IFF suatu penghinaan!

IFF
Islamic Fashion Festival?
Masyarakat Islam! Buka mata anda!
Inikah pakaian Islam yang mengikut syariat?

Dari mana datangnya model2 ini? Islamkah mereka?

inikah konsep Islam yang mereka katakan?

Sesungguhnya, Islam sedang dihina!
Melalui pemimpin Islam sendiri.
Adakah kita perlu mengiyakan sahaja kerana beliau pemimpin kita?

Anda lihatlah siapa yang hadir pada majlis tersebut.
Orang Barat juga memenuhi?
Sokongan yang jitu!
Siapa yang memperagakan pakaian tersebut?
Yakinkah anda itu orang Islam?
Jika orang Islam sekalipun, adakah anda akan mengiktiraf?
Jika orang bukan Islam, layakkah pakaian mereka dilabel sebagai pakaian Islam?

Kalimah Muhammad diletak dan dipamer di dada wanita tidak menutup aurat!
Cukup dengan hanya meletak kalimah Islam boleh dilabel pakaian Islam?
Walaupun terang lagi bersuluh pakaian terdedah aurat?
Sungguh! Suatu penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam itu sendiri!


Serapan budaya Barat makin kuat
Suntikan barah penyakit sosial makin hebat

Banggakah negara apabila IFF telah disiarkan oleh tv antarabangsa CNN?



To show the beauty of Islam? Ini bukan keindahan Islam!
True spirit of Islam? or follow the spirit of west?

Malaysia makin dikenali diperingkat antarabangsa... Hebat!?
Menjadi salah satu negara yang akan di TRANSFORMASI kan!

Orang yang berilmu pasti tahu kebenaran..
Orang yang berfikir pasti tahu agenda yang dibawa..

Fikir,, dan jika anda mampu mengkaji, kajilah..
Siapa disebalik tabir penganjuran majlis ini!??
Siapa akar umbinya!?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah itu Maha Pengampun

Kisah 1

[Kisah pada zaman Nabi Musa]

Masa tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan.. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang.. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2..
Bertanyalah Nabi Musa pada Allah, "Kenapa ya Allah?"

Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.."

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,"Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.." Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..

Tak semena-mena.. Hujan pun turun mencurah-curah.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah? Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat." Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.."

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata-kata Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."


Kisah 2

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasulullah saw menjawab, "Ya, akan ditulis."
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan dihapus."
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan ditulis."
Lelaki itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasulullah saw menjawab, "Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata, "Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?" Rasulullah saw menjawab, "Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun." - (HR Thabrani dan al-Hakim)


Ya Allah. Sesungguhnya aku begitu terharu. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun segala dosa hamba2Mu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No couple!

Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...

01. Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.

02. Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

03. Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.

04. Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

05. Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

06. Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasihat buat penuntut ilmu

Salam buat semua!

Dah lama menyepi. Hati berkobar2 nak menulis, nak bercerita, nk update blog. Tapi, masa pula tak mengizinkan. Kesempatan kurang. Hari-hari yang dilalui sentiasa sibuk. Di kampus dari pagi sampai malam,, sampai di rumah dalam pukul 11 malam sudah menjadi rutin. hu3

Hari ni merupakan hari pertama study week la kot. hoho.. Minggu lepas banyak huluran maaf dan nasihat dari lecturer2 kerana last lecture untuk sem ni. Mereka sentiasa mendoakan agar kejayaan mengiringi kita.

Aku teringat pada kata-kata Ustaz Najib iaitu pensyarahku yang mengajar subjek usul fiqh. Walaupun Ustaz Najib digeruni oleh anak2 didiknya kerana ketegasannya, tapi dalam masa yang sama aku suka mendengar ilmunya. Dalam membuat assignment, ketelitian amat diambil kira. Kira ustaz seorang yang meticulous la. Hamzah wasal, hamzah qoto' jangan tersilap, potong markah. Sebelum noktah di 'space' kan pun kena tolak markah. Ramai juga merungut. hu3.. tapi aku selamba je. mungkin aku juga begitu. mungkin. Kerana dalam diam aku suka mempertikai kecermatan dalam sesuatu penulisan terutamanya yang rasmi. hehe. Kalau dulu kat sekolah, aku pernah menjadi s/u sesuatu badan, pengumpul data-data maklumat. Biasanya aku akan perhatikan nama ahli tidak tersilap ejaan. Apa yang mereka tulis, itu yang aku catat. Sebab itu, nama yang ditulis salah, aku kekadang pertikai. hehe. Rujukan dah betul, lain pula yang ditulis. Tahu, semua nak cepat. hu3. faham je. saje nak ingatkan. hee..

Teringat satu modul dalam satu program. Kami diminta menulis kelebihan orang di sebelah kanan kami. Time tu, dah la duduk dengan orang yang kita tak mengenali sangat character dia. Orang yang menilai aku pun tak mengenali sangat diriku. Tapi bila mendapat kertasnya, apa yang ditulis? aku seorang yang teliti. huh. betul ke? Aku terus bertanya, kenapa dia boleh meletakkan sifat itu padaku. Katanya terlintas sifat itu selepas melihat aku mengoyakkan kertas. Bagaimana caranya, ha3,, xperlu la kot. Tapi itu yang dia terjemahkan.

Eh, jauhnya. tadi kata teringat kata2 ustaz. Tak terkeluar2 lagi. hoho. Ingat kata-kata ustaz, yang selalu student FEM kena.

"Jangan bermusuh dengan bahasa arab"


Kenapa ayat ni diungkapkan? Hu3.. Student FEM kebanyakannya dianggap tak minat bahasa arab. Tapi tak semua. Aku peminat bahasa arab. Cuma tidak mengambil jurusan bahasa. Mungkin kerana aku lebih berminat dengan pengiraan. Begitu juga aspek IT yang menjadi minatku. Selalu ditanya persoalan padaku, kenapa tak ambil bidang IT? Bagi aku, biarkan. Jadikan ia sebagai suatu kelebihan. Aset aku. Aku fokus bidang lain, tapi dalam masa yang sama aku develop skill lain. Lagipun aku tak suka teori. ha3.. Fokus bidang IT, banyak teori. Aku suka praktikal terus. huhu.. Tapi, begitulah. Jangan benci bahasa arab kerana ianya bahasa Al-Quran, bahasa syurga. Tapi, kuasailah. Kuasai kerana kita sudah mempelajarinya. Jangan tinggalkan bahasa Arab, kelak kamu akan menyesal**xingat sape yang kata.

Dalam fasa menghadapi exam, ustaz pesan, mintalah dilapangkan dada. Ustaz bawakan ayat Al-Quran dari surah As-Syarh, Firman Allah Taala:

ألم نشرح لك صدرك ووضعنا عنك وزرك الذي أنقض ظهرك ورفعنا لك ذكرك

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? [1]
dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, [2]
yang memberatkan punggungmu (tanggunganmu), [3]
dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu, bagimu, [4]

فإن مع العسر يسْراً إن مع العسر يسْراً

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, [5]
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, [6]

فإذا فرغت فانصب وإلى ربك فارغب

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetapkan bekerja keras (untuk urusan yang lain) [7]
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. [8]

Antara syarat dipermudahkan dan dibolehkan kita melaksanakan dan melakukan sesuatu ialah dengan Allah melapangkan dada kita. Dengan keadaan hati yang serabut, kusut, mungkin akan mempengaruhi kita melaksanakan sesuatu. Contohnya nak membaca. Tapi dalam masa yang sama fikiran bercelaru, hati tak tenang, mungkinkah kita dapat fokus pembacaan kita. Atau mungkin tinggal terus. Tak baca langsung. Sebab itu pentingnya Allah melapangkan dada kita. Kalau rasa sempit hati, kita sebenarnya tidak menuju kejayaan. Jadi mohonlah kelapangan dada disamping memohon kejayaan, ketenangan, kefahaman dsb.

Dari segi i'rab (nahu), perkataan kesusahan dibawa dalam bentuk ma'rifah (معرفة) dan perkatan kesenangan dibawa dalam bentuk nakirah (نكرة). Kata ustaz, sesuatu benda yang disebut dengan ma'rifah iaitu kesusahan, adalah sesuatu yang diketahui, iaitu benda yang sama. Jadi kesusahan yang kita lalui adalah sama. Tapi, kesenangan itu sesuatu yang berbeza. Bentuk kesenangan yang Allah berikan, kadang-kadang kita tak boleh tafsirkan, tak pernah terfikir, kerana ianya berbeza.

Sesungguhnya orang muslim tidak takut pada kesusahan kerana setiap kesulitan hadirnya kesenangan. Percayalah! Itu janji Allah!


Nasihat ustaz lagi,

"Jadilah orang yang mengejar akhirat, jangan jadi orang yang mengejar dunia"

Kalau kejar dunia, tak ke mana. Tapi kejarlah akhirat, itulah yang hakiki. Itu hakikat nabi, hakikat Islam yang tersebar luas ke serata pelosok dunia. Dalam menegakkan kalimah Allah, tentera Islam berperang untuk mati kerana mereka mengimpikan syurga Allah. Tetapi orang kafir berperang untuk menang semata-mata.

"Belajar untuk dunia, belum tentu dapat akhirat. Belajar untuk akhirat, untuk dunia dapat bersama."


Terima kasih guruku atas nasihatmu. Moga aku tidak lupa dari hakikat menimba ilmu.

Ya Allah, lapangkan dadaku, jernihkan fikiranku, tenangkan jiwaku. Moga aku dapat kuasai ilmuMu.

Good Luck Final Exam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."