Sekarang, diriku masih di Kelantan..
Menghabiskan cuti2 sem di negeriku tercinta..
huhu~
Dah la xkeluar bandar kb,,
duk kat umah jer..
dgn line internet yg xde..
tp, yg pastinya..
xbosan la.. hehe..
tapi alang2 hari nie dtg kb krn ada hal cket,,
singgah la cc jap..
dah lama x buka internet xbleh gak..
hee~
13 Disember 2009
11.30 a.m.
Aku dapat anak sedara first..
Tahniah la buat abang & kakak iparku yg juga br menyambut kelahiran anak sulung..
Perempuan.. tp blum ada nm?
hehe.. entah la abgku~
Anak Saudara Sulung~
Khusyuk dalam solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
//bagaimana ibadah solat kita selama hidup kita atas dunia fana ini? Pernahkah kita menilai sejauh mana kekhusyukan kita dalam solat kita seharian? Adakah ada usaha untuk meningkatkan kualiti ibadah kita? Ayuh sama2 kita menilai kembali dan pertingkatkan ibadah utama kita yang menjadi tiang agama..
"...Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Al-baqarah:45)
Malunya diri yang serba dhoif~
Aku suka meronda2 blog2 orang..
Dari satu blog,, ke blog yang lain..
merantau sampai meleret2..
hehe..
tp, bila ziarah punya ziarah..
rasa diri nie,, dhoif sgt..
dh la memang sejak dari dulu lagi rasa diri ni lemah sgt..
aku bukanlah orang yang pandai berkata2, bukanlah hebat berbicara, dan semestinya xpandai mengolah ape2 isu yang terjadi..
setiap kali membaca entri2 di blog org, ada sj ilmu yang dikongsi..
hebat2.. menusuk kalbu.. banyak ilmu yang bermanfaat..
dengan hasil pena sendiri.. kerahan idea sdn bhd..
terasa diri ini malu sangat..
kerana blogku tidaklah sehebat itu..
mungkin banyak merapu je..
aku sedar, untuk berbicara dengan ilmu..
first skali mesti ada ilmu.
dan aku sedar, aku begitu kekurangan ilmu..
ingatan pun kurang dalam mengingati apa yang pernah dibaca..
dan kurangnya atau mgkin tiada pemikiran kreatif dalam pengolahan ilmu tersebut..
malunya dgn sahabat2 yang hebat2 semuanya tu.. he3
jadi, kesimpulannya?
kena kuat dan rajin kan diri membacalah kn?
kena paksakan diri membaca dalam keterpaksaan..
lama2, bleh jadi tabiat x? heh3
tabiat membaca yang tlh bertukar kpd kesukarelaan sndr..
About Me
- insyirah
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."