Sekejap tadi, aku baru sahaja menerima msj dari seorang teman ;
"Salam.. kwn kita.. atiq.. mnggal dnia pas asar td..sdekahkan al fatihah utk arwah.."
Sblm itu, aku baru shj mendengar rakan2ku yg berada dalam bilikku time itu, memberitahu berita tersebut. First2, mcm tidak berapa nak percaya. Ye lah, masih lagi student, muda dan orang itu, orang yg aku kenali. Ya Allah, kadang2 kita lupa bahawa kematian datang menjemput kita tanpa mengira umur, tanpa mengira usia. Astaghfirullahal 'aziim.. Namun, sejurus selepas itu, aku mengungkapkan juga lafaz,,
Aku bukanlah kenal sgt dengan beliau. Cuma kenal disebabkan kokurikulum sama, sukan boling padang. Kami dalam satu sesi. Beliau merupakan pelajar fakulti kepimpinan & pengurusan, jurusan akidah dan agama semester 1, tahun 1. Beliau juga merupakan bekas pelajar Maahad Darul Anuar, Kelantan.
Masa perlawanan hari tu, team diorang antara yg hebat jgk lah. Team diorang dapat tempat ketiga. Tapi, kalau nak diikutkan team diorang lagi hebat dari yg dapat tempat kedua. Team yg mendapat tempat pertama lawan dengan team diorang (tempat ketiga), 8-5 rasanya.. Manakala, team pertama lawan team kedua, score yg dpt 11-1..
Tapi, sebab lawan kalah mati kan,, so, dapatlah tempat ke3 jugak..
Tu, sedikit cerita tentang sukan boling padang yang disertai oleh beliau.
Aku pun tak sure apa sebab kematian beliau. Dengar2, dia ada sakit jantung. Sahih ke? Entah la. Walau ape pun, marilah sama2 kita sedekahkah al-Fatihah buat beliau. Walaupun tak kenal, tapi sesungguhnya dia merupakan saudara kita seislam..
'Al-Fatihah'
Moga2 rohnya dicucuri rahmat, diberi keampunan dan di tempatkan bersama para solihin. Moga rohnya tenang di alam barzakh.. AMIN
1 comments:
Terbaru,, aku dgr atiq memang ada sakit jantung. Sebenarnya, dia pengsan di KLIA.. dalam perjalanan nk balik Kelantan..
Ingatlah..
Kematian datang..
tanpa mengira..
masa,,
tempat,,
usia,,
keadaan..
Ya Allah, moga2 kita dimatikan dalam Islam, Iman dgn sempat melafazkan kalimah syahadah, dan diampunkan segala dosa..meninggalkan dunia dlm keadaan mulia~
AMIN
Post a Comment