Siapakah orang itu...?


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikankehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawaTuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah, lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkn harta.


Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua, ketika ia tidak siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Andai ia mengena pada diri kita sendiri.. teruskanlah, jika ia merupakan suatu kebaikan, namun jika ia keburukan, usahalah untuk menjauhkan perkara tersebut seterusnya meninggalkannya.. Astaghfirullahal 'azim..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Good Luck!~


اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا٬ وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

"Ya Allah tiada kemudahan kecuali apa yang Engakau jadikan mudah, Sedangkan tanah yang gersang sahaja apabila Engkau kehendaki dapat menjadi subur."
(Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

Selamat menduduki final exam kepada semua sahabat2 yang akan dan sedang exam.. yang telah exam, diucapkan good luck for your result. All the best!

::ha3.. termain dgn design plop. so, post je la. he3::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makin rajin~ haha

study week dah nak abih!~
maknanyer final exam dah hampir..
bacanyer mcm mn wahai empunya diri?
bertambah rajin berblogging ada la..'
melawat blog2,, rantau2,, entah dh smp mn.. hu3
sekejap buka fb, sekejap buka email..
sekejap menjenguk blog, sekejap m'design..
aduh.. masalah jgk nie. hee~
kenapalah,, makin rajin wak benda2 nie time nak exam ni..
tetiba idea datang, mcm xnk berhenti..

okeyh!~ fokus2..
siapkan 1 task lg! lepas tu, study plak!
okeh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah sahabat2ku~


aku selalu merantau blog-blog.. dari satu blog ke blog yang lain. sudah menjadi hobiku agaknya. satu persatu aku jumpa dengan blog yang empunya tuannya aku kenal. walaupun mereka tak mengenaliku. tapi, kebanyakkannya, bukan kebanyakkanlah, tapi semua blog2 mereka, begitu bermanfaat. ilmiah. setiap kali aku membaca setiap entri sahabat2, diriku tertunduk malu. bagus. hebat. perkongsian yang menarik. setiap bicara penulisan mereka amat bernilai. bermanfaat. aku? aku tak niat nak samakan diriku dengan yang lain. sebab aku tahu, aku taklah sehebat mereka. tapi aku tetap merasa begitu malu. entah kenapa. tapi mungkin entri postku tidaklah banyak memberi manfaat. terutama apabila aku berbicara mengenai kehidupanku. maaflah, jika ianya banyak merapu, otai2.. aku cuba menceriakan suasana sebenarnya.. haha.

tapi, trustly aku beritahu, perkongsian shbt2ku memang bermanfaat. tak kiralah, berbicara mengenai apapun, selalu ilmiah. hatta mengenai kehidupan, selalu diselitkan nasihat2 dan pengajaran yang begitu menusuk ke jiwa. bagus! aku kagum. itulah yang sepatutnya. setiap gerak kehidupan kita hendaklah sentiasa dikaitkan dengan Allah, tuhan pencipta seluruh isi alam. kerana dengan inilah kita akan sentiasa kembali mengingati hakikat penciptaan manusia, sebagai hamba Allah, khalifatullah dan seterusnya pejuang islam. apabila bercakap mengenai pejuang islam, bukan beerti mujahid2 mesti berada di medan perang, berperang dengan senjata dengan kaum kuffar. ye, kita juga sentiasa berperang. berperang melawan nafsu, berperang dengan ideologi2, pemikiran2 barat yang sentiasa ingin menusuk merobos masuk ke dalam pemikiran masyarakat islam. tapi, sebagai pejuang islam, kitalah yang perlu sentiasa mempertahankan kesucian islam dan menyebarkan ayat-ayat cinta Allah (ayat yang sentiasa digunakan iluvislam.com)

saling ingat-mengingat amat2 perlu. peringatan sahabat buat sahabat, umat islam buat umat islam yang lain, dan manusia sesama manusia. insya Allah, aku juga akan cuba memberi satu perkongsian yang ilmiah. serius dalam kata-kata penulisan perlu ke? maksudku, kata-kata yang digunakan. mungkin perlu. aku juga seorang pembaca, aku juga boleh menilai. sbb itu, post ini, tak banyak ku menggunakan ayat2 ketawa, yang menunjukkan ketidakseriusan. yang penting, jangan samakan blogku dengan yang lain ye. memang tak sama.

Fikiran yang mengatur perasaan, tindakan, kebiasaan dan akhir nasib kita.
Kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. Kita akan bisa, kalau kita fikir bisa dan demikian juga sebaliknya. Akhirnya hanya kepada Allah SWT kita memohon petunjuk dan kekuatan untuk bisa melakukan yang terbaik dan menghasilkan sesuatu yang membawa manfaat bagi umat.

Keep istiqomah. Insya Allah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fikirlah dgn akalmu!~

ini adalah gmbr2 yg di share ke emailku..

jd, aku jg mahu kongsikan di sini untuk tatapan kalian semua..
tengoklah gmbr2 ini..
bandingkanlah dan fikir2kanlah..









BALANCE OF FOOD DUMPED ON THE SOIL AFTER THE PARTY



ONE PART OF THE WORLD WASTING THE FOOD




ANOTHER PART OF THE WORLD DOESNT HAVE FOOD TO RUN THEIR LIFE














DON'T waste FOOD any more...PLS DON'T waste FOOD any more,
DONATE to the needy

HEAL THE WORLD


There´s a place in your heart
And I know that it is love
And this place could
Be much brighter than tomorrow
And if you really try
You´ll find there´s no need to cry
In this place you´ll feel
There´s no hurt or sorrow

There are ways
To get there
If you care enough
For the living
Make a little space
Make a better place

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough
For the living
Make a better place
For you and for me

Let this be remembered.. . each time we throw away Food!

MacDonalds throw away food to keep their food fresh,
these people don't have anything!

people who live in rich countries, don't know this, don't want to know
this, never understand this!

but U, please U, understand this

sebab itu lah, jika kita susah, jgn tgk org yg lebih senang dari kita,, krn jika melihat org yg senang dari kita, sudah tentu kita akan sentiasa merasa tidak cukup..tp tengoklah org yg lebih susah dr kita.. supaya kita boleh menilai dan menghargai, betapa bersyukurnya kita krn kita xsesusah org yg lebih susah dr kita..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malam Perdana Siswi KKNC 2010


annual dinner nie,,
merupakan acara tahunan kolej kediaman usim..
pada 27 Mac 2010..
merupakan malam perdana siswi bg kolej kediaman nilam court..
asrama kediamanku sepnjg pengajianku di usim bg tahun 1..

kali ini, dinner kknc diadakan di hotel.
fuh! mewah jgk ye..
Hotel "The Royal Bintang Seremban"..
biase la,, tmpt mahal, kna byr pom,, mahal la kn..
adela dlm rm40.. tp dgr kata bleh amik blk rm10.. lebih2.. hu3
walau mahal, pergi jgk la..
sbb ia berkaitan penempatan utk sem dpn.. huhu..

makanan die biase je..
dh la terhad.. aku kn mkn byk.. hoho..
aku sempat jgk mencatat menunye..
ha3.. xde kerja btul..

Menu nya :
+ayam masak merah
+rendang daging
+vegetable dhall curry
+pajeri nenas
+nasi putih
+coffee, tea
+syrup selasih
+cream caramel yg nie, paling aku suka.. ha3

1st, yg tersedia hnylah sirap selasih..
minum je.. jangan risau abih..
6t pelayan hotel akan tmbah.. hu3
lepas ucpn pengarh prgrm, pengetua kknc dan tnc,,
baru leh mkn..
so, makanlah..

aku mkn smbil2 aku tgk persembhn..
pas2, dh tinggal sikit lg nk abih, tinggal nasi cket dgn lauk..
biase la bila mkn kat hotel, abih je pelayan hotel akan angkut..
pelayan hotel tu ingatkn aku dh abih mkn..
die nk amik la aku pny pinggan..
xsempt die amik,, eh,, aku smbung balik mkn..
her3.. ksian die..

pas2, tinggal lg lauk cket je dlm sudu.. hu3
utk kedua kalinye, dia nk angkut pinggan aku..
ingatkn dh abih kn..
lgpom, aku menghala ke pentas..
setakat lauk, mgkn dh abih..
hu3.. mana la dia tau..
buat kali ke2 nye..
aku smbg lg.. ha3
ksian kat die,, lps tu aku cpt2 abih kn sisa2 dlm pinggan aku..
"ok2, dh siap dh..."
hu3.. dia nk ambil lg skali tu, die tny dl la dh siap blom..
tp, isyarat je, xbunyi sgt pom die pny bhs..
foreigner lagaknyer..
manala tau aku xsiap lg.. her3..

pas2, dtg la pula pencuci mulut..
nm die "cream caramel"

huh! manis giler
tp, sdap la.. hu3.. xprnh lg aku mkn..
so, ape terjd?
hehe.. disbbkan sdp n nie lah yg last akn dihidangkn sblm tea
aku mkn la lmbt2..
smbil melihat persembhn kat dpn..
rupanye,,
lepas 2,, kat bwh die membeku.. keras jdnye..
ha3.. aku makan jgk. klau sudu xkuat, bleh patah jdnye.. hehe
tp, xhabis lg aku mkn.. tp, sikit je la nk habis..
sedar2,, dh diambil oleh pelayan.. ha3

tp, actually kami bleh mkn dua dessert nie..
sbb kami duk berseblhn meja pakcik2 guard..
diorg xramai.. so, ade la lebihnye..
kami la org yg ditawarkn bg lbhn mknn tu..
ape lg,, rezeki jgn ditolak.. mknan jgn membazir.. ha3
iya kn? huhu..

begitulah pengalaman mkn di hotel pd mlm tersebut..
heh3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih Rezeki ku!~


dh dkt sebulan agaknye tidak berblog..
mmg agak sibuk la minggu terakhir semester..
tp,, byk perkara berlaku dalam sebulan tu..
nak jgk bercerita.. hu3
tp, terpaksa tahan diri..
sbb memang tak sempat nak layan.. her3

nak dikisahkan..
pada malam.. xingat la.. hu3..
tp akhir2 bln mac..
diriku kehilangan hp atas bas..
bukan bas awam, tapi bas usim..
lepas menghadiri satu slot bedah buku
yang dibentangkan oleh seorang warga indonesia..
diriku xdpt menerima sepenuhnya penyampaian beliau..
entah la, mgkn xbrp nk msk dgn cara penyampaian dia..
maaflah.. hu3

pd malam itu, aku hny membw..
pen, buku muamalat, kantungku yg berisi hp dan pndrv.. duit, langsung xbw.. hehe
dan bbrp helai kertas yg diselitkn pd buku muamalat..
huh! mcm la bc sgt. sjer je bw.. hu3
pulang dgn menaiki bas usim (Right Vision), bila turun,,
ku terus mmegang kantung hp ku..
xpadat,, hpku.. tertinggal atas bas..
pakcik! berhenti!
huh!~ pakcik xdgr.. lgp0m,, suaraku bukanlah kuat sgt.
lepas 2,, br kwn2 yg lain yg berada di skitar bertny kaba..
hr tu, aku berserongn je..
xde kwn yg bersm dgnku menghdiri slot tersbt.
aku je yg sedikit rajin pd hr tersebut.
akhirnya,, ku meminta tlg dgn kwn yg b'motor utk ke tmpt parking bas usim..
yg bertempat di sutera in..
hp ku xde la semahal mn pom..
bahkan, mmg xmahal pom..
ape yg paling aku syg adalah no yg ade dlm tu,,
dan kata2 yg memenuhi inbox ku.. hu3

tp, bila smp di sn..
pakcik bas tu dh balik dh..
cpt btul..
pak guardnye n bbrp org pakcik bas yg msih ade tahu ttg kehilgn t'sbt..
malu gak,, mcm la hp mahal..
ah,, xkesah.. aku syg jgk my hp.. hehe
balik tu, tanpa my hp jgk la..
xpelah,, sekurg2nye aku usaha..

nak dipendekkan cerita,,
selama 2hr jgk la hp tiada di tgn..
heboh kwn aku bertny sal hp aku..
ha3.. dah inform kat ym kn.. heh3
alhamdulillah, aku dpt balik my hp lps 2,3 hr..
lepas dpt tu..
sdeh lg..
nape?
sbb pemegang hp ku sepnjg kehilgn tersbt..
telah mendelete msj dlm inbox ku..
huuu,, sdeh..
aku syg sgt my msj..
sbb kbyknnye msj kate2..
inbox.. dr lbh kurg 65 msj, telah menjd belas2..
draf,, mmg kosong la. Actually ade tarikh penting ku catat di c2..

Hatiku sedih, hatiku pilu.. Bila menatap hp ku.. Teringat msj peringatan dr shbt2, byk skali yg sudah tiada dihapus. Baiknya org itu, tlg mendelete msj kesygnku. Selama aku pny hp, walau sekali xpernh ku empty kan my inbox, send item n draf..

tp, syukurlah, rezeki aku lg..
dpt balik hp ku..
Alhamdulillah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 perkara yang elok disebut


salam peringatan buat diri dan teman2~

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang 5 perkara yang elok disebut iaitu:

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."