyh nk dpt. Truskan berjuang hatta ke titisan darah terakhir! Allahuakbar!"
Macam berjuang betul. Hehe. Xpa2. Terima je. Yah, fight for my faculty~ huhu

Bila berdepan dengan orang hebat..
Seolah2 dah menyerah kalah awal2 lagi. hee

Pusingan pertama dah kena lawan FSU. FSU B. (jadi pencadang ke-3)
bahasa mereka. maksudnye almost their subject in arabic. and well-training team. habis~ Team Ibrahim Husin. YDP USIM. huhu. Natijah, of course berpihak pada mereka. hua3..

Pusingan kedua lawan FKP A. (jadi pencadang ke-3)
Team K.sya bas catar. yang kini dah berkahwin dengan foreigner. Selalu dengar diorang cakap BI. maybe sometimes BA kot. Mungkin nasib kami, pusingan nie kami menang. Alhamdulillah.

Pusingan ketiga lawan FSU A. (jadi pembangkang ke-2)
FSU lagi. Baru je nak tingkat semangat balik selepas menang. nak cover margin tinggi yang dapat masa lawan FSU B. huhu. Okies. lawan Team Najat plak ye. Haha. Redah je. Toin3.. kalah~ hee

Pusingan keempat lawan JATI. (pembangkang ke-3)
Team Abu Baccar, foreigner mana? aha2 lupe. Time pusingan nie lawak2. Mungkin sbb Abu Baccar. haha. Sebab dia seorang yang bersemangat jawab ape2. seronok budak2 nie asyik mudakholah (mencelah). haha.

"Anta malizi..?" "Yah!! Ana fii malizia........"

Haha. Dia kan bukan orang malaysia. Saje je hafiz nak kenakan kot. Sbb bercakap psl Malaysia kan. Huhu. At last,, kami kalah juga. hee.. pi lucu lar.

Pusingan kelima lawan Pandan Indah. (pencadang 1st)
Budak2 medic, dentist. huhu. kmi kalah juga.

Saje je nak citer pengalaman. Tak expect pun menang dan memang tak menang pun. huhu. Kemenangan milik orang yang berusaha. Mungkin mereka usaha lebih. Jadi, merekalah pemilik kemenangan tersebut. Takpe, kami redha dari awal pun lagi. huhu. *Mana bleh menyerah awal2*kawan marah..huhu* k2.

Ye, yang penting experience and mungkin menguatkan kembali bahasa arab ku. Yang peliknya, bleh plak mengarang nak cakap ape dalam masa yang agak singkat. Kalau lecturer bagi kerja buat esei pun xsiap sepantas tu. haha.

Masa masuk debat hari tu, dah lama tak belajar bahasa arab. Ada subjek arab. Tapi bukan fokus la. So, xguna sgt. Tak fresh sangat otak nie dengan BA. pi alhamdulillah. mampu jugak lawan. walau xmenang pun. Ingat dah xde isi nak cakap ape. Tapi habis jugak masa 7 minit tu. Siap dapat amaran suruh berhenti. *3 kali loceng* huhu.

Sekian~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hargailah.. Anda akan dihargai

Rambutan Yang Sedap!


Suatu hari, seorang petani bercadang menghadiahi setangkai rambutan terbaik dari kebunnya, kepada seorang pengembala kambing bersebelahan kebunnya.

"Rambutan ini adalah rambutan terbaik dari kebun hamba. Ambillah."

"Alhamdulillah, terima kasih tuan hamba. Hamba akan sampai rambutan ini kepada Tuan Jalak," tungkas si pengembala.

"Tidak. Rambutan ini hadiah hamba untuk tuan hamba, bukan kepada Tuan Jalak."

"Untuk hamba?"

"Ya. Kerana setiap kali hamba memerlukan bantuan mengangkut air ketika musim kemarau, tuan hamba selalu membantu hamba. Kadang-kadang tuan hamba memberi hamba minum. Pemberian ini adalah tanda syukur hamba kepada Allah dengan anugerah tanah yang subur dan ditumbuhkan buahan yang cukup cantik ini, dan semoga tuan hamba sentiasa dipayungi rahmat, insyaAllah."

Saling Menghargai

Si pengembala sangat kagum akan buah rambutan itu, kelihatannya begitu segar dan sedap! Si pengembala ini teringan akan tuannya, iaitu Tuan Jalak, yang selalu memberi peringatan kepadanya agar berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Lalu, si pengembala ini membuat keputusan untuk memberikan rambutan tadi kepada tuannya.

Tuan Jalak sangat berbesar hati menerima pemberian pekerjanya. Kebetulan pada masa itu, isterinya Tuan Jalak sedang demam. Maka Tuan Jalak memberi rambutan tadi kepada isterinya.

"Semoga rambutan ini memberi kegembiraan kepada Dinda," kata Tuan Jalak kepada isterinya.

Begitupun, si isteri ini terfikit untuk memberi rambutan ini kepada pembantu rumahnya yang menjaganya dengan begitu baik sekali sepanjang dia sakit. Pembantu ini merasakan dia tidak layak menerima pemberian itu, lalu diberikan pula kepada tukang masak, yang selama ini memasak makanan yang enak-enak untuk Tuan Jalak sekeluarga, tetapi jarang sekali dia merasa makanannya sendiri.

Si tukang masak amat gembira dengan pemberian itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bertemu dengan jirannya, lalu memberikannya kepada jirannya itu. Fikirnya, tentu jirannya amat menyukai rambutan ini. Walau bagaimanapun, tukang masak ini terkejut, apabila jirannya menangis terharu menerima rambutan tadi.

What you give, you get back!

Rupanya, jiran tukang masak ini ialah si petani di awal cerita tadi. Masakan tidak terharu, apabila dia menerima kembali pemberiannya pagi tadi, tanpa sedikit pun tidak dimakan. Malah masih kekal cantik dan segar. Lantas, si petani ini kembali kepada pegembala tadi.

"Tuan hamba ambil dan makanlah. Memandangkan tuan hamba berseorangan di sini, mudah-mudahan rambutan ini akan menggembirakan tuan hamba." Si pengembala tadi tersenyum bahagia menerima rambutan itu.

Perkongsian iluvislam: Wan Mohd Firdaus

*********

Indahnya bila semua mempunyai nilai dan tahu menghargai dan dihargai.
Mulakan memberi penghargaan kepada orang lain, bukan hanya mengharapkan penghargaan orang lain kepada kita. Hargailah orang di sekeliling kita.

Apply pada ilmu bermakna kita memberi pengetahuan kita kepada orang lain, mengajar mereka apa yang kita ketahui samada ilmu kita, kemahiran kita, atau apa-apa yang bermanfaat. Berilah. Kongsilah. kerana yakinlah kita akan memperoleh lebih dari itu kerana segalanya milik Allah. Sifat ilmu itu, makin diberi makin bertambah. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Insya Allah, orang yang bersyukur dengan pemberian dan anugerah Allah akan menjadikan nikmat itu satu rahmat kepadanya. Mudah-mudahan. Moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang bersyukur.

What you give, you get back!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."